........... Prk Kuala Besut - Jika Berlaku 16-16 .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Kuala Besut - Jika Berlaku 16-16 ....

Thursday, June 27, 20135comments

Seperti yang saya katakan semalam, pastinya ramai tertanya2 apakah kesudahannya jika Pas menang di Prk Kuala Besut dan agihan kerusi DUN Negeri menjadi 16-16, Sinar mendapatkan pandangan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood -

“Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat

Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

“Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung, dan melihat kepada majoriti lebih 2,400 yang dimenangi BN, saya rasa BN akan kekal.

“Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini),” katanya. -
Sinar .


Itu kalau Pas ( jika menang ) mahu bersikap gentleman dan akur kepada apa yang disebut diatas. Kalau tidak ada batuapi  atau Pas tidak mudah mengikut bontot Anwar, mungkin mereka akan terima. Tapi melihat kepada apa yang pernah berlaku, pengikut2 Pas begitu mudah terpengaruh dengan kata2 Anwar ketahap memperlekehkan pendirian Presiden dan Ketua Dewan Ulama sepertimana yang ditunjukkan dalam kes Blackout 505.

Tidak pun, akan menjadi satu masalah kepada mana2 kerajaan untuk berfungsi dengan efektif sekiranya tidak punya majoriti dan memerintah atas ehsan Sultan atau teknikal. Jalan paling selamat pastinya memastikan kemenangan Umno BN di Prk DUN Kuala Besut.

                                                   **************************

Prk Kuala Besut ini buat saya teringat kepada beberapa siri Prk pasca PRU12 dan kesannya kepada dunia bloggers pro Umno.

Hmmmm .......dengar cerita dah ada bloggers OTAI yang sudah tiba di bumi Terengganu ! AWALNYA ....... Kira semangat LEBIH lah tu ..... hahahahaha ...

Harapan saya biarlah Prk Kuala Besut menjadi titik permulaan kepada kerjasama dan gerak kerja tersusun antara bloggers pro Umno SEMUA. 

Harap mendapat perhatian Umno Terengganu.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 12:37 PM

Isu yg akan digunakan adalah bangunan runtuh n stadium runtuh, highway Pantai timur yg masih tak siap..projek kepada kroni,kos membaiki stadium yg ditanggung kerajaan negeri, Undi popular, blackout, mat said bazirkan ratus juta kat tasik kenyir beli itik dan penolakan orang Melayu terengganu kpd Umno..
yang akan Umno gunakan adalah video seks pemimpin pembangkang..

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2013 at 12:51 PM

@Anonymoushahaha .... mentaliti Pembangkang.

Bangkang memanjang...

Kenapa tidak sebut apa yang Pas akan sumbangkan jika menang ? Itu baru betul supaya pengundi boleh pilih sapa yang lebih baik BUKANNYA pilih Pas atas dasar kepincangan Umno tapi atas dasar kelebihan Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 12:52 PM

kalau 16 sama kena ada pilihanraya negeri baru, sebab DUN tergantung bila undi sama je

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2013 at 1:00 PM

@AnonymousKalau dah 'takde arah' dan menyebabkan negeri tak terurus, mungkin terpaksalah ...

Kalaulah berlaku juga 16-16, harap pemimpin2 Melayu Umno dan Pas dapat bermuzakarah dan bersepakat demi rakyat.

Well .... sekarang pun boleh bersepakat kalau mahu :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 12:06 AM

Ya... mungkin ada hikmah yg memberangsangkan utk tahun2 mendatang... realiti UG terjadi bermula di Kuala Besut... tapi siapa taiko..atau pelopor.. org tengoh utk pastikan ini terjadi... pak lah... maybe..
Semoga melayu Islam terus bersepakat.. kita ajar cinabeng..

Post a Comment