........... Padang Merbok 622 - Polis Nasihat / Larang Orang Awam Dari Berkumpul | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Padang Merbok 622 - Polis Nasihat / Larang Orang Awam Dari Berkumpul

Saturday, June 22, 201312comments

Peeeergh ! Belum start lagi dah ramai, penuh padang dan jalan....  macamana petang nanti ...

Polis larang orang awam sertai Black 505 adalah antara tajuk berita utama semalam media perdana dan Utusan pula menyiarkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur -

POLIS Kuala Lumpur telah mendapat maklumat bahawa pihak penganjur telah mengarahkan semua peserta perhimpunan mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugaskan bagi mengurus kawalan orang ramai di Padang Merbok dan tujuh lokasi lain di Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013.

Provokasi tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan pihak polis kepada peserta-peserta perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan di tempat-tempat tersebut.

Penganjur juga dijangka akan mencetuskan keadaan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dan suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelosok dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa. 

Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan orang ramai.

Datuk Mohmad Salleh
Ketua Polis Kuala Lumpur 



NASIHAT atau LARANGAN ? Polis kata NASIHAT tapi media laporkan LARANGAN ?

Kalau NASIHAT......  ia macam  .... errr .... nasihat mak ayah Adam Adli masa mula masuk IPT dulu supaya anak mereka belajar rajin2 dan jadi anak yang berguna bila besar nanti - ada dia nak dengar ?

Kalau LARANGAN ...... ia mesti ada ISI, contohnya kalau buang sampah merata2 kalau ditangkap boleh kena saman, atau melintas jalan secara jaywalking tanpa menggunakan jejantas yang ada pun boleh kena saman ( kalau ditangkap )

 .... perhimpunan esok salah dari segi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melakukan kekecohan.


Ayat dari Sinar diatas yang melaporkan kenyataan Ketua Polis yang sama pula boleh diterjemahkan sebagai BOLEH berhimpun walaupun dikategorikan sebagai salah dari segi undang2 kerana tindakan tegas hanya akan diambil kepada sesiapa yang melakukan kekecohan saja .... kalau tak buat kecoh, takde tindakan akan diambil ?

Sama-samalah kita nantikan dan lihat apa yang bakal berlaku nanti .... Kalau larangan pun mereka redah, apalah sangat nasihat !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 8:28 AM

Pemimpin2 pas yang hadir dalam perhimpunan ini majoritinya adalah kumpulan anwarinas. Mereka lebih setia kepada anwar lebih daripada pemimpin pas sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 8:30 AM

Gejala memberi amaran sudah menular.

Mari kita tunggu dan lihat.... Semoga polis dapat menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan tanpa ragu2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 10:15 AM

din u punya ulasan memang canggih ... cuma aku nak tambah ...

dari cara penulisan itu kita boleh tahu di mana kiblat penulis / penerbit ... dan hasrat mereka.

utusan malaysia ... milik umno ... semua orang tahu ... hasrat umno ialah "rakyat jangan / tidak boleh / tidak perlu / terlibat dengan perhimpunan haram" sebab itu ditulis sebagai "larang" yang ada kandungan nasihat ...

sinar harian ... akhbar diperlihatkan wajah neutral ... sebenarnya pro pembankang ... hasrat sinar ialah "rakyat boleh / digalakan / amat disokong menyertai perhimpunan haram ... tetapi sekiranya timbul kekecohan kami penulis / penerbit / pengedar akhbar sinar tidak bertanggungjawab di atas kekecohan yang timbul ... so kamu kena tanggung sendirilah" ... sebab itu ditulis nasihat yang ada unsur larangan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 10:20 AM

Saya tak faham, apa yg susah sangat utk polis arrest organizers rally haram ni? Bersih 1,2 punya kes apa cerita? Kenapa ambiga, AI & co masih bebas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 10:40 AM

Pelik ya.. KDN kata akan mengambil tindakan pencegahan tapi macamana perhimpunan boleh diadakan juga. Polis kata perhimpunan ini haram. Tapi takkan tak boleh cari kepala2 penganjur yang merancang perhimpunan ini. Bukankah Pemimpin Pembangkang sendiri yang mengeluarkan kenyataan menghasut mengajak orang ramai datang ke perhimpunan jahat ini tapi kenapa pihak berkuasa tak tangkap dulu orang2 ni dibawah akta hasutan. Jangan nanti nasi dah jadi bubur..

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2013 at 12:19 PM

Sinar Harian = The Star..

The Star = PR..

PR = ??..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 2:10 PM

itulah yang paling baik boleh dilakukan pehak polis. kalau perhimpunan tuh dah salah dan telah pun mendapat maklumat akan berlaku kekecohan, apa tunggu lagi? kenapa penganjurnya tidak disimpan? polis nak tunggu hingga berlakunya kekecohan agaknya. lepas tuh tuding jari. lepas tuh saman dimahkamah. bila nak habis kalau macam tuh? takut takut polis dah terbiasa dengan Menteri KDN yang lalu, asyik amaran ajer. macamanalah keamanan nak stabil kalau polis dah jadi referee pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 2:12 PM

@Anonymous

syurga yang Anwar janjikan lebih baik dari PAS agaknya. mungkin juga mereka mereka tu dari kumpulan syiah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 2:13 PM

@Anonymous

macamana nak disempurkan kalau dah benda tu salah dan ternyata salah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 2:16 PM

@Anonymous

kes dah masuk bakul sampah agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
June 22, 2013 at 2:29 PM

Arahan pemerintah yg tidak bertentangan dgn perintah Allah swt dan ArRasul saw, apatah lg utk keselamatan sendiri dan ketenteraman awam wajib ditaati (Jika beriman dgn Allah swt dan Hari Akhirat - An Nisa' 59)). Apa jadi negara kita jika semua org buat sesuatu ikut suka dan kehendak sendiri atau pihak tertentu, tanpa merujuk kpd pihak yg berauthority.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2013 at 9:19 PM

zaid midi tak kan nak ikut kerismudin, janagan le hangat taik ayam, tangkap le ketua pennganjur kat padang MEMBEROK tu..

Post a Comment