........... Tun Mahathir Bersama 'Kita' .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Bersama 'Kita' ....

Tuesday, June 4, 201330comments




Anda sudah baca artikel terbaru Tun Mahathir ? Saya copy paste dibawah untuk anda yang masih belum baca, komen saya dibawah.

UMNO DAHULU DAN SEKARANG


1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain. 

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang  penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan.  Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13.  Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO.  Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan.  Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.  Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.  Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.  Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO.  Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.  Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

                                 ********************
Kepada pembaca2 tetap blog dinturtle, pastinya anda rasa selesa membaca kritikan pedas Tun diatas kan ? Bukan 'selesa' yang bawa maksud suka tapi selesa dalam ertikata, ia selari dengan apa yang sering blog ini hidangkan.

Apakah segala kritikan yang sering saya hamburkan itu membawa maksud saya anti-Najib ? Sudah ada blogger yang mula bermain dengan label sebegitu, mungkin mereka ini punya agenda tersendiri , wallahualam. 

Apakah kritik Najib bermakna anti-Najib atau anti-Umno ? Apalah cetek punya pemikiran .....

Yang saya kritik adalah dasar2 Najib yang saya lihat tidak selari dengan agenda bangsa Melayu dan Perpaduan Nasional. Saya juga tulis, jika Najib mahu ubah dasar2 itu, saya tidak punya masalah untuk sokong. 

Ada juga blogger yang dah mula menghentam mereka yang mengkritik Najib ...... kononnya atas dasar perpaduan parti. Kononnya orang Melayu MESTI menyokong segala pelan2 transformasi yang Najib mahu bawa.

Bagaimana kalau kita TIDAK SETUJU dengan pelan2 Transformasi itu atas dasar semua itu tidak meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang maju dan bermaruah ? 

Bukan semuanya yang dibawa Najib negatif, ya saya akui. Tapi waktu sama, dimanakah Melayu dalam segala pelan2 itu ? Apakah Melayu dibawa bersama atau dibiarkan ketinggalan ?

Jangan salah faham kalau saya cakap - Tidak ada gunanya negara maju kalau dalam mengejar kemajuan itu, bangsa Melayu terus ketinggalan. Yang maju negara tapi yang terus kaya siapa ?

Apakah yang kononnya pro Najib itu semua MENYOKONG SEKOLAH CINA ? Kalau kritik nanti dituduh anti Najib pulak.... kan ? Kenapa tidak sarankan supaya Najib dianugerahkan sebagai BAPA VERNAKULAR NEGARA ?

Kalau bab Bapa Transformasi tu masih boleh dipertikaikan keberhasilannya tapi bab vernakular ni dah CONFIRMED milik Najib. 

Apakah jika kita sokong Umno bermakna kita juga mesti sokong CARA Najib ?

Bagaimana kalau saya katakan - Kerana sokong dan sayangkan Umno lah maka saya kritik Najib, bolehkah kenyataan ini diterima ?

Dan ia juga membawa maksud - mereka yang terus menyokong CARA Najib adalah mereka yang TIDAK SAYANG Umno dan bangsa Melayu !

Untuk kesekian kalinya saya tegaskan - Saya kritik Najib kerana saya sayangkan bangsa Melayu dan tidak mahu melihat maruah bangsa terus diperlekehkan oleh cara yang dibawa oleh Najib. Saya tidak tergolong dalam mana2 kumpulan terancang, saya tidak dibayar oleh sesiapa, saya tidak punya agenda nak POW sesiapa - saya menulis atas kesedaran sendiri, demi PARTI MELAYU !

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 6:42 PM

Aku undi BN tapi aku tak sokong Najib. pada aku memang dia ni bodoh tak bertempat. agaknya dia pikir guna otak karat bini dia kot...bila dia janji nak 'transformasi' SPR letak kat bwh Parlimen aku terus jadi menyampah gila kat najib PM ke-dua paling bodoh di negara ini. Dia buat semua yang PR mintak. lebih baik turun bagi PR sj memerintah kalau dah mcm tu. apa ka bangang punya PM...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 6:44 PM

Dorang nak back-up najib tapi wrong time..

Najib dah tak relevan,beliau harus berundur macam Pak lah.

Ramai yang makin hari sudah meluahkan ketidakpuasan hati.

najib harus berundur!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 7:40 PM

Mana button like ni ? Aku nak tekan button like 1,000 kali

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 8:30 PM

I truly have a high respect for you Sir .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:13 PM

nak buat camne din ooii... berbuih mulut tun M cakap, berbakul bakul blog kau tulis, hari ini duta 1M4U ialah cina- michelle yeoh. anak lahir cina ipoh perak.

teringat kata ngeh. no chinese will vote for BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:16 PM

Org yg masih cba berkata pebdekatan najib harus disokong betul2 buta.

Naiib harus undur. Saya mengajak semua disini bayangkan sekiranya najib tidak digugurkan. Ntah berapa byk lagi yg akan diliberalisasikan semata2 utk kaum cina kesayangannya. Berapa byk lagi hak kita akan digugurkan.

Kita x usah lagi terpedaya dgn ungkapan maaf dia dia PAU nnt. Kita x usah terpedaya dan ckp2 hebat da tentang bangsa kita d Pau nnt. Hakikatnya dia sudah pn diberi peluang. Kita yg memberi peluang cauvinis yg beroleh untung.


Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:33 PM

Jika ditoleh ke belakang, al-kisahnya, sewaktu Umnu terlupa asal-usul, nasib baik, secara kebetulan, dalam masa sama Pas juga berubah dari sasaran negara teokrasi kepada negara berkebajikan, dek termakan ayat power yg keluar menerusi bibir Dap...kalau tidak (kalau Pas kekal dengan teokrasinya) sudah tentu Pas berjaya menumbangkan Umno pada GE 13 dan seterusnya PKR diangkat Dap untuk duduk di kerusi PM. Tammat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:45 PM

Salam,

ini yg ramai tak faham. Mereka ingat kita pangkah bn sebab ah jib gor. Ah jib gor dah jauh daripada org melayu bila dia jadi abang orang lain. Bila ah jib gor lebih utamakan undi org lain utk menang. Jual segalanya utk beli undi bangsa lain.

pemimpin yg ada dikelilingi oleh org yg ada kepentingan diri. Mereka nak kaya dan menjadi kaya dengan mudah. Kekayaan pulak dinjoi oleh anak beranak dgn kemewahan yg melampau batas terutama melanggar batas agama. Org sekarang bkn buta dan tak dpt input. Ramai anak pemimpin menonjolkan kemewahan bapa mereka. Kita tahu, gaji menteri tak dpt memberi kemewahan gitu kecuali berniaga.

ramai pemimpin mengutamakan keluarga dariada bangsa dan agama. Bila kita minta bantuan, caranya sombong. Padahal kita minta utk org ramai. Dia ada rumah utk keluarga di luar negsra. Mana dpt duit.

tapi tak ramai juga yg berbunyi. Tapi sekarang org menilai anda. Dulu tak mewah, sekarang mewah. Semua jadi perhatian. Persepsi, awak ambil wang rakyat.

Harap bro din teruskan perjuangan. Blogger tidak berpihak menjadi pilihan. Jika ada ygbaik, pujian diberi, jika tidak memenuhi piawaian, kritikan membina diberi. Jika tidak kita curahkan apa yg ada dalam kapla. Kalu tak mau dengar org kecil ini, dan nak demgar org besar, kita tak kisah. Tapi apa yg akan terjadi 5 tahun akan dtg perlu diberi perhatian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:49 PM

terlalu benar apa yang dituliskan Tun. diharapkan pemimpin yang ada sekarang ni bermuhasabahlah diri. terutamanya pemimpin nombor satu negara. katakan CUKUP kepada Najib. diharapkan peringkat cawangan hingga ke bahagian usah ambil peduli apa yang disarankan oleh pemimpin diatas yang menyatakan jawatan nombor satu dan dua supaya tidak dipertandingkan. TUKAR sekiranya kalian sayangkan bangsa Melayu dan ingin hidup sebagai orang Melayu yang bermaruah ditanah air sendiri. masa depan generasi Melayu yang akan datang lebih penting dari menghambat hati pemimpin yang ada.

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2013 at 10:12 PM

NK KE PEMIMPIN2 UMNO SEDAR DARI LAMUNAN????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 11:06 PM

agak2nya dia berbangga dgn gelaran gula2 yg cina berikan tu.. sbb tu habis semuanya nak digadaikan..

rasa2nya sekarang ini dah kena fikir pengganti dia sebalum terlambat..

sokong TM... hidup melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 11:08 PM

No komen, cntoh tmpat aku, ketua umno dri kelisa dh pakai BMW, dh ada bisnes seafood, bini dh makin tebal mekap, xmesra remaja dn belia, rmai belia2 dduk pos Pas msa kempen, umno tmpat aku langsung xde aktviti, klu ada pun utk org yg aktif umno, rakyat biasa langsung xdimaklum ada pjumpaan dn makan2..takut lauk habis ke?hehe..Datuk Maulizan tlong le jenguk2 aktvti ank buah tu, jgn time msyuarat pcaya bulat apa yg di 'ok beres' kan diorag, kmenangan anda bukan kerja keras mereka tp kerana perihatinan kami pada MELAYU..opps terkomen pulak dh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 11:19 PM

Benar..Inilah kenyataan. Tun begitu memahami ape yang berlaku di akar umbi (peringkat cawangan).

Daripada tulisan Tun, inilah situasi terkini dalam UMNO dan punca-punca kenapa UMNO makin lemah... tak tahulah apa akan jadi pada PRU14 nanti..

Saya membaca sajak itu. Penulisnya ialah Tun sendiri. Terima kasih, Tun.
"22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”."

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2013 at 11:37 PM

salam,
akhirnya saya pangkah BN untuk pertama kalinya dalam hidup walaupun parlimen dan dun saya pkr yg menang..yg penting kurangkan undi anwar....

apa yg tun cakap mmg betul, kalau keadaan tak berubah nampak gayanya pilihan terbaik utk pru 14 elok dok umah goyang teloq saja la pasni...tak payah susah susah nak p keluar beratoq.....biar UMNO bungkus terus.....sokong PAS saja la pas ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 12:17 AM



kekadang terlintas di benak ini :

si najib ni ada makan duit cina ker?

hhmmmmm..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 12:49 AM

bagi pihak atas pagar, apabila Dap bertekad untuk menjadikan mantan 'menteri kewangan yang gagal' untuk mengepalai PR di PutraJaya, otomatik timbul satu pertanyaan: "apakah agenda tersembunyi Dapig di sebalik tekad mereka itu?"

1. adakah supaya pilihan mereka itu memudahkan mereka mengawal kerusi berprestij PutraJaya?

2. apakah untuk memudahkan mereka untuk meliberalisasikan segala-galanya?

3. Mungkin juga 'ayam tambatan' mereka akan beri mereka laluan untuk menambahkan kekayaan menerusi favoritism?

4. Apa akan jadi kalau semua kek ekonomi Dapig yang bolot?

5. bla, bla, bla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 12:53 AM

DT,

Umnu semakin kurang prihatin permasalahan dan keperluan Melayu, namun PR langsung tidak prihatin...makanya congak punya congak, pilihan yang terbaik adalah Cap Dacing. Pilihan ini tidak semestinya kekal dan tanpa syarat. Ia nakal berubah kalau syarat-syarat tidak dipenuhi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 12:59 AM

Kekhilafan parti isler dalam PRU 13 ialah kebergantungan tahap fanatik kepada pemimpin yang gagal untuk terus mengepalai bahtera isler walhal agama jelas menyuruh para penganutnya melantik pakar untuk mengetuai misi yang penuh cabaran. Nasi sudah jadi bubur, bahtera isler terpaksa berlabuh selama 5 tahun sebelum menyertai misi seterusnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 1:05 AM


Sdra Din, ambe minta masuk
Esok cukup 30 hari PM yang menang atas Nama 1M yang tranformaci liberal human rights inklusive enggage sahabat baik Michel yeoh dan juga merangkap Ah jib Gor bapak sekolah cina yang di benvana kan dengan Tsunami cina 29 hari dulu dan juga maish tak keluar sekolah bilik darjah 5513.
Maka apa saja semua orang termauk TDM dan TDaim dan TS ZAM, kata untuk memperkuat orang melayu dan bumiputra dan umno, najib tidak akan berganjak sebab dia kata UMNO dengan 88 kerusi adalah parti yang terkuat sekali di PRU13!

Liat degil ketegak buta tuli.
Walau pun saya amat benci akan rancangan 505 IBAI dan dap anak beranak untuk berdemo selama 5 tahun, itu lah saja yang Najib akan ambil kira dan beralah dan tunduk,.
tekanan Dong Zhong dan Hua Zhong dan ACCIM oriental dayly Nanyang Siang pau Sinchew TV 8 dan NTV semua memberi liputan ekosistem cinabeng yang memberi asakkan tekanan yang tidak henti henti.
Najib dengat dan ikut mereka.
Najib sudah tinggalkan orang melayu dah lama dah, yaani semenjak dia buka mulut melaung 1 Malaysia.
Najib bukan melayu lagi.
Najib adalah Malaysia,truly Asia.
UMNO pun nak di bubar kan seuru adnan test MARKET.
PRU 14 akan bukti kan.Lain lah kalau ada orang lain jadi Presdin UMNO di PAU, lepas raya .
arjuna waspada
changkat lobak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 1:11 AM

@Penang Mali

jangan semudah itu putus semangat sebaliknya jadikan apa yang berlaku kepada sedara kita di Singapura sebagai platform pemulih semangat.

hanya dengan semangat kental dapat memastikan Cinabeng tidak menjadikan Pulau Mutiara sebagai Serampi Pap, yg mana impak tidak langsungnya ialah masa depan tidak menentu bakal didepani sedara kita di pulau berkenaan.

....................
Reply To This Comment ...................
ZIN ZORRO
June 5, 2013 at 1:11 AM

sedih tiada lagi pemimpin yang berani seperti TUN MAHATHIR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 1:29 AM

Salam,
Aku rasa Najib tak baca pun apa yg blogger tulis ni. Even dlm facebook dan blog 1 Malaysia dia pun aku rasa dia tak baca. Yg tulis dan baca dlm blog dan fb dia tu cuma punaisihat2 dia aje, abis baca dia cedok sikit2 idea bagi kat najib, so najib gunakan dan kata bagus idea punaisihat dia ni... tapi semua hampeh belaka punaisihat Najib ni, semua nasihatnya nampak condong ke sebelah pihak aje, hala ke arah pr dan anwar brahim je. punaisihat dia ni ada agenda bersama nuar kut?? Kita sama2 berdoa dan berharap agar Allah membuka pintu hati najib untuk mendengar teguran terbaik dari ayahnda Tun, Insya Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2013 at 2:01 AM

Selagi ada daya dan idea, saya terus menulis.... biarlah Najib baca atau tidak.

Balik ke ASAL tujuan menulis blog iaitu sebagai tempat meluahkan perasaan :) bukan untuk mengajar atau mengubah sesiapa.

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2013 at 7:34 AM

Like 1000x hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 9:10 AM

Terus menulis sdr.Memang ada kebenaran ulasan sdr.

Di Sarawak keadaan memihak kpd sekolah vernacular kian runcing.Kerajaan negeri telahpun meluluskan 2000 hektar tanah kpd lembaga sekolah2 cina.Apa dah jadi??Cina tak sokong kerajaan BN,tetapi diberi habuan pula.Keliru.

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2013 at 10:56 AM

betul 3x..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 2:04 PM

Najib dah tak boleha dah. Dia masih tidak sedar. Sibuk nak jadikan Malaysian Malaysia.

Mungkin kerana dia elit. Dia bukan tahu kehidupan orang melayu kebanyakan macam mana. Gula-gulakan je. Bagi orang Felda macam-macam, masuk dalam tv bertahun - tahun. Yang tak dapat meluat tengok. Sama dengan askar, polis dan kakitangan kerajaan. Ni je yang termampu oleh Najib.

Najib bukan melayu. Dia neo liberal. Melayunya cuma 12 tahun sahaja. Dari umur 13 tahun sampai sekarang 59 tahun dia bukan lagi melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 3:41 PM

najib, jaga le melayu, kalau tun razak masih hidup agaknya dia pun nangis tengok cara ajib gor melayan melayu dan bmiputra lain,asik2 nak jilat pungkok cina je.najib ingat le kita hidup tak lama,kerana di sana nanti kita akan di soal tentang kuasa yang tuhan pinjam kan kapada kita,adakah kita membela ugama dan bangsa.Dengan cara yang sedang ajib gor jalankan tak nampak nampak kebaikan kapada bangsa melayu dan bumiputra ,melainka yang jelas hanyalah melayan kehendak cina2 bangsat yang tidak pun mempunyai perasaan sayang kapada negara ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2013 at 9:34 AM

sy penyokong UMNO tegar tp dlm masa sama kekadang sakit dgn tindakan yg PM buat. kritik bukan benci tapi sakit hati sbb masih ada rasa sayang. kalo x lama aku hijrah ke parti lain malangnya yang lain lagi hampeh. so saya setuju perkara yang di bangkitkan dalam blog ni. pahit utk d telan tapi itu realiti. dia dok sibuk dgn bangsa yang tiada kasih pun walau buat apa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 4:53 AM

Tun Mahadhtir, bila menegur,mengunakan bahasa yg sangat mudah dan senang di faham serta senada di warung2 kopi,beliau paham isi hati orang bawahan yg mengundi dan tiada kepentingan politik serta penyokong kuat BN.Teguran Tun Mahadhtir adalah utk kebaikan parti dan masa depan parti,bersesuaian dgn arus dunia politik yg kian berubah, di tambah pula,penerimaan maklumat dari dunia IT. Kesimpulannya, mungkin Tun agak risau tentang pengundi melayu akan datang, dan boleh berubah hati di sokong oleh berbagai jenis hasutan,janji puak pembangkang sehingga menyakinkan diri mereka, yg akan di jadikan pilihan utk mengundi pembangkang di PRU 14.Akhir sekali,orang melayu yg teperangkap dan menjadi rugi atas rasa ketidakpuasan hati orang2 melayu.Zaman politik Tun Mahadtir sangat selesa kerana ketegasan,kekuatan politik dan dasar beliau yg sampai pada rakyat,di samping kedudukan pembangkang yg sangat lemah.Ini adalah kerana, kebijaksanaan dan percaturan Tun Mahadtir yg tepat dlm politik dan ekonomi utk masa depan negara.Atas sebab itu,beliau yakin akan matlamat negara ke arah wawasan 2020.Berbeza dgn dunia politik sekarang ini,yg agak runcing serta memerlukan sikap yg berhati2,cepat, tegas,cekap,menyakinkan rakyat dan terus berpandangan ke hadapan.Saya berhadapan puak pembangkang dgn berdebat,memberi komentar tetapi gagal utk menyakinkan mereka, sebab kadar kena hasut puak pembangkang yg sangat tinggi malah saya di sindir walaupun kedudukan realistik akan dasar kerajaan.Bagaimana saya hendak menyakinkan diri mereka.Sedangkan mereka, menolak mentah2 akan kebaikan kerajaan BN selama nie.Itu yang menjadi kehairanan saya.Namun saya nekad tidak akan buat kerja berdebat dan beri komentar sebab bukan kerja saya.Pru 13pun, sudah berlalu.Kalau berlaku apa2 hal pada diri saya,siapa nak tolong saya.

Post a Comment