........... SEMUA Jawatan DiPertandingkan ! Tapi Minta-minta Tak kelam-Kabut.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SEMUA Jawatan DiPertandingkan ! Tapi Minta-minta Tak kelam-Kabut....

Thursday, June 27, 20134comments

Satu kelegaan bila membaca ini -

"Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Majlis Tertinggi.

"Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding,"


Adnan dilaporkan berkata bahawa kesemua jawatan harus terbuka untuk dipertandingkan bagi menjadikan Umno kekal relevan kepada golongan muda dan berpendidikan.- Sinar .

Memang itulah yang sepatutnya ..Seharusnya tidak timbul sebarang usul supaya sebarang kerusi dikecualikan dari menerima ujian pemilihan ahli. TAHNIAH Tengku Adnan !

Menyokong pemilihan TIDAK bermakna menentang kepimpinan walaupun itu adalah persepsi yang cuba diberikan oleh sesetengah orang. Ia cuma bermaksud - DEMOKRASI dan BERANI.

Dengan adanya pertandingan, tidak semestinya ada pencabar. Mungkin ada dan mungkin tidak ada. Terima sajalah sebagai satu proses demokrasi dan sebagai satu ujian yang bakal menambahkukuhkan parti. 

Seperti yang sering saya katakan - Yakinlah pada diri sendiri dan yakinlah kepada ahli untuk membuat pilihan yang matang / terbaik.

Tapi tiba2 muncul pula suara dari BEIJING yang cuba menafikan hak memilih ahli. Dan alasan yang diberikan pula ala-ala Umno Kedah yang berkata - Banyak lagi jawatan lain dalam parti yang boleh ditandingi ..... Kali ni PakLah yang suaranya sayup2 kedengaran dari Beijing berkata -

Tak suka kelam-kabut

" Kalau banyak sangat jawatan yang dicabar, kelam-kabutlah " - SINAR

                        ?    ?    ?    ?

Tapi logik juga kan ...... hmmmmm .... apakata Umno buka SETENGAH jer jawatan untuk dipertandingkan tahun ini dan setengah lagi dipertandingkan lagi dua tahun ?

Taklah kelam kabut .... kan ? kan ?

Apapun kita masih menanti kenyataan MATI SETEM dari Presiden Umno sendiri yang masih sepi tidak mahu bersuara lagi ....

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 11:23 PM

Jika aku sebagai ahli akar umbi diberi peluang untuk mengundi.presiden umno, timbalan presiden, naib presiden dan ahli mt. Undian aku adalah seperti berikut :

Calon Presiden : Najib [ 0 Undi ]
Calon Timbalan Presiden : Muhyidin [ 1 Undi ]
Calon Naib Presiden :

Zahid [ 1 Undi ]
Hisham [ 0 Undi ]
Shafie [ 0 Undi ]
Mukhriz [ 1 Undi ]
KJ [ 0 Undi ]

MT :
Saipudin [ 0.Undi ]
Nazri Aziz [ 0 Undi ]


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 11:24 PM

Aik...ini macam Jin cakap......kelam kabut hari ini bukan berasal dari suara dari Beijing biji ke?????? apa seterus nya boleh main setengah setengah...macam, apa kata tiga suku?????bermula dari atas nombor satu????

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2013 at 3:48 PM

Aku nak bertanding presiden thn ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2013 at 1:20 PM

@hero_labu Presiden Labu Herot

Post a Comment