........... Syor Tak Tanding Presiden, Timbalan ? Kuat Bodek Mamat ni .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Syor Tak Tanding Presiden, Timbalan ? Kuat Bodek Mamat ni ....

Monday, June 3, 201326comments

Artikel menarik untuk dikomen, dari BH -

Syor tak tanding presiden, timbalan

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat hujung tahun ini.

Beliau berkata, gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serasi dan terbaik apabila sepanjang tempoh empat tahun, kepemimpinan mereka tidak menimbulkan masalah kepada parti dan negara. 



Di samping itu, katanya kepemimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menjadikan parti lebih kuat dan mampu memberi tumpuan terhadap agenda transformasi negara.


Hasilnya, UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Walaupun undi Melayu berpecah kepada tiga iaitu kepada UMNO, PKR dan PAS, majoriti pengundi menyokong UMNO.


Walaupun UMNO sudah membuat transformasi, parti perlu terus berubah dan parti juga mempunyai masa yang lebih selesa untuk melakukan perubahan, gandingan dua pemimpin utama parti perlu dikekalkan kerana kepemimpinan mereka sudah terbukti, katanya kepada BH.

Undi hampir 150,000 ahli


Hampir 150,000 ahli akan menentukan pucuk pimpinan dari presiden hingga MT berbanding hanya 2,510 perwakilan sebelum ini, manakala pemilihan setiap sayap akan ditentukan 100,000 ahli.


Berikutan itu UMNO akan membentuk pasukan khas diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali untuk turun ke setiap negeri bagi memberi penjelasan mengenai kaedah pemilihan baru sebelum mesyuarat UMNO cawangan yang ditetapkan dari 15 Julai hingga 31 Ogos depan.


Mesti dikekalkan


Mohd Puad berkata, bagi memastikan UMNO terus dan lebih relevan pada masa akan datang selain mampu melaksanakan strategi taktikal menawan hati rakyat, gandingan kedua-dua pemimpin ini mesti dikekalkan.

Sehubungan itu, beliau berharap tiada pemimpin parti yang berhasrat bertanding di kerusi berkenaan kerana tiada yang lebih layak buat masa ini untuk menggantikan Najib dan Muhyiddin.

Secara peribadi, saya tidak nampak siapa yang berpotensi berada di kerusi mereka, katanya. 


                           **********************
Ikhlas ke...... bodek ?

Bagi saya, biarlah ada pertandingan. Jika benar tidak ada yang lebih layak dari yang sedia ada DAN yang sedia ada pula hanya layak ditempat yang tersedia, maka tidak ada apa2 yang harus dirisaukan kerana dengan sendiri pencabar2 akan ditolak oleh akar umbi.

Biar pilihan benar2 mencerminkan hasrat akar umbi - bukankah itu yang ingin dicapai melalui kaedah pemilihan baru yang mahu diperkenalkan ?

Jadi kenapa mahu dihalang suara akar umbi ? 

Kalau Puad berpendirian peribadi tidak perlu ada pertandingan, kenapa harus dipaksa pendirian peribadi itu keatas suara akar umbi ? 

Bukankah sekarang masa paling selamat untuk diadakan pemilihan. Kalau ditunggu 2 tahun lagi, akan ada alasan lain pulak .... 4 tahun lagi alasan lain juga ....

Anda pula rasa bagaimana ?

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 2:06 PM

pemimpin yang yang takut nak bertanding dan berselindung disebalik konon keutuhan parti adalah bacul dan dayus

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2013 at 2:08 PM

NAJIB MUST STEP DOWN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 2:35 PM

Najib must step down, tapi aku tak nampak pun calon yang layak jadi PM, semuanya lembek macam telor penyu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 2:57 PM

Najib dan anwar ibrahim dan mana2 pemimpin bodek cina harus bertaubat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 3:01 PM

kalau nak berubah, semua jawatan mesti ditandingi. itu baru transformasi namanya. kena pulak semakin ramai yang menyampah tahap gaban dek kelembikan najib..toksah la bodek2..zama itu sdh berlalu. kalau tak nak transform jugak, pru14 nanti majoriti penyokong setia BN akan berpihak kepada parti lawan..nak ke camtu? tak ingat lagi pru12?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 3:05 PM

Aku usulkan Dinturtle jadi presiden umno sapa setuju!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 3:06 PM

APA YG KITA PANGGIL PEMILIHAN JIKA TAK ADA PERTANDINGAN ?????????
AKAN JADI SEJARAH PM TEWAS DALAM PEMILIHAN PRESIDEN - TENGOKLAH
KELUARGA RAZAK N HUSEIN AKN TERKUBOR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 3:24 PM

Lembik mcm telo penyu? Ko jangan cakap kuat2 bro....nanti kalo dinturtle dengar susah ko plak nanti....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 3:26 PM

@Anonymous

bang jangan cakap pasal telor penyu bang. tak per kalau cakap pasal keledek rebus. takut takut kalau penyu tu pulak disalahkan kerana bertelor tak cukup hari.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2013 at 4:08 PM

@Anonymousini semua salah Penyu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:10 PM

Si Puad ni bercakap menggunakan kepala lutut. Kalau kepimpinan mereka tidak menimbulkan masaalah dan telah menjadikan parti lebih kuat, KENAPA dan MENGAPA pula BN nak ditunggalkan. Bukankah Najib dan Muhyidin yang cepat respond kepada saranan Gerakan? Ada kah mereka berdua ni YAKIN dalam TIDAK YAKIN bahawa UMNO KUAT?

Kalau nak BODEK pun biarlah yang LOGIK. Takkanlah pulak nak dibiarkan orang orang Cina dibodek dengan ghairah dan tidak bersempadan? Taklah pulak nak dibiarkan parti yang kuat jadi tukang angguk kepada pembangkang. Takkan pulak parti yang kuat menjadi lemah menghadapi pembngkang. Mereka sebenarnya tidak punyai keyakinan diri dan tidak dapat merasakan KEKUATAN yang ada pada parti. Kalau dah kepalanya penakut, maka pengikut jadi bertambah kecut. Ada kah mereka ini yang patut dipertahankan dan disimpan lama?

Accept change as inevitable.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:15 PM

@Anonymous
kamu bercakap tak buat semakan dulu. takkan syarat pertandingan pun kamu tak tau bang. DT jadi ahli pun tak macamana kamu nak dia bertanding. nampak kena halau dewanlah kawan kita ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:19 PM

@Anonymous

kalaulah si penyu tu bertelur keras, taklah rasanya orang sebut sebut kan? agaknya penyu tu pun tak tau telur dia macam tu. macamana pun yang lembik itulah yang sedap picit bila nyonyot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:21 PM

@Anonymous

yang punya diri tidak lak cakap takut nak bertanding, cumer pembodek dan pengampu dan pengipas ajer yang cakap supaya tak dipertandingkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:22 PM

@anak melayu

any GOOD reason?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:23 PM

@Anonymous

jangan susah bang, hanya calun yang keras saja yang akan bertanding.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 4:43 PM

Mohd Fuad ni dari MMPSMI dulu lagi memang dah tak betul. Apa yang orang tak mau itu yang dia nak. Paksa kehendak diri keatas orang lain. Nasib kalah kalau tidak lagi aksyen.

....................
Reply To This Comment ...................
Ush
June 3, 2013 at 6:55 PM

bro, aku this round memang TAK NAK NAJIB!!! PUAD KAKI BODEK!!!!!!
manalah warisan dato' harun.......

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2013 at 8:05 PM

Najib 'i love pm' razak kan kuat,jadi apa masalahnya?Bertanding ajelah,kita nak tengok tahap sokongan akar umbi umno pada najib.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2013 at 8:10 PM

Apa yang penting disini adalah MESEJ orang Melayu kepada pemimpin2 Umno.

Kalaupun ada pertandingan dan Najib menang, kita terima asalkan MESEJ yang cuba disampaikan dapat diterima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 8:46 PM

Jangan ada mana-mana pimpinan berkedudukan dalam umno pusat buat kenyataan bodek begini.. bicara tajuk transformasi tapi perangai retro! Maka itu undi orang muda dan bandar melayang.

Aku mahukan pimpinan yang TEGAS perjuangkan nasib agama bangsa dan negara. Lemassss dengan maklumbalas dan tindakan yang TELAH ditunjukkan. Longlai, lembik dan ....pok di semua lapisan dan sayap parti.

Tukarkan yang baru!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 9:22 PM

Kalau nak berubah, ubahlah semua dari atas sampai bawah. kalau setakat bawah je, gerenti tak de kesan, tak de perubahan. Sebab yang buat decision hanya yang atas. Ada faham ke Fuad?

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 3, 2013 at 9:32 PM



Timbalan presiden tidak ditandingi tak mengapa ,tetapi Presiden wajib diubah.
Dah tak larat nak tengok lagi Melayu dilembukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 11:42 PM

Salam,
tu kondom ah jib gor. Nak playsafe aje. Biar ada pertandingan. Biar mr presiden dong dzhong tahu yg ada ahli tak setuju dgn tindakannya. Kalu tiada pertandingan bermaksud 100% ahli umno setuju ah jib gor teruskan usaha membela adik-adik mca dan gerakannya. Mr presiden rela utamakan mca n gerakan drpd ahli umno. Ahli juga nak beritahu ah jib gor, mereka tak setuju dgn peranan punahsihat dan consetan yg ada keliling mr presiden. Oleh tu kena ada pertandingan, kecuali ah jib gor nak kelihatan dpt mandat daripda seluruh ahli umno. Harap ahli umno tak mkn umpan nak stabilkan parti dan kuatkan parti.

pemilihan dlm pau juga kena beri peluang kpd semua ahli yg bekerja dan bukannya popular. Harap ahli tak pilih pemimpin popular tapi kerja hancus. Moga Allah terus merahmati dan memberkati ahli umno yg berjuang utk agama, bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 11:50 PM


Serba sedikit Perjalanan Dato' Seri Najib Tun Razak

i. Perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri akan tiba dipenghujung selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2014.
ii. Gerakan bertubi-bertubi didalam UMNO sendiri akan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan.
iii. Punca gerakan ini bersuara adalah disebabkan kegagalan Kabinet yang dilantik beliau yang tidak menepati cita rasa orang Melayu
iv. Kegagalan Najib didalam memertabatkan golongan Melayu serta tuntutan orang Melayu, membuatkan orang Melayu terutama UMNO memboikot program Najib
v. Sikap berlembut serta mengutamakan kaum Cina akan membuat orang Melayu secara terangan membantah Najib.
vi. Ketiada serasian diantara hala tuju serta perjuangan Najib dan Muhyiddin menjadi ketara.
vii. Najib akan melepaskan jawatan diatas alasan 'ketidak tentuan kesihatan' dirinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2013 at 9:49 AM

Kalu ikut ah jib gor punya kondom, playsafe, dia punya penjolok jubur, pengampu, pembodek, pengipas akan berusaha mempertahankannya. Dpn ckp suka, belakang kasi terajang. Ni masalahnya.

Post a Comment