........... Pung Pang Pung Pang Balun SPR Tapi Prk Kuala Besut Bertanding Juga .... Hahahaha.. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pung Pang Pung Pang Balun SPR Tapi Prk Kuala Besut Bertanding Juga .... Hahahaha..

Friday, June 28, 20131comments

Ini berita semalam -

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Hanya ‘SPR baru’ yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa).

“Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama?

“Pada saya ini tak boleh diterima pakai,” kata Nurul Izzah ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini. - Harakah.


Dan ini berita hari ini -

Walaupun semalam Nurul Izzah Anwar dan pembangkang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal, SPR mengatakan ianya akan tetap digunakan dalam pilihan raya kecil Kuala Besut tidak lama lagi.

“Ya dakwat kekal akan digunakan,” kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

“Kita akan bincangkan minggu hadapan sama ada kita akan gunakan dakwat sama dengan PRU13 atau tidak,” - TMI .


Dan ini pula tajuk2 artikel dari Sinar hari ini mengenai Prk Kuala Besut -

PRK: Pas dijangka guna strategi agresif

PRK adalah peluang kedua rakyat

PKR sedia ketengah calon di Kuala Besut

Kuala Besut talian hayat Pas Terengganu

Pas gempur habis-habisan

Pas Terengganu mulakan persiapan

Yang ini pula merujuk kepada keterujaan Anwar Ibrahim mengenai Prk Kuala Besut -

PRK peluang baik untuk PR

TIDAK ADA seorang pun pemimpin baik Pkr maupun Pas yang menyebut / mempersoalkan tentang integriti SPR dalam menyelia Prk Kuala Besut ? Yang duk berdemo, berhimpun haram selama dua bulan seluruh negara menuntut pegawai2 SPR meletak jawatan - APA KE JADAHNYA ?

Tapi bila datang peluang untuk bertanding merampas kerusi dari Umno di Prk, langsung TIDAK KEDENGARAN SUARA membantah atau mengugut mahu MEMBOIKOT PRK KUALA BESUT atas alasan yang mereka duk laung2kan selama ini ?


Bukankah SPR yang SAMA yang dianggotai oleh pegawai2 yang SAMA yang akan mengendalikan Prk Kuala Besut ? 

KENAPA ANWAR @ PR @ PAS @ BLACKOUT 505 TIDAK MAHU BOIKOT PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT ? ?

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 4:32 PM

Para pemimpin pembangkang dan penyokongnya di negara ini adalah bertaraf baghal, bahalol, unta, kelabu asap !

Post a Comment