........... Kita SOkONG Najib Tapi Sokongan Kita Bersyarat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kita SOkONG Najib Tapi Sokongan Kita Bersyarat !

Saturday, June 1, 201348comments

Oooooooooh ...... rupanya PM Najib sedar rakyat Malaysia sedang berdepan dengan masalah perkauman yang kronik ketika ini. Ingatkan tak sedar ......

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.
 
Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.


Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.

"Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil," kata Najib.


Tapi saya tak berapa yakin yang Najib tahu PUNCA kepada masalah perkauman itu. Selain dari kerjasama semua pihak, apa yang lebih penting adalah POLITICAL WILL dipihak kerajaan untuk melaksanakan dasar2 Perpaduan yang TIDAK POPULAR TAPI BERKESAN.

"Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu," 

Apalagi FAKTOR BERSAMA yang lebih SAMA selain dari melalui KEHIDUPAN SECARA BERSAMA2 ? Ia merangkumi SEGALANYA bukan seperti dasar2 bersifat ad-hoc / sementara sepertimana yang sering dilaksanakan oleh kerajaan namun ternyata gagal. 

Kebersamaan yang diraikan oleh kerajaan selama ini hanya bersifat sementara. Bersama selama program berlangsung..... usai program, masing2 pun kembali kepada hidup terasing, berkelompok mengikut kaum masing2. PLASTIK SEMUANYA.


"Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua," - SINAR




Hahahahahaha ..... cakap memang senang, bahasa pun memang canggih TAPI yang duk BANGGA TAK BERTEMPAT dengan Sekolah Vernakular tu siapa ? Bukankah PM Najib sendiri ?

Impikan rakyat yang hidup bersama tanpa syak wasangka tapi menyohorkan sistem pendidikan yang MENGASINGKAN murid2 mengikut kaum, MEMBIARKAN muid2 cina membesar dalam persekitaran KEKIASUAN dan CHAUVINISTIC, MERELAKAN rakyat meremehkan satu2nya FAKTOR UTAMA PERPADUAN yakni SATU BAHASA ....... hanya mimpi ngeri saja yang bakal menanti negara !

Dimana usaha2 kearah MEMAHAMKAN rakyat pelbagai kaum akan perlunya dasar2 affirmatif bagi merapatkan jurang kekayaan antara kaum ? Kerajaan langsung tidak berusaha kearah itu malahan melalui dasar2 LIBERALISASI hak2 Bumiputera semata2 memenuhi tuntutan Bukan Bumi hanya memberi isyarat bahawa apa yang dimomokkan sebagai ketidakadilan dasar2 DEB oleh mereka adalah benar.

Yang salah adalah cara implementasi bukan dasar jadi kenapa dasar pula yang menjadi mangsa ?

                                          **************************

Untuk menjadi PM POPULAR adalah perkara yang paling mudah untuk siapapun. Tak perlu seorang memiliki darah bangsawan atau belajar tinggi kalau setakat memenuhi saja apa tuntutan mereka yang vokal. Saya copy artikel menarik dari Sri Tri Buana untuk menjelaskan maksud saya -


Bukan susah jadi PM. Jika ada masalah kita selesaikan. Ada isu, kita tutup. Tak tahu, tanya punahsihat

Macam mana menutup mulut pembangkang? Macam ini.

Masalah 1

Beraraklah pembangkang membantah PPSMI dengan dikepalai oleh seorang Sasterawan Negara bagi mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu. Apa PM dan kabinet perlu buat?
Jawapannya: hapuskan PPSMI.

Masalah 2.

Beraraklah puak-puak riot, pencetus huru hara, penjenayah, pengganas mendesak ISA dihapuskan sebab menyalahi 'hak asasi'. Apa tindakan?


Jawapannya: 
Tidak perlu dinilai(review) semula. Hapuskan teruskan ISA.


Masalah 3

Kaum Cina desak quota Bumiputra dikurangkan, beri 'keadilan' kepada mereka. Apa tindakan?


Jawapannya:

Hapuskan Kementerian Pembangunan dan Keusahawanan kerana kementerian ini hanya jaga Melayu, rasis. Liberalisasikan 27 sektor dan buka kepada bukan Melayu. Kurangkan quota biasiswa kepada 55% sahaja. Beri kaum lain 45%.


Masalah 4

Mahasiswa minta untuk menyertai politik dan tidak perlu belajar sangat sebab malas dan boring. Desak kerajaan benarkan mereka berpolitik. Tindakan?

Jawapan:

Pinda AUKU, benarkan budak-budak berpolitik 24/7. Politik diutamakan.


Masalah 5.

Kaum Cina tidak setuju Tanda Putera ditayangkan kerana berbau perkauman. 13 Mei tidak sepatutnya dicatatkan dalam sejarah Malaysia. Tindakan?

Jawapan:
Tunda penayangan Tanda Putera. Edit mana-mana babak yang 'sensitif'. Jangan peduli sangat fakta sejarah.

Masalah 5

AES mendapat bantahan dari pembangkang sebab kononnya di beri kepada kroni. Apa tindakan?

Jawapan:
Tunda AES hingga tempoh yang tidak dapat ditentukan(tunggu dapat 2/3 kot).


Seterusnya - KLiK

                                       ****************************

Rasanya perlu juga saya jelaskan sesuatu disini, tentang apa yang ramai lihat sebagai 'penentangan' terhadap Najib dalam artikel2 saya.

Saya percaya ramai yang setuju dengan saya bila saya katakan yang kita sebenarnya tidak punya masalah dengan Najib bila kita dah sepakat mengundi BN semasa PRU13. 

Walaupun saya tegas mengatakan ramai yang mengundi BN adalah kerana ketiadaan pilihan yang lebih baik BUKAN kerana BN itu yang terbaik. Tapi dengan memilih BN, secara tak langsung ia juga menunjukkan yang kita masih beri peluang kepada Najib dan kerajaan pimpinannya untuk terus membuktikan diri.

Kita SOKONG Najib ASALKAN Najib sanggup BERUBAH !

Bukan berubah kearah yang semakin LIBERAL atau terus mahu mempondankan parti Melayu Umno tapi mengubah Umno supaya menjadi semakin kuat dan kental dalam memperjuangkan bangsa Melayu ! 

Dan kalau Najib tidak menunjukkan mahu berubah kearah itu, maka kita TIDAK AKAN sokong lagi Najib.  Jadi jangan salah faham....... Kita sokong Najib ! ......setakat ini lah. 

Cuma sokongan kita bukan jenis BUTA. Nothing Personal ...just Professional.

Share this article :

+ comments + 48 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 2:44 PM

Salam,

utk memastikan kaum melayu dapat terus bertolak ansur dan sentiasa memberi. Keutamaan adalah perpaduan yg diimpikan oleh melayu tetapi tidak kaum lain. Caranya saya akan terus menjadi ah jib gor dan pm terakhir bn. Perjuangan sy mengikut punaisihat sy. Saya akan dikenali sebagai bapa popular malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 2:59 PM

Najib tak penting. Yang penting UMNO.

Masalah

Najib seringkali melakukan tindakan yang mengguris hati Melayu.

Penyelesaian

Singkirkan jer Najib. Kalau Muhyidin 2 X 5 jer ngan Najib. Singkirkan Muhyidin. Kalau Zahid 2 X 5 ngan Muhyidin. Singkirkan Zahid. Kalau semua tak boleh pakai. Ambik balik Tun M. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2013 at 3:06 PM

malas nak baca. NAJIB MUST STEP DOWN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 3:21 PM

Ambil saya ajelah jadi pm.
Melayu Muslim didahulukan....Bumiputera sabah dan sarawak diperkasakan....Melayu Liberal dikemudiankan ,manakala yang lain-lain,..nak letak kat mana pulak?????

Haisssh!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 3:21 PM

Najib go away!! Kami tak mau kamu memimpin negara ini lagi. Cukup lah dah senang hidup sampai ke cucu cicit. Msia perlu darah baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 3:22 PM

lagi sekali aku nak komen, selagi najib masih terhegeh2 tergila2 nak sokongan cina. sila letak jawatan. itu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 3:22 PM

Aku rasakan Najib tak boleh berubah. Aku kaliskan hati aku dari menyokong dia. Mintak maaflah. Kiblat dia tetap akan kepada bangsa Cina.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 1, 2013 at 3:40 PM

Once beaten twice shy , Tak perlu syarat lagi rangka gerak dah jelas ,lima tahun cukup untok menilai . Orang Melayu dah memberi kedudokan kapada UMNO dalam PRU13 ,dan UMNO tahu sokongan yang diberi bukan kerana pimpinan tetapi kerana ia UMNO dan UMNO sekarang harus menjalankan tangongjawag ,mengetepikan pemimpin-pemimpin yang tidak serasi dengan aspirasi perjuangan orang Melayu dalam Persidangan Agong yang akan datang ,kalau tidak ingin melihat UMNO terkubor sama.

UMNO wajib membuat perhitongan dan pilihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 4:02 PM

Banyak enko punya singkir? Ko ingat ni minggu penyingkiran ke apo?

....................
Reply To This Comment ...................
PejuangUmmah
June 1, 2013 at 4:26 PM

Kepada 150K ahli UMNO yg mengundi di PAU nanti, tolong pilih presiden dan PM baru. Kita tak mahu pondan dan penjilat kaum Cina memimpin UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Tortoise
June 1, 2013 at 4:28 PM

AJIB must GOR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 5:12 PM

PAU akan dtg najib WAJIB turun..najib da tak relevan..tpi survival bngsa melayu yg mesti diutamakan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 5:14 PM

YES
NJIB STEP DOWN AKU PUN MELUAT TAK PERLU
PM DARI BANGSAWAAN SBB JAGA ORG2 KAYA
TUN PUSH HIM DOWN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 5:46 PM

kita hentam Najib bukan kerana kita benci Najib ... tetapi kita benci perlakuannya yang tak pernah puas nak cium jubor cina ... walaupun kita semua tahu cina mana pernah basuh jubornya selepas berak ... tetapi Najib tetap nak cium juga ... Kalau Najib berubah dan berusaha mengjaga kepentingan melayu yang telah menyebabkan umno menang besar ... okey ... tapi ini tidak ... dia bagaikan orang gila talak ... dok kejar juga bini yang dah lari dan dah bersetubuh dengan jantan lain banyak kali pulak tu ... bini dia yang setia dan masih ada kat rumah dia buat tak layan saja ... bini yang dah jadi jalang tu mahu dikalungnya dengan emas permata intan berlian dan dibuat istana dari batu yang termahal di dunia ... Najib oh Najib ... apasal lah kita dapat PM ni ... aku dah tengok Najib kini macam orang kena bomoh sahaja ... nampak bodoh dan bengong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 5:51 PM

Din, apasal blog kau ni ada lagu? Mengacau la. sorry, teguran membina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 6:08 PM

Siapa kata orang Melayu dah beri kemenangan pada UMNO pada PRU13 ini...Allah yang beri kemenangan pada UMNO, Allah telah utus beribu malaikat untuk gerak kan tangan pengundi2 untuk pangkah UMNO.

Bukan kah 'Tuan Guru' Nik Aziz yang kata macam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 6:47 PM

bolehke ssiapa yang ada hubungan dengan perwakilan yang bakal berucap pada PAU yang datang untuk membaca point yang disebut dari artikel dari Sri Tri Buana sebijik2,biar meletup sikit pada Najib dan MT.TOLONGLAH siapa yang ada kabel supaya dapat baca point ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 6:57 PM

Najib must step down!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 7:44 PM

bro din,saya rasa sebenarnya ni najib cuba utk memperomosi bn sebagai parti tunggal. lepas ni kalau ade ape2 dia sentuh pasal perpaduan kaum saya rasa itu cuma utk dia lagi mempromosi idea bn tunggal. semua perlu berkerjasama? ke maksud dia org melayu perlu berkorban lagi? kepala hotak dia.

dia cuba nk menipu kita. dlm utusan hari ni bukan main najib sebut balik umno lepas menyepi bila org marah idea bodoh yg tengku adnan almost announce kalau bukan tan sri muhidin stop dia dgn buat kenyataan akhbar bn perlu mengkaji idea tu.

najib jgn ingat dia senang terlepas. kalau dulu kita terpaksa bersabar sbb pru kali ni dia xde jalan keluar kecuali berundur. saya nampak ramai marahkan penasihat dia tp saya rasa najib sendiri merupakan masalah utama.

kali ni even permohonan maaf najib kami xkan terima.

idea memansuhkan umno adalah kemuncak pengkhianatan pada bangsa melayu. omar org sama bodo dan kamu najib juga sama bodoh.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 8:02 PM

Dah tak boleh diplomasi dgn cina....najib mesti jadi diktator sikit kat dorang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 8:44 PM

NAJIB PONDAN HAS TO GO

HISHAMUDDIN MENTERI AMARAN BERAMBUS

ROSMAH RAMBUT BESAR BLAH

WE NEED NEW UMNO LEADER

NAJIB LEMBIK SEMUA BAGI KAT CINA

TELUR TAKDE TAK BERANI

PENGECUT TUTUP SEKOLAH CINA

BAGI BISNES KAT CINA

INI KE PEMIMPIN MELAYU

TAK TOLONG MELAYU

TAPI BAGI SEMUA KAT CINA

UMNO 3.5 JUTA MARI BANGKIT

HUMBANKAN PEMIMPIN TAK SEDAR DIRI NI

CARI MELAYU YG BERANI

YG TEGAS YG ADA TELUR

TUTUP SEKOLAH CINA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 9:09 PM

Mana lebih penting,Melayu atau UMNO atau Najib?
50n lebih thn UMNO menerajui kepimpinan negara malangnya Melayu masih diperlelekeh,dipertikai dan tidak diiktiraf sebagai pribumi olih Sepet DAP,MCA,Gerakan dan Hindraf.
Najib iktiraf Hindraf.......mungkin tak lama lagi akan iktiraf DAP....apa ertinya perjuangan UMNO utk Agama Bangsa Negara?
Melayu perlu platform baru utk meneruskan perjuangan yg telah dikhianati UMNO.
Sekiranya DAP memerintah sejak 50thn dulu......tidak akan ada apa yg Melayu lagi dlm negara ini.
PAS perlu mengambil alih perjuangan Agama Bangsa Negara dpd UMNO........keluar dari PR........satukan org Melayu Islam......beri keutamaan kpd semua pribumi negara .....kita bolih memerintah tanpa sokongan sepet jika kita bersatu.......Takbir....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 10:13 PM

Katakan CUKUP pada Najib. Aku dah bosan dan tidak akan menyokong. Bagilah SYARAT apa sekali pun, tak akan aku percaya Najib boleh melakukan. SUDAHlah. Kalau sayangkan UMNO dan orang Melayu, berikanlah laluan kepada orang lain. Aku bersetuju dengan penulisan seorang blogger yang juga kecewa dengan Najib aku yakin: "Bagilah Saya Sehari Sebagai PM". Kerja yang senang dan paling mudah.





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2013 at 11:08 PM

Tak payah nak berlapik lagi la. Najib ni menyakitkan hati. Rosmah menyakitkan hati.

Dia masih lagi tidak sedar bahawa dia bukan UMNO. Dia bukan melayu kebanyakan. Dia lebih mengutamakan business, cina dan kehendak liberal. Blah la weiii, jangan nak perasan la.

Aku kalau Najib masih di situ, aku berjanji akan sokong PAS atau tak mengundi terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:06 AM

Pas yg tuk guru kata x bangga melayu ?!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:44 AM

@Anonymous

bukan gitu bang. minggu ni minggu luahan perasaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:45 AM

@Mat Tortoise

aku SUKA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:47 AM

@Anonymous

kamu ni terlalu tension kot. itu pun jadi masaalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:48 AM

@Anonymous

kau dan Nik Aziz pun sama 2X5.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:49 AM

@Anonymous

aku rasa baik juga kamu nih tak jadi perwakilan, kalau tidak entah apa akan jadi dalam dewan tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2013 at 1:50 AM

@AnonymousSaya pun tak tahu macamana boleh masuk siaran radio tu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:51 AM

@Anonymous

kamu nih biar betul. kamu yang soal dan kamu juga yang jawab. teruk juga nasib orang tak sukakan Najib eh? bawak bertenang bro. jangan di ikutkan perasaan. kata orang ikut hati mati. tak takut ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:57 AM

Seandainyalah SEMUA pengkomen diatas itu menjadi perwakilan, tidaklah dapat hendak dibayangkan suasana didalam dewan itu kelak. Boleh dikatakan inilah PENEMBAK TEPAT yang berwawasan dan yang sayangkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 2:02 AM

@Anonymous

ala!!!!! janganlah interframe bang oi. tak relevanlah dikaitkan nama tuh. potong stimlah bang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 2:52 AM

Sekarang aku faham kenapa Najib beria ria kempen 1malaysia sejak jadi perdana menteri..maksudnya baik dan murni..tapi hakikat sebenarnya bangsa melayu dengan teras agama islam,sementara bangsa cina wajib makan babi sementara orang india suka minum arak...dapat ke Ds najib letak dalam satu rumah..tinggal satu taman pun dah kecoh..inikan satu parti..isu bangsa aku..bangsa kau tidak ada ubatnya dalam politik..percaya lah...jadi sebaik baik nya najib kukuhkan bangsa melayu..jadi ketua bangsa melayu yang kuat dan disegani..baru lah bangsa lain akan hormat dan mengikut kehendak kita...ni yang dia dok ikut semua kemahuan orang cina...ujung ujung diorang tak sokong dia pun masa pru 13..fikir2 le

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2013 at 3:58 AM

Apa yg aku nampak,najib memang betul2 tuli dari mendengar suara majoriti penyokong2 bn iaitu orang2 Melayu.Aku nampak najib masih ada hati dengan penuh harapan untuk mendapatkan kembali sokongan cina walau dengan apa cara sekalipun.11 orang cina dapat gelaran tan sri,siapa yg rekomen?

Najib betul2 fikir yg orang2 Melayu yg menyokong bn pada pru13 adalah orang2 Melayu bodoh yg tak tahu apa2 yg akan tetap mengundi bn sampai bila2 dan boleh diperlakukan apa saja.Apa yg penting bagi najib adalah cina,cina dan cina..

Aku dapat rasakan najib sedang merancang sesuatu yg lebih besar dan drastik untuk meraih undi cina dengan mengorbankan hak2 Melayu lagi dan lagi dan lagi..

Najib cuma memikirkan apa kehendak cina dan pembangkang.Najib cukup risau kenapa cina tak mahu undi dia,maka spr pun dia mahu ubah dengan harapan cina akan percaya padanya dan mengundi bn lain kali.

Kalau mendidik anak,najib adalah jenis orang yg tak percaya pada rotan tapi cuma percaya pada belaian dan penuhi segala kemahuan anak walaupun anak itu sebiadap dan sedegil mana sekalipun,mungkin najib tak pernah menonton filem anakku sazali..

Najib pemimpin lemah dan harus diturunkan sebelum dia lebih merugikan Melayu.Ada dua calon yg kita boleh ketengahkan, muhyidin atau zahid hamidi.Tapi bagaimana caranya kita mahu memulakan gerakan undurkan najib dan melobi muhyidin/zahid?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 11:36 AM

KALAU NAK BUAT TANAH MELAYU AMAN ORANG MELAYU KENA GEMBIRA-TUNAIKAN HAK HAK MEREKA!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 11:57 AM

Saya pun layak jadi PM kalau macam ni lah ceritanya...

Meh tanya Najib, dia sayang Melayu tak? Kalau sayang apa tandanya? Sebab kalau tak sayang kita dah nampak banyak tandanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 12:14 PM

Najib , pls step down.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 12:14 PM

Din ... siapakah Perdana Menteri Malaysia sebenarnya ... Najib atau nwar berahi ....
aku tidak yakin Najib adalah Perdana Menteri Malaysia ...
Najib hanyalah pelaksana kepada dasar yang dibuat ... dia bukan pembuat dasar ... Dasar dibuat dan dibentangkan oleh Nwar Berahi semasa perhimpunan haram dan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PKR.
Najib mengambil dasar-dasar yang dibentangkan itu dan melaksanakannya dengan penuh kepatuhan.
Aku ibaratkan Najib adalah pengurus sebuah syarikat... sebagai pengurus syarikat dia perlu patuh kepada arahan presiden syarikat.
Semakin Najib melaksanakan dasar yang dibentangkan oleh Nwar Berahi ... maka semakin galaklah nwar berahi membuat perhimpunan haram dan ceramahnya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 12:15 PM

Kalau najib cintakan tanahair, pls step down...I think kita kena mulakan petisyen najib must go...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 1:45 PM

Najib lebih sesuai jadi presiden dong zong dr jadi presiden umno. Malah track record dia sebagai pm lebih mengiyakan dasar dong zong saja.

Step down je la. Semua org dh meluat dgn perangai dia

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 4:30 PM

Dah jadi abang. Nama pun tukar, ah jib gor. Sblm pilihanraya dah lama jadi abang. Tu yg meroyan bila tak dapat nak lantik adik jadi menteri dan dpt bantahan kerana nak tolong adik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 4:58 PM

Najib lebih popular dari parti umno sendiri tapi lebih popular membuat perkara2 yg x masuk akar semata-mata untuk merebut hati rakyat terutama cina hingga rakyat keliru...malah boleh dikatakan merasuah rakyat...jangan melayu hanya menang sorak kampung tergadai...itulah hakikat kedudukan bangsa melayu sekarang di negaranya sendiri. sungguh menyedihkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2013 at 5:35 PM

ayahanda tun ,tolong nasihatkan najib ,kalau dia tak berubah ,ayahanda nasihatkan dai supaya turun kerana kami sudah tak percaya yang dia dapat membela bangsa melayu di negara ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2013 at 10:39 PM

1malaysia 1sek keb - bahangghambang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 6:31 AM

Tahun 08 pujuk undi cina,bgi mcm2,hilang 5 negeri.Naiklah PM baru, Dato Sri Najib,wujud persaingan yg kuat dgn pembangkang,maka dapatlah balik negeri Perak.Banyak pendapat menyatakan BN akan kalah di PRU 13,sbb BN rampas perak dari pembangkang.Setelah itu,terbitlah bermcm2 pendekatan dari kerajaan pusat,utk meraih undi rakyat.Banyak percanggahan pendapat belaku atas sbb ketidaksesuian di era politik terkini dan menguris hati orang melayu serta banyak mengikut arus pehak pembangkang di samping,wujudnya banyak isu yg mengkritik isteri pemimpin atas tindak tanduk beliau,lantas menaikan amarah rakyat Permulaan pentakbiran di bawah kepimpinan PM kita amat memberangsangkan,namun di pertengahan dan selepas PRU 13,sangat mengusarkan walaupun kerajaan BN mendpt mandat baru dgn kemenangan 133 kerusi.Ternyata,ada juga dasar yg tidak kena,yang menyebabkan hanya undi melayu,india dn bumiputra sabah dan serawak mempertanahkan parti BN.Keputusan PRU 13 kali ini,menunjukkan percanggahan dasar politik "perkongsian kuasa" utk semua kaum.Serupa konsep adik beradiklah,orang cina sepakat dan maju,orang melayu,india, bumiputra sabah dan serawak bertahan dgn ungkapan "sabar dlu bro" nanti kita fikirkan cara lain.Bawa bertenang.Suasana sebegini, amat membimbangkan dan membarah sehingga ke PRU14, atas kesempatan yg di ambil oleh "si putar alam"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2013 at 6:39 AM

Tun Mahadhtir jugaklah,yg mentakbir negara dgn baik, berlandaskan kepada peruntukan perlembagaan negara yg di persetujui bersama oleh semua kaum dn menepatinya serta mengikut peraturan.

Post a Comment