........... Padang Merbok 622 - Kalau Dah Tak Boleh Nak Halang Kenapa Tak Halalkan Saja ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Padang Merbok 622 - Kalau Dah Tak Boleh Nak Halang Kenapa Tak Halalkan Saja ?

Wednesday, June 19, 201310comments

 

Katanya perhimpunan Padang Merbok 622 TIDAK ADA PERMIT .... kan ?

Sekarang bukan saja penganjur berdegil mahu teruskan perhimpunan HARAM itu, mereka merancang untuk berarak - Kesemua peserta akan mula berarak pada pukul 2 petang menuju ke Padang Merbok melalui kawasan tengah Kuala Lumpur. - pula dari 7 lokasi strategik.

Pihak berkuasa tidak mampu kah untuk bertindak menghalang tindakan menyalahi undang2 ini ? Tidakkah dengan membiarkan ia diteruskan sama seperti mengiktiraf keHALALan perhimpunan itu ?

Saya teringat tahun lepas dalam kes Bersih Halal atau Haram -

“(The) judge (has) taken notice of recent activity, (and is) concerned on the position of home minister on Bersih. He (Hishammuddin) seems to be alright on Bersih’s activities, (but yet it) seems to be banned... his (recent) conduct says otherwise.
“(The) judge can only make a decision with his position (clarified),” Paiva told reporters. “She has ordered the minister produce an affidavit clarifying his stand on Bersih.”
The minister recently said the Bersih was not a security threat, and even pledged to assist the electoral reforms group to procure Stadium Merdeka as a venue for its upcoming April 28 rally.


Jika HARAM kerana tidak mengikut prosedur dan ketetapan undang2, maka tindakan yang diambil terhadapnya haruslah juga bersesuaian dengan status HARAM. 

Tapi jika status HARAM tapi dilayan seperti HALAL, undang2 akan ambilkira dan menganggap ia sebagai HALAL.

Tidak adakah lagi peruntukan dalam undang2 yang membenarkan pihak berkuasa bertindak MENCEGAH perhimpunan haram ni ..... tangkap semua yang terlibat sebagai penganjur /perancang ?

Mereka dah terang2 merancang, siap dengan peta lagi, sesuatu yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib .... sesuatu yang besar kemungkinan akan menimbulkan suasana ketegangan dan seterusnya mencetuskan kekecohan ... ikut suka mak bapak diorang jer dan pihak berkuasa tidak mampu halang ?

Kalau dah tak boleh nak halang, kenapa tidak HALALkan saja ? Mungkin bila dah jadi HALAL, kuranglah semangat diorang nak teruskan.... sebab benda tu HARAMlah yang diorang seronok nak buat !

Bukan apa, bila dah halal, maka senanglah nak digerakkan segala agensi yang berkaitan untuk SAMA-SAMA berarak dan berhimpun ..... sekali ngan kereta berhias, joget2, biar meriah gitu ... Jadi kuranglah sikit ketegangan suasana, semua pun happy

Kat Padang Merbok pula, kita buat konsert. Kasi blackout himpunan blackout.

Rakyat pun tidak akan marah pada kerajaan kerana membiarkan perhimpunan haram berlangsung .... seolah macam kerajaan tidak bermaya nak bertindak.

Tak habis2 dengan demo !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 7:08 PM

Hahah... amacam kasi demo tapi kena register semua. No hal... kandangkan, siapa nak demo - BOLE- tapi mintak tunjuk IC semua dulu di pintu gate. Taruk camera di semua cerok atas bawah segala jalanraya. Lepas tu buat lah suka ati korang. Kalo dah jadi ganas, pecah memecah kita tau siapa nak cari nanti. Nak hak? kena lah pikul kewajipan( responsibility ) juga ye.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 7:26 PM

setuju biar dia org berarak dan berhimpun.haram atau halal pun pihak berwajib nampaknya biar aje.klu masa TDM penganjor2 ditangkap sebelum apa2 berlaku.bertindaklah Pak Menteri sebelum terjadi perkara yg tidak diingini.kesian lah kami rakyat marhaen yg setia pd kerajaan untuk dapat pembelaan dan perlindungan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 8:24 PM

Dah muak dgn demo seperti ini yg hanya menyusahkan rakyat yg TIDAK menyertai demo itu. JEM. JEM. JEM.

Yg pasti pada Sabtu 22/06/2013, saya TIDAK akan berada disana kerana ada urusan lebih penting di tempat lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 12:09 AM

kerismudin ada juga amaran amaran, amaran, ni zahid hamidi senyap je,awal dulu bukan main garang lagi, sekarang ni dah macam sejuk je.najib dah sound ke..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 12:47 AM

Woit..........sembah kita kepada pendokong pendokong PERHIMPUNAN – tak kiralah perhimpunan apa pun – segala halal diharamkan dan segala haram dihalalkan kerana berkepalakan manusia songsang. Ditambah kukuh songsangan ini dengan kepala kepala kononnya berlatarbelakangkan ugamawi hebat dengan berbagai dalil dan dalal. Ditarbiyahkan pulak bahawa akan mati syahid sesiapa yang “mati”kelak dalam gerombolan pertemuan 22/6/13 ini..............hai macam dah tahu Akan ada kematian dalam himpunan tu. Murahnya nyawa untuk untuk kesenangan dan keenakkan para songsang ini. Mengapa tidak mereka mereka ini dimatikan terus agar segala rancangan seterusnya mati terus bersama mereka.

Jangan lupa wahai pendokong pendokong Perhimpunan berkepala songsang.....bawa anak bini sekali dan jika anak atau bini mati boleh cari ganti dengan mudah kerana Kepala Songsang boleh urus dengan serta merta tempat pengganti. Jangan salahkan sesiapa kerana ini memang dicari cari oleh Kepala kepala songsang............bermulanya himpunan, Kepala Kepala ni akan bercakap lebih kurang dan hilang selamatkan diri.....itulah seringnya terjadi dan pendokong pendokong melalak macam anjing sawan babi.

Jangan lupa juga, dulu ada menteri amaran amaran tetapi sekarang ada menteri gempak gempak....apabila masuk pejabat baru dia sudah tunjuk kegemparannya, tegasnya dengan kata kata...kita lihat apakah tindakan selanjutnya kata kata gempak gempita ini.......Jangan lupa ini orang dulu balaci siapa...............wang besar, wang besar, wang besar cuba teka siapa ini geranggan nya......tara apa, seperti kata ini tuan pemilik blog........kita joget joget mau musik, PDRM ada okestra dan ATM pun ada Okestra....mari mari semua panggil...kita nari dan jerit jerit..ajar anak bini jerit jerit jika permintaan tak ditunaikan.......yah budaya melayu baru. Yah...kita cabar anwar Ibrahim tunjukkan dia lebih hebat dan benar dari tuhannya..................

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 2:32 AM

kalau kerajaan pun merelakan apa kita nak kata.kalau berlaku rusuhan @apa,kita carilah pm.apa pasal ko sebagai pm tak blh cegah drp perkara buruk berlaku.biarkan kita tgk sejauh mana cerdik anuwar dgn ah jib ni.pada saya bagus,biar jadi mcm mesir,baru ah jib tau langit tinggi rendah.kalau dh darah tertumpah baru nak kalut,di mana tanggungjawab kamu sebagai sebuah kerajaan?kalau yg mampos tu pendemo oklah,tapi kalau melibatkah org yg tak de kena mengena?sapa nak bertanggungjawab???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 2:34 AM

punca kekalutan yg berlaku sekarang,sebenarnya amat memalukan negara.nak berjalan ke luar negara pun rasa malu dah adalah kerana kelemahan menguat kuasakan undang2.hairan undang2 ada tak digunakan.nak buat apa semua tu?

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2013 at 2:43 AM

Kalau negara luar tu saya fahamlah kenapa mereka turun ke jalan tapi kita di sini ... ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 12:03 PM

salam,

setuju. bila haram syok. bila dah halal, kurang syok. dia org dah pasang niat bergaduh. jadi tunggu jer. biar polis tangkap geng yg buat nakal jer macam rosakkan harta benda awam, ganggu orang ramai, langgar undang-undang lalu lintas dan sebagainya. saman jer yg buang sampah, hisap rokok dan pelbagai kesalahan kecil. biar sakit hati orang yg pi demo. yg tak sokong demo, boleh duduk rumah atau bercuti keluar kl. jgn masuk kl. kita bagi jer geng tu masuk. saman apa yg patut. letak keta salah tempat, tarik, saman, kunci tayar. bagi bonus kat polis yg berjaya saman lebih daripada 100 orang. bagi bonus kat pegawai dbkl yg saman keta salah park.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2013 at 6:16 PM

Keadaan semakin memualkan.
Tahu tidak d jln tar ramai peniaga melayu lebih lagi mlm sabtu ada pasar mlm. Mana munafiq yg mengikuti perhimpunan itu semoga Allah patahkan kaki dan kelukan lidah mereka. I hate this setans bertopengkan manusia include ones in kdn.

Post a Comment