........... Najib - Blogger Wajib Dedah Identiti ! ..... Ni Idea Najib Atau Penasihat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Blogger Wajib Dedah Identiti ! ..... Ni Idea Najib Atau Penasihat ?

Thursday, June 13, 201319comments

Nah ! Puashati ?
Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar - BH

Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Atas apa jua alasannya, sekiranya Najib mahu teruskan juga niat diatas, saya nampak dah satu tindakbalas yang kemungkinan besar akan berlaku - HAHAHAHAHAHA .... satu dunia akan mentertawakan Najib !

Apapun alasan yang diberikan, dunia akan melihat tindakan itu sebagai satu usaha mengekang kebebasan bersuara.

Nak kawal macamana ? Dalam keadaan line internet begitu mudah diakses tanpa perlu didaftarkan nama, bagaimana hendak kesan pemilik2 blog yang hendak di ambil tindakan ?

Bagaimana dengan FB ? Bukankah dikatakan penyebaran maklumat adalah lebih meluas melalui FB, jadi macamana nak kesan pemiliknya ?

Bagaimana kalau admin2 blog/fb itu beroperasi dari luarnegara ?
 
Takkanlah Najib begitu blur dengan keadaan ? eh....nanti jap, bukan salah Najib la, ni mesti salah salah sorang PENASIHAT NAJIB, kan ? kan ? kan ? 

Najib tukang umum jer .....


Tapi kan, kenapa ya tiba2 jer Najib sebut benda ni ? Ker ada mamat yang cuba jual projek yang kononnya boleh kesan siapa2 pemilik site dalam internet dan Najib percaya ia boleh dilakukan ....... tapi apakah Najib sudah kaji kesan / implikasinya kepada persepsi tahap kebebasan bersuara sekiranya benar kerajaan mahu kuatkuasakan benda ni ?

PS - Rasa tak sanggup nak sebut tapi terpaksa juga sebut - Rasanya terpaksalah mengharapkan pihak pembangkang buat bising dan TUNTUT supaya pelan ini ditarik balik. 

PS2 - Oya, bagaimana nak tentukan nama pemilik sebagaimana yang tertera merupakan nama sebenar pemilik ? Apakah perlu mendaftar dengan mana2 agensi terlebih dahulu sebelum boleh buka blog / FB ? Ada had umur ? Budak2 yang nak buka blog pun kena daftar ? Blog hiburan, masak2 pun kena daftar ?

Atau kena daftar dulu bidang pengkhususan blog dan tidak dibenarkan masuk campur bidang lain yang tidak didaftarkan lebih awal  ? !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 11:25 PM

aku dah agak dah! Najib tuh pandai mengapal skrip ajer. baguslah tuh kalau dikekalkan sebagai PM, jadi bonekalah nampaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 12:01 AM

Mancung idung ko din, bru clear photo, lubang idung pun ada ternampak, aku bru berangan nk bukak blog, kensel..! Maklum la aku low profile, ada benda kita bole kongsi data, ada yg biarlah jd rahsia.

Aku bg contoh, sluar dalam aku koyak rabak dn baru dibasuh, ampaian pulak mghadap rumah anak2 dara, aku ni dduk bkongsi ngan geng2, jadi nk setelkan problem aku sidai le waktu malam, ank2 dara tu xtau pun sape punya sluar roti jala tu, biar diorag idup dlm misteri.

Lg 1 aku ttiba berada di shopping komplek yg pack dgn manusia dlm keadaan bogel telanjang bulat, kat tangan cma ada sehelai tuala gudmorning, klu orag bodo kompom akn tutup KONET dia dn lari lintang pukang, tp aku rilek je ttup muka aku dn jalan selamba, org bukan kenal aku pun.

KAHKAHKAHKAH!
malam jumaat beb, nk try tdo lena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 12:32 AM

Apasal takut nak ambik tindakan terhadap malaysiakini dan harakahdaily yang terang2 menghasut. Apasal nak bagi tekanan kat blogger jalanan yang tak bertuan ni? Ohhh.....sebab portal berita pembangkang tu tak boleh diusik. Nanti dikatakan melanggar hak asasi bersuara pulak. Habis tu blogger yang tak berbayar ni takde hak kebebasan bersuara ke. Najib nak kunci mulut semua blogger ke supaya tiada orang.yang akan mengkritiknya. Najib sedar ke tidak blogger yang tidak berbayar inilah yang membantu kemenangan bn. Tau tak Najib 3 hari sebelum pru, ada sesetengah blogger yang langsung tak tido semata2 nak menangkis serangan tentera maya dan bertempur habis-habisan meskipun tidak dibayar walau satu sen pun. Kalau setakat nak mengharapkan media arus perdana untuk menangkis serangan lawan yang bertubi-tubi adalah mustahil sama sekali. Ini kerana bukan semua rakyat malaysia yang menonton tv dan membaca akhbar. Generasi anak muda lebih berminat dengan media alternatif yang dikatakan lebih bebas dan tidak berat sebelah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 12:45 AM

Lebih kurang macam Pak Lah,KJ tulis speech Pak Lah baca,KJ nasihat Pak Lah announce.

Sekarang Ah Jib Gor punya adik pun jiwa sayang cina,jadi tunggu masa si Nazir punya tukar nama jadi Ah Zir Gor!!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 1:33 AM

kalau kuekkuaso undang2 tu, lopeh ni blog ni kono lotak wajah boto penulih, bukan gambar ponyu laie dah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 1:55 AM

Dah nak dedah mendedah, amacam menteri2 elite dan bangsawan semua lead the way - dedah Asset2 depa pulak sebagai contoh? Kita pon nak tau juga fitnah org ke apa? Takut dapat gaji sikit sangat tak berbaloi buat kerja ke.etc..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 6:19 AM

Salam,

tu idea nak lawan singapore la. Mungkin dah ada pasukan siber yg canggih dlm skmm macam dlm tv. Undang2 ah jib gor dah kaji semua. So bolehla cakap. Safe dah ckp tu . Mungkin punaisihat yg baru kot bahagian siber yg tulis ucapan tu. Apa yg penting, mesti nampak hebat.

harap, nama ah jib gor digunakan oleh semua ahli umno sehingga pau. Nampak hebat pemimpin umno bernama dong zhong. Lagi hebat kalu ah jib gor melayan karenah vernakular. Tandanya umno nak kekal berkuasa di bawah mca.

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 7:19 AM

@AnonymousAda orang tak malu langsung sebab persepsi yang tak bertempat :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 7:22 AM

@AnonymousDiorang ingat blogger ni hanya terhad pada isu politik saja kot. Padahal berpuluh ribu blogger dari pelbagai kategori ada dalam dunia siber. Nak kawal macamana ?

Bila dah terpacul sesuatu yang naif, nak tarik balik pun serba salah .... tu lah dia - tak tahu tapi buat2 tahu !

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 7:25 AM

@Tauke IkanKono bukti kan dulu yang penulih blog ini bukan ponyu dolu !

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 7:26 AM

@AnonymousSingapura hanya merujuk kepada PORTAL BERITA bukan blog.

....................
Reply To This Comment ...................
kubai
June 14, 2013 at 7:53 AM

Serangan2 dari media sosial tetap akan berlaku.

Nampak sangat penasihat tak pandai. Internet scam pun tak boleh tangkap, ini nak control social media. Kalau setakat nak buat committee dan discuss tak sampai kemana. Yang boleh dibuat ialah block site2 dari luar. Kerja gila atau ada orang nak buat duit lagi. Kemudian pulak janji takde censorship. Penasihat out-of-touch dan tak competant.

Sebenarnya, kalau kita tak buat benda pelik2, susah orang nak fitnah. Dah kalau buat jahat mesti ada orang expose.

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 8:29 AM

Kalau dirujukkan sesuatu perkara kepada pengubal dasar kerajaan iaitu mengambil kira pandangan pegawai pegawai kerajaan, salah satu keperluan asas bagi kerajaan ambil kira sebelum melaksanakan dasar baru ialah "sekiranya dasar itu kelak tidak boleh dikuatkuasakan dengan sendirinya dasar tersebut tidak sesuai untuk diperkenalkan".

Mungkin dah sampai masa, semua jawatan strategik dalam kerajaan seperti KSN, KSU, Ketua Pengarah EPU, MAMPU dan sekaligus dikecilkan sahaja sektor pegawai kerajaan dan diserahkan kepada golongan penasihat - penasihat memandangkan pegawai kerajaan seolah tidak mampu memberi teguran dan berdiam diri sahaja.


....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 9:46 AM

Assalam Bro

Kenapa Najib naik takut dengan segala komen yang tertulis dalam blog...? Kalau salah mengaku aje... kalau tak betul atau rasa terfitnah lawanlah dengan fakta.. Ini tidak SALAH TAK MENGAKU... FITNAH TAK DI LAWAN BALIK... PERSEPSI RAKYAT SENANG AJE... KALAU TAK ADA RESPON BETULAH TU... Bak fitnah ni sendirilah jawab... bukan suruh orang lain jawabkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 12:34 PM

Paper berita harian hari ni kata tak wajib...semalam tu ralat la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 7:28 PM

Salam Bro Din... hahaha satu lagi idea bengap... apa cerita dengan internet percuma 30 minit pertama... memang sah... otak penasihat kat kepala lutut!

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 7:44 PM

@Anonymousadeh... tak sampai hati nak ungkit balik hal 30 minit percuma tu .. :)

Yang sebut tu takkan lah tak leh mikir sebelum sebut yang benda tu merepek ?

Penasihat satu hal .... yang penerima nasihat tu pulak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2013 at 8:45 PM

din ...
dalam kem najib er ah jib gor er ah jib go ... er ah jib gol er ah jib must go semua punah tak sihat mana ada otak ... mereka guna kepala lutut untuk berfikir ... kalau ada otak dah tentu mereka terfikir persoalan yang paling remeh dan budak tadika pun tahu bahawa cina mana buleh sebut rrrrrrrrrrrrrrrr .... tetapi apabila cina cadangkan kepada punahsihat dengan tawaran 25% bahawa najib diberi gelaran ah jib gor ... punah tak sihat terus terima dan cadangkan kepada najib, najib pun terima dan beri ganjaran 25% kepada punah tak sihat dan dengan bangganya dia memakai geleran bodoh tu .... cina pun melalak ah jib go ... ah jib go ... ah jib go pada setiap perjumpaan yang dibuat oleh ah jib go ...
aku cadangkan untuk PAU kali ini puak-puak UMNO bersahut-sahutan menyeru "AH JIB MUST GO" dan ditulis besar-besar dan banyak-banyak banner "AH JIB MUST GO" .... bapa vernakular hendaklah diturunkan agar perjuangan memartabatkan bangsa melayu dapat diteruskan ... mulanya aku agak hairan dengan pemikiran ah jib must go ... tetapi apabila aku membaca satu artikel tentang kritikan yang telah dibuat oileh Ah Zir (macam khin...) Must Go dibuat terhadap DEB maka aku pun fahamlah pemikiran Ah Jib Must Go ... kerana jika itulah pemikiran adiknya ... maka abangnya kalau tidak 100% sama .... mungkin 25% sama ... dan 25% sama itu sudah memadai untuk memadamkan wadah perjuangan bangsa melayu ... dan menerima apa sahaja nasihat yang diberi oleh punah tak sihat ... yang mana selari dengan 25% pemikiran adiknya itu ... aku baca dalam banyak blog ... Ah Zir Must Go merupakan antara penyumbang dana yang banyak kepada Malaysiakini yang merupakan musuh kepada BN dan UMNO ... kenapa agaknya ... dan kenapa Ah Jib Must Go mendiamkan diri tentang sumbangan Ah Zir Must Go tersebut ... tak dinasihatkan lansung ... agar tidak memberi dana kepada sumber fitnah terkini ... fikir-fikirkanlah ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 12:46 PM

Sumber : http://cipantapirtenuk.blogspot.com/search?updated-max=2013-06-25T08:10:00%2B08:00&max-results=6

20 June 2013
Persiapan Untuk Blackout 505
Bhai... Petang tadi gua dah mempersiapkan segala keperluan untuk hadir Blackout 505 Padang Merbuk... Petang esok gua akan gerak ke KL ... Penginapan dah ditetapkan kat Bukit Jalil... Transportation pon dah disediakan...

Cumanyer.... Cumanyer kali nih gua bukan bergerak dan hadir sebagai pendemo atau media... Kali nih gua bergerak dan hadir sebagai memenuhi tugasan yang telah diarahkan.... Gua akan bergerak dan hadir sebagai pemerhati dari Agensi...

Kalo ader sesapa yang kenal gua ... Harap genyit-genyit mata sajer udah la... Lu orang jangan plak dok kecoh nak pi bergambar plak ngan gua... Hahaha..

Sebab kali nih gua akan lepak skali dengan team sebelah sana... Team LSF dan FRU... Gua akan lebih kepada memerhati jer... Sori aaaa... Maaf sesangat... Walaupun hati ini nak sangat la join berdemo atau sekurang-kurangnya menjadi media... Mmmm..

Sori aaa buat kengkawan kat PR dan BN.... Sori ... Kali nih gua bertugas... Hahaha... Tak dapat la nak lepak dan berborak macam biasa.... Tak dapat la nak makan asap tear gas ...

Gua harap jangan la lepas nih takder yang nak kawan lagi ngan gua... Walaupun gua bertugas.. Tapi tak semestinya gua bersetuju dengan tindak tanduk Kerajaan Malaysia yang anti-rakyat... Gua still macam biasa...

Lagi satu... Ader agensi yang sudah memasang alat memantau panggilan telefon dan sms di Padang Merbok ... Jadi kemungkinan besar lu akan ditrace tue aderlah besar... Jangan update blog dari Padang Merbok.... Diorang sudah pasang "packet sniffer" la... bahaya oooo....

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/search?updated-max=2013-06-24T17:10:00-07:00&max-results=6#ixzz2XU10SETL

Post a Comment