........... YB Kuala Besut ICU - Politik Terengganu Bakal Bergolak Lagi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

YB Kuala Besut ICU - Politik Terengganu Bakal Bergolak Lagi ?

Saturday, June 22, 20135comments


Tidak ramai yang perasan artikel NST 2 hari lepas yang melaporkan YB Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar 55, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu pada sebelah petang hari Khamis 20 Jun atas sebab serangan jantung ( sakit dada dan kesukaran bernafas ).  

Beliau dilaporkan telah dimasukkan ke wad ICU - SERIUS TUH !

Tambah serius bilamana sebarang pertanyaan mengenai keadaan beliau TIDAK DAPAT DIJAWAB seolah dirahsiakan perkembangannya. Kenapa perlu dirahsiakan ?

Saya telah cuba mendapatkan berita terkini YB Dr. Rahman semalam dengan mengunjungi Hospital Besar KT, bahagian ICU tingkat 3 semalam. Malangnya saya tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang sememangnya bertugas dipintu masuk wad tersebut.

Alasan yang diberikan adalah - Atas arahan pihak atasan.

Saya menalipon seorang individu yang seharusnya tahu perkembangan beliau ( atas kapasiti jawatan yang disandangnya ) cuma menjawab - Kena tanya Pengarah Hospital.

Pihak hospital pula kalau ditanya pastinya - NO KOMEN, seperti yang diberikan dua hari lepas.

Payah kan kalau kedudukan 17-15 .......

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 4:09 PM

salam,

takuttttt sangat tu. mungkin ada sebab la tu dirahsiakan. tak mau ada spekulasi yg tak baik atau pihak lain buat strategi awal utk prk. patutnya calon pasti menang kena buat medical terutama tang jantung dan tekanan darah. boleh tahan atau tidak. tahap bang non memang kuat, segala benda datang coollllll je. orang lain yg salah. tu yg susah nak lawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 5:15 PM

apa citer nih? cakap setiap orang yang ingin menjadi calun dalam PRU diwajibkan menjalanai pemeriksaan kesihatan. macamana boleh terlepas nih, sakit jantung pulak tuh?

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2013 at 10:46 PM

Jika ada info baru saya akan updatekan. Zaman sekarang, makin disenyapkan makin hendak di war-warkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2013 at 2:03 PM

Rasanya baik didoakan kasihatan beliau daripada dok sibuk dengan PRK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2013 at 2:12 PM

bro din. sebab apa mung tak dapat masuk? sebab mung nobody. kalau mung somebody for sure dah boleh melawat. sebab sepanjang aku duduk jaga arwah ayah aku di icu aku tengok yang boleh masuk tanpa ada sekatan ni kalau datang dari golongan vip senang masuk. lagi satu kalau yang dapat masuk icu ni pun kadang-kadang yang sakit tak berapa sakit pun boleh masuk tapi dengan syarat dia vip. sebab di icu dia pantau secara rapi. kalau di wad kelas 3, nurse yang jaga pun pandang sebelah mata saja. kalau nak dijaga molek masuk wad bunga raya. itu pengalaman aku. arwah ayah masuk wad kelas 3 sebab dia orang kampung. lepas guna gl aku sbg pegawai kerajaan gred a pun tak dapat naik ke wad bunga raya sebab kata nurse yang bertugas wad dah kena reserve oleh datuk. kalau ikutkan kelayakan gred jawatan aku memang sepatutnya arwah ayah aku tu dah boleh dipindahkan dari wad kelas 3 ke wad kelas 1 (bunga raya). punyalah bangsat diperlakukan sebab kita cuma rakyat biasa yang tak punya title dan pangkat pegawai tinggi. sampai peringkat arwah ayah dipindah ke icu. itu pun sebab sakit arwah ayah semakin serius. kemudian makin baik keluar kembali ke wad kelas 3. dan sampai arwah meninggal pun saya tak boleh guna kelayakan untuk tempatkan ayah di wad kelas 1 semasa sakitnya berulang dan arwah di tahan di wad. sedangkan wad 1 di sana saya tinjau kosong. bila tanya. cakap dah ada booking. sistem macam ni yang menghilangkan keyakinan rakyat.
yang kecewa luah perasaan

Post a Comment