........... Kemaskini : Tun Mahathir Sokong SATU SEKOLAH | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini : Tun Mahathir Sokong SATU SEKOLAH

Wednesday, June 19, 20133comments

Kemaskini dari SINAR -

Menyentuh isu pelajaran, Dr Mahathir berkata kewujudan sebuah sekolah kebangsaan di bawah satu bumbung bagi semua kaum, dapat menjamin Malaysia yang aman, bersatu dan akan menjamin masa depan lebih baik untuk warganya.

"Masalah yang kita hadapi hari ini ialah kita tidak berkumpul bersama, dan jarang bercakap atau menggunakan bahasa kebangsaan. Kita patut menggunakannya lebih kerap. Kita harus kurangkan keadaan berpuak-puak di sekolah misalnya, dan wajibkan penggunaan dan pembelajaran bahasa kebangsaan," kata beliau.

Mengenai pembelajaran bahasa kebangsaan, Dr Mahathir kagum melihat sesetengah diplomat asing yang bertugas di negara lain seperti Indonesia boleh menguasai bahasa negara itu, tetapi tidak di Malaysia.

Beliau berkata ini kerana rakyat Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan mereka, dengan itu lupa bahawa bahasa adalah satu daripada faktor yang menyatukan masyarakat. - Bernama


Dari Utusan hari ini -

Katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama.

Menurutnya, matlamat itu boleh dicapai dengan setiap rakyat Malaysia memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa mendapat pendidikan di sistem sekolah yang sama. 

Dalam pada itu, menurut Dr. Mahathir, beliau percaya kepada sistem demokrasi, namun beliau berpendapat kerajaan perlu kuat bagi menghadapi cabaran yang bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi juga luar negara.

"Sekiranya kerajaan lemah, pelaksanaan polisi dan undang-undang menghadapi kesukaran, lagipun kita memerlukan tempoh masa untuk satu-satu idea direalisasikan," katanya. - Utusan .

Dan dalam ucapan penutup CEO Forum 2013 semalam, Tun juga ada berkata -

“I do believe in democracy but I don't believe in liberal democracy. I think developing countries should have a strong government and the government should stay for a long time because it takes time for ideas to be implemented effectively.
“For a weak government there is a tendency to please everyone which will make it more unpopular.
If this trend continues, then we are not going to see a better Malaysia. But I hope that people will come to their senses,” he said. - Mole

If this trend continues .... ?


Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2013 at 8:07 AM

If this trend continues .... ? YES it will be continued as long Najib is still managing the country and to put a STOP means NAJIB MUST GO !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 12:01 PM

selagi najib jadi kepala ,badan dan ekor akan turut jadi busuk dan hancur ,najib tak mampu ,tak layak untuk jadi pembela melayu dan islam,najib perlu di ganti, mahyudin boleh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 7:00 PM

NAJIB LEMBIK SUD GO
TERLAMPAU BANYAK BAGI MUKA KAT CINA
ISHHHH TENSION GUA TAKDE KE BIJAK PANDAI UMNO TUK GANTI SIBACUL NI

Post a Comment