........... Kita Nak 1Sekolah Tapi Kenapa Tolak 1BN ? Ini Jawapan Saya ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kita Nak 1Sekolah Tapi Kenapa Tolak 1BN ? Ini Jawapan Saya ...

Thursday, June 6, 201317comments



Blogger Helenang ada mengutarakan satu soalan menarik kepada mereka yang memperjuangkan isu 1Sekolah dalam artikel terbaru beliau. Saya percaya ramai juga yang menggelabah nak jawab bila ditanya soal berbentuk perbandingan ini -

Jika anda sokong 1Sekolah atas nama Perpaduan, kenapa anda menolak 1Umno / 1BN ?

Secara teori relatif anggaplah Mca mewakili sekolah Cina dan Mic sebagai mewakili sekolah Tamil. Nah, kalau 1Sekolah yang diperjuangkan, pastinya sekolah cina dan tamil akan dihapuskan dan semua murid2 belajar dibawah 1sekolah. Begitu juga konsep 1Umno/1BN. 

Jadi kenapa kita tolak konsep Perpaduan 1BN sedangkan waktu sama kita mahukan 1Sekolah .... tidakkah keduanya SAMA, atas nama Perpaduan ?

KLiK untuk baca persoalan Helenang dan komen2 yang diterima - 

You all reject 1Umno but demand 1School. Why?

saya ada memberi komen ringkas disana yang saya salin semula di sini -

1sekolah adalah untuk MASADEPAN. Masa sekarang oredi GONE CASE. Bila rakyat, read as generasi akan datang hasil produk 1sekolah, sudah bersatu, dengan sendirinya politik perkauman akan direject. 

Dan dengan sendirinya 1BN akan ditubuhkan hasil kehendak rakyat sendiri tanpa perlu dipaksa2. 

SEKARANG hati rakyat penuh dengan syak wasangka, semuanya bersandarkan kaum sebab kita dibesarkan dengan persekitaran yang begitu. Perkara ini bukannya boleh diubah sekelip mata. 

Begitu juga generasi akan datang, jika mahu mereka BERBEZA dengan kita makanya perlu dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza. 

Generasi 1Sekolah yang pertama mungkin belum tercapai Perpaduan sebenar tapi yang pasti akan ada perbezaan yang besar / positif. Ia akan menjadi platform untuk generasi seterusnya.
Sekali lagi – 1sekolah adalah untuk masa depan rakyat dan negara. Bukan untuk zaman kita.


Saya lihat persoalan yang diutarakan wajar dihighlightkan supaya kita tahu bagaimana mahu menjawab dengan yakin sekiranya ada yang bertanyakan soalan yang sama.

Saya percaya isu Polarisasi Kaum menjadi semakin parah ketika ini. Bukan benda baru, benda ni dah lama dah berlaku dalam masyarakat kita. Ia umpama barah yang makan dalam. Cuma ia semakin jelas pada pandangan sementelah kita semakin terbuka dan vokal dalam bersuara. 

Negara lain yang punya rakyat pelbagai kaum juga tidak dapat elak dari masalah perkauman ini. Tapi saya lihat masalah perkauman dinegara kita semakin parah jika keadaan dibiarkan berterusan seperti sedia ada.

Apa yang membezakan kita dengan negara lain ?

Orang Cina kata ia disebabkan kerajaan Melayu BN bersikap tidak adil kepada orang Cina - KLiK


Kerana itu mereka telah menolak BN semasa PRU13 !

Seperti saya yang jawab diatas, soal Perpaduan ini bukan satu perkara kecil yang boleh diatasi dengan mudah dan cepat. Berpuluh tahun hidup dalam suasana terasing, telinga disumbat dengan racun2 bersifat RASIS oleh orang sekeliling .... dari kecil sehingga dewasa, apa yang diherankan kalau beginilah jadinya keadaan rakyat Malaysia ?

Tun Mahathir juga ada menulis mengenai faktor Perkauman yang menjadi penentu kepada pola pengundian semasa PRU13 dalam artikel terbaru beliau  - Racial Polarization

Saya rasa tidak perlulah saya ulangsebut mengenai teori saya kenapa saya salahkan Sekolah Vernakular sebagai punca utama masalah perkauman dinegara ini. Anda boleh baca balik artikel2 lama berkaitaan isu ini dengan menggunakan katacarian Sekolah Vernakular / Satu Sekolah / Bahasa Kebangsaan Perpaduan ATAU anda boleh KLiK ke laman web SatuSekolahUntukSemua. Banyak info boleh didapati dari sana.


OK, balik kepada soalan asal, kalau sokong 1Sekolah, kenapa tolak 1Umno/1BN ?

Sebab saya fikirkan MASADEPAN NEGARA DAN GENERASI KITA YANG AKAN DATANG !

1Sekolah BUKAN untuk kita. Kita yang dewasa sekarang dah tak boleh nak buat apa dah. Setakat tunjuk jari telunjuk kelangit jer lah macam imej kat atas tuh .... 

Fikirlah, dengan keadaan sekarang, apakah keadaan akan semakin pulih atau semakin teruk ? Apakah kita mahu biarkan generasi akan datang merana dan berdepan dengan rusuhan kaum kerana kita yang NAMPAK perkara itu bakal berlaku memilih untuk TIDAK BERTINDAK untuk mengubah senario itu dari sekarang ?

Sebab POLITIK KUASA pemimpin2 maka kita rela mengambil risiko itu ?

Sebarang perubahan akan mengambil masa yang lama. Masalahnya jika isu ini dilihat dari kacamata politik, makanya tidak akan ada penyelesaiannya kerana target politik jarang yang memakan masa yang lama. Politik kuasa adalah demi kepentingan peribadi bukannya demi rakyat semua, apatah lagi rakyat MASADEPAN.


Generasi pertama hasil 1Sekolah pun belum tentu akan nampak hasil yang ketara kerana selain dari persekitaran disekolah, murid2 masih terdedah kepada alam perkauman diluar sekolah, di rumah ... TAPI sekurang2nya akan ada nilai2 positif yang sudah kita semai dalam hati mereka. Mereka sudah punya kawan dari bangsa lain ! Kawan dalam ertikata sebenar.


Generasi kedua 1Sekolah pastinya akan lebih membuahkan hasil.

Lama kelamaan, insyaAllah segala perasaan syak wasangka antara kaum yang begitu tebal dalam hati rakyat ketika ini akan perlahan2 hilang dari hati cucu cicit kita. Ketika itu, walaupun faktor kaum masih membezakan rakyat, diharap sekurang2nya mereka sudah SAMA2 HIDUP DENGAN AMAN BERSAMA-SAMA.

Ketika itu juga politik perkauman tidak lagi relevan dan rakyat akan menolak sesiapa saja yang cuba memecahbelahkan perpaduan melalui isu kaum. Barulah boleh wujud 1Umno/1BN !

Kerana apa yang HILANG dalam 1Malaysia atau 1BN jika diteruskan juga sekarang adalah ROHnya. Tidak ada keikhlasan. Apa yang ada hanya luaran saja. Kosmetik. Plastik. Stiker.

Hilang Najib, hilanglah 1Malaysia...... seperti hilangnya Hadhari bersama Paklah.

Itulah dia jawapan saya - Rakyat BELUM BERSEDIA untuk 1Umno atau 1BN tapi untuk persediaan kearah itu kena diwujudkan 1Sekolah dulu.

1Sekolah BUKAN untuk kita tapi untuk masadepan Negara dan generasi akan datang !


Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 4:17 AM

UMNO relevan utk melayu parti dominan, majority. sebagai parti politik melayu, UMNO memang utk melayu bukan cina etc.
sekolah cina/tamil apakah tujuan nya? selain dari menyemai kehendak bercakap dlm bahasa cina/tamil. apa kah relevan nya pada negara, pada rakyat majoriti, pada pembangunan ekonomi, ummah dll?
sebab itu 1sekolah, tolak 1BN. hidup melayu

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 6, 2013 at 8:26 AM


1 BN adalah pecatoran politik yang sangat halus untuk menghapuskan UMNO , setelah dilihat kekuatan UMNO adalah batu penghalang yang tidak memungkinkan bagi mereka (kaum pendatang) mencapai matalamat untuk merampas kuasa politik pulah setelah kuasa ekonomi mantap ditangan mereka.

Saya pernah mengatakan beberapa kali ,Cina bepolitik pakai akal dan strategi bagi menghapuskan kuasa politik Melayu yang masih ada ,dan mereka tahu selagi UMNO masih wujud dan mendapat sokongan Melayu selagi itulah cita-cita mereka (kaum pendatang) untok mendapat kuasa politik adalah sangat sukar.
Penubohan 1 BN dicadangkan dengan alasan perpaduan "kononya" maka ramailah pemimpin-pemimpin Melayu (yang kurang berpikir) melatah atas semangat perpaduan juga megiakanya (Melayu sekarang dah jadi pengikut) bukan diikuti.

Kalau ditimbau balik ,sejak bila Cina pandai bercakap tentang mengutamakan perpaduan ?, dan sekiranya mereka iklas terhadap penyatuan kaum mereka seharusnya mencadangkan penghapusan sistem pelbagai sekolah (vernacular ) dan menyokong sistem sekolah kebangsaan ,bukan mencadangkan penubohan 1 BN.

Setelah dilihat usha mereka gagal untuk merampas kuasa dalam PRU 13 , Melayu diheret dan disalahkan lagi atas alasan perpaduan pulak ,dan perpaduan ala mereka hanya dengan menghapuskan UMNO .

Melayu memang mudah lupa dan rata-rata Melayu sekarang ada penyakit baru pulak ,"penyakit bengong" maka bertambah parahlah Melayu ketika ini , pemimpin bengong dan pengikut pon jadi bengong, KEPIMPINAN MELALUAI TELADAN.

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 8:58 AM

@Anonymous

Agenda 1Sekolah adalah agenda nasional yang merentasi kaum yang boleh dilihat hasilnya dalam jangka masa yang panjang - seperti yg diterangkan oleh Din diatas...

Btw orang Melayu kena pastikan bahawa jangan 1Sekolah diaplikasikan dahulu sebelum 1BN supaya tidak tertipu...

Sila pastikan 1Sekolah diaplikasikan dahulu sebelum 1BN atau diaplikasikan serentak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 10:25 AM

Masalah perbincangan Helen adalah dia asyik sangat mengaitkan dengan penyatuan parti politik berbanding 'gambar terbesar' adalah penyatuan rakyat.
Jika itu titik pertemuannya sampai kucing bertanduk pun tak akan selesai!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 10:39 AM

Jerit satuuuuu! Pastu ramai2 sambung Malaysia.ok.rakyat dah bersatu padu.balik duduk dengan kaum masing-masing

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 12:06 PM

Situasi sbnr thn 90an - knpa navind dan shah dpt berkawan baik sjak dr kecil?jwpn : mereka berjiran dan 1 sekolah.tiada prasangka prejudis wujud sbb mreka tlh brsame sjak skian lama,bukan tiada lgsg,ttp hampir tiada!!umpama ajar ank ttg solat,mmg la mule2 ank xslese,rase trpksa,tp lame klmaan,ia tkr jd xslese pulak bile xsolat,.buat bende baek mmg dpt tentangan pd mule,tp hasilnye 6t sume brebut2 nk ckp,tu idea aq,xkesah la aslkn mtlmt utama trcpai..pegi mati dgn individu,asal ank bgsa malaysia idup harmoni 1 ari nanti - bahangghambang

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 1:58 PM

Saya setuju..

Dengan erti kata yang lebih mudah, buktikan dahulu dengan penyatuan di peringkat rebung (sekolah), baru kita cerita yang selebihnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 2:30 PM

boleh percaya ke cina ni? Buat ler apa pun ikut kehendak mereka, tetap juga mereka ni Cina..jadi usah dilayan orang2 Cina ni, tumpukan perpaduan sesama Melayu..tak yah pasal UMNO-PAS, diluar UMNO dan PAS berlambak lagi Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 3:15 PM

setuju din ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 4:16 PM

Entiti politik dan entiti pendidikan tidak harus dijadikan perbandingan dalam isu ini.jika asas perbandingan dah silap,hasilnya juga kemungkinan besar begitu...

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 4:34 PM

tak perlu 1BN dan 1Sekolah..hakikatnya kita dah hidup aman dan selesa.Rakyat Malaysia ramai kaum cina dan india...kerajaan dah suruh pilih bahasa ketiga utk diajar disekolah....tup2...kita pilih bahasa arab..sepatutnya kita pilih mandarin atau tamil...gi tnya kat sekolah...dan dengar jawapan pentadbir..bahasa arab bahasa syurga kata mrk...habis tuuuu..org yg tak pandai bahasa arab akan membisu ajer kat syurga nanti kot..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 7:07 PM

Salam,

perpaduan bangsa mula dari bawah la, akar dulu, benih bila ditanam, keluar akar dulu. 1bn yg dicadang mula kat atas. Mana nak kukuh. Bawah goyang. Asas tak ada. Nak buat bangunan macam tu juga. Asas tu kukuh, kalu tidak, bumbung runtuh.

perpaduan hilang bila pejuang bahasa terlalu ghairah dgn bahasa tapi lupa perpaduan. Dok tekan kat orang melayu, tp bangsa lain mereka tsk kisah. Salah jer kerajaan. Tapi apa yg mereka fikirkan urk masa hadapan tak ada.

sekarang ni, ramai ke anak kita mempunyai kawan bangsa lain di sekolah. Di sekolah kebangsaan mungkin ada india, cina bertuah kalu ada. Ada murid tanya cikgu, swee lan tu apa maknanya. Dia ingat perkataan inggeris. Ni betul belaku. Mungkin org besar tsk nampak terlindung perut.

Nak perpaduan, mulakan di sekolah. Anak kecil ikut. Tapi kalu ada yg nak bentuk bila dah besar, elok bagi dia masuk sekolah dulu. Mungkin dia terlalu bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 9:32 PM

1BN merupakan satu projek yang sangat tidak masuk akal.
Sekiranya dilaksanakan juga, kita harus tanya kepada diri kita sendiri:
1- Siapa akan jadi Presiden nya? Melayu ke? Cina ke? India ke?
2- Siapa pula akan menjadi Timb. Presiden?
3- Bagaimana pemilihan Presiden dan jawatan PM akan dibahagikan?
4- Sekiranya Presiden Melayu sebab nak kan jawatan PM, adakah Timb. Presiden akan diberi kepada bukan Melayu?
5- Sekiranya Timb. Presiden merupakan bukan Melayu, apa akan jadi apabila Presidennya meninggal dunia? Atau meletakkan jawatan?
6- Agak-agaknya adakah bukan Melayu akan menyokong sekiranya dikatakan Position Presiden & Timb. Presiden hanya akan diberikan kepada orang Melayu?

Kesimpulannya, 1BN ini merupakan idea yang kurang cerdik yang timbul apabila orang yang tidak berfikiran waras ingin menunjuk pandai.

Saya tetap dengan pendirian saya terdahulu Din, kita sewajarnya menubuhkan satu Parti baru yang berteraskan Ultra-Melayu yang memperjuangkan Bangsa dan Agama. Apabila kedua-dua ini terbela maka secara otomatiknya Negara akan turut terjaga.

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 10:52 PM

@normIa bukan soal bahasa sahaja tapi juga integrasi.

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2013 at 10:54 PM

@Malaysian CybertrooperBagaimana kalau Pemimpin parti baru yang Ultra itu sudah kurang ultranya ?

Nak tukar baru ? Kalau dibuatnya pemimpin2 lain buat usul tiada pertandingan dan pemimpin2 dikekalkan, adakah perlu ditubuh lagi satu parti Ultra ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 11:27 PM

1kerja.. nape muthu, ah beng dan matnoh bkawan baik? Mereka 1kerja, 1kompeni, 1pangkat(statement ni utk kita yg taraf bapak budak). Ni cite akn dtg, cite lg 50tahun..mungkin, cite masa skrg bbunyi mcm ni, 1kerja..nape muthu dan matnoh xnk kwn dgn ah beng? Oo.. ah beng tu boss diorag, muthu dan matnoh dh 20tahun keje ngn ah beng, smpai btambah kaya ah beng, makin besar dn luas tanah ah beng krana bisnes bjaya ats krja keras muthu dan matnoh, tp muthu dn matnoh msih xmampu nk beli tanah, nk tau? td ank sdara ah beng msuk kje kompeni ah beng, tuptap skelip mata jd manager, keje 1 habuk pn xtau..huh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2013 at 11:53 PM

Bahasa arab terpaksa diajar kerana kerajaan telah mengambil ramai tenaga pengajar lulusan bahasa arab kerana nak memantapkan pengajaran j-QAF di sekolah. Jika tidak diserap sebagai pendidik, sudah tentulah mereka yang graduate dari mesir atau jordan akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Post a Comment