........... Kenapa Saya Katakan Perjuangan Melayu dan Sekolah Cina Tidak Dapat DiPisahkan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Saya Katakan Perjuangan Melayu dan Sekolah Cina Tidak Dapat DiPisahkan

Wednesday, June 5, 201312comments

Ada yang emel minta saya huraikan dengan lebih terperinci apa yang saya maksudkan dengan Hujah Berkait dalam artikel terdahulu - Hidup Sekolah Cina, Hidup Melayu. Kebetulan sehari dua ni saya malas nak komen isu2 semasa, jadi saya layan jugalah permintaan saudara yang tidak mahu disiarkan namanya itu.

1 - UMNO mendabik dada sebagai JUARA MELAYU, menggesa orang Melayu supaya menyokong Umno kalau mahu nasib bangsa Melayu terus terbela ....... kan ?

2 - TERBARU sudah mula kedengaran suara2 SUMBANG para pemimpin Umno yang menggesa TIDAK DIADAKAN pemilihan terutamanya bagi jawatan no 1 dan 2 sempena PAU akhir tahun ini atas alasan Perpaduan Parti.

3 - Presiden dan Timbalan Presiden Umno adalah juga secara OTOMATIK merupakan PM dan TPM negara yang menentukan segala dasar2 kerajaan. Walaupun dikatakan negara kita demokratik dan segala keputusan adalah dengan kelulusan kabinet dan / atau perlu kelulusan Parlimen bla bla bla, kenyataannya - apa saja yang PM mahu, akan dipenuhi dan dilaksanakan. 


4 - Sekolah Cina ...... rasanya tak perlu saya tulis apa2, semua dah maklum ...

5 - Dong Zhong pula diwujudkan semata2 untuk perjuangkan pendidikan sekolah Cina dan bahasa Cina di Malaysia. Sekolah Cina dan Dong Zhong adalah SINONIM. 

Asal Gambar Diatas

6 - Najib seorang yang amat penyayang kepada sekolah Cina. Ada sesiapa yang mahu pertikaikan kenyataan ini ? Dari Utusan 3 Okt 2011 -

Sebagai contoh kata Najib, beliau berusaha mengubah akta berkaitan sekolah vernakular sewaktu menyandang jawatan Menteri Pendidikan bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan, sementara Anwar yang pernah memegang jawatan itu gagal berbuat demikian.

Dengan perubahan itu katanya, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih meneruskan sistem sekolah vernakular sehingga kini.

“Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya.

Najib BANGGA dengan tindakan yang dilakukannya ketika jadi Menteri Pelajaran dulu. Itu SEBELUM beliau jadi PM ..... ingat tu. Selepas jadi PM ...... semua pun dah sedia maklum.

Najib dan sekolah Cina TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. Ada sesiapa nak pertikaikan kenyataan ini ?


7 - RAMAI orang Melayu berbulu dengan Dong Zhong dan sekolah Cina. Hampir tidak ada pemimpin Umno selain Najib yang secara terbuka, yang saya pernah bacalah, menyokong sekolah Cina. Ada tak ? Selepas PRU13, ramai yang balun sikap perkauman pengundi cina dan ramai turut bersetuju ia punya kaitan dengan pendidikan yang mereka terima semasa di sekolah Cina. 

Sekolah Cina disifatkan sebagai KILANG yang memproses orang RASIS. Ada yang nak pertikaikan kenyataan ini ?

8 - Jangan Persoalkan, Jangan Kritik ..... SOKONG BUTA jer Najib sebagai Presiden Umno dan PM .... begitulah seruan mereka yang pro Najib.

Sesiapa yang Kritik Najib akan dilabel sebagai anti Najib ...... kan ?


OK, cuba hubungkaitkan semua diatas. Tidakkah kesimpulan yang anda dapat -

Sokong Melayu = Sokong Najib = Sokong UMNO = Sokong Sekolah Cina = Sekongkol dengan Dong Zhong = HIDUP MELAYU  ! !


Ada yang kata, kita sokong Najib tapi kita tak sokong Sekolah Cina. Tapi TAK DENGAR PUN yang anda kritik Najib hal sekolah Cina ? 


Yang saya dengar cuma ramai kritik Dong Zhong dan Sekolah Cina. Tapi berapa ramai yang kritik dasar mesra Sekolah Cina yang dibawa oleh Najib selaku orang yang benar2 bertanggungjawab dan yang mampu bertindak untuk mengubah keadaan ?

Tapi tak boleh kritik Najib ..... nanti orang kata anti-Najib ! Pulaaaaakkk ....

Dengan mengambilkira keadaan semasa, setuju tak bila saya tulis -

HIDUP  MELAYU !  HIDUP  SEKOLAH  CINA  ! !

PS - Bukanlah semua orang .... tapi berapa ramai orang Melayu yang TIDAK tergolong dalam kategori yang menyokong kenyataan diatas ? Tak ramai .... kecuali anda ingin dilabel sebagai Anti-Najib ! Hahahaha .....

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 3:24 PM

Najib gagal menunaikan amanah dalam menjaga hak dan kepentingan melayu seperti yang pernah diikrarkan oleh presiden2 umno sebelum ini. Oleh itu, najib tak layak untuk menjadi pemimpin kepada 3 juta ahli umno atas alasan gagal menunaikan akujanji yang telah dibuat sejak zaman hang tuah, zaman mat kilau dan zaman tun m. Najib telah memutuskan kesinambungan tali perjuangan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 4:21 PM

Menyokong Najib membuta tuli sama jugalah merelakan tindakan Najib menyokong sekolah Cina. Skkolah Cina sudah dibuktikan melahirkan mereka mereka yang rasis. Najib terlalu melayani tuntutan kaum Cina yang telah kononya untuk mendapatkan sokongan dalam PRU13. Ramai yang telah menyangka bahawa undi dari kaum ini sememang tidak akan memihak kepada BN dan ramai jugalah yang telah meluahkan ketidaksetujuan mereka. Najib masih berkhayal dan berharap sesuatu miracle. Hasilnya sudah pun diterjemahkan dalam pilihanraya yang lalu. Masih lagi tak serik serik, Najib pulak menurut cadangan dari kaum ini untuk menjadikan BN parti tunggal. Ini juga sudah menjadi bantahan dari kaum Malayu dalam UMNO dan atas pagar. Najib masih lagi berdegil dan menubuhkan sebuah makmal untuk memperinci cadangan ini.

Selepas pilihanraya, semua marahkan kaum Cina kerana tidak menyokong kerajaan setelah dibelai oleh Najib dengan pelbagai ganjaran. Semua menyatakan kaum ini tidak mengenang budi.

Satu perkara saya kira terlepas pandang. Setiap yang terjadi punyai SEBAB dan PENYEBABnya. Cuba kita keluarkan Najib dalam perkara ini, ada kah MUNGKIN perkara perkara diatas akan berlaku atau pun kita gantikan Najib dengan orang lain? Yang menjadi kenyataan ialah NAJIB sebagai PENYEBAB. Kiranya tiada NAJIB tiada apa dan siapa yang akan dipersalahkan, tapi, MUNGKIN masaalah lain akan timbul dan MUNGKIN masaalah yang timbul itu tidaklah sampai mengganggugugat perpaduan kaum.

Aku SOKONG SEMUA JAWATAN dalam UMNO diPERTANDINGKAN. Kiranya NAJIB menang, sudah menjadi SURATAN bahawa orang MELAYU akan kembali ke zaman ASAL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 5:05 PM

Melayu ni selagi tak terhantuk tak akan terngadah der!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 5:08 PM

Peduli apa orang kata kita anti najib...dah memang najib ni jenis kuat membodek cina tak kan nak biar...najib2 la apa kena mengena dengan umno kritik najib tak semestinya kritik umno. Najib ni tak sedar2 agaknya...ke buat2 tak nampak ...sekolah vernakular ni la punca perkauman kat negara ni...memang nanti 5 tahun 10 tahun akan datang kita tengok la hasil2 sekolah cina ni yang anti melayu dan tak tahu nak cakap melayu dan tahu bersyukur! Najib harus bertaubat dari mengagung2kan kaum cina!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 5:34 PM

aku harini dah naik letih dah dgn kjaan. Semua yg pembangkang dok cakap kjaan ikut semua,

Din apa kata kita kempen supaya serahkan kjaan sekarang pada PR. Buat sakit hati jer, tadak guna langsung undi aku sekeluarga supaya hidup kita spt dulu2. Kita sama kita tak ada benci, org bukan Islam hormat sesama kita dgn institusi kjaan.

Memang betullah semua pemimpin ni adalah proxy zionis belaka, buatkan org Islam lemas dlm tempayan sendiri, akhirnya kebencian dlm kelemasan menarik semua termasuk yg tak berdosa menjadi mangsa.

Agak2 itulah agaknya yg dirasakan oleh pengikut Osama.

Ya nasib ya nasib ya nasib

kebencian pd segalanya termasuk diri sendiri kerana gagal melepasi situasi yg melemaskan dek penjahat2 dunia, merekalah yg menang segalanya dan setiap masa, tiada lg kemenangan utk manusia spt aku, kemenangan utk lari dr kebencian pd ketidak logikan, pd ketidakmusanasabahan, pd nasib Islam yg lebih cemerlang. Semuanya digagalkan oleh pemimpin islam dan ulama politik yg ada kuasa dimanamana.

Ya nasib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 6:43 PM

Mana-mana undang-undang yang dibuat dan bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, tidak sah dan menyalahi Perlembagaan. Najib dah buat sesuatu yang salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 7:25 PM

Bila aku mengkritik najib jer, ada pulak suara sumbang yang menuduh aku ni tentera kacang merah lah, penyokong pr lah atau apa2 gelaran yang negatif. Walhal, kita kritik sebab kita sayangkan UMNO. I Love UMNO but at the same time I Hate Najib. Aku pedulik apa ngan najib. Yang penting UMNO kekal dengan perjuangan asal membela orang melayu sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga kini.

Kita dahagakan pemimpin UMNO yang berjiwa Melayu dan mengutamakan serta mendahulukan Melayu dalam apa jua keputusan, tindakan dan pelaksanaan. Selagi Melayu belum mencapai 30% dalam kek ekonomi negara, selagi itulah Presiden UMNO tidak boleh mengabaikan Orang Melayu terutamanya di peringkat akar umbi.

Sebelum Najib nak hulur sumbangan juta2 kepada sekolah cina yang dah kaya dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tolong lihat sekolah kebangsaan, madrasah, maahad tahfiz dan sekolah pondok yang daif dan serba-serbi kekurangan. Najib harus ingat bahawa rakyat marhean yang tinggal di kampung2, kawasan luar bandar dan pedalaman sabah sarawak adalah penyumbang terbesar kemenangan bn.

Oleh itu, saya mintak Najib kenang jasa Melayu Marhean dan lupakan terus Melayu Elit yang lupa asal-usulnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 8:11 PM

Dia dah mula buat perangai lama dengan melantik Michelle yeoh. Never learnt his lesson.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2013 at 10:00 PM

Najib ni mana faham perasaan org melayu, dahlah lahir dlm dulang emas, belajar pulak dari kecik sampai besar di oversea (UK) bergaulpun dgn kalangan bangsawan je..silap haribulan tapak kaki pun tak pernah kena tanah apa lagi nk berkubang dlm sawah bendang...jadi apa yg org melayu boleh harapkan pada Najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2013 at 10:22 PM

Rasanya pemilihan umno kali ini adalah masa yg sesuai untuk ganti presiden umno secara bermaruah. Najib ternyata telah gagal untuk mengekalkan suara majoriti menyokong bn. Sekarang ini kita tidak boleh lagi berbangga mengatakan bahawa, rakyat kena ikut suara majoriti kerana hakikatnya suara majoriti menjadi milik pembangkang. Najiblah pm pertama yang dipilih oleh suara minoriti Dan beliau seharusnya bertanggungjawab kerana ini.

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2013 at 10:30 PM

@putrarahmanBukan ganti, tapi biar Najib berjuang mempertahankan jawatannya. Biar ada pertandingan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2013 at 10:44 PM

Saya amat bersetuju jika dihapuskan sek Cina dan Tamil. Saya penyokong kuat Pakatan Rakyat kerana benci dgn pernagai pemimpin2 UMNO BARU. Mereka tidak lansung menunjukkan ciri2 akhlak seorang mukminin. Biar sekolah kita beraliran Inggeris dan Arabic. Tak payah digunakan bahasa melayu sebagai pengantar. Bahasa Melayu hanya salah satu subjek wajib lulus. Saya bersekolah di sekolah yang bahasa penganarnya adalah Inggeris dan saya tidak ada masalah hendak memahami bahasa melayu.

Saya merasa amat terkilan bila pergi ke ceramah DAP dan tak faham apa pun sebab kesemua penceramah bercakap cina. Apakah saya harus belajar bahasa cina. Bahasa adalah jiwa bangsa. Kalau kita mahu membina satu bangsa Malaysia saperti slogan yang di laungkan oleh DAP, maka bahasa Melayu mestilah diutamakan. Kita tidak boleh menolak realiti bahawa bahasa Inggeris menjadi lingua franca dunia hari ini. Buat apa buang masa dan resources menterjemahkan buku2 kedalam bahasa melayu. Ramai pemimpin2 sekarang yang berumur 50 tahun keatas adalah dari sekolah aliran Inggeris dan mereka faseh bertutur dalam bahasa Melayu.

Post a Comment