........... Najib Bertemu Anwar Di Jakarta ? REALITI Politik Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Bertemu Anwar Di Jakarta ? REALITI Politik Melayu

Saturday, June 15, 20138comments

KEMASKINI 16 JUN - Najib nafi bertemu Anwar di Jakarta


JAKARTA 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.

"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Mohd Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

                                          ************************************

Saya copy dibawah dua artikel dari Sinar dan TMI mengenai laporan yang sama iaitu kemungkinan terdapat pertemuan sulit antara Najib-Anwar di Jakarta, Indonesia. Apa yang pasti, kedua mereka berada di Indonesia.

Menarik, kedua2 artikel menyebut nama Tengku Razaleigh dan menyentuh tentang pemilihan Umno dan sidang pertama Parlimen.

Samada pertemuan itu benar2 akan berlaku atau tidak saya tak tahu tapi persamaan pointnya adalah - Bila nak menyelamatkan tengkuk sendiri , lawan boleh jadi kawan ! 

Hilang segala retoriks perjuangan .... yang ada cuma SURVIVAL POLITIK PERIBADI.  


Itu yang disepakati oleh kedua2 artikel dibawah. Sementara ditanahair, rakyat yang menyokong parti dan pemimpin berkenaan bertelagah bersungguh2 sampai berpecah belah tali perpaduan.

APA MAKNA SEMUANYA INI ?


SINAR - Anwar jumpa SBY hari ini

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas melalui media sosial Twitternya, pagi tadi.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut.

Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

"Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Sementara itu, bulan lalu Bernama melaporkan kenyataan bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin yang menjadi saksi pertemuan kedua-dua pemimpin itu.
Beliau mendakwa Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya PR memenangi PRU13.

Hamid berkata, "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran PR".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.

"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah.

"Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
  
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen BN untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

The Malaysian Insider - Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.

Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 4:59 PM

Jumpa bese2 je tu, najib tanya kabar zizah, anwar tanya kabar rosmah, sihat ke tak? mcmana perjuangan? bila nk blik kL? naik mas ke airasia? mkin buncit perot ko? ko pulak rambut mkin nipis, hahaha smbil tepuk lutut, jumpa bese2 je, jgn risau.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 5:02 PM

@AnonymousYalah ... lepas tu sama2 baca artikel2 bloggers dan gelak sama-sama ....

....................
Reply To This Comment ...................
kubai
June 15, 2013 at 6:09 PM

mungkin DSN tengah panic dan tengah mengelupur untuk menyelamatkan karier politiknya.

orang desperate boleh buat apa sahaja...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 6:11 PM

Meeting jenis *Satu untuk ko dua untuk aku...* camna nak putar belit rakyat melayu biasa bukan bangsawan. Dua2 pon sama.Kena borak jauh2.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 6:13 PM

@kubaiHmmm ... tapi bukankah Umno sedang berada ditahap paling kuat ? Dan populariti Najib pula lebih glamer dari Umno/BN sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 9:34 PM

Perjuangan untuk kepentingan peribadi mengatasi segalanya. Patut jugalah Najib tak pun respon kepada segala statement yang dihalakan kepadanya, Rupa rupanya ada strategy lain. Seandainya berlaku undi tak percaya, Najib bolehlah mengharapkan orang Anuar untuk menyelamatkanya. Apa pula agaknya yang dimahukan oleh Anuar sebagai balasan. Tak sangka pulak Zahid yang ditugaskan bagi agenda ini. Nampaknya semua yang kat atas tu tak boleh pakai. Kita yang kat bawah ni macam nak ghak cuba menyelamatkan UMNO tapi mereka yang mendapat manafaatnya. Katakanlah CUKUP pada Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 9:43 PM

@AnonymousSemuanya masih dalam keadaan SPEKULASI.

Kita tunggu mereka jelaskan keadaan dulu

....................
Reply To This Comment ...................
El-barokas
June 15, 2013 at 10:58 PM

Jakarta tempat favourite Anwar. Dia banyak kenalan di sana. Pasti kalau di Jakarta Anwar amat sebok. Mana ada masa nak bikin perkara lain. Lainlah kalau Najib juga punya kenalan yang sama dengan kenalan Bang Nuar.

Post a Comment