........... Speaker Parlimen DiMinta Tegas Tidak Benarkan Ahli Parlimen Yang Tidak Fasih Berbahasa Malaysia Dari Bersuara ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Speaker Parlimen DiMinta Tegas Tidak Benarkan Ahli Parlimen Yang Tidak Fasih Berbahasa Malaysia Dari Bersuara !

Saturday, June 15, 20137comments

Artikel menarik dari Utusan pada 12 Jun lalu mengenai penguasaan Bahasa Kebangsaan / Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dikalangan ahli2 parlimen yang bakal bersidang tidak lama lagi.

Bahasa Melayu bukan prasyarat kelayakan menjadi calon. Maka itu dalam sidang Parlimen lepas, ada calon yang nak cakap Melayu pun tersasul dan terpelat-pelat bahasa pasar seperti YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.


Dalam Parlimen Malaysia, bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu. Kalau nak guna bahasa Inggeris pun kena mohon dengan izin daripada Speaker dewan.

Sudah tiba masanya kerajaan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan kita melalui tindakan tegas bermula dengan wakil-wakil rakyat kita biar menjadi contoh kepada semua. Selagi kerajaan masih berlemah lembut dan tidak TEGAS dalam menjadikan ia sebagai SATU KEPERLUAN untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan sendiri, selagi itulah sesetengah rakyat tidak akan mengambil berat untuk memastikan mereka fasih.

Mungkin ada baiknya Speaker Dewan mengadakan satu ujian Bahasa Kebangsaan kepada semua ahli Parlimen pada hari pertama sidang dan mereka yang GAGAL. adalah diLARANG dari bersuara didalam Dewan walaupun mereka boleh hadir.

Jika dibenarkan juga mereka bercakap, ia hanya akan memalukan diri, Dewan dan juga kerajaan kerana akan dilihat telah GAGAL dalam mendidik rakyat dalam Bahasa Kebangsaan. Ia juga akan memberi satu mesej yang salah kepada rakyat dimana ia akan dilihat sebagai TIDAK APA kalau tidak faham pun Bahasa Kebangsaan kerana kerajaan sentiasa bersikap akomodatif dan apologetik.

Mereka hanya dibenarkan bersuara setelah mereka LULUS dalam ujian Bahasa itu. Kalau 5 tahun tak lulus juga, maka selama 5 tahun jugalah mereka tidak dibenarkan bersuara didalam Dewan !

Dengan sendirinya bila tiba PRU14, parti2 politik akan memastikan setiap calon mereka mahir dalam Bahasa Kebangsaan kalau tidak mahu mempersia2kan kehadiran wakil parlimen mereka hanya hadir sebagai tunggul kayu.

Tapi rasanya kerajaan TIDAK BERANI nak bertindak tegas sebegitu .... kan ? Kerajaan sentiasa bersikap akomodatif dari dulu hingga selamanya .... dan selamanyalah sesetengah rakyat akan tidak ambil peduli.


YB Pasar Pudu di Parlimen: Bahasa Melayu 101

SIDANG Parlimen akan bermula 26 Jun ini. Ia merupakan sidang pertama selepas PRU-13 lebih sebulan lalu.

Berbagai-bagai jenis Ahli Yang Berhormat (YB) telah dipilih oleh rakyat. Ada yang menang mudah ada yang menang tipis. Di Malaysia, calon yang tak boleh bercakap bahasa Melayu pun boleh menang dan dipilih sebagai YB.

Bahasa Melayu bukan prasyarat kelayakan menjadi calon. Maka itu dalam sidang Parlimen lepas, ada calon yang nak cakap Melayu pun tersasul dan terpelat-pelat bahasa pasar seperti YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Dalam Parlimen Malaysia, bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu. Kalau nak guna bahasa Inggeris pun kena mohon dengan izin daripada Speaker dewan.

Maka itu semasa Dong Zong, sebuah pertubuhan cauvanis mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua orang menteri keturunan Cina yang dilantik dalam Kabinet baru-baru ini, maka kita akan saksikan berapa ramai pula YB-YB yang boleh berbahasa Melayu dengan fasih?

Kita persetankan apa niat Dong Zong mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua menteri itu.

Tetapi, kita tunggu dan saksikan adakah Parlimen kita akan menjadi ala pasar borong selepas ini, atau seperti Pasar Pudu atau Pasar Chow Kit.

Kita tengok berapa ramai YB baharu itu akan bercakap bahasa pasar dan bahasa baku serta bahasa Melayu yang betul.

Akan menjadi satu kemaluan yang besar jika YB-YB ini tidak boleh berbahasa negara sendiri. Kita tunggu apa reaksi murid-murid sekolah yang duduk di galeri awam menyaksikan “suasana pasar Pudu" itu. Tentu mereka terkejut.

Oleh itu marilah kita saksikan berapa ramai lagi YB-YB ala Gwo Burne dilahirkan oleh Parlimen Malaysia.

Atau Parlimen terpaksa menyediakan guru-guru khas bahasa Melayu untuk satu crash course bahasa Melayu asas 101. Aduhai.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 9:38 PM

Mana perginya tokoh yang dikatakan ingin mempertabatkan bahasa melayu....yang menyertai demonstrasi jalanan bersama-sama pembangkang satu ketika dahulu...

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 9:45 PM

Sudah 56 tahun negara Merdeka, bila lagi nak bertegas dalam soal SATU BAHASA ni ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 9:56 PM

dah menua kita minta didaulatkan, tapi apa respon kerajaan? Kerajaan masih lagi dengan lenggoknya mengiktiraf Sekolah Vernakular, apa ni? Kerajaan sendiri pun tak nak galakkan rakyatnya berbahasa Melayu dan ada dikalangan Menteri sendiri pun tidak berbahasa Melayu. Disatu sudut berkehendakkan Bahasa Melayu digunakan tapi disatu sudut yang lain, lain pulak jadinya. Mana perginya ASS (Samad Said) dalam persoalan bahasa ni? PM kita pulak nampak lebih selesa berbahasa Inggeris, apa dah jadi? CUKUP, CUKUPlah tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 10:10 PM

Salam,

auwwwwww, bro din selalu sangat tonjolkan pemimpin bn tak bertelur. mana tau bro din suka sangat kat nyahhhh. tapi bro din, pm kita ah jib gor tak mungkin akan arahkan speaker buat gitu. tak baik untuk adik presiden umno duduk diam dalam dewan tanpa berpeluang untuk bercakap bagi pihak ibunda mereka. nanti, ah jib gor tak tau pula nak bagi apa kat mereka. jahat la bro din. cuba-cuba nak naikkan bahasa kebangsaan. bahasa pasar udah ler. kita kena utamakan bahasa negara taiwan. kita banyak pengundi hantu dari sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 10:59 PM

PERKASA mana pegi? Lama tak nampak? Terkujat ke apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 11:13 PM

Nanti bertambah ramailah geng2 LUNTUR dan LENTUR kat parlimen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 1:02 AM

tak ada kualiti punya pemimpin!

bahasa kebangsaan pun tak fasih. tu la pemimpin sanjungan dong zong...bodoh dan bebal.

Post a Comment