........... Adik Bijan Nyanyi Takde FEEL ! FLAT ! - Juri Pertandingan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Adik Bijan Nyanyi Takde FEEL ! FLAT ! - Juri Pertandingan

Thursday, July 4, 20131comments

Gambar Hiasan

Emcee - Ooookaaaaaaayyyy .... begitulah komen Juri Professional pertama kita. Ke laut dik ......  Apakata kita dengar komen dari Juri Professional kedua kita pula .... silakan...

JURI - OK, Adik Bijan ya ? Akak tak retilah nak cakap macamana .... Akak kecewa dik. Ini dah masuk minggu keberapa ni ? Cikgu2 tak ajar ker ? Maaf ya.... Cikgu mungkin dah ajar tapi adik Bijan yang tak ikut ajaran. KELAUT dik !

Nyanyian adik TAKDE FEEL langsung. Adik faham ke tidak senikata lagu tadi ? Lagunya catchy, iramanya mudah, tidak perlu pitching tinggi, tidak perlu buat bubbling ... lagu yang paling mudah dalam sejarah pertandingan ini.... TAPI penyampaian adik HANCUR ! 

Akak rasa adik Bijan tidak dapat menghayati senikata lagu ini kan ? Betul tak akak kata ? Nyanyian adik tidak ada FEEL langsung. 

Bukan soal nada tinggi atau rendah, tapi ini soal menghayati senikata lagu. Adik kena FAHAM maksud setiap ayat yang ada dalam lagu itu. Kalau tak faham TANYA CIKGU. 

Baca pelan2 senikata lagu, carikan maksud mana2 perkataan yang adik tak faham, selami dalam diri adik, GALI lubuk hati adik untuk dapatkan maksud senikatanya.

Bila dah faham, barulah senang adik nak nyanyi dengan FEEL. Taklah rasa kosong jer.

Suara sedap pun tak guna juga dik kalau tak faham lagu. Silap2 orang akan tuduh adik akan rosakkan lagu pula. 

Ingat ya dik, persaingan makin sengit. Adik kena menangi hati pendengar sebelum adik boleh menangi undi mereka !

Jangan hancurkan harapan ayah adik ...

                                 *******************

Anda pula bagaimana ? Fahamkah anda dengan senikatanya dan mampukah anda nyanyikan dengan penuh FEEL ? Atau anda juga hanya mampu NYANYI SAJA TANPA FEEL ?

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai

Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa

Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita

BAHASA JIWA BANGSA

.



Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 5, 2013 at 11:53 AM

Kepimpinan melalui teladan. Kalo pemimpin sendiri pn cakap bahasa rojak, jgn cepat sgt salahkn rakyat takde jati diri nk gunakn bahass melayu dgn betul. Kes ni mcm bapak suruh ank jgn merokok tp bapak sendiri hisap rokok depan ank. Nk perkasakn bahasa melayu ni semua pihak kene main peranan tp asasnya dr kerajaan yg memimpin negara.

Post a Comment