........... Mohon Pandangan - Apa Yang Kita Mampu Lakukan Untuk Sampaikan Mesej Orang Melayu Kepada Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Pandangan - Apa Yang Kita Mampu Lakukan Untuk Sampaikan Mesej Orang Melayu Kepada Najib ?

Sunday, June 30, 201343comments

Sejak PRU13, telah banyak komen2 yang saya baca baik di sini maupun dari blog2 lain yang lebih ternama tentang ketidakpuasan orang Melayu terhadap cara pemimpin tertinggi Melayu kita bertindak. 

Asalnya ramai dan vokal .... lama kelamaan suara2 itu semakin tenggelam dan hanya beberapa kerat blog saja yang masih menjadi saluran luahan mereka ini.

Ramai yang saya kira sudah bosan dan jemu sekadar meluahkan perkara yang sama sedangkan keadaan masih tidak berubah. Ramai yang give-up..... akur kepada ketidakpedulian pemimpin terhadap suara orang Melayu kebanyakan.

Ikut pandai mu lah .... aku dah tak kisah. Apa nak jadi pun, jadilah .... bukannya diorang dengar pun. Takde siapa pun peduli apa yang kita duk meroyan selama ni .... Najib tetap begitu juga. Pemimpin2 Umno dan Ngo Melayu lain pun ... begitu juga.

Dan keadaan orang Melayu dan cara pemimpin2 Melayu selepas PRU13 BALIK ASAL seperti mana sebelum PRU13. Orang Melayu pasrah ......

Sebenarnya APA yang kita orang Melayu mampu lakukan untuk mengubah keadaan ? Oklah, mungkin terlalu tinggi cita-cita itu - MENGUBAH KEADAAN. Saya rendahkan sikit KPInya -

APA yang kita orang Melayu, secara individu,  mampu lakukan untuk menyampaikan MESEJ kita kepada Najib ?

Saya percaya ramai yang masih sokong Umno, kita cuma nak TEGUR dan harap teguran kita didengari. Tapi kita tak nampak langsung akan tanda2 yang menunjukkan Najib serta pemimpin2 Melayu lain ada mendengar. Semua buat tak kisah !

Ya, APA YANG ORANG MELAYU SECARA INDIVIDU MAMPU LAKUKAN UNTUK SAMPAIKAN MESEJ KEPADA NAJIB ? Mesej yang JELAS dan TERANG tanpa ada salah faham apa yang kita mahukan dari para pemimpin.

Mesej yang mampu difahami oleh Najib .

Share this article :

+ comments + 43 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 1:11 AM

Pastikan prk besut nnt umno akan kalah teruk n hilang deposit krn majoriti pengundi di situ adalah melayu..bila dh kalah teruk baru Umno akan sedar yg pengundi melayu dh mula memberontak..mari gerakan usaha agar umno hilang deposit di besut..ada berani?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 1:40 AM


NAJIB MASIH MENGAMPU CINA KUI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 1:51 AM

Sdr Din, ambe mohon
Saya amat setuju akan kesimpulan ramai orang kite give up sebab puas tungkus lumus cakap sms twit fasbuk blog herdik jerit tapi Ah Jib GGGooo buat derk aje dan lebih sangat sakit mata dan hati Ah Jib Goooo, ambil keputusan betul polarised dengan cadangan dan pandangan orang melayu, sa olah olah nya dia adalah ZEUS ,tak bolih sampai tegurun buat pekak badak,kalu jenis ah beng kapal ibai dia buat der, siapa kah kita orang melayu, pada pandangan Ah Jib.
Balik pada tajuk ; macam mana nak sampai kan :
Dulu ada forum, sekarang ta ada.
So kena buat lah serial road show bloggers ,di susuli demo macam kera huru hara.
Kena guna senjata sama yang di beri Ah Jib Go kapa Ibai.
Tapi, tak bolih main poltikal games macam Ah Jib GOOO dan IBAI, memang dua dua drama king , pandai belakon, dua kaki kencing penyokong
Lepas kita ada strateji dan taktiks, tapi jangan lah kuam liberal ambil kesempatan pulak. Missi kita jelas, PRU 14 orang melayu pasti 2/3 dan ambil balik PP dan Selangor.
Yang menghalang ia lah jelas dan nyata , clear and present, Ah Jib Goo.
harap kita berjaya benam kan mereka mereka yang menjadi buah mulut Kita.
GuanO ?
arjuna waspada
changkat lobak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 1:59 AM

PM Najib atau wakil-wakil kepercayaan dia ada nak membaca komen-komen dari orang awam dan penyokong UMNO dalam blog seperti ini? Kalau tak, buang masa ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 2:01 AM

@AnonymousTidak ramai yang akan setuju kalau ketahap membiarkan Umno tewas dengan sengaja. Kita bukan nak tumbangkan Umno, sekadar menyampaikan mesej kepada Najib. Mesej nya juga belum tentu jelas, bisa disalahtafsir.

KATAKANLAH ada segelintir yang setuju dan padahnya Pas menang dengan majoriti kecil, mesej hilang entah kemana, kerusi juga hilang satu !

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 2:03 AM

@AnonymousKan saya baru jer tulis kat atas ...Bukan saja dah give-up, siap hasut pulak orang lain supaya give-up sama :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 2:14 AM

sebagai cadangan, para blogger pro bn perlu bersatu, adakan satu perbincangan antara blogger. hantar satu memorandum kat PM atau minta adakan pertemuan antara blogger dgn PM.kalau tak boleh gak lantik sorang ketua hantar memo semasa PAU nanti. kalau tak dapat jugak para blogger semua hasut org melayu undi PAS pd pru14...buat gerakan hasut org melayu mulai skrg...desak presiden PAS keluar PR...amacam ok ke???

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 2:18 AM

@AnonymousPara bloggers dan bertemu pun dengan Najib .... tapi bila berdepan, semua macam manja-manja jer ....aaauuwww ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 2:52 AM

bro din,kalau bloggers pun dah ikut jadi pondan ,jangan lah marah2 pada pemimpin UMNO,kerana sama2 dah jadi satu species...aaauuwwww

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 3:04 AM

apamacam kalau para bloggers buat perjumpaan dgn ayahanda TUN MAHATHIR pulak , luahkan apa yang terpendam dan ceritakan kelemahan2 najib, mungkin ayahanda Tun dapat memberi pendapat dan pandangan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 4:18 AM

Orang politik nie,dah lama berkecimpung dlm dunia mereka.Tak kan lah nak merosakkan masa depan politik umno.Kalau saya jadi mcm anwar...tut tut tut..kepimpinan dan hala tuju politik anwar membakar semangat rakyat,membenci kerajaan,mencipta berbagai isu ,demi kuasa dan jawatan tertinggi...mmg saya akan bolot kemenangan PRU 14, sbb dasar BN utk membangun negera dgn dasar kerjaan terdahulu dan program corridor yg sangat berjaya dan menampakkan hasil dgn membawa pelabur dr FDI yg bernilai beratus billion ringgit.Seperti mana mereka berjaya merampas p.pinang dan selangor, ats kerja kuat dan kejayaan dasar kerajaan BN terdahulu.Buat apa kerja kuat2,kerja pakai air liur aje utk menikmati makanan lazat yg terhidang di atas meja.Bab kronisme semua tipu aje,sememangnya kerajaan memberi peluang kepada tokoh perniagaan yg benar2 layak dan berkebolehan setelah melihat pencapaian mereka yg sukses.Ada juga yg gagal dan ada juga yg berkembang maju atas usaha mereka dan kreativiti mrk dan sanggup menghadapi risiko.Buat pinjaman bankpun kena intreast dan kena bayar serta menanggung hutang yg besar,semata2 utk menjaga kepentingan negara dan menjana kekayaan negara dari hasil cukai,menyediakan peluang2 pekerjaan dan berkongsi kekayaan dgn rakyat melalui skim terbitan saham.Konsep sebegini juga wujud di indonesia dan negara2 maju.Jadi apa masalahnya.Bukannya malaysia seperti era pemerintahan apartied.Kalau malaysia memerintah mcm zaman kelam sejarah afrika selatan,maka tidak hairahlah boleh wujud malaysia 2 kali spring.hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 6:10 AM

Mintak di syorkan utk di adakan tabung kesihatan(boleh pakai dulu),keselamatan, duit top up dan wifi,khusus utk pengomen2 tegar bg menghasilkan pendapat yg bernas dgn Moto "Menuju ke arah kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 6:25 AM

Keluar drp umno berramar ramai sahingga dia sedat dan moron maaf

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 7:24 AM

salam.dah putus asa ke dengan najib..hehe...aku dah putus asa semasa dia mula2 naik jadi pm lagi..antara orang terawal jadi kawan dia kat fb..masa tu tak sampai 100k pun lagi like dia...antara orang terawal pengomen kat blog 1malaysia...tapi 22 awal2 kena banned...sbb tu aku sampai sekarang meluat gila bila tengok blog 1malaysia n dia kata nak jumpa rakan FB dia...

masalahnya najib dengar ke bro...satu je aku nak tanya...dia prihatin ke kepada nasib orang Melayu..kalau tak takkan orang persoalkan dia ni sayang orang melayu ke tak...sehingga dia perlu pertahankan diri dia dalam majlis perkasa n kata dia ni anak tun razak...itu je jawapan dia...soalan adakah najib sayang dekat orang melayu ke tidak sudah melambangkan peribadi beliau...layakkan beliau menjadi pemimpin melayu...

dekat pegawai kerajaan dia perlekehkan betul2..bukan secara lansung tetapi secara tidak lansung.,,punasihat n konsultant dia power gile hingga tidak tahu lagi apa fungsi EPU dan ICU kat JPM...

kenapa orang asik sebut tun dr mahathir padahal najib dah buat yang terbaik n buat apa2 sahaja..macam2 dia dah buat..aku akui dia buat yang terbaik tapi aku tetap rindu zaman tun dr mahathir..zaman tun siapa yang berani nak kutuk agama Islam, orang Melayu...kutuk kat luar negara pun ada yang kena penampar...ni kan pula tanah air sendiri!

kenapa orang duk asik sebut pasal tun dr mahathir bila tun sayang dan backup najib gile2..kenapa ini terjadi..tak cukup ke usaha najib...sekiranya ada perjumpaan dengan blogger,adakah persoalan yang di kemukakan dan juga persepsi yang di berikan kepada beliau ada tindakan dan jawapan dari najib...

kita duk bising pasal macam2...dengar n abik tindakan ke dia...apa jadi dengan celuparnya adik dia sendiri...tun pun ada masalah dengan marina yang seolah hilang punca, tapi apabila marina menyokong bersih,tun sound dia dalam akhbar...kenyataan terbuka kerana tun sokong PDRM yang nampak kena hentam kiri dan kanan tanpa sedikit pun bantuan dan juga pertolongan dari orang kerajaan mahupun menteri kabinet...

bro...zaman tun n zaman najib sangat berbeza...kerana sayangkan UMNO, tun banyak perjumpaan dengan orang UMNO termasuk bukan ahli UMNO tapi yang sayangkan UMNO semasa menjadi presiden UMNO..dan suara mereka d dengari...perjumpaan dengan eksekutif akhbar setiap minggu untuk dengar keluhan dari mereka...komplen dan cadangan,,,data terus dari bawahan dan rakyat marhaen...tun berjumpa dengan ahli akademik...perbincangan banyak d lakukan dengan ahli ekonomi dan juga teknokrat....ada kena najib buat semua ini bro!

aku pernah baca pro pembangkang bagaimana tun boleh baca n analisis data ekonomi dan bagaimana seriusnya tun menanggani setiap masalah ekonomi dan tepatnya beliau...tu pro pembangkang tapi mahir dalam ekonomi..ada ke najib buat macam ni!

ada ke suara orang bawah d dengari dan ada tindakan dari najib...orang bising pasal bini dia,jawapan dia masa kat perhimpunan ialah bini dia tak buat apa2 pun,duk diam2 je kat rumah...BENAR ke jawapan dia tu bro..

satu je kau n najib kena jawab untuk semua jawapan aku ni, najib tu dengar ke???

komen dari tun dr mahathir n tun daim zainuddin,najib boleh persetankan, apa lagi komen kita...najib adalah pemimpin serba tahu...faham tak bro

budakteranung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 8:53 AM

@Anonymous

Anonymous - June 30, 2013 at 1:11 AM

Aku bersetuju dengan saranan kamu. Hangatkan agenda Melayu didalam kempen nanti. Biasanya issue yang terbangkit dalam pilihanraya yang membolehkan pemimpin buka mata dan telinga. Pada aku ini adalah jalan yang terbaik lagi bekesan sebab kalau ada pilihanraya, semua masyarakat akan tertumpu pada issue yang dibangkitkan. Kalah menang tak usah ambil kira dengan syarat mesej sampai.

Anggapkanlah PRK satu rahmat dalam keadaan sekarang. Mulakan dari sini dan teruskan sehingga ianya menampakkan hasil.

Kalau itu pun tak berkesan, harap harapkanlah Hassan Ali/Ibrahim Ali tubuhkan parti baru dari sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 8:59 AM

@Anonymous

Anonymous - June 30, 2013 at 2:14 AM

saya suka komen anda. komen yang bersistem dan teratur dan tak pakai redah jer. apa pun kita nak Melayu bersatu menuntut pembelaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:02 AM

@Anonymous

bukan macam tuh, mereka bersopan dan menghormati pemimpin. senang citer, dorang dah menyampaikan dan penentuan terserahlah. orang Melayu teramat senang memberikan jawapan. NO FIGHTING SPIRIT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:04 AM

@Anonymous

saya yakin Tun sendiri dah faham dan mungkin sedang melihat. juga saya kira tak elok bawa masuk Tun dalam issue ini sebab besar kemungkinan ada pemimpin pemimpin UMNO yang tidak senang hati kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:08 AM

@Anonymous

ini yang tak bagus nih. tujuanya adalah untuk selamatkan parti yang perjuangan asalnya adalah untuk orang Melayu. keluar parti beramai ramai adalah satu keputusan yang berbau nafsu. kata orang lama, ikutkan nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati, mati. disitu kita nampak tak der keuntunganya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:21 AM

@Anonymous

Tun sudah pun menjadi lipatan sejarah. seorang individu/pemimpin Melayu yang sangat sangat aku kagumi dan tak mungkin dapat dilupakan.

Najib naik atas nama orang lain, bapak dia. konon dia nak jadi macam bapak dia, seolah olah kepimpinan dia lebih kepada perjuangan NAMA sedangkan ianya merosakkan bangsa. tidak akan dapat dia mengotakan semua janji janji yang dibuat. mana dia mendengar setiap denyutan nadi rakyat?

tengokkan saja kalau kalau ada orang UMNO yang berani bawa issue bangsa di PAU kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:40 AM

tiam2 luluk sama baca,apa atas ada tulis...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 9:47 AM

Apakata kalau kita buat demo `UMNO spring'

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 9:59 AM

@AnonymousSaranan yang memerlukan penyertaan ramai adalah payah untuk direalisasikan. Makanya saya minta 'atas kapasiti sendiri' yang tidak memerlukan komitmen orang lain kecuali diri kita sendiri, nak buat atau tak nak buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 10:18 AM

habis ini tak leh , itu tak leh u tukar nama kedin jaw , tangkas n aggressive

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 10:36 AM

@Anonymoushahahaha .... maksud saya biarlah bincang sesuatu yang semua orang boleh buat sendiri tanpa perlu harapkan orang lain.

Benda yang kita harapkan orang lain selalunya tak kemana, setakat borak jer..

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 10:58 AM

Encik Din,

Masalah biasa jer ni. Kita cakap lebih banyak dari buat buat kerja. Kita cakap lagi banyak dan terlebih banyak semenjak lepas PRU. Kita cakap terlalu banyak sampai orang yang nak buat kerja pun naik malas nak buat keje samapi lantik konsultant buat keje. Malangnya ynag konsultant pun kaki cakap juga...

Sebab itu, tak ada sebarang kerja pun yang kita nampak. Mungkin tukar sikit formula UMNO masa PRK Besut nanti. dah sampai masa buat kerja dan kurangkan cakap cakap.

saya sendiri pun dan kurang cakap pasal politik, saya buat apa yang saya mampu buat contoh

1. Saya berhenti langgan akhbar The Star dan cuba baca Utusan untuk faham pemikiran melayu
2.Saya berbelanja dengan berhemah dengan mengambil kira kedai yang saya pergi ni, saya nak bagi uit kat Cina ke Melayu.
3. Saya buat gerak kerja sendiri bangunkan kebolehan usahawan melayu berniaga secara online.
4. Saya beri projek kepada orang Melayu setakat yang mampu
5.Saya kurangkan masa bersembang pasal politik tetapi lebihkan masa bangunkan ekonomi saya sendiri
6. Saya mula ambil tahu hal hal UMNO peringkat cawangan dan Bahagian.

tak payahlah kita banyak cakap minta orang politik buat kerja. Tak ke mana.

Cuba tengok kes PAS yang menang kerusi paling banyak di Selangor, sudahnya bila sampai masa nak buat kerja MB serah pada parti Melayu yang lebih pandai cakap PKR. nak buat kerja Dewan Undangan Negeri serah pulak kerja Speaker pada DAP.

Cuba tengok konsultan pada YAB PM pun tak nak keje susah susah, dia nasihat PM lantik 'recycle ' jer ahli ahli politik lama pegang jawatan GLC tak ayah pecak kepala cari bakat baru, kan banyak keje kena buat kalau nak cari. Agaknya konsultan pun bagi nasihat kepada PM jangan komen banyak banyak, sepunay senanglah keje konsultan tak payanh buat draf banyak banyak.

kalau semua orang Melayu dah macam tu bila masuk politik, En Din pun nak rakyat yang dua tiga kerat yang nak buat kerja sendiri ini pun membudayakan cakap cakap jer, baik kita jual jer Malaysia ni kat orang luar. PKR pun dah berjaya ke arah nak menjual Malaysia, bila mengajak budak budak universiti duduk atas jalan, duduk atas jalan keretapi dan duduk atas padang, tak duduk dalam kelas untuk belajar? Budak budak ni pun fikir senang nanti jadi ahli politik boleh jual pemerintahan bagi kat konsultan, buat apa susah susah.

tak gitu En DIn?








....................
Reply To This Comment ...................
pinhai
June 30, 2013 at 11:16 AM

Sdr Din, satunya saja cara untuk pemimpin UMNO/BN medengar suara orang Melayu. Tunjukkan saja di Kuala Besut nanti yg pengundi Melayu mampu beralih undi jika suara kita tidak diendahkan. Di pemilihan itu nanti, sekiranya lawan UMNO adalah PAS, semua pengundi Melayu pilih PAS dengan sebanyaknya. Melayu tidak rugi sebab negeri itu masih hampir semua wakil rakyatnya adalah Melayu. Yang mestinya, orang Melayu mesti TUNJUKKAN kepada pemimpin Melayu UMNO yg kita berani berubah. DAP tangkas bersuara atas kelohan cina sebab mereka tahu pengundi mereka berani berubah. Kini kita tunjukkan kepada pemimpin Melayu UMNO yg kita pun berani berubah. Cubalah sekali ini di dalam keadaan yg tidak mudarat kepada Melayu kita tunjukkan!

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 11:40 AM

@li doshsebab itu Najib pun buat tak kisah jer luahan kita .... sebab semuanya sekadar cakap2 saja tanpa ada sesiapa yang berani bertindak.

Umpama anak degil yang dah lali dengan leteran ibu... acu kena cubit sekali biar berbintat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 12:43 PM

Terdapat dua tindakan di pihak UMNO yang pastinya memberi kesan dan gegaran. Itupun jika hulubalang hulubalang seluruh UMNO sedar bahawa KERIS mereka dah patah, tukang pateri melayu semuanya main computer sekarang, jadi tidak ada tukang pateri melayu (keris dalam seluar jap naik jap turun) lembing mereka udah tidak dikeluarkan lagi, tombak mereka dah diambil oleh muzium dan parang hanya digunakan untuk sembelihan sahaja.

Ok. Ini bukan langkah drastik, dinamik, proaktif, provokatif atau segala macam nama atau label canggih canggih yang tak terungkai oleh akal fikiran. Sesuatu yang mudah dah boleh difahami hingga haiwan pun boleh akur.

Tindakan 1
Peranan Hulubalang-hulubalang:- (Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan)
Tidak menghadiri PAU
Tidak mengadakan sebarang mesyuarat baik cawangan dan bahagian
Tidak perlu calun mencalunkan
Membisu dalam apa sahaja acara yang diurustadbir oleh ibupejabat UMNO
Tidak melibatkan diri dalam sebarang siri jelajahnya.

Tindakan 2
Singkirkan semua hulubalang-hulubalang lama.
Hulubalang-hulubalang yang dibaru dipilih ini mestilah mempunyai satu kekuatan dan ketegasan suara dalam menuntut hak bangsa. Sebarang kemungkaran terhadap tuntutan hulubalang-hulubalang ini parah dan tenat akibatnya terhadap Bendahara.

Hulubalang- hulubalang ini mestilah mempunyai ketetapan terhadap halatuju dan haluan Bendahara bukan Bendahara mempunyai ketetapan dengan pakar-pakar runding luar yang dibayar berjuta-juta...duit dari mana???????
Hulubalang-hulubalang ini harus juga digantikkan apabila peranan mereka dilihat tidak sehaluan dengan kolektif kesepakatan diantara Hulubalang hulubalang.
Sentiasa memantau semua aktiviti parti dan kemasyarakatan diruang kawasan dan saling berhubung dengan lain lain hulubalang dalam bantu membantu masyarakat.



Tindakan satu, kebanrangkalian terjadi jauh pusat dari dada kerana dengan pemberian kain pelekat cap gajah duduk maka terduduklah semua hulubalang akur dengan Bendahara. Jika berdemo pulak, di Stadium pulak itu tersusun barisan mudah diberi nasi bungkus dan sebotol air mineral maka kenyanglah berdemo dan Bendahara pun mudah nak sampaikan titah ucapan tak kiralah nak dengar atau pun tidak janji perut kenyang.

Tindakan Kedua, kebanrangkaliannya lebih baik dan realistic. Bagi pemula atau perintis akan tindakan ini, negeri Terengganu lebih berkeupayaan, kemudian diikuti kedah, Perak, Selangor, Melaka dan Johor. Terengganu dipilih kerana criteria tindakan drastiknya; jika semua kita masih ingat, jika lupa maklumlah orang-orang melayu lupa sesangat, bacalah “A Doctor In the House”. Waktu tu Wan Mokhtar MB Terengganu, nak piliharaya dia bergegas jumpa Bendahara waktu itu, merayu agar dia diberi peluang terakhir kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara yang belum diselesaikan. Tetapi lapuran dah tersedia bahawa dia tidak diperlukan lagi malah ada juga kumpulan bergegas menemui Bendahara mahukan perubahan. Oleh kerana Bendahara ketika itu semak agaknya dengan rayuan Wan Mokhtar, Bendahara pun bersetuju. Apa yang terjadi semua orang tahu, Terengganu Hilang, Wan Mokhtar pun hilang.
............2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 12:44 PM

Jadi, degan criteria ini, Terengganu lebih diyakini dengan keberaniannya menentang Bendahara dan lain lain negeri yang disebutkan pastinya akan mengikut tak perlu ada individu Hang Tuah, Hang Jebat. Malah ayunan mood atau bahasa canggih orhang puteh Swing Mood Terengganu lebih pasti jika dibandingkan dengan Kelantan. Dimana ayunannya membawa duka nestapa lanjutan. Banyak lagi lain lain criteria Terengganu yang tidak bertulis cukup untuk satu dijadikan ukuran dalam mengulit cabar Bendahara sedia ada.
Peranan Orang-orang Melayu Am (individunya)
Orang orang melayu yang tidak berparti seharusnya digalakkan untuk menghadiri mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO tidak sahaja sebagai pemerhati tetapi juga boleh menelurkan buah fikiran yang sesuai dan memenuhi keperluan bangsa melayu yang tidak diterfikirkan oleh Ahli Jawatakuasa lainnya. ( Bersedia jugalah dengan buah buah fikiran yang adakalanya penghuni penghuni Tanjung Rambutan lebih baik dari mereka). Sebarang penyelesaian peringkat negeri perlulah diselesaikan dengan segera oleh Ketua Hulubalang peringkat negeri. Jangan beri jawapan seperti ahli ahli koprat...........”Saya notatandakan, Saya minitkan atau lebih canggih lagi...”I will look into this” entah apa yang nak ditengok kedalam pun tak taulah.
Kehadiran mereka pastinya ditentang, jadi bagi menumpulkan tentangan maka contoh sepatutnya diambil dengan Zulkifli Nordin yang tidak mewakili mana mana parti bertandaing atas tiket sahabat UMNO/BN atau dengan ayat yang lebih canggih lagi “amicus curiae”. Nak tahu makna carilah dalam kamus computer yang tidak sahaja mudah malah terus dapat maknanya sekaligus. ( Takkan semua nak disuapsudukan)
Atau kita gunakan falsafah Ghandi apabila menentang British di India. “ Tiada kerjasama dan tiada keganasan” memanglah mogok tapi ini amat berkesan apabila segala-galanya terhenti. Ini memang tidak akan terjadi kerana memerlukan tindakan kolektif semua orang orang melayu. Mana mungkin kerana semua dapat bonus dan naik gaji. Pangkat besar, Kepala Besar, cuti panjang dan kerja sedikit dan waktu rehat pun panjang.

Dalam ertikata lain orang orang melayu seharusnya Mutatis mutandis ( kita guna perkataan orang orang liberal bila berkata-kata saja nak stailo macam mereka) kerana peluang kita makin hari makin terhakis kerana Bendahara yang dah lupa diri lupa warisan.........final

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 12:48 PM

Betul. Ini peluang terbaik. Kena hantar mesej cara begini. Sebab kalau kat blog, bukan Ah Jib baca pun. Paling kuat yang baca penasihat. Mesti penasihat cerita lain kat Ah Jib. PAS jangan la letak Azhar Idrus pulak ...

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 1:01 PM

@Anonymoussaudara ni bukan calang2 orang ni :)

Tapi kalau orang baca jenis sambil lalu... topik pun dah hilang entah kemana !

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 1:03 PM

@Anonymous paling tepat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 1:45 PM

Kebanyakan pemimpin umno sekarang adalah orang yang menjadikan politik sebagai karier. TMY dah tunggu berpuluh tahun untuk jadi PM. Jadi, dia tentu taknak ambil risiko. Tunggu je beberapa tahun lagi tercapailah cita-cita. Pemimpin bawahan pun tunggu giliran masing-masing.
PRU13 membuktikan mereka akan terus berkuasa walaupun tentangan dari pembangkang amat kuat. PRU14 DSAI, TGNA, LKS mungkin dah tiada. Keyakinan mereka semakin tinggi. Kalau DSN ditolak keluar pun, penggantinya besar kemungkinan akan bersikap seperti DSN.
Kesimpulannya jika DSN dipilih melalui tindakan ramai, tidak ada tindakan individu yang akan berkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 2:39 PM

buat memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 2:41 PM

PAU nanti beribu-ribu perwakilan UMNO akan memilih pemimpin-pemimpin di kalangan mereka. Setiap orang dari mereka akan memilih orang yang boleh "membantu" mereka. Jika pemimpin pilihan mereka menang, perwakilan akan menuntut "hak" mereka sepertimana orang melayu yang menuntut haknya apabila UMNO menang PRU13. Pemimpin ini pula terpaksa melayan kehendak pengikut dan sponsornya. Sampai bila pun rakyat tak terbela.
Kalau saudara Din tanya apa tindakan kita secara individu, saya lebih suka bekerja keras, sibukkan diri cari rezeki, tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Fokus pada kerja sendiri, tak perlu pening dengan masalah politik. Lima tahun lagi, saya mengundi lagi. Jika parti pilihan saya kalah saya redha. Jika parti pilihan saya menang, saya gembira sekejap.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 30, 2013 at 2:46 PM

@Anonymous

Meseje yang sebenar bukan kapada Najib ,tetapi kapada Perwakilan dalam perhimpunan agong UMNO nanti,supaya menidakan Najib dan mengenepikanya .

Ini kalilah ,dah bosan mengharapkan dia berubah ,orang Melayu dan perwakilan UMNO hanya ada satu pilihan ,kekalkan Najib 'melenyapkan UMNO atau memperkasakan UMNO dengan menolak keluar Najib.
Yang mana satu lebih Utama ?.

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 4:06 PM

Hantar melalui al-juburi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 4:56 PM

bawah najib,negara makmur, org melayu teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 8:16 PM

Din.
Kalau nak ajar Najib supaya tahu yang orang Melayu dah fed up ialah dengan tarik kerusi dia duduk sekarang sebagai Presiden UMNO dan beri balik kepada Che Det. Che Det saja yang boleh mertabatkam oramg-orang Melayu semula. Walaupun Che Det dah berumor lebih 85 tahum tapi otak dia pintar seperti orang berumor muda. Kena pujuk dia supaya kembali kerana UMNO ini ada "sentimental value" kat dia setelah UMNO dulu diharamkan oleh perbuatan orang yang kecewa dulu. Kalau Najib terus pegang UMNO, saya rasa lambat laun UMNO akan lesu kerana buat masa ini tiada pemimpin yang berkampuan melawan parti lawan. Pemimpin sekaramg tak berani berhujah dengan pembangkang walau yang bercakap dari pembangkang hanya cingkarok.
Maaf kalau ada yang tak suka komen ini.

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 8:46 PM

@AnonymousTak perlu minta maaf kalau sekadar meluahkan pandangan ikhlas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 1:00 AM

Kita banyak hulubalang Melayu tapi jenis 'Alicafe' macam dalam iklan kat tv. Melayu dipaparkan jenis mengantuk oleh syarikat cina, kena 'suntikan' Alicafe cina terus segar?

Ada apa-apa maksud tersirat ke? Jadi sertai kempen ABCD, BBC dan BCL. Produk Alicafe dan Power Root termasuk dalam kempen ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 10:47 PM

@AnonymousSetuju dgn syor ini.... Melalui blog DT ini, kita suarakan komen negatif kpd umno tanpa menyokong pas..... Amacam?

Post a Comment