........... Umno Kedah - Tak Perlu Tanding Jawatan Presiden, Banyak Lagi Jawatan Lain Ada | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Kedah - Tak Perlu Tanding Jawatan Presiden, Banyak Lagi Jawatan Lain Ada

Monday, June 17, 201313comments

Terbaru Umno Kedah dibawah pimpinan Datuk Ahmad Bashah turut menyokong agar dua jawatan tertinggi parti TIDAK dipertandingkan - UM

Selain dari alasan klise - pada masa ini tidak sesuai berikutan keadaan semasa politik selain mahu terus mengukuhkan perpaduan dalam parti, beliau turut berkata -

''Banyak lagi jawatan lain dalam parti yang boleh ditandingi,''

 Alahai Umno..... Umno ....

Dalam ramai2 yang tidak mahu lihat pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, tidak ada satu pihak pun yang mampu berikan PAU yang bila SESUAI jawatan2 itu dipertandingkan. 

Lagi 2 tahun ........ kalau sekarang pun dirasakan tidak sesuai apatah lagi selepas 2 tahun bila PRU14  semakin hampir. Lagi 4 tahun  ? .... Lagilah TIDAK !

Lepas PRU14 lah gamaknya.... kan ? Kalau pun mahu kekalkan Najib, kenapa tidak buat gesaan supaya Najib UBAH ? Atau sememangnya orang Umno semua pun redho dan terima cara LIBERAL dan BODEK Najib ?

Saya tidak punya masalah kalaupun Najib tetap kekal jadi PM, ASALKAN Najib UBAH. Kalau Najib sanggup UBAH menjadi pemimpin Melayu yang sebenar, dia nak pegang jawatan sampai mati pun saya takde hal !


Bukan soal peribadi Najib yang menjadi perkiraan tapi apakah CARA Najib itu seiring dengan agenda bangsa Melayu yang saya utamakan.

Kalau pemimpin2 Umno cuma kejar jawatan saja, tak kira jawatan apapun asal berjawatan, maka dengarlah kata Ahmad Bashah -

''Banyak lagi jawatan lain dalam parti yang boleh ditandingi,''

PS - Jadi hairan pulak saya .... ramai yang kata kedudukan Najib kuat, beliau glamer, ramai yang sokong ..... tapi kenapa pemimpin2 lain pulak takut jika Najib dicabar ? Atau semua kata2 itu sekadar penyedap telinga saja sedangkan hakikat sebenarnya tidak begitu ?

Tidakkah mereka ini semua sedar hanya melalui pertandingan saja kedudukan Najib akan lebih kukuh dan tidak dipertikaikan lagi. Tidakkah itu bermakna Umno akan lebih bersatu dan ahli2 pun boleh turut merasa bangga kerana Presiden Umno berani berdepan dengan pertandingan tidak seperti pemimpin2 tertinggi Melayu dari parti pembangkang ?

Ker  pemimpin2 tertinggi Melayu sekarang ini tak kiralah dari parti manapun, semuanya jenis PENAKUT  ? Konon mereka semua jenis TIDAK PILIH KASIH, bangga bila perjuangkan agar dasar2 afirmatif diliberalkan padahal dari segi jawatan sendiri,  mereka semua gunakan cara AFFIRMATIF.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 6:09 AM

Satu kenyataan yang bodoh dan amat menyakitkan hati. Kalau tak dipertandingkan sekarang nih, bila lagi? Nak tunggu sehingga UMNO tersungkur? Pendapat aku lebih baik diadakan sekarang untuk memulihkan imej parti atau gubal semula perlembagaan parti agar SEMUA jawatan tidak perlu dipertandingkan sampai bila bila atau sehingga UMNO tersungkur. Cadangkan saja agar jawatan parti dipindah milik kepada sesiapa yang disukai apabila dirasakan nak berundur.

Mereka didalam mungkin BUTA dan PEKAK dengan apa yang sedang berlaku, tetapi bagi mereka yang berada diluar dapat melihatkan kerosakan yang berlaku dan akan terus berlaku kiranya dibiarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 6:24 AM

Mungkin mereka semua faham bahawa Najib akan kalah kalau ada cabaran. Mereka semuanya sudah termakan budi dengan jawatan jawatan yang dilantik Najib. Dah memang semulajadi bagi orang Melayu kenang budi walau pun pada hakikatnya mereka sendiri pun tak suka. Mereka takut kalau orang lain naik, jawatan yang disandang sekarang ni akan tergugat. Kalau semuanya dah jadi macam tu, boleh kah mereka diharapkan untuk memperjuangkan bangsa? CUKUP. CUKUPlah tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 6:31 AM

Pemimpin-pwmimpin umno bila dalam PAU akan berucap dengan penuh semangat, nak bela nasib melayu, nak menjaga kepentingan melayu, nak memastikan ketuanan melayu tetap terpelihara dan akan mempertahankan hak istimewa orang melayu. Kira kalau mendengarnya pun boleh naik bulu roma. Betul-betul bersemangat punya.

Tapi bila lepas PAU, pemimpin umno ni akan kembali ke perangai lama. Bersikap liberal, melebihkan cina dan mengabaikan melayu. Perjuangan membela melayu hanya sekadar retorik semata-mata. Semangat hang tuah pun hilang entah ke mana.

Inilah silapnya kita kerana memilih pemimpin dari golongan bangsawan dan elit. Pemimpin sebegini bila lahir saja sudah hidup selesa. Mereka tidak menempuh kesusahan dan perit-jerih hidup di kampung. Mereka tidak merasa bebanan kos sara hidup yang tinggi. Mereka tidak melalui kepayahan hidup sejak dari kecil lagi. Jika tidak merasainya sendiri melalui pengalaman hidup, bagaimana pemimpin sebegini nak diharapkan supaya mendengar denyut nadi rakyat?

Amat sukar nak mencari pemimpin yang tebal melayunya. Ini kerana kebanyakan pemimpin nak 'main selamat'. Takut dilabel sebagai rasis. Takut kehilangan undi kaum cina. Takut kehilangan sokongan kaum cina. Sehingga akhirnya pemimpin kita menjadi pengecut semata-mata nak jaga hati kaum cina.

Kita perlukan pemimpin melayu yang keras, berani dan tegas supaya melayu tetap terbela selama-lamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 7:31 AM

Saya mintak presiden umno tolong ambik berat perkara di bawah :

1. Kembalikan Kementerian usahawan dan pembangunan koperasi (MECD)

2. Tingkatkan kuota bumiputera untuk apa jua permohonan dan hapuskan meritokrasi

3. Naik tarafkan sekolah kebangsaan dan hapuskan sekolah vernakular

4. Wajibkan penggunakan bahasa melayu untuk setiap warganegara malaysia

5. Kedai rakyat 1malaysia ditambah terutamanya di kawasan kampung. Pasaraya milik bumiputera juga patut ditambah supaya pelanggan mudah untuk mendapatkan produk iks melayu

6. Murid-murid melayu diberi pilihan tambahan bahasa seperti bahasa mandarin dan bahasa tamil

Diharapkan presiden umno berani untuk berubah. Jika tidak, bersedialah untuk diubah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 9:34 AM

tak kira kami nak terajang KJ je, ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:46 AM

Tujuan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi adalah kerana untuk mengelakkan perpecahan dan untuk menguatkan parti untuk PRU-14 nanti.. Okey..

Selepas PRU-14 (anggaran tahun 2018), jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan ditandingi juga kerana sebagai persediaan PRU-15 nanti.. Hmm.. Okey..

Selepas PRU-15 (anggaran tahun 2023), jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan ditandingi lagi kerana sebagai persediaan PRU-16 nanti.. Haa.. Okey2..

Selepas PRU-16 (anggaran tahun 2028),.. Haa.. Tak payah cakap.. Saya dah tau semua.. Korang nak jadi Presiden sampai mampuss kan?..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:34 AM

@Anonymous

aku tak fikir Najib akan berubah selagi ada di kalangan mereka yang membodek. tengok hari ini mereka mereka yang mencadangkan supaya jawatan tertinggi parti tidak bertanding adalah mereka yang ada jawatan penting baik negeri atau pusat. saperti di Kedah, sebulat suara yang menyokong. nak buat macamana lagi melainkan Najib sendiri sedar samada berubah atau berundur.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 1:53 PM

biarlah luncai terjun dengan labu labu nya.. dah putus harap dah dengan UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 2:33 PM

@anak melayusaya siiiiikiiiiiiit lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 4:31 PM

@Orang Sebarangan

kalau dah macam tuh, buat wasiat jer lah siapa yang akan menggantikan tempat bila dah rasa nak besara. sampai akhir zaman pun jawatan itu tak dipertandingkan. taklah pulak boleh perpecahan dalam parti dijadikan alasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 4:33 PM

@Anonymous

sama jugak macam orang jual obat. mestilah dikatakan produknya terbaik. tapi bila dah beli dan makan kekadang mendatangkan mudharat pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 7:05 PM

Dulu siapa yang suruh Tun Abdullah undur kerana prestasi teruk,sekarang Najib lagi teruk, dahlah cina kebanyakkan tak sokong ,india segelintir saja ,bising yang lebih, melayu pula sedikit demi sedikit dah nak lari, hai nasib badan, bagilah kat orang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:18 PM

Saya rasa bila tiba PRU14 nanti kita semua orang Melayu tak payah keluar undi, duduk dirumah saja biar semua calon UMNO kalah dan lingkup. Ketika tu baru mereka tahu siapa sebenarnya yang menyokong dan undi mereka. Kerana terlalu sayangkan UMNO lah orang Melayu keluar dan sokong UMNO sehingga boleh menang 88 kerusi Parlimen dan Kedah dirampas kembali. Tetapi apa orang Melayu dapat? Najib maseh asyik mengharap orang cina sedangkan kita tahu 95% orang cina tidak memgundi UMNO/BN tetapi mengundi pembangkang. Kepada orang cina macam-macam dijanjikan. Ini menandakan pemimpin UMNO yang ada sekarang tak berwibawa dan lemah. Elok juga kalau ada pertandingan peringkat atas sampai ke bawah supaya ahli-ahli UMNO dapat memilih pemimpin yang berani dan tegas sepeti masa UMNO dipimpin oleh mantan PM Tun Dr Mahadhir Mohamad. Masa zamannya tak siapa berani angkat kepala. Tetapi sekarang keadaannya hampeh...

Post a Comment