........... Ahmad Maslan Malukan Najib ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ahmad Maslan Malukan Najib ! ?

Tuesday, July 2, 20133comments

Satu ketika tidak berapa lama dulu ....

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," kata Najib di Kuala Terengganu Februari lalu.

Ramailah yang mempertahankan kenyataan Najib ini dengan memberikan harga2 pasaran bagi beras, minyak masak bla bla bla ... yang kritik kenyataan Najib itu pula disindir2....




EMPAT BULAN KEMUDIAN -
 
Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat semalam -

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," TMI

Cepatnya naik kadar INFLASI negara ! Dahla cepat, mencanak giler naiknya ... Dari kadar RM41.60 sebulan terus jadi RM600.00 sebulan untuk sebuah isirumah cukup makan.

SALAH MAKLUMAT TU !

Dimana mereka yang pertahankan kenyataan Najib 4 bulan lepas ...... kenapa tidak perbetulkan kenyataan Ahmad Maslan ni ? Saja jer Najib dimalukan ......

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2013 at 9:04 PM

Setau aku kalo setakat RM1,200 tu kita bolehlah anggap sebagai belanja hangus. Maksudnya boleh habis dibelanjakan dalam tempoh sehari sahaja. Kalo hanya fokus kepada bekalan makanan semata-mata memanglah nampak macam cukup. Walhal sebenarnya tetap tak cukup kerana kita menjadi hamba hutang.

Kita hutang loan rumah, loan kereta, loan ptptn dan loan peribadi. Hakikatnya kita tiada wang dalam poket kerana semuanya habis dibelanjakan. Kita tak sempat pun nak menabung atau membuat simpanan kerana sengkek dan mengharapkan gaji bulan berikutnya.

Bagi saya harga rumah dan harga kereta masih lagi tinggi ketika ini. Jika kenaikan kos tidak dapat dikawal, kemungkinan had maksimum penerima BRIM mungkin akan dinaikkan dari RM3,000 ke RM5,000. Memandangkan dengan hanya RM5,000 sebenarnya adalah layak untuk dilabelkan sebagai miskin tegar jika tinggal di bandar-bandar besar.

Saya mencadangkan supaya pasaraya rakyat 1M dibina di kawasan kampung-kampung dan luar bandar. Penduduk kampung tidak mendapat harga yang munasabah berikutan monopoli orang tengah. Kalau najib boleh beri imbuhan RM15,000 kepada warga felda. Apalah salah kiranya Najib beri amaun yang sama kepada penduduk kampung melalui saham felcra dan saham risda dan koperasi peladang. Saya ingin ingatkan najib bahawa orang kampung adalah pengundi tegar bn. Oleh itu, najib perlu mengenang jasa mereka.

Bagi penghuni-penghuni rumah flat. Mereka juga perlu diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri dengan ansuran bulanan yang rendah. Kita bersimpati pada mereka yang duduk dalam rumah flat yang sempit dan kurang selesa bagi yang hidup berkeluarga. Itupun rumah yang diduduki masih tinggi kos sewaannya.

Banyak yang ingin saya perkatakan sebenarnya tentang kesusahan dan bebanan hidup melayu marhean. Cuma, najib perlu sedar bahawa di luar sana masih ramai melayu yang hidup susah dan masih memerlukan pembelaan. Jika najib benar-benar mendengar nadi denyut rakyat, berhentilah dari memberi bantuan kepada kaum yang memang dah kaya pun. Mereka tak pandang pun peruntukan yang diberi kerana mereka banyak wang. Najib sepatutnya hanya memberi bantuan kepada golongan yang tahu mengenang budi sahaja. Yang tidak mengenang budi, abaikan jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2013 at 9:08 PM

Teks jawapan ahli2 parlimen bukan depa yg buat pun depa subkon kat penulis dan pengkaji masing2 dengan bayaran ciput sedangkan depa terima elaun ahli parlimen ribu riban maka hasilnya ciput la juga seperti peribahasa omputeh 'you pay peanuts you get monkey'.. Menyedihkan kita dpt ahli2 parlimen sebegini!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2013 at 3:04 PM

salam,

ah jib gor dan ahmad maslan memberi maklumat bukan tempat yg sama. kat parlimen kena maklumat benar, tapi kat luar boleh tipu asalkan orang syooook dengarrrrrrrrr. jadiiiiiiii sapaaaaaaa cakappppp takkkkkkk betullllllllllll. kitaaaaaaaa kasiiiiiiiiii telingaaaaaaaaaaaa dengarrrrrrrrrrrr pmmmmmmmmmmm cakapppppppppp bohonggggggggggggggggggggggg. eh bukan, pm baca teks yg mengandungi maklumat yg salah untuk syokkan pm.

Post a Comment