........... Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi ( LMBT ) Canggih TAPI Tak Ada Cip ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi ( LMBT ) Canggih TAPI Tak Ada Cip !

Monday, June 17, 201315comments

Minggu lepas  Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah melancarkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT yang akan mula dikeluarkan pada 15 Julai bagi menggantikan lesen sedia ada yang telah lama digunakan sejak 1989. Baca Mstar.


Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru
  • Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
  • Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
  • Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Peeeeerrrrggh ! Canggih .........

Hmmmmm ....................

..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................

nak komen ke tak ni .........................................

Mungkin saya silap dengar atau baca duuuluuuuuuu .... waktu mula diperkenalkan Mykad yang juga canggih bla bla bla SIAP ADA CIP ! yang kemudiannya di upgrade lagi awal tahun lepas - “MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,”

Peeeeerrrrrrggghhhh ! Canggih  .......

Tapi bukan ke dulu dikatakan yang dalam Mykad yang SIAP ADA CIP ! akan lengkap diisikan dengan segala maklumat yang perlu bagi menyenangkan hidup rakyat, dimana rakyat hanya perlu bawa SATU kad saja ..... untuk IC, untuk perbankan, untuk LESEN MEMANDU, untuk apasajalah yang berkaitan dengan maklumat diri.


Saya juga ingat para penguatkuasa undang2 TERMASUK Polis dan JPJ pula akan dibekalkan dengan mesin pengimbas bagi merealisasikan segala impian ....

Jadi bila saya baca tentang LMBT diatas, perkara pertama yang terlintas dalam kepala adalah - PEMBAZIRAN !

Jangan salahkan saya berfikiran begitu. Bukankah MyKad baru yang canggih dan SIAP ADA CIP ! itu sudah menyediakan ruang untuk ditambahnilai penggunaannya oleh mana2 pihak atau agensi ? Gunakan sajalah apa yang memang dari dulu dah dirancangkan ... bukankah itu antara tujuan utama Mykad baru yang canggih SIAP ADA CIP ! diperkenalkan ?

Kenapa perlu JPJ teruskan dengan LMBT ? Kenapa tidak masukkan / gabungkan kecanggihan teknologi LMBT kedalam MyKad yang memang dah canggih dan SIAP ADA CIP ! itu ? LMBT takder cip !

Saya sekadar meluahkan apa yang bermain dalam minda seorang rakyat .......


PS - Teringat akan satu artikel lama saya bertarikh 16 Okt 2011 bila kerajaan mahu mengupgradekan MyKad yang SIAP ADA CIP ! dulu - Transformasi Yang Tak Terkejar Dek Rakyat - MYKAD ( ada gambar2 menarik IC lama pemimpin2 kita )


Sekarang saya bertanya, yang TAK terkejar Transformasi itu rakyat atau pun agensi dalam kerajaan sendiri ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 5:29 PM

Salam Din,

Artikel pasal ni kami dah siapkan smlm. Tapi schedule utk kluar esok. Bondo yg samo den tepikir. Sapo yg masyuukkk dgn lmbt ni sobab mng jelas menbazir. Apo guna mykad? Sekali dengar mcm lgbt pun yor jugak.

Camno tu Din?

Timo kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 5:40 PM

@panehDen tak dok nak main schedule2, apo yang ditulis, jam itu jugok den tubek keluar :)

Ontahlah .... solain dari fungsi sebagai IC, den tak raso laie fungsi2 lain yang kononnya ado dalam Mykad. porabih boreh jo ...

....................
Reply To This Comment ...................
the soul
June 17, 2013 at 5:44 PM

hahaha....projek mca....tunggu2 takdak menteri depa masuk.....boleh kat hisham la.

makin hari makin gila aku tgk gov ni. penat2 org bawah kerja bagi depa menang....duduk baru sebulan....dah macam2 hal terjadi.

pru14 nak jadi pembangkang ka woiii??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 6:11 PM

LMBT = lambat

Zaman dah semakin canggih. Teknologi semakin pantas berlari. Tapi kita masih jauh ketinggalan. Orang lain dah guna sistem biometrik untuk pilihanraya, kita masih lagi guna dakwat kekal.

Cuba bayangkan....

Bila JPJ atau polis trafik tahan kereta kita, diaorang mesti nak kita tunjuk lesen memandu. Tapi kita tak tunjuk lesen memandu, kita tunjuk MyKad.

Mesti Abang Polis tu marah kat kita sambil berkata, "Apasal tunjuk IC? Saya mau lesen. Mana lesen?".

Pastu kita balas balik,"MyKad ni serbaguna, bang. Canggih pun canggih. Semua ada dalam MyKad ni, bang. Lesen ada, akaun bank ada, rekod kesihatan ada, rekod pengajian ada, rekod pekerjaan ada. Pendek kata, semua ada dalam MyKad ni."

Psst.....korang sambunglah cerita ni sendiri ye. Yang pastinya polis dan JPJ tetap menang. Korang simpan jer la IC tu wat kenangan. Diaorang tetap nak mintak Lesen Memandu Berkualiti Tinggi (LAMBAT) tu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 6:16 PM

@AnonymousTeknologi itu sudah pun ada - Mykad. Tapi tidak digunakan pula oleh kerajaan .... padahal kerajaan juga yang wujudkan teknologi canggih Mykad yang SIAP ADA CIP !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 6:29 PM

Bayangkn ni le, kwn nk kluorkn duit dlm atm kat jb guna ic kwn, kwn odway nk blik perlis ada hal urgent, tetiba kad ic@atm@lesen kwn kena telan la pulak, mlm sabtu pulak tu, minyak keta pn x isi lg, duit tnggal 15 ringgit, apalah malang nsib kwn, xde ic, lesen pn kena telan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 6:37 PM

@AnonymousLaaa ... benda kecil jer tu. Pihak bank boleh saja beri kerjasama dengan settingkan atm mereka supaya tidak boleh telan kad, sekadar reject keluar jer.

Kemajuan satu perkara tidak dapat dirasai sepenuhnya jika tidak disertai oleh pihak2 lain :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 7:11 PM

Sebab mungkin ada wang mashukkkk dan lebatttt. Masyuk kat sapa tanyalah kepada JPJ. Siapa jadi pembekal kad, tentu banayak untung. Tengok muka menteri gitu gembira sekali, tentu ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa, buat apa nak senyum. Bodoh sangat lah aku ni pi undi baghal-baghal ni jadi kerajaan, selalu ada saja agenda yang menyusahkan rakyat. Nanti PRU14 kelak kita jangan keluar undi, biar mereka semua tertiarap dan mampos.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 7:16 PM

@AnonymousMuka Datuk Seri memang begitu ... fotogenik :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 8:32 PM

@dinturtleTeknologi memang ada tapi masalahnya orang Malaysia ni kerap sangat hilang IC, ingat nak buatnya cepat ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 9:28 PM

Salam,

saya beri amaran kpd pemandu yg gagal tukar lesen berkualiti. Amaran jika lesen mati, amaran jika gambar tak cantik, amaran, amaran. Menteri amaran sahaja utk adik ah jib gor. Kalu ahli umno, sori tak ada amaran ye

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:21 PM

menteri menteri kita bodoh bodoh belaka...malang sungguh nasib kita

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 10:24 PM

@anak melayuSaya tak nampak Menteri yang bodoh tapi apa yang saya namapk Menteri yang anggap rakyat bodoh !

....................
Reply To This Comment ...................
Blues
June 17, 2013 at 11:44 PM

Bila saya nampak LMBT, pertama sekali yg terfikir, LGBT. Takde nama lain ke nak pakai? Suicide la...

Bab MyKad yg multipurpose tu, mmg saya sependapat dgn saudara. Dahlah hampir kalah PRU13, buat pulak projek tak cerdik camni.

Aduhai... Apa la nak jadi dgn UMNO ni... Dah tak kuasa la nak sokong camni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 9:20 PM

bro din.... yang ni cover aes ni...tak sempat untung aes, ni la cara nak makan rampasan perang kehehehe2

Post a Comment