........... Peserta Khemah Padang Merbok 622 Ibarat Lembu Tak Bertuan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peserta Khemah Padang Merbok 622 Ibarat Lembu Tak Bertuan !

Monday, June 24, 20135comments


Black 505 SUDAH HABIS ! tegas Anwar.

Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.

"Untuk masa ini, tidak,"
Mkini 23 Jun


Sebab hari ini Anwar akan angkat sumpah jadi ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Orang pun dah tak pertikaikan janji beliau hendak bersara sekiranya gagal menang PRU13. Dan Anwar pun bolehlah terus berpolitik ........

Budak2 yang masih berdegil 'berjuang' ? Yang itu Anwar tidak dapat bercakap bagi pihak mereka ! Dengan kata lain - TANGGUNG SENDIRI LAH !

Sementara itu ....

Penganjur bersama Black505 Padang Merbok, Anthony Loke Siew Fook.mengulas tindakan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendirikan khemah di Padang Merbok, beliau mendakwa tindakan itu tidak termasuk dalam agenda PR meskipun ia berkaitan memprotes keputusan PRU13 lalu.
 
"SAMM berkhemah di sana tidak termasuk dalam agenda PR.

"Itu atas tindakan mereka sendiri,"
SINAR


Dengan kata lain - TANGGUNG SENDIRILAH !

Lembu yang kita selalu terserempak ditepi2 jalan tu semuanya ada tuannya ...... cuma kalau ada yang dilanggar kenderaan, tak kan ada siapa yang akan mengaku menjadi tuan. Nasiblah ...

PS - Khabarnya sebelum subuh tadi anggota2 penguatkuasa DBKL telah bertindak merobohkan khemah2 mereka - KLiK.


Ramailah yang akan jadi batuapi konon memberi lembu2 itu semangat untuk terus lepak disitu ... tapi percayalah, sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini - Yang Itu TANGGUNG SENDIRILAH !

KEMASKINI 10:00am - Lembu2 Padang Merbok semua sedang mengikut arahan gembala mereka dan bergerak menuju Parlimen, hendak menunjukkan kelembuan mereka.

Rakan2 'seperjuangan' dari kaum cina yang ramai bersama2 pada awal perjuangan ketika ini sedang sibuk menelaah pengajian... tugas mereka mencari lembu untuk teruskan apa yang mereka mulakan telah terlaksana. 

gambar hiasan
Sekarang seperti dirancang - Melayu lawan Melayu.... macam biasa...

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2013 at 10:59 AM

Old same story line. New title. "The Coward, The Idiot And The Bastard.

Dalam Bahasa Melayunya "Yg Bacul tak muncul2, Yg lurus Bendul Dan Yg main Sondol."

Cuba ulas sikit Abg Din. Dengar cerita 95% pelakonnya Melayu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2013 at 11:46 AM

Moooo.......uuuuu...woooook.........bang, demikianlah lembu lembu ni keliaran apabila gembala kata sendiri tanggunglah apa mau bikin pun/pengusaha pula pergi cari dan dalamkan ilumu bagaimana mau digunakan lembu lembu ini dimasa masa lain pula. Ah....lupa pula inilah tanah/bumi lembu yang suka sondol menyondol antara satu sama lain, gembala seperti biasa lepas tangan. Pengusaha lihat untung sahaja. Bang......Lembu Lembu ni memang gagah perkasa bang, agaknya terlebih diberi makan hingga tak boleh berfikir lagi...alah lupa pulak mana boleh ini lembu berfikir bagi makan sondol je lah apabila diarah tak kiralah apa yang ada di depan. Atau apa kata jika digilakan lembu ini dengan memberahikan mereka macam lembu gila di Australia dan Britain disuatu waktu dulu, Mengapa tidak mohon pakar pakar berahi lembu di Australia dan Britain bantu kita dalam teknik memberahikan lembu lembu kita yang memang dah tolol ni!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2013 at 12:58 PM

terbaik la che Din..
bila kah agaknya bangsa ku ini akan faham..
aku berdoa agar mereka ni bukannya buat-buat x faham
atau pun dari spesis yg x akan faham
kenyataan diatas adalah serampang 2 mata

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2013 at 1:54 PM

Kalau pihak berkuasa dah tak terdaya nak kendali golongan ni, panggil aje perhilitan. minta tolong Rela sekali.

Sorang dapat sedas ubat pelali, lepas tu ikat dan letak kat pusat perlindungan hidupan liar.
Tapi errr, hidupan jenis kiasu tu susah sikit...

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2013 at 5:06 PM

@AnonymousPanggil Rela ya hahahaha .... ingat lembu2 dah kena penyakit lembu gila ker nak pakai pelali !

Post a Comment