........... Kumpulan Blogger Tun M ? Blogger Pro Najib ? Blogger Pro Melayu Tak Ada Ke ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kumpulan Blogger Tun M ? Blogger Pro Najib ? Blogger Pro Melayu Tak Ada Ke ? ?

Thursday, June 13, 201326comments

Saya copy dari blog 1Peluru -

Siapa mahu menafikan peranan Tun M sebagai salah satu punca BN mengalami kemerosotan teruk dalam PRU12 pada tahun 2008 lalu? Kegagalan dan kesilapan kepimpinan PakLah waktu itu membuatkan Tun M agak vokal menyatakan ketidakpuasan hatinya, hingga setiap statement Tun M berkaitan pentadbiran PakLah menjadi peluru yang lebih berbisa dari pelbagai retorik & propaganda oleh pembangkang.

Gua sendiri akui pentadbiran PakLah terselaputi pelbagai cela yang sukar untuk rawat, perletakan jawatan dan penyerahan kuasa kepada DS Najib satu keputusan terbaik yang pernah PakLah lakukan selepas PRU12.



Gua juga seorang pemuja Tun Dr Mahathir. Tapi wajarkan kejayaan TunM selepas 22 tahun memerintah Malaysia dijadikan kayu ukur untuk Perdana Menteri lain selepasnya terus mencapai klasifikasi itu?

PakLah menyambung legasi kukuh yang dibina Tun M hingga membawa BN menang dengan 'cemerlang-gemilang-terbilang' pada PRU11 (2004). Beberapa langkah silap selepas itu (termasuk mengeluarkan anjing dari kandang) memburukkan situasi politik negara hingga PakLah didesak berundur selepas keputusan memalukan yg dicatat BN dalam PRU12 (2008).


Penggal pertama DS Najib memerintah Malaysia sepatutnya diukur sama seperti penggal pertama TunM menjadi Perdana Menteri pada 1981. Adakah sewaktu TunM mengambil alih kuasa dari Tun Hussein Onn segetir tugas DS Najib menerajui BN yang berkuasa tidak mencapai 2/3 majoriti?


Siapa yang mahu menafikan DS Najib telah bekerja keras selama menjawat tugas sebagai Perdana Menteri? Jika tidak dengan usaha itu mungkin BN telah menjadi pembangkang di Parlimen hari ini & Anwar Ibrahim sedang sibuk melayan pujuk-rayu DAP untuk membina spa&rumah urut pertama di Putrajaya!


Silap & khilaf DS Najib tidak sebesar yang dilakukan oleh PakLah, siapapun yang menjadi PM selepas segala onar bertaburan di zaman PakLah sudah pasti akan membuat keputusan dan tindakan serupa dengan apa yang telah dilakukan DS Najib, malah mungkin lebih teruk dari itu.


Kenapa tiada blogger yang bising setiap kali DS Najib memberikan peruntukan kepada SRJK Cina dulu? Bila DS Najib sendiri mengakui tentang "Tsunami Cina" selepas keputusan PRU13 baru mula ramai yang memekak merata.


Jika DS Najib tidak pernah belajar dari kesilapan, mari kita sorot beberapa persoalan tentang beliau SELEPAS PRU13??

1. Masihkah beliau mengumumkan pelbagai peruntukan atau keistimewaan kepada kaum Cina?

2. Berapa orang pemimpin MCA/Gerakan menjadi menteri kabinet?


3. Masih ada berita tentang DS Rosmah keluar di akhbar atau kaca tv setiap hari?


4. Tentang kewujudan parti tunggal BN adakah DS Najib telah menyatakan persetujuan, atau menyatakan akan mengkaji terlebih dahulu baik& buruknya?


5. Salahkan jika SPR diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen demi penambahbaikan supaya wibawa dan kredibilitinya tidak lagi dipertikaikan? DS Najib sendiri mengakui SPR telah melaksanakan tugas terbaik selama ini, cuma pembangkang akan terus mencari alasan jika kalah lagi di PRU14 nanti.


Pelbagai teguran dari individu, media perdana & penggiat media sosial sudah pasti dalam penilaian DS Najib, mustahil semua itu dapat direalisasikan dalam masa sebulan-dua selepas PRU. 


Terbaru khabar tentang 5 orang SUPOLnya yang akan dilucutkan jawatan adalah satu langkah drastik hasil penerimaan DS Najib terhadap semua teguran.


Berbalik kepada tajuk di atas ada khabar yang menyatakan Tun M masih menjadi pencatur kepada politik Malaysia selepas 10 tahun persaraannya. Selepas kejatuhan PakLah atas prestasi buruk PRU12, DS Najib Razak diberitakan akan menerima nasib yang sama. Misi ini akan dipikul oleh kumpulan BloggerTunM kerana mereka merasakan mereka berperan paling penting semasa gerakerja menjatuhkan PakLah dulu.

Jelang pemilihan PAU2013 adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang telah siap dengan nama calon yang akan diangkat & strategi yang terancang rapi.


Saat itulah nanti DS Najib boleh menilai LOYALITAS & BERBALOIkah dengan laba jutaan RM yg telah mereka kaut di era pemerintahan DS Najib. Siapa lagi yang akan menjadi pejuang mempertahankan DS Najib dari peluru-peluru sesat mereka jika bukan blogger2 marhaen yang sering dipinggirkan ini??


Nantikan dalam entri2 akan datang gua akan dedahkan bagaimana modus operandi & strategi kumpulan BloggerTunM yang cuba menjadi penentu perjalanan politik negara... DAN SIAPAKAH MEREKA?? 


                                   *******************
Apa pandangan anda ?

PS - Mungkin ada yang tidak dapat menangkap maksud disebalik tajuk yang saya pilih. Biar saya terangkan sedikit.

Sejak akhir2 ini telah mula timbul LABEL2 yang sipolan adalah blogger pro XXX,  atau pro YYY, atau pro ZZZ ... Mungkin iya, ada kebenarannya. Saya pun bukannya privy kepada info2 sebegitu.

TAPI, bagaimana pula dengan blogger yang melontarkan pandangan secara IKHLAS, yang melihat sesuatu isu itu berdasarkan perkiraan maruah bangsa dan agama .... dimana hendak diletakkan mereka ini ? Apakah akan diberikan juga LABEL yang mereka ini pro XXX ?

Apakah sudah TIDAK WUJUD lagi blogger yang pro Melayu ? ..... dimana pandangannya kita nilai secara ikhlas atas nama survival Melayu ? 

Apakah perjuangan atas nama Melayu sudah masuk dalam senarai SPESIS TERANCAM ? 

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 4:34 AM

Tun M terpaksa vokal di alam maya kerana pentadbiran Pak Lah menyekat sepenuhnya Tun M utk bersuara... Itu pengakuan beliau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 6:42 AM

kita semua sudah bosan dgn keranah anjing dan lonco konco nya...apa tindakkan najib...kenapa masih dibiarkan kempen atau ceramah ceremah selepas pru....tidak tegas dgn pelaksanaan undang....kenapa...peguam negara isu kanak kena rogol disabah buakn serious....yang lain yang mengancamkan negara..kenapa lesu....kita mahu ketegasan....tiadk perlu menhuraikan undang undang....bertindak terus....ignorant of the law is no excuse....hampir 15 tahun keamanan negara diganggu gugat....drp 2008 hingga kini...kenapa tidak bertindak.....pru14 jauh lagi......apa nak ditakutkan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 7:39 AM

Najib dn M djadikan kambing itam dlm kekalahan yg menang PRU13, kambing itam(babi) yg sbenar-benarnya ialah cina puake, mmg trdapat bberapa kelemahan dlm pentadbiran najib tp tidak le smpai bole mdatangkn kekalahan dlm menang yg bgitu sumbing dn sumpik, Apapun aku kaciwa dn trkesima kerna najib masih membelai manja cine cilake dibahunya, najib msih menyerahkn bahu utk cine puake lentok sdangkn anak bangsa dibawah tumit, aku dh bosan nk on blog, sarap lg bagus smbil tengok langit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 7:54 AM

Countdown PRU14 (raja segala PRU).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 8:52 AM

sama ada najib bakal ditentang atau tidsk terpulang pada najib sendiri.... rata2 org melayu nak tengok adakah najib akan lebih manjakan cine lagi atau tidak..... nazir plak nampak mcm lupe daratan, ini bakal beri point negatif utk najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 8:57 AM

Ada setengah blogger yang sudah pun membuat bising berkenaan pembodekan keatas kaum Cina semasa sebelum PRU13 lagi. Malah ada yang menyindir tetapi DSN buat derk jer. Ada juga yang telah meramalkan bahawa DSN tidak akan mendapat yang diharapkan. Apa dah jadi, ada DSN kesah?

Sememangnya tidak dapat dinafikan DSN telah bekerja keras dan juga seolah olah beliau tak tidur langsung memikirkan apa lagi yang patut diberikan kepada kaum Cina untuk mendapatkan undi mereka.

Kenapa pula dan apa ada kena mengena dengan Tun M dalam perkara ini. Mungkin saya terlepas pandang akan berita yang menyatakan Tun M akan bertanding semula di PAU yang terdekat ni. Akah kah blogger yang telah mula kempen untuk beliau? Saya pun terlepas pandang ada pulak Kumpulan Blogger Tun M. Wah! dah timbul pulak Blogger Kumpulan Taksub didalam blogger Pro BN. Blogger 1Pelutu ni Kumpulan Pro Najib ker? Adakah 1Peluru sekarang ni sedang menghalakan senjata ke arah Tun M? Ada kah kelak akan berlaku perang diantara Kumpulan Blogger Tun M dan Kumpulan Blogger Najib? Ada kah Blogger 1Pelutu akan menjadi pencetus kepada peperangan itu nanti?

Lihatlah sesuatu perkara itu dengan cara positif. Saya kira kalau satu satu kritik itu membena, biarkanlah. Tak payahlah nak dipanjang panjangkan. Kamu sendiri yang mengatakan “blogger2 marhaen yang sering dipinggirkan ini”. Tun Daim juga ada memberikan teguran dan adakah blogger yang menyokong Tun Daim itu dinamakan blogger Kumpulan Tun Daim? Takkan pulak kita nak tengokkan saja kesilapan berlaku didepan mata? Usahlah disensasikan tajuk ini sebab lebih lama kita mainkan lebih banyak lagi akan timbul cerita cerita yang mungkin akan lebih memburukkan keadaan. Bukan semua orang berfikiran macam kita. Selagi dinamakan maknusia, selagi itulah ujudnya perbezaan anggapkanlah perbezaan itu sebagai sesuatu yang akan membuka minda kita lebih luas lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 10:18 AM

Dengan meng group kan sesuatu pihak dgn label-2 tertentu atau pro kpd orang2 tertentu merupakan cara yang mudah untuk mencipta dan mengenali musuh. ini adalah taktik yang digunapakai oleh CIA, Mossad dsb. tujuan lain adalah untuk menimbulkan sengketa antara kumpulan tersebut. group2 ini akan digambarkan sebagai tidak sehaluan dan bermusuh ketat.
1 peluru nampaknya menggunakan teknik ini bagi memburukkan TDM.... padahal umom mengetahui, bahawa banyak asas yang menyebabkan TDM tidak berpuas hati, tidak timbul soal blogger pro TDM, kerana mereka hanya bersetuju dgn TDM. Tolong jangan jadikan TDM sebagai satu entiti atau punching bag semata-2 menutup kelemahan diri pemimpin tertentu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 10:20 AM

Salam,

Mungkin blogger yg mempertahankan ah jib gor ada cara pemikiran sendiri dan muda. Yg byk menerima tulisan TDM, mungkin membesar dlm eranya. Apa yg penting adalah sayang kpd parti. Tapi pemimpin umno sayang ke? Yg dok lawan byknya pemimpin yg telah ditolak secara cantas, paksa, lemah, rasuah dsb. Ahli tak ada pun. Mereka ikut jer.

bagi yg muda, mereka mungkin tak toleh belakang dan ikut sejarah. Tdm pernah kata, kritikan akan buat kita kuat, pujian buat kita lemah dan lalai. Kita tidak setuju tak bermaksud ah jib gor kena tukar atau turun. Tapi ada sesustu yg awak buat tak memenuhi piawaian dan mungkin berlaku kesilapan. Org yg ada sekeliling, mungkin beri nasihat salah. Org jauh nampak, org dkt tak nampak. Jgn jadi mcm punahsihat raja zaman dahulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 10:53 AM

@Anonymous

Bill Klinton tidak banyak bersuara sesudah berhenti jadi presiden. apatah lagi untuk mencampuri urusan kerajaan semasa.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 10:54 AM

abg din je tinggal blogger melayu terakhir... hehee!

bukan niat melagakan TunM dgan DS Najib tapi lebih fokus kepada 'BloggersTunM' yang merasakan DS Najib harus dihukum serupa dgan PakLah. Kenapa istilah 'BloggersTunM' digunapakai cubalah selidiki sendiri.

-RR (1peluru.com)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 11:31 AM

Din, ko jangan terperangkap ngan taktik blogger yang bertuan. Mereka suka mengklasifikasikan blogger mengikut grup-grup yang pro kepada pemimpin tertentu. Macam Din Turtle adalah 100% merupakan blogger Melayu. Kita mungkin senada dengan Tun M. Tapi itu tidak membuktikan bahawa kita duduk dalam kumpulan Tun M.

Bagi blogger yang makan gaji, mereka sedaya-upaya akan mempertahankan boss mereka. Lebih-lebih lagi apabila telah kedengaran desakan akar umbi supaya pemimpin UMNO yang berfikiran liberal mesti disingkirkan. Tanpa perlu disebut siapakah pemimpin tersebut. Ramai yang dah boleh meneka Melayu Liberal yang menguasai tampuk kepimpinan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 11:40 AM

Grup2 pro ni golongan asobiyah. Kita sokong ape yg betul.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 1:29 PM

@Anonymouscuba saudara komen begitu di FB SayasayangTunMahathir :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 1:31 PM

@AnonymousJadi yang sokong Tun M semuanya blogger tua saja lah ya ? hehehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 1:36 PM

@RRSaya ada tulis yang mungkin ada kebenarannya apa yang saudara tulis tu ... saya tak tahu.

Tapi bila dimain pukulrata begitu, tidakkah saudara turut memalitkan semua mereka yang kritik Najib sebagai tergolong dalam kumpulan yang digelar BloggerTunM ?

Bagaimana mereka yang SAMA pandangan dengan BloggerTunM tapi tidak termasuk dalam kumpulan itu ?

Apakah pandangan mereka tidak penting ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 1:37 PM

@AnonymousAmbik ko - Assobiyah !

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 1:48 PM

@dinturtle

saye tak pernah kategorikan semua blogger yg tegur ds najib sebagai BloggersTunM... saye sendiri tegur terutama hal pemilihan supol barunya.

BloggerTunM kalo nak lebih spesifik segolongan bloggers yg nak ds najib dihukum seperti paklah selepas kegagalan pru13... kalau main pilih dan campak takde siapa yg sempat belajar dari kesilapan.

TunM ada sebut ds najib dah main peranan lebih baik dari paklah, selepas dilantik jadi PM... berapa ramai yg perlu kita lantik-cuba-buang sebagai PM sebelum jumpa calon yg betul2 wibawa? blom sampai saat tu mungkin anwar dah jadi PM...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 2:48 PM

Din, apa kata kalau engko create grup Pro Melayu. Ko, setuju tak ngan cadangan aku ni Din.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 3:42 PM

@AnonymousBahaya label melabel ni .... habis tu, yang bukan dalam kumpulan pro-Melayu, akan dilihat sebagai anti-Melayu pulak ! ?

Macam orang label pro-Najib, adakah yang tidak termasuk dalam kumpulan dilihat sebagai anti-Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 4:50 PM

@RR

1. Masihkah beliau mengumumkan pelbagai peruntukan atau keistimewaan kepada kaum Cina?

Walau pun tidak tetapi peruntukan yang besar yang telah diberikan itu amat membazir jika dibandingkan dengan pulangan yang diperolehi. Peruntukan yang dijanjikan itu akan tetap diberikan saperti yang selalu diungkapkan “janji ditepati”. Oleh kerana orang orang Cina telah menghianati BN, minta DSN tarik balik janji kepada mereka itu.

2. Berapa orang pemimpin MCA/Gerakan menjadi menteri kabinet?

Ini adalah kerana semua jawatan kabinet ditolak oleh mereka sedangkan Najib masih lagi mengharapkan agar mereka menukar pendirian

3. Masih ada berita tentang DS Rosmah keluar di akhbar atau kaca tv setiap hari?

Apa ada kena mengena dengan DSR pulak? Kalau nak dikatakan tak der, bohong, tapi dalam masa masa tertentu. Taklah sebok sangat macam dulu seolah olah beliau juga nak bertanding.

4. Tentang kewujudan parti tunggal BN adakah DS Najib telah menyatakan persetujuan, atau menyatakan akan mengkaji terlebih dahulu baik& buruknya?

Walalu pun tidak dinyatakan, tetapi beliau cepat respon dengan cadangan itu. Aku rasakan jika tidak dikritik segera, kemuingkinan besar beliau akan menerimapakai cadangan itu. Lagi pun apa masaalahnya pada UMNO, sedangkan sokongan orang orang Melayu telah kembali kepada UMNO? Kenapa pula nak buang masa dan duit membuat kajian? Ada kah itu satu cara lain untuk membodek?

5. Salahkan jika SPR diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen demi penambahbaikan supaya wibawa dan kredibilitinya tidak lagi dipertikaikan? DS Najib sendiri mengakui SPR telah melaksanakan tugas terbaik selama ini, cuma pembangkang akan terus mencari alasan jika kalah lagi di PRU14 nanti.

Sememangnya salah sebab sudah pun diakui SPR telah menjalankan tugas dengan baik. Kenapa harus menurut segala tuntutan yang tidak berkesudahan dari pehak pembangkang. Lagi pun bukan kah lebih baik SPR diletakkan dibawah Agong yang semua rakyat patut patuhi. Ada kah patut dituruti segala kemahuan pembangkang yang akan tetap membangkang yang dituntut saperti dakwat kekal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 4:59 PM

sejak bila pulak ni ada kumpulan pro dan kon? apa kah pemimpin sekarang ni tak boleh dikritik ker? bukan kah yang baik dijadikan tauladan dan yang sebaliknya dijadikan sempadan? aku rasakan blogger pro BN amat terbuka sebab mereka bebas mengkritik walaupun mereka tetap sokong kerajaan. takkan pulak semua blogger nak jadi pak turut, apa hal pula kalau pemimpin lakukan kesilapan? tak kan pula nak biarkan saja kapal tuh tenggelam? diharapkan semua blogger pro BN samada dibayar atau pun yang tidak bertuan lebih bersikap terbuka dalam menangani keadaan. sudah menjadi lumrah yang pahit sememangnya payah nak ditelan. diharapkan lebih ramai lagi blogger keluar dari kumpulan mentagging dan terus menjadikan agama, bangsa dan raja raja sebagai agenda berterusan. nak diharapkan pemimpin kat atas tuh pun tak boleh harap. bergerak dalam satu kumpulan kan lebih baik daripada melabelkan sesama sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 5:15 PM

@AnonymousSenaaaaaang jer bunyinya kan ? Bersatu lah, bersatulah .... tapi payah nak buat kan ...

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2013 at 6:25 PM

tergelak baca komen En. Din...senaaaaang jer bunyinya..memang senang cakap cakap jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 8:42 PM

TUAN DIN TURTLE
UMNO MENANG KERUSI LEBIH
NOTHING TO DP WTH NAJIB TERER
ITS ABOUT MELAYU TAKUT DAP PERINTAH
TERPAKSA SOKONG UMNO
TAPI MELUAT DGN NAJIB LEMBIT
NAK MUNTAH TGK RAMBUT ROSMAH

GUA N MAJORITY MALAYS TERPAKSA
TERPAKSA UNDI UMNO
BUT WE HATE NAJIB BODOH
BAGI MUKA KAT CINA
BEFOR PRU GUA DAH BENGANG
TENGOK NAJIB BANGSAWAN BAGI CINA
KITA TAK BANTAI SEBAB NANTI UMNO KALAH

BANGSAWAN NAJIB BERAMBUS
NAZIR BANGSAWAN BERAMBUS
ROSMAH BIG HAIR BERAMBUS
HISAM@AMARAN BANGSAWAN BERAMBUS

HIDUP MUHYIDIN JEBAT
HIDUP ZAHID JEBAT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 10:53 PM

Hargai perbezaan pandangan ini... khasnya sebagai satu maklumbalas bloggers pro bn dan pembacanya selepas pru13. Bila pemimpin pertengahan umno menyeru jangan ada pertandingan dalam jawatan tertinggi umno, bunyinya sama macam umno zaman dulu ironisnya mereka telah meminda format pertandingan atau pemilihan (pau). Apakah matlamat pindaan itu?

Nampaknya nada ingatan, amaran, tegahan ahli majlis tertinggi umno mula diikuti oleh bloggers (tak pasti statusnya tertinggi atau tidak). Lantaran kemahiran tinggi yang dimiliki, saranan jangan lawan telah dinyatakan secara tidak langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2013 at 1:41 AM

Sebenarnya memang ada blogger pro pemimpin2 tertentu ni.Juga memang benar kebanyakan blogger yg menentang ah jib gor akan menyokong muhyiddin.Blogger2 ini digelar blogger tun m kerana ramai orang mengatakan bahawa muhyiddin adalah 'orang tun m'.

Ramai Melayu marah ah jib kerana ah jib terlalu play safe,pro cina dan terlalu menurut permainan/kehendak pembangkang.Ini diistilahkan sebagai lembik atau lemah.

Orang pilih muhyiddin juga bukan sebab muhyiddin betul2 bagus tapi kerana itu pilihan yg terbaik yg ada.Hanya muhyiddin yg diharapkan berani mencabar najib kerana kedudukan sebagai timbalan presiden umno.Satu lagi mungkin kerana ungkapan malay firstnya yg terkenal itu.Sama ada muhyiddin benar2 akan mengotakan 'malay first'nya itu tidaklah kita ketahui lagi.

Muhyiddin sendiri nampaknya masih ragu2 atau masih lagi menunggu signal yg kuat dari akar umbi ataupun dari tun m hehe..

p/s:sokong pertandingan sihat

Post a Comment