........... HANTU Apakah Yang Menakutkan Pemimpin Umno Terhadap Pemilihan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HANTU Apakah Yang Menakutkan Pemimpin Umno Terhadap Pemilihan ?

Tuesday, June 18, 201316comments

Kenyataan Tun Mahathir semalam - Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar ..... Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. seharusnya dilihat sebagai satu bentuk sindiran kepada Umno. Artikel semalam - KLiK

Agak melucukan bila ada beberapa pihak yang pro  Tidak Ada Pemilihan meRAIkan kenyataan Tun itu sebagai menyokong pendirian mereka tanpa melihat maksud disebaliknya. Mereka gagal melihat ALASAN yang diberikan oleh Tun bagi persetujuan itu.

Tun bukan sekadar menyatakan tidak mahu melihat berlakunya perpecahan sepertimana kenyataan ramai pemimpin2 Umno lain tapi lebih selangkah lagi dengan memberikan satu lagi alasan pula kenapa perpecahan mungkin berlaku iaitu orang Umno mungkin masih tidak faham amalan demokrasi sebenar !

Sekiranya orang Umno sudah faham dan mampu terima amalan demokrasi sebenar, perpecahan dapat dielakkan dan tidak ada masalah untuk diadakan Pemilihan bagi semua jawatan.

Adeeeeh .... kalau kenyataan seperti itu mahu diRAIkan, saya tak retilah nak kata apa lagi. Memang tak tahu malu la kalau boleh seronok pula bila dikatakan sebagai tidak faham amalan demokrasi sebenar !

Berulangkali saya sebut, nak takut apa diadakan Pemilihan bagi semua jawatan kalau benar Najib berada dipuncak keglameran dan mendapat sokongan majoriti ahli ? Kalaupun ada persaingan, PASTInya Najib akan menang dengan majoriti besar. Dan bukan saja perpaduan akan tetap utuh malah Umno bakal beroleh satu lonjakan besar sebagai parti yang mampu mengamalkan DEMOKRASI SEBENAR berbanding parti2 pembangkang.

Soal ada atau tidak calon yang mahu menawarkan diri melawan Presiden dan Naib Presiden itu harus diterima sebagai proses demokrasi. Yakinlah pada diri yang ahli mampu membuat pemilihan yang tepat dan seterusnya mampu menyelami maksud Demokrasi yang sebenar.

Ramai yang TIDAK NAMPAK adanya calon yang mampu berikan saingan kepada Najib. Saya juga tidak nampak. Tapi itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan proses Demokrasi.

TAPI kenapa ramai pemimpin Umno masih TAKUT ? Realiti apakah yang menghantui mereka ? HANTU apakah yang buat mereka menggeletar ketakutan hingga mereka lebih sanggup berdepan dengan cemuhan dan sindiran rakyat daripada melihat proses Demokrasi berjalan walaupun dengan Najib kemungkinan bakal menang besar ?

Hmmmmmmmm ........ penolakan terhadap Pemilihan ini lebih banyak menimbulkan persoalan pula.

Tanpa adanya pemilihan, saya bimbang rakyat akan melihat apa yang dikatakan  Najib sebagai menerima sokongan padu Umno tidak lebih hanyalah momokan KHAYALAN semata2 ...... dan ini pastinya menjadi salah satu senjata awal buat pembangkang dalam berdepan PRU14.

PS - Mungkin Umno pun takut hantu pulut kuning tak ?

 

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 8:46 AM

Aku sokong TETAPI..
Saya pun sokong TETAPI..
Kami sokong diadakan pemilihan TETAPI..
Sebagai ahli umno yg inginkan perubahan kami sokong TETAPI..
Bla..bla..bla..bla.. TETAPI..

(mesti ada tetapi)

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 8:49 AM

@AnonymousHANTU TETAPI ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 9:19 AM

Kalau pun najib gentlemen. Boley tak kita mengharapkan supaya penyokong pun gentlemen jugak?

Saya yakin najib akan menang besar dalam pertandingan merebut jawatan presiden umno kerana najib telah menjanjikan RM1,200 kepada rakyat. Masih ada hutang janji yang masih ditagihkan oleh rakyat. Sedangkan muhyidin belum lagi nampak apa-apa yang menarik minat rakyat untuk mengangkatnya sebagai presiden.

Sungguhpuh orang melayu masih lagi terguris dengan tindak-tanduk najib yang melebihkan cina. Itu tidak mengapa, kerana melayu bersifat pemaaf. Najib tak perlu bimbang kerana kedudukan beliau masih lagi "ada warranty" hingga kini. Najib masih diharapkan untuk UBAH dan membaiki kesilapannya sebelum ini.

Kenapa saya yakin najib tidak akan dicabar? Kerana sehingga sekarang masih belum ada pemimpin yang mempunyai karisma dan berpesonaliti unggul dan hebat seperti najib. Ini bukan bodek najib tau. Tapi merupakan satu realiti yang harus diterima oleh semua pihak.

Masa zaman Tun M, Ku Li berani lawan Tun kerana Ku Li ketika itu mempunyai pengaruh lebih-lebih lagi sebagai anak raja. Tapi siapa yang berpengaruh dalam umno yang berani nak lawan najib? Setakat ini saya tak nampak mana-mana pemimpin yang layak untuk ditolak ke tengah gelanggang dan beradu tenaga dengan najib.

Jangan kita pandang rendah dengan pengaruh najib. Lagipun najib dah lama dalam politik. Segala sepak terajang dalam politik, beliau dah biasa menangkisnya. Pengalaman yang beliau timba selama ini yang menyebabkan tiada sesiapapun yang berani untuk mencabar beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 9:44 AM

Sdr, di dalam UNMO biasenya ade nego dan ikatjanji. Mukhriz kalah Pertandingan Pemuda dapat jadi Timbalan Menteri (Perdagandan A'Bangsa) lagi post PRU12,2008! Kemudian post 2013, dia dilantik Menteri Besar Kedah! Dia dan suku sakat Mahathir bulu beli satu dewan orang UMNO! 164,000 pengundi kacang je dalam percaturan pemilihan PAU kali ini! Saran 1 dan 2 tidak ditandingi untuk `membalas' mandate Najib kepada Mukriz dan memberi masa bagi Mukhriz godak MY bila anaknya itu wajar lompat atas kepala Veep2 yang bertiga!
Shukur TR jadi pihak ketiga, walau pun tidak mungkin bersengat bisa!

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 10:14 AM
....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 11:48 AM

Kalau btol nak dukung demokrasi, sepatutnya pertandingan pucuk pimpinan perlu diadakan...kalau betullah rakyat memilih pemimpin sekarang, xperlulah nak gusar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 11:56 AM

Alahaiiiii.........melayu.......alahai UMNO........dah macam macam terjadi angkara pemimpin-pemimpin tertinggi, profile tertinggi, sana pergi melayu anggok anggok, sini mari melayu bergegas berkodok-kodok.......melayu kena maki liamakahai pun melayu masih berseronok. Pemimpin pemimpin kelu telor, keras lidah dan tegang kepala bawah...Oooops wanita nya pulak terburai melaga-laga.......Yang penting sekali setiap kali pemilihan wajib atau perhimpunan khas sekali pun agenda utama sekali dicanangkan “”””Tidak akan ada pertandingan bagi Jawatan tingkat satu dan dua”””””””berbondong berduyunlah peliak peliak ampu dan bodek bersetuju dengan seribu satu malam alasan.

Orang orang melayu memang bodoh........ata demi perpaduan,elak pecah belah, kacau bilau apa ka balanya? Tak payahlah lidah nak bersilat pusing pusau...ini bukan zaman Tok Nadim, Tok Mudim nak asah itu ini.........Ini zaman tekan butang ATM lah..........takkan orang melayu sebodoh nak baca arahan butang ATM pun tak faham!!!!!!! Alahai orang melayu UMNO bertanding sahajalah peringkat apa pun........APA benarkah tidak ada orang yang layak yang sangat sangat layak melebihi kemampuan pemimpin sedia ada????????? Atau orang orang melayu memang diperbodohkan oleh pemimpin pemimpinnya sendiri dengan berbagai alasan mak bapak dia.........

Syabas UMNO hari ini dah macam Kongress India dengan dinasti Indira Ghandi......PAP Singapura dengan Maharaja Lee Kuan Yew.......Filipina dengan Begnino ala Raja Sepanyol/Amerika....yah hebat Malaysia .........Bapak sokong Bapak, Bapak sokong anak dan anak anak sokong diantara anak anak. Yeah.......maju Malaysia.........jual buritlah melayu semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 1:31 PM

Saya bersetuju dengan pendapat admin. Tun sebenarnya menyindir orana UMNO dan amat janggal jika ada pehak yang gembira agar tidak diadakan pertandingan. HANTU TAKUT sebenarnya yang telah menyelubungi mereka itu. Keyakinan diri yang tahap rendah telah membelenggu mereka. Mereka tak yakin dengan kemampuan Najib mempertahankan jawatanya sekarang dan mereka seolah tidak percaya Najib sememangnya ditahap terbaik. Mereka mereka inilah yang perlekehkan DEMOKRASI dan tak paham DEMOKRASI yang disarankan Tun Mahathir.

Ramai dikalangan kami hanya menuntut supaya DEMOKRASI dipraktikkan dan bukan hanya sedap didengar. Pertandingan adalah amalan DEMOKRASI sebagaimana yang dituntut perlembagaann UMNO yang telah digubal itu. Susah sangat ker nak buat atau laksanakan?

CUKUP, CUKUPlah tuh. Tunjukkanlah kepada umum bahawa UMNO tetap mengamalkan DEMOKRASI.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2013 at 3:25 PM

Jika tidak ada pemilihan, saya khuatir ramai yang atas pagar akan menolak Umno kerana apa yang diharap semasa PRU13 sudah nampak tidak akan kesampaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 3:46 PM

@dinturtle

Aku kumpulan pertama tinggalkan UMNO. Buang masa saja. Baik belum aku terjun dalam UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 4:11 PM

Hoooray!!!!!!!!!!!!!!!! Orang melayu dengan perpaduan bodohnya.................hooooray!!!!!! Orang melayu bodoh dengan pemimpinnya...............Hoooooray!!!!!! Orang melayu memang bodoh dalam memilih pemimpin....................Syabas pemimpin pemimpin yang Berjaya memperbodohkan orang melayu....hoooray.....melayu miskin di Negara sendiri......Syabas pemimpin UMNO, PAS dan PKR menjadi juara kepada bangsa yang mengsialkan bangsa melayu.
Mari sama-sama kita sokong jangan ada pertandingan dalam Pemilihan Agung UMNO.......kemudian apabila generasi generasi anak anak pemimpin agung ini bersara maka tiba giliran anak anak ahli UMNO ini pula menyokong tiada tandingan bagi jawatan tertinggi-tinggi kepada anak anak pemimpin tertinggi-tinggi ini pula menjadi pemimpin tertinggi-tinggi ini. Maka seluruh keturunan ahli ahli UMNO sengket ini akan menjadi tunggak kebodohan melantun-lantun hingga dunia kiamat dalam memelihara pemimpin pemimpin bangsawan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 4:21 PM

@Anonymous

Yang ramai hari ini "gentel men".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 4:24 PM

@eddie

mereka pabila tak kenal/faham demokrasi, takkan tahu yang didukong tuh apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 4:27 PM

@Anonymous

boleh berbangga lagi menjadi pemimpin Melayu konon. sememangnyalah tiada keMALUan. patut jugak takut nak adakan pemilihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 4:52 PM

@Anonymous

dah jadi pesaka pulak jawatan tuh yer bang? ish! ish! ish! buang jerlah kote tuh bawak pun buat berat ajer, bukan ada gunanya pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2013 at 12:34 PM

jangan risau tengku razaleigh pasti akan buat permohonan untuk bertanding jawatan presiden.jadi bagi mereka yang ingin kan pertandingan boleh sokong tengku...

Post a Comment