........... Tun Mahathir - Orang Umno Masih Tidak Faham Demokrasi Sebenar ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Orang Umno Masih Tidak Faham Demokrasi Sebenar ?

Tuesday, June 18, 201327comments




TERBARU Tun Mahathir menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi.

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan,"- SINAR


Adakah pendirian Tun itu akan buat saya Uturn dan ikut sama sokong tidak diadakan pemilihan ? Kenapa saya nak kena ubah pulak ?

Itu adalah pendirian Tun dan tidak ada sebab kenapa saya perlu ikut buta apa yang Tun kata. Setiap orang punya pendirian masing2 dan saya tetap dengan pendirian saya - ADAKAN PEMILIHAN jika tidak mahu Umno diperlekehkan rakyat.

Mujur Tun tak kata banyak lagi jawatan lain yang boleh ditandingi !

Saya baca balik kenyataan Tun diatas, cuba mencari point utamanya kenapa Tun setuju tidak diadakan pemilihan. Apa yang saya dapat adalah Tun risau keadaan perpecahan sebagaimana yang berlaku tahun 1987 dulu bakal berulang kerana menurut Tun - orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar

Dalam konteks ini, perkataan 'orang Malaysia' diatas boleh saja diubah kepada 'orang Umno'.

Orang Umno tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar ? Kalau kalah je maka akan berpecah belahlah Umno ? Yang kalah akan keluar parti dan tubuhkan parti baru ......Benarkah begitu mentaliti pemimpin2 dan orang Umno sekarang ini ?

Jika benar mentaliti orang Umno masih begitu dan tidak ada perubahan setelah sekian lama ...... well ..... memang patut pun TIDAK DIADAKAN PEMILIHAN.

Terpulang kepada kepimpinan dan ahli Umno untuk buktikan pandangan Tun Mahathir itu sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang.

Buktikan yang orang Umno sekarang sudah berubah, sudah matang, sudah faham maksud Demokrasi dan tidak akan sewenang2nya bertindak menghancurkan perpaduan dalam parti kerana kepentingan peribadi.

ATAU memang orang Umno masih ditakuk lama .... ?

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 9:57 PM

Pemikiran umno masih di takuk lama. Cth terbaik ialah di PRU13 baru ni, di dun manir sendiri. Org umno sendiri yg cah keting calon bn kerana bukan puak dia. Dun kalah x pe asal bukan dia naik. Calon parlimen bn mesti menang krn melibatkn pemerintahan pusat.

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
June 17, 2013 at 10:07 PM

tanding jer sebab UMNO dah pecah pun...sebab tu ada parti serpihan mcm pkr. Lagi pun got nothing to lose...nak tak nak...pucuk pimpinan tak cukup ummph. Lombab jer...kasi dia org sit on the edge sikit baru takut jawatan hilang kalaubtak buat kerja. Ini masalah utama..tak buat kerja. Bila terlalu selesa pegang jawatan dia org ingat dia org Nabi...kita wajib taat. Pirahhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 10:11 PM

Assalamualaikum,

Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:19 PM

aku setuju UMNO tdak petandingkan jawatan tertinggi dalam UMNO, jawatan presiden jangan dipertandingkan, jangan ada sesiapa yang cabar najib, sebaliknya kita teranjang terus bontot dia keluar...

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:25 PM

@anak melayumohon jaga bahasa anda ya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 10:45 PM

salam tuan din. ini cuma humble opinion saya. apa yg tun ckp tu ada betulnya. tgk saja pru13. tak naik nama, dia tanding bebas. brp ramai kena singkir keahlian umno sbb tanding bebas. lagi satu kalau nak suruh muhyidin lawan najib rasanya umno mungkin boleh jadi kuat atau mungkin tidak tapi bn tetap kekal lemah selagi kaum cina menyokong secara en bloc kepada pakatan. keputusan pru14 mungkin akan tetap sama. nak cakap melayu akan sokong umno solid 90% macam cina sokong dap rasanya tak akan terjadi sebab melayu dah pecah parti. penyokong tegar pas tak akan sokong umno. penyokong tegar melayu pkr pun tak akan sokong umno. jadi pru14 rasanya paling hebat pun bn akan kekal kuasa kalau umno tak berpecah. kalau adanya perpecahan bn akan kalah pru14. sebab umno yg bertahan masa pru13 dah lemah. lagi satu. muhyidin yang saya dengar tak mahu bertanding jawatan presiden. kalau najib undur pun dia kata dia nak undur sama kalau ramai salahkan najib pasal pru13 bn tak dapat 2/3. kita sebenarnya kena faham. bn tak dapat 2/3 sbb bn tak dpt 25% undi cina. tan sri katanya akan pertahan timbalan. najib pertahan presiden. tapi kalau ada calon nak bertanding lawan najib dan mahyudin, mereka tak halang sebab dia mahu perwakilan tentukan nasib dia. tak ada sebab najib dan muhyidin nak halang sebab najib mahyudin yg pinda supaya 146500 tentukan kepimpinan. jadi terpulang pada mana2 rasa dia boleh jadikan umno dan bn memikat hati warga malaysia dalam pru14 nanti boleh tawar diri. kalau rasa dengan tawar diri dapat menang dan kembalikan 2/3 bn tak jadi masalah. bagi saya keputusan 2/3 dah tak penting. sebelum pru13 saya fikir dgn undi cina 85% pada pakatan dah tentu bn akan tumbang. saya tanya orang lama-lama sebelum pru13. saya tanya, kalau bn hanya dapat 15% undi cina apa akan jadi? dia cakap bn akan kalah. (pru12 sokongan cina pada bn sekitar 25%-30%). tapi pru13 berjaya buktikan tanpa undi kaum cina bn masih mampu tubuh kerajaan dengan syarat tidak ada swing di sabah dan sarawak. itu lesson yg sangat berharga buat umno dan bn secara keseluruhannya.
dr. s.a

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:53 PM

@AnonymousMaksud tuan, Umno masih belum faham maksud Demokrasi sebenar ?

Soal ada atau tidak pencabar bagi saya itu soal lain. Kalau tidak ada pencabar maka calon tunggal akan diisytihar pemenang. Tidak ada masalah kan ?

Yang penting Umno kena buktikan demokrasi hidup dalam Umno.

Dan mengambilkira pandangan Tun, Umno juga kena buktikan yang orang Umno sudah matang dalam proses demokrasi.

Saya lihat kenyataan Tun lebih bersifat CABARAN kepada Umno. Apakah orang Umno masih tidak berubah dari dulu ? ( tidak faham demokrasi )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:23 PM

Andai presiden umno itu seorang yang tegas, berani dan tebal kemelayuannya, seperti Tun M, saya pun tak setuju dengan pertandingan. Tapi masalahnya presiden umno sekarang ini terlalu lembik dan mudah tunduk dengan cina. Takkan aku nak sokong seorang pembodek cina sebagai pemimpin aku.

Tun M tak pernah membodek cina. Tapi undi cina tak kurang walau sedikit pun. Najib harus belajar daripada Tun M, bagaimana nak ambik hati cina tanpa perlu membodek.

....................
Reply To This Comment ...................
Blues
June 17, 2013 at 11:38 PM

Pada pendapat saya, seperti biasa, Tun berkias. Dia mahu ada pertandingan.

Akan tetapi, yang terlebih penting adalah utk UMNO berubah ke arah yg boleh menyatukan orang Melayu agar UMNO boleh terus memerintah dan mengekalkan status kuasa orang Melayu. Jikalau pimpinan sekarang boleh menggembeling ke arah ini, tidak ada salahnya kepimpinan sekarang dikekalkan. Tetapi, jikalau sebaliknya, dan kebetulan pula ada calon yang dirasakan mampu melaksanakannya, maka perlulah ada pertandingan.

Namun (tetapi lagi sekali), jika tak nampak pun kelibat yang mampu melaksanakannya, maka tiada bezanya samada ada pertandingan atau tidak. Amat malanglah org Melayu jika ini terjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:56 PM

Mr din, statemen Tun M tu sbenarnya ialah demokrasi ala melayu, sbagai muslim ni melayu pcaya pada qada' dn qadar tp sifat busuk hati, iri hati dn dengki ni yg seolah mmg dilahirkn bsama ni mbuat mlayu mnolak qada' dn qadar, cntoh tbaik melayu yg extrim bsuk ati dia adalah mr nuor berahim, hati manusia..hanya Allah dn empunya diri yg tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:58 PM

Maksud Tun tu dlm.....Tun terkenal Dgn kenyataan kenyataan yg indirect, tersurat n tersirat....Tun try to provoke...itu stylenya....yg lebih kurang bermaksud...if ready utk demokrasi Maka patut Ada pertandingan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 12:28 AM

Presiden umno kena fikirlah, statergi parti masa depan politik orang melayu.Kena belajar krisis politik BN bermula PRU 11 sehingga PRU 13.Beri dah banyak beri dah,dari sokongan undi orang cina 85% PRU 11....20-30% masa PRU 12.....5-10% PRU 13.Masa PRU 10,orang melayupun ada juga swing vote.Maka buatlah kesimpulan yang wajar dgn baik.Kalau pimpinan kerajaan, lemah dari segala sudut dan imej buruk serta puak pembangkang leading semua isu paluan mereka dan di high light skala besar di media elektronik dan ceramah,maka "ini kalilah".Tiada lagi pekikan "lain kalilah".Kemenangan BN di PRU 13 lalu,hanya berada di zon bertahan sebelum rebah.Ambil semangat kerajaan negeri Perak,dari bertarung dan memiliki kerajaan, terus bertapak.Semangat negeri kedah pulak"serang",terus menang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 12:32 AM

@dinturtle

tuan din, pertandingan memang sudah bersifat terbuka untuk semua peringkat jawatan sejak tidak ada lagi system quota akibat pindaan oktober 2009. jadi sebenarnya terpulang pada ahli umno yang berminat untuk bertanding. kalau ada kemahuan boleh tawar diri. kenyataan atau pendapat dari pelbagai pemimpin tu sebenarnya lebih kepada menyatakan arah sokongan mereka kepada pemimpin tertentu untuk jawatan utama macam presiden dan timbalan. pendirian saya yang asal dari kawasan kampung ni masih sokong najib sebagai presiden dan muhyidin timbalan.
dr. s.a

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 12:35 AM

Ada point jugak Tun M tu, DS Najib pun ada pnyokong tegar tsendiri, pmimpin lain pun ada pnyokong tsendiri, kita skrag berurusan dgn melayu..kena paham tu, kmungkinan utk buat parti baru tu mmg xde tp bentes tulang kering tetap ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 7:22 AM

Orang melayu belum cukup matang berpolitik. Sikit-sikit nak merajuk. Bila merajuk mulalah sabotaj dan melakukan provokasi. Tugas najib ialah menenangkan pengikut-pengikutnya. Tak pun, tetapkan satu tempoh untuk bersara supaya peralihan kuasa kepada muhyidin menjadi lebih lancar. Kita kalau boleh nak mengelakkan perpecahan dan perbalahan. Umpama menarik rambut dalam tepung. Proses peralihan kuasa ini perlu didasari dengan rasa semangat untuk menyatukan kembali orang-orang melayu. Point kat sini, najib mesti mengumumkan pengundurannya bagi mengelakkan sebarang pertandingan yang kelak boleh merugikan umno sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 7:24 AM

@AnonymousTerjemahan ni dah kira ekstrim dah ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 7:39 AM

Pertandingan baik selagi ianya berjalan secara bersih dan sihat. Jawatankuasa disiplin perlu adil dan tegas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 7:59 AM

Sebelum orang UMNO faham DEMOKRASI dan takutkan orang Melayu berpecah, tak payah diadakan pertandingan langsung. Tunggu ajer lah sampai orang UMNO dah paham. Najib tak nak tubuhkan makmal untuk mengkaji kenapa spesis UMNO nih bengap sangat ker atau takut kalau keluarga UMNO dah paham jawatan dia akan ditandingi?

Pasal orang UMNO bengap dan tak pahamlah UMNO semakin parah. Dari akar umbi hingga ke pucuk pimpinan dan dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi semuanya sama. Pemimpinlah yang bertanggungjawab menyebabkan penyakit tak paham nih berleluasa sehingga SEMUA keluarga UMNO dah tak pandai nak buat keputusan sendiri. Segalanya nak harapkan orang lain sehingga nak pilih pemimpin pun nak tunggu lampu, samada MERAH, HIJAU atau KUNING.

Pemimpin UMNO dari akar umbilah yang telah mengajar spesis UMNO “TEBANG BULUH PAKAI KAPAK” hingga menyebabkan mereka menjadi bengap dan tak pandai nak berfikir.

Aku payah nak terima dan tetap akan mengatakan CUKUP, CUKUPlah kepada Najib. Kalau tak dipecahkan ruyung tak akan dapat sagunya. Untuk mendapatkan kebaikan sesuatu yang lama hendaklah diubah. Saperti sebuah rumah, kalau dahulunya kecil, kita besarkan sebab bilangan keluarga dah bertambah, kalau dulu buruk, kita perindahkan. Kalau rumah tempat kediaman kita tuh dah rosak, kita baiki. Kita tentunya sayangkan rumah kita dan kita bukanya nak runtuhkan rumah tetapi nak berikan lebih keselesaan kepada keluarga kita sendiri.

Pertandingan itu sendirinya adalah amalan DEMOKRASI. Tujuan diadakan adalah untuk memilih yang baik dari yang terbaik. AKU SOKONG PERTANDINGAN DIADAKAN DISEMUA PERINGKAT. Aku juga harapkan orang UMNO tidak bersikap TEBANG BULUH PAKAI KAPAK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 8:02 AM

@Anonymous

weiiii!!! pergilah iklan ditempat lain bukan kat sinilah. kamu nih potong stimlah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 9:10 AM

Assalam Bro

Kenapa takut sangat utk adakan pertandingan... Kalau kita nak ukur kekuatan dan sokongan ahli parti kepada kita kena berani berubah... Buka aje pertandingan untuk semua jawatan... Maksudnya kalau menang tanpa bertanding pun ada persoalannya...? Sama ada Ahli UMNO tidak mahu berubah dan sanggup terjun dengan labu2nya... maka karamlah UMNO... Atau cakap2 belakang masih berterusan walaupun ada yang menang tanpa bertanding... tikam belakang yang sudah pasti akan berterusan... Sedangkan yang menang bertanding pun tetiba Rumah dah siap tapi PAHAT masih berbunyi. Kalau nak kata tak ada pertandingan kerana PRU 14 semakin hampir rasanya ungkapan tu tak relevan sebab masih jauh lagi 5 tahun dari sekarang apa pun boleh terjadi... Atau memang pemegang jawatan tidak mahu kehilangan jawatan yang di sandang..? Masalahnya kenapa yang bercakap tu orang lain (mungkin kaki bodek) dan bukan Tuan Punya Diri...? Susah sangat nak cakap... "Saya akan pertahankan jawatan saya" BUKAN " Kalau boleh jawatan sekian2 tak perlu dipertandingkan". Sampai bila nak jadi macam tu? Setuju sangat diadakan pertandingan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 9:30 AM

Bagi sesiapa yang rapat dengan Tun, pasti faham bahawa Tun seringkali mengeluarkan sindiran pedas sama ada kepada kawan atau lawan. Kiasan Tun memang tajam menikam macam kiasan Devil dan Angel. Cuba fahami kata-kata Tun di luar konteks. Di situ pasti kita akan memahami maksud sebenar Tun. Sekali-sekala cuba berfikir di luar kotak seperti Mahfuz.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 11:25 AM

Biar la...dia promote produk muslim juga...apa la ko ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 11:48 AM

Din, cuba ambik point2 yang diutarakan oleh Syed Out Side The Box. Satu pandangan yang agak menarik bagi saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 12:02 PM

Bro din. Malas nk tulis baru:

Still tun m statement did upset the cry for contest. It did sound like he didnt agree.

Surely its more dangerous to leave najib be as pm. Malay would have nothing before long and the cauvinis would hav prosper without having to vote the gov. See the prob is its not just the penasihat but najib himself is a liberal malay. The only time he would speak like a real malay is during the PAU which is bull.

I dont understand why tun wouldnt urged for contest

Anyway who would leave umno if they lose? Najib? To hell with him. I couldnt care less. Muhidin? I dont think he will. beyond that anyone else who is strong enough to create new party and pull out members? Dont think so.

So why would tun m disagree.

Well isnt the first time i disagree with tun even though i respect him the most.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 2:04 PM

salam,

kena faham betul makna TDM. tak ditandingi kerana orang yg kalah nak keluar parti dan tubuh yg baru kerana tak puas hati. tapi kalu yg kalah tak keluar parti dan terus beri sokong kpd yg menang ok jer kalu ada pertandingan.yg menang tak menang semua, dan yg kalah tak kalah semua. tu yg TDM dok ambil perhatian. kita cuma nak kasi tau pada ah jib gor, bahawa tak semua tindakannya mendapat sokong padu ahli umno. kita nak guna nama melayu dan tak mau tukar nama cina macam ah jib gor. kita nak kekalkan DEB dan utamakan bangsa melayu tak serupa ah jib gor dan pandangan punahsihat serta adiknya nazir yg anggap rasis kalu melayu utamakan melayu. kita nak utamakan bahasa kebangsaan dan perpaduan melalui cara 1 sekolah dan bukannya mempertahankan sekolah vernakular. kita nak kerajaan utamakan bahasa melayu untuk masuk u, bknnya memberi peluang geng ah jib gor masuk dengan sedikit kelulusan dalam bhs melayu. byk lagi yg ah jib gor buat kita sakit kapla. kalu ada yg baik, tak salahkan ada pertandingan. asalkan yg kalah jgn keluar dan tubuh parti baru. kalu ah jib gor kalah, jgn pulak pi tubuh parti playsafe. stay cool dlm umno, playsafe utk naik balik dan jangan cantas dan main kotor. itu yg saya faham maksud TDM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 7:15 PM

Sebenarnya kalau najib kekal belum twntu melayu yg support umno masih akan support umno.

Saya kata kita focus melayu dulu pru 13 membuktikan kita x perlu cina langsung utk tubuh kerajaan

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 12:37 PM

masalahnya sekarang ada ker sesiapa yang berani dan berkebolehan untuk lawan ds najib dan pemenang kemungkinan besar akan jadi pm malaysia..

Post a Comment