........... Rosmah Wanita Paling POWER Di Malaysia ! hehehehe .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Wanita Paling POWER Di Malaysia ! hehehehe ....

Wednesday, June 19, 20136comments

 

OK, giliran saya pulak nak komen tentang Rosmah yang dinobatkan sebagai Wanita Paling POWER di Malaysia oleh penaja iklan misteri di The Star semalam.

"From a preliminary group of over 1,000 women candidates in Malaysia, we selected the top 10 most powerful and influential women from seven categories of power basis: millionaires, business, lifestyle, media, non-profits and NGOs, politics and technology...


"To determine the rank within each category, as well as their overall rank on the 'Top 10' list, we applied three metrics: money, media presence and impact," the page reads, without revealing the identity of the party doing their ranking. - Malaysia Chronicle

Ramai bloggers dah komen benda ni, masing2 sibuk nak mencari SIAPA dibelakang iklan itu dan MOTIF iklan yang sememangnya mahal .... lebih dari RM40k ! menurut Helenang

Ni sengaja nak malukan Rosmah dan Najib dan Umno dan BN secara tak langsung ! jerit para bloggers.


Saya nak komen dari sudut lain pula ... jeng, jeng, jeng .....

Kenapa semua orang marah ek ? Serius ni, kenapa ramai yang marah ? Errrr ..... tapi para pengomen dalam banyak2 blog yang menulis tentang isu ini, tak ramai yang marah..... kan ?

Biasanya kita marah tentang sesuatu berita kerana apa ? Kalau berita itu berunsur FITNAH dan MEMALUKAN atau apasaja yang boleh dikaitkan dengan perkara negatif.

Apakah kenyataan ' Rosmah sebagai Wanita Paling POWER di Malaysia ' adalah sesuatu yang NEGATIF ?

Apa pulak..... wanita lain LAGI POWER ! Contohnya Wan Azizah ker .... Pulak. 

Ni kali pertama saya baca satu bentuk pujian tertinggi yang seberapa boleh tidak mahu dikaitkan dengan BN dan mahu pujian itu diberikan kepada orang PR ! 

Iklan tu menyindir jer .... orang kata. 

Errr ... secara jujur saya nak tulis, kalau Rosmah sendiri yang berikan gelaran First Lady Of Malaysia kepada dirinya, tak kisah pula bila gelaran itu diiklankan di Amerika sewaktu lawatan beliau ke sana dan kemudian wujudkan pula satu pejabat FLOM diPejabat Perdana Menteri ..... anda rasa Rosmah akan rasa disindir ker dengan gelaran Wanita Paling Power Di Malaysia ?

Jawab dengan ikhlas...

Dan bila saya tanya pandangan beberapa orang teman tentang iklan diatas, jawapan yang diberikan adalah - Hahahaha ( ketawa kecil ) ... hah, kenapa ? Memang betul pun !


Habis saya nak kata apa lagi ? Nak saya marah ? Ok , OK .... nanti saya marah .... bila dah dapat mood marah tu hehehehe ....

PS - Tambah satu lagi, wanita yang dengan bangga muncul dengan sebuah buku biografinya tidak sampai sepenggal sebagai FLOM kemudian diberikan 2 kali pelancaran besar2an ... adakah beliau akan rasa dihina atau disindir dengan gelaran Wanita Paling POWER di Malaysia ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 1:06 AM

Rosmah kaulah segala-galanya, kau lah kekasihku,kaulah isteriku ,kaulah ibu kepada anak anak kita, kau tidak sahaja harumkan rumahtangga kita, kau harumkah Negara kita. Kau memang power Rosmah.........Hai aku ni Perdana Menteri......mah oiiii...macam mana pula kau lebih power daripada aku........aku sentiasa diatas kau macam mana pulak kau diatas aku.........Laaaaaa....nanti I Tanya Stoppa Ali macam mana pula dia dibawah..........oh ya ya ya I lupa.........fesyen fesyen asalkan jangan songsang sudalah.....memang you ni powerlah segala-galanya. Inilah dikatakan power, tak ada apa lagi yang boleh rakyat fikirkan dan media media arus perdana pun sanggup membazirkan wang hanya nak tahu siapa lebih power dikalanggan wanita wanita yang terdapat di Malaysia tidak termasuk yang di kebun getah dan bendang sebab mereka tak pakai YSL.

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2013 at 2:38 AM

Beberapa komen terpaksa saya padamkan kerana mengandungi bahasa yang kurang sesuai...

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2013 at 8:45 AM

mungkin betul jugak anugerah ni kpd ds rosmah.. nko perasan tak din, sekarang ni kat berita tv3 buleh kata hari2 kluar cerita rosmah..... dan kj..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 11:47 AM

salam,

orang marah pasal iklan tu betul tang nombor satu. tang ajijah tak ada tu yg buat orang marah juga. nampak macam menafikan jer. dia punya power, bang non pun kalah juga. mb selangor sapa yg pilih kalu tak kak jijah. byk yg bang non nak buang, tapi jumpa kak jijah, naik balik nama. power tu walaupun tak nampak. tapi kak ros power dia memang tak boleh nafi la, pasal masuk dalam bajet .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 4:00 PM

bandingkan rosmah dgn isteri pm yg lalu.betu juga cakap mat sabu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2013 at 9:18 PM

Jangan lupa sumbangan Rosmah untuk pembangunan negara...
NKRA - Najib Kerja Rosmah Arah

Post a Comment