........... Pemilihan Umno - Apakah Kepimpinan Umno Tidak Percaya Kepada Kematangan Ahli Sendiri ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemilihan Umno - Apakah Kepimpinan Umno Tidak Percaya Kepada Kematangan Ahli Sendiri ?

Monday, June 10, 201314comments


Diatas adalah satu survey Pungutan Hits yang dibuat oleh blogger otai Tuan Syed ...... memang nakal topik yang dipilih. saya lebih suka kalau dipilih topik - Apakah anda setuju Pemilihan diadakan bagi semua jawatan sempena PAU 2013 nanti ? Tapi takperlah, anda boleh kesana  - KLiK  jika ingin menyumbangkan klik anda. 

Memandangkan Tuan Syed ni Taiko Bloghouse, kemungkinan ada orang Najib yang perhatikan perkembangan survey itu. 

                                                 ************************

Kenapa Najib masih senyap soal Pemilihan PAU sedangkan ia sudah mula menjadi tajuk perbualan hangat orang Melayu ? Hairan la stail PM kita ni ...... memang selalunya Najib terlalu amatlah lembab kalau nak berikan apa2 respon kepada apajua isu.

Senarai calon PRU13 pun tak sampai seminggu nak hari pencalonan, baru nak umumkan. Mulalah kelam kabut nak rapatkan saf dalam masa yang suntuk. 

Macam isu Pemilihan ni, nyatakanlah pendirian secepat mungkin supaya tidaklah orang tertanya2. Rata-rata mereka yang tidak punya kepentingan dan yang melihat isu dari sudut kepentingan bangsa, MAHUKAN pemilihan diadakan.

Pendirian itu tidak harus dilihat sebagai menentang team Najib malah kalau kita mahu berfikiran objektif, Pemilihan AKAN lebih menguatkan Umno dan kedudukan Najib sendiri. Betuuuuuuul ...... 

Kalau tidak diadakan Pemilihan, selamanyalah orang akan bercakap negatif tentang Najib dan Umno. Percayalah ....

Sekarang inilah masa yang TERBAIK untuk diadakan Pemilihan.

“Lagipun, Umno kini berada dalam situasi stabil. PRU14 juga masih jauh, jadi Umno ada masa untuk melakukan transformasi seperti yang diuar-uarkan termasuk mempertandingkan dua jawatan itu,”

“Teladan perlu dipamerkan kepada parti politik lain sama ada BN atau PR bahawa Umno melaksanakan sistem demokrasi sebaik-baiknya,”

Demikian kata dua orang intelek Melayu seperti yang dilaporkan oleh SINAR.

Jika benar Najib kuat dan mendapat sokongan padu dari ahli, maka BUKTIKANLAH ! Jangan hanya cakap saja .... cakap kosong boleh dipertikaikan. Mungkin benar semua orang Umno berada dibelakang Najib dan beliau akan menang tanpa dicabar .... dan kalau adapun pencabar, Najib pasti akan menang besar. Takut apanya ?

KALAUPUN ada pencabar dan dibuatnya cabaran sengit diberikan, SIAPAPUN yang muncul pemenangnya PASTI akan memberikan hasil yang POSITIF dan yang TERBAIK buat Umno dan bangsa Melayu. Tidak begitu ?

Buktikan kepada rakyat, khasnya kepada pembangkang yang Umno gentleman. Mampu dan redha menerima apajua keputusan pertandingan dan kembali bersatu demi perpaduan parti.

Pendekata, banyak perkara yang mampu dibuktikan melalui Pemilihan sempena PAU nanti. Positif atau negatif kesannya bukan bergantung kepada orang lain tapi orang Umno sendiri yang menentukannya. 

Apakah kepimpinan Umno TIDAK PERCAYA kepada orang Umno sendiri ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2013 at 10:00 PM

Tuan, selagi ade budaya ampubodek selagi itulah umno takkan berubah. Presiden kata umno mesti berubah klu tidak akan diubah oleh rakyat. mesej pengundi pru13 jelas, antaranya mahu lihat bn/umno berubah: lebih demokratik, inklusif dan bersemangat juang. Masalahnya pakkadok2 yg perasan bagus masih mahu mengipas bos besar dgn cadangan tiada pertandingan. Pecaya la, pengundi akan makin meluat jika budaya menjaga perot masing2 masih menebal dlm umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2013 at 11:04 PM

Setuju sangat dengan pendapat Anonymous June 10, June 2013 at 10:00 PM buang kaki bodek & kaki ampu tu baru rakyat boleh terima pemimpin UMNO & UMNO itu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 12:07 AM

Yang Berbahgia Din, andai jawatan presiden dpertandingkan nanti ada ke sesiapa yang layak mengembalikan maruah melayu?(perkataan maruah diguna kerana melayu telah dihina) Aku tak nampak pun calon sesuai dalam Umno yang ada sifat berani, lantang dan dihormati lagi digeruni, adakah pertandingan jawatan presiden hanya membuat pusingan 360darjah?

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2013 at 12:28 AM

banyak yang positifnya kalau ada pemilihan. Kalau benar tidak ada calon yang layak, maka tidak perlulah perwakilan calonkan sesiapa selain Najib dan Najib akan menang tanpa dicabar.

Apa yang penting adalah proses demokrasi diraikan.

Jika ada pencabar lebih bagus, tak kiralah kuat atau lemah. Bila ada pertandingan meraih undi, maka ia melibatkan 'expectation' pengundi.

Calon kena tahu apa yang pengundi mahu .... macam PRU juga.

Apa yang ratusan ribu pemilih Umno mahukan ?

Terlalu ramai untuk dipenuhi hajat kalau bersifat material. Makanya akan ditekan aspek BANGSA. Jadi diharap calon2 akan berkempen dalam bentuk BODEK orang Melayu, berebut2 nak tunjuk siapa yang lebih perjuangkan bangsanya.

Nah, tidakkah itu situasi menang-menang untuk kita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 1:49 AM

Ah Din,

Bagi aku pemulihan UMNO lebih penting daripada pemilihan UMNO. Kalau nak pulihkan UMNO, mudah jer. Kita gunakan kuasa 3 juta ahli UMNO untuk membuat rombakan kepimpinan UMNO secara besar-besaran.

Saya akui kebanyakan ketua-ketua bahagian adalah terdiri daripada golongan korporat dan professional. Melayu Elit inilah yang sebenarnya menjadikan UMNO semakin tidak disenangi oleh akar umbi. Merekalah yang menukarkan UMNO kepada kelab ekslusif. Rakyat biasa pasti akan rasa terpinggir dan semakin menjauhkan diri dari UMNO.

Oleh kerana itulah rakyat marhein merasakan bahawa mereka pasti tidak akan diberi peluang menduduki jawatan penting di peringkat bahagian. Apabila pimpinan tertinggi UMNO membuat keputusan tanpa restu peringkat akar umbi, percayalah hayat UMNO pasti takkan lama.

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2013 at 8:22 AM

Salam Sdr. Din,

Banyak sangat komentar menyatakan bahawa UMNO sudah tiada calon-calon yang sesuai yang boleh diketengahkan demi menjaga maruah Bangsa Melayu dan agama Islam. Tetapi adakah mereka terfikir kemungkinan yang calon-calon yang sedemikian selalunya tidak akan ditonjolkan dan selalunya dibenamkan oleh mereka yang hendak berkuasa demi kepentingan peribadi.

Saya berani mengatakan bahawa saya adalah ahli UMNO dan saya rasa saya memang bersifat Ultra-Melayu yang diperturunkan dari arwah datuk saya lagi. Namun hakikatnya saya tidak mungkin akan ditonjolkan kerana UMNO tidak mahu digelar parti rasis.

Saya yakin UMNO masih mempunyai mereka-mereka yang layak untuk mengembalikan martabat bangsa dan agama cuma pada hemat saya UMNO sudah terlalu korup untuk ahli-ahli ini diketengahkan.

Seperti penyakit kencing manis, apabila sudah terlalu parah maka jalan yang terakhir adalah memotong anggota yang rosak itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 12:33 PM

@Anonymous

Maaf bang, macamana UMNO nak dipulih kalau tidak ada pemilihan, atau ada cara lain untuk memulihkan tanpa diadakan pemilihan? Selagi UMNO tidak membuat apa yang telah dipersetujui setelah perlembagaanya digubal, iaitu semua jawatan dalam UMNO boleh dipertandingkan, selagi itulah UMNO tak dapat dipulihkan. UMNO mesti buktikan bahawa domokrasi sememangnya ujud dalam parti. Suara suara sumbang yang mencadangkan agar jawatan tertinggi tidak dipertandingkan adalah suara penakut/pembodek dan tindakan yang cuba menafikan demokrasi dalam parti. Suara suara inilah yang tidak mahu UMNO dipulihkan walaupun bersetuju supaya parti dipulihkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 12:37 PM

@Malaysian Cybertrooper

kalau Najib betul betul berani, umumkan saja bahawa "SEMUA JAWATAN DALAM UMNO BOLEH DIPERTANDINGKAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI YANG TELAH DIGUBAL. MAKA TERPULANGLAH KEPADA AHLI AHLI MERENCANAKANYA"

bagaimana pun sudah pun terdapat blog yang telah mula melagakan antara pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 12:39 PM

@dinturtle Kita boleh cadang supaya jawatan Presiden, Timb Presiden dan Naib Presiden dipilih secara berkelompok. Siapa dapat undi tertinggi dapat jadi presiden dan seterusnya untuk jawatan lain. Baru susah nak melobi .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 1:53 PM

@Malaysian Cybertrooper

Ya, saya setuju dengan pandangan Anon ini. Ramai yang telah dibenam dan dinyahkan dari penonjolan kebolehan mereka sejak dari zaman Rafidah dan Tun M lagi telah bermula kerja2 nasisistik ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 2:41 PM

salam,

apa nak hairan dengan ah jib gor. memang lambat sebabnya kena pakai kondom dulu. bila orang lain main dulu, dia baru dok cari kondom jenis apa nak pakai. bila orang lain dah sudah klimaks, baru dia masuk bagi rumusan sebagai selamat untuk dia memancut. orang dah letih, dia tampil dengan bergaya macam tak ada apa-apa pun. tetapi pengampu, pembodek, pemuji, pemuja dah masuk awal lagi.

kekadang kena lihat sejarah juga la. memang ah jib gor jarang bersilat. kebanyakannya ambil hati jer kerjanya. nak capai sesuatu, ganjaran di hadapan. lepas dapat ganjaran, diam tak berbuah dan membiak pun. bertahun pulak la baru dapat. memang orang suka, pasal ah jib gor dari dulu lagi memang suka tabur wang. dari menteri sukan, menteri pertahanan. menteri pendidikan pun juga ada rasanya, tapi lebih kepada prestasi murid. A belaka bebudak tu. cikgu pun tak caya murid calon gagal boleh lulus dengan baik. tu yg runtuh belaka bangunan la ni. cerdik belaka para pelajar ni bila bekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2013 at 5:14 PM

@AnonymousBagaimana dengan persepsi rakyat ? Buat je pemilihan macam yang dah dirancangkan. Rancang dan pinda buat apa kalau takde niat nak laksanakan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 5:59 PM

Apa pun alasan, aku tetap bersetuju agar jawatan tertinggi parti di PERTANDINGKAN. Aku anggapkan sesiapa yang cuba menghalangnya dengan apa alasan sekali pun, sebagai PENAKUT atau KAKI BODEK. Orang orang sebeginilah yang tidak mahu UMNO berubah dan orang MELAYU sedar. Bukanya apa, sememangnya aku nak dengar dan nak tau samada mereka mereka itu pandai tak MEMBODEK orang Melayu pulak saperti yang sudah pun dilakukan kepada orang Cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2013 at 6:02 PM

@Anonymous

dan cara yang berkesan untuk "membung" mereka adalah dengan cara pemilihan. selagi tiada pemilihan, selagi itulah spesis tuh akan membiak.

Post a Comment