........... KJ Setuju DiAdakan Pemilihan ! .......... Rasanyalah ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ Setuju DiAdakan Pemilihan ! .......... Rasanyalah ...

Sunday, June 16, 20139comments



Pemilihan Umno: Perlu imbang demokrasi, perpaduan

REMBAU - Anggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.
 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.
 
"Bagi saya Umno merupakan parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am.
 
"Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di sini hari ini.
 
Sambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.

Beliau yang menang dalam pertandingan itu dengan menewaskan dua lawannya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.
 
"Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
 
Bagaimana pun katanya, semua itu terletak dalam tangan angota parti untuk menentukan keputusan pada pemilihan parti itu nanti. - Bernama
.


Siapa boleh berikan tafsiran kepada segala cakap politik KJ diatas - Beliau SETUJU ATAU TIDAK SETUJU diadakan Pemilihan bagi semua jawatan dalam Umno ?

Ayat pertama macam setuju jer ...... sebab beliau bandingkan parti lain yang TIDAK DEMOKRATIK kerana tidak mempertandingkan jawatan tertinggi sedangkan Umno tandingkan.

Ayat kedua pula yang dimulakan dengan TETAPI ....seperti memberi alasan kenapa tidak perlu diadakan pertandingan .... atas alasan Perpaduan.

Ayat last sekali pula seperti beliau serahkan kepada ahli yang menentukan keputusan pemilihan ........ TAPI apakah akan diadakan Pemilihan untuk ahli tentukan keputusannya ?

Tidak ada ayat yang MUDAH dan JELAS dalam kamus orang politik, kan ..... kenapalah payah sangat nak berikan komitmen ?

Saya berikan contoh ayat yang mudah dan jelas untuk renungan orang politik -

1 - YA, saya setuju diadakan Pemilihan untuk semua jawatan atas nama demokrasi.

2 - TIDAK, saya tidak setuju diadakan Pemilihan kerana Perpaduan lebih penting dari demokrasi

3 - YA, saya setuju diadakan Pemilihan bagi semua jawatan kecuali jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda atas nama demokrasi perpaduan.

Senang kan ? Orang nak tahu ADA atau TIDAK, SETUJU atau TIDAK SETUJU, itu saja.

Pemimpin negara kita ni lah .... yang tak fasih cakap Melayu dengan lentur, luntur nya, yang terlebih pandai pulak cakap berbelit2 ...

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2013 at 4:40 AM

Lebih baik Tanya kj Dan org politik secara terusterang ' apakah mereka sudah bersedia Dan cukup baget jika Ada pertandingan Kali ini'

Tauke2 cina etapi jadi banker pilihan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 6:28 AM

jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.

mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.

"Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pendapat saya KJ bersetuju diadakan pertandingan berdasarkan ungkapan diatas. Namun apa pun, aku tetap inginkan semua jawatan dalam parti dipertandingkan walau pun ramai yang telah menyuarakan supaya tidak dipertandingkan bagi jawatan No: 1&2. Ahli UMNO wajib buktikan parti demokratik. Kalau tak der siapa yang nak bertanding, itu lain citer. CUKUP, CUKUPlah. Usah lagi jadi pak hangguk dan suarakan apa yang tidak puas hati biar pun orang lain mencela. Biar kita menangis sekarang, jangan kemudian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 7:26 AM

pandai la dia. mcm MAHFUZ. mungkin ini cara UMNO utk counter MAHFUZ dlm PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 8:34 AM

Daripada analisis saya, KJ menyatakan sama ada pimpinan bersetuju atau tidak bersetuju itu tak penting. Yang penting ialah pendapat akar umbi. Pemimpin UMNO hanya boleh memberi nasihat atas nama perpaduan, tapi hakikatnya perwakilanlah sebenarnya yang menentukan kerana dalam sistem pertandingan format baru, pemilihan presiden UMNO bukan lagi secara automatik seperti sebelum ini. Tapi melalui sokongan 100% di peringkat akar umbi. Ianya membuktikan UMNO sebagai parti yang menjunjung demokrasi.

KJ juga memberi contoh pertandingan 3 penjuru untuk merebut jawatan KP UMNO. Mungkin persaingan merebut jawatan tersebut akan memberi kesan kepada perpaduan. Tapi itu tak menjadi masalah, asalkan semua perwakilan bersikap matang dan bersatu kembali sebaik sahaja pertandingan berakhir. Inilah yang dinamakan kesepaduan antara demokrasi dan perpaduan.

Point yang penting kat sini ialah kehendak ahli-ahli UMNO lebih penting daripada kehendak pemimpin UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 8:51 AM

Kembali kepada asas. Adakan pemilihan. Pertandingan mesti BERSIH & SIHAT. Jawatankuasa disiplin kene tegas. Parti akan kembali kuat dan dihormati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 9:27 AM

Salam,
maksud kj, jawatan yg dia pegang tak perlu ada pertandingan. Kerana bila ada pepecahan, sampai la ni dia tak dpt nak satukan balik. Jd setakat ckp putar belit dan org tafsir sendiri. Yg penting aku popular dan kelihatan hebat. Ahli umno dah sah nak pilih.

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2013 at 10:40 AM

Sebab tidak jelas apa yang cuba dikatakan KJ, maka terpulanglah atas interpretasi masing2 :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 10:41 PM

Semua jawatan sepatutnya ditandingi melainkan kalau orang tu memang bagus,presiden dan naib kena bertanding, ambillah orang yang boleh perkasakan Melayu dan bangsa lain boleh hormat kita.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2013 at 3:14 PM

memandai je KJ ni..haha

Post a Comment