Prk Kuala Besut - Bagaimana Kalau 16-16 ?

Wednesday, June 26, 201317comments


N01 Kuala Besut

Saya tidak dapat lari dari membicarakan tentang Prk N01 Kuala Besut ekoran kematian YB A. Rahman tadi pagi. Sms dan emel yang bertanyakan kesahihan berita kematian arwah tetap juga menyebut tentang Prk baik secara direct maupun indirect.

Saya percaya hampir semua yang baca berita sedih itu juga terlintas akan bayang2 Prk ... kan ? Nak sebut ngan tak nak sebut jer...

Malah Utusan juga sudah melemparkan persoalan apakah Prk Dun Kuala Besut bakal diadakan dalam bualan puasa - KLiK

Sekadar berbincang secara umum jer ... dibawah adalah keputusan peratusan undi yang dimenangi oleh BN dan Pas untuk 3 PRU -


Jelas kerusi Kuala Besut merupakan kubu Umno dengan agihan undi yang agak konsisten untuk 3 penggal berturut-turut.

Harus diingat itu adalah keputusan PRU, apakah trend bakal berubah jika diadakan Pilihanraya Kecil bilamana seluruh kekuatan jentera parti ditumpukan kepada Kuala Besut ? 

Antara point2 kali ini -

1 - Offhand, saya lihat kelebihan 16% yang dimenangi Umno baru ini tidak menjamin kemenangan bila diadakan Prk. Pas hanya perlukan tambahan 8% + 1undi untuk memenangi majoriti mudah.

2 - Pertembungan dilihat lebih kepada Umno lawan Pas bukan BN lawan Pas. Apatah lagi orang Melayu merupakan 99% dari jumlah pengundi.

3 - Kedua Umno dan Pas akan all-out untuk menang mengambilkira kedudukan kemenangan tipis 17-15 yang dimenangi kerajaan Umno baru ini. Kemenangan Pas akan menjadikan keputusan 16-16  !

4 - Apakah kesannya kepada kedudukan kerajaan Umno jika keputusan tergantung begitu ? Wallahualam ... ini kena rujuk kepada pakar undang2. Jadi Umno terpaksa berjuang habis2an mempertahankan kemenangan tipis mereka. Umno pastinya tidak mahu berdepan apajua kemungkinan sekiranya kedudukan seri 16-16.

5 - Satu nama segera muncul bila saya mula memikirkan isu Prk ini - Bukan Mat Said atau Idris Jusoh atau Hadi Awang atau Mustafa Ali tapi .......... Ustaz Azhar ! Saya ada beritahu rakan2 sebelum ini yang bagi saya, Ustaz Azhar merupakan antara faktor utama menyebabkan Pas menang besar dikawasan kawasan Parlimen dan Dun Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang dimana Pas PR menang 13-2 ! Dan tumpuan sekarang cuma satu kawasan kecil - Kuala Besut.  

Pasti menarik kalau Ustaz Azhar jadi calon Pas !

6 - Keputusan TIDAK PUNYA KESAN kepada kedudukan BN di Kerajaan Pusat ..... hmmmmmm .....


Pastinya point yang paling diperkatakan adalah kedudukan kerajaan negeri Umno jika kedudukan kerusi menjadi 16-16. Saya harap pakar Perlembagaan dapat memberi pencerahan segera mengenai isu ini, sebab beberapa orang yang saya tanya, semuanya tidak dapat memberi jawapan yang sahih.

Bukan mengharapkan Pas menang tapi tidak salah kalau kita ambil tahu worst case scenario....

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2013 at 6:23 PM

gua link bro..

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2013 at 6:41 PM

@PUTRA MERDEKALinkkan lah ! Tolong lah ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2013 at 7:07 PM

ambik calon yg sihat ye

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2013 at 7:31 PM

16/16 tidak merubah kedudukan umno menguasai DUN kerana jawatan 'speaker' masih dikuasai dan menyebelahi umno Dan itu adalah keputusan prk. Berbeza jika itu keputusan pru.

Usul undi tidak percaya atau pembubaran dun juga tidak terkesan dengan sekadar 16 uni dari pas - tidak mencukupi.

Apakah mood Ahli umno kuala besut??? Nak najib kekal atau tidak sebagasi president - itu juga anTara faktor penting yg boleh dimainkan oleh 'musuh' dalam Dan luar.

Ustaz azhar tak perlu bertanding Dan menjadi manga serangan realiti Dan fitnah, kedua-duanya aib. Memadai ostat tu kerap turun membantu, bawa sekali isteri baru.

Umno juga akan bawa turun ostat kazim.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2013 at 8:20 PM

@kluangman16/16 - Lain pihak lain terjemahannya :)

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
June 26, 2013 at 11:44 PM

Kerajaan Campuran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 12:14 AM

uai dah tak relevan lagi.ramai muslimah pas marah sebab dok himpun bini je kerjanya.cakap tak serupa bikin.dok suruh org ambil janda,anak dara tua.tapi dia sendiri pilih pucuk muda.la ni papulariti dia merosot teruk mcm abdullah gymnistiar ustaz indon yg kawin dua tu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2013 at 12:14 AM

@antihipokritHmmm ... kalau Pas boleh berikan janji jika menang akan bersama Umno tubuhkan kerajaan Perpaduan, kemungkinan besar Pas boleh menang ! :)


Pastinya ditentang hebat oleh Dap dan anwar

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2013 at 12:18 AM

@Anonymouslast dia datang ceramah kat kampung saya, penuh semacam jer :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 8:50 AM

Sebenarnya umat islam di malaysia samada UMNO atau PAS dahagakan ILMU AGAMA. Itu yang UMNO tak mampu atau sengaja tak mau buat. Kalau UMNO berani transformasikan perjuangannya kepada AGAMA, silap2 orang2 PAS akan pangkah UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 9:03 AM

Petunjuk baru, mungkin ini step permulaan untuk Pas dan Umno bekerjasama, ramai penyokong Pas berasa tertipu dengan agenda Pakatan, ada hikmah kalau 16-16.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 9:46 AM

memang le ramai din , MAHARAJA LAWAK pun ramai juga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 11:42 AM

bn ambil mudah pengaruh UAI..BN harus segera tampilkan seorg tokoh untuk seimbangkan keadaan.mungkin ustaz rujhan..ustaz kazim x nak terlibat dalam politik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 2:28 PM

Nape UMNO mcm xserius jer n selagi Najib sebok dgn makmal 1Malaysia dia,,,mmg semua penyumbang pada kekalahan BN....Najib mcm langsong xpeka apa kemahuan pengundi Melayu yg mmberi kemenangan pada BN...apakah krn jiwa Melayu Najib dah di tutup dgn rambut kembang Rosmah atau punahsihat Najib yg lbh ramai Melayu liBARAL n bkn Melayu...

Apa2pon aq ttp sayangkan UMNO/BN krn bg aq PAS mmg langsong xdpt menolong org Melayu/Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2013 at 10:22 PM

Yang pertahan melayu dan islam sudah kurang dan hampir pupus masing-masing seronok jadi barua bangsa asing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 1:18 AM

Ilmu yg dibawa oleh pas ni bkn betul sgt punnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 10:45 AM

@Anonymous ustaz rujhan mana?

Post a Comment