........... Dakwat Kekal - Anwar MENIPU Dalam Repot Polis ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dakwat Kekal - Anwar MENIPU Dalam Repot Polis ! ?

Sunday, June 16, 201311comments

Bukan niat saya nak mengungkit cerita basi berkaitan dakwat kekal yang tak kekal, saya sebenarnya dah malas nak layan karenah Anwar dan 505nya. Tapi bila saya membaca dari MYMASSA yang mengcopy-paste artikel dari jentayuabaka yang menceritakan peristiwa pertemuan Jusuf Kalla-Anwar-Najib, saya terbaca satu perenggan yang buat saya kaget seketika.... kerana terdapat satu percanggahan fakta kecil dengan apa yang berlaku bulan lepas, yang mungkin saja bisa menjadi isu besar jika pandai dimainkan -


Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

Bila dan dimanakah perbualan diatas berlaku ? Pastinya BUKAN perbualan talipon kerana Jusuf Kalla ditulis - sambil memegang tangan Anwar - DAN pasti waktunya lewat malam pada 5 Mei kerana keputusan penuh disebut dalam perbualan diatas.

FAKTA dari perbualan diatas - Dakwat dijari Anwar masih kelihatan pada lewat malam 5 Mei.

Pada 27 Mei lalu, Anwar ada membuat laporan Polis - KLiK - yang antara lain berbunyi -

“Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi.

“Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal.

Terdapat PERCANGGAHAN FAKTA antara kenyataan Jusuf Kalla sepertimana yang dilaporkan dengan repot Polis yang dibuat oleh Anwar !

Apakah Anwar MENIPU dalam membuat Repot Polis ? Hmmmm .... ada sesiapa yang ingat, apakah Anwar ada buat bising tentang dakwat yang tidak kekal dijarinya pada 5 Mei atau beberapa hari selepas itu seperti yang dilakukan oleh Karpal ?

Ceramah 505 Anwar yang saya hadiri di Kuala Terengganu juga beliau tidak ada membuat pengakuan yang dakwat diJARINYA SENDIRI turut tertanggal, walaupun beliau ada meroyan mengenai isu dakwat.

Hmmmmmm .... Anwar buat Laporan Polis PALSU ? ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2013 at 11:00 AM

Kalau yg buat laporan polis palsu namanya arumugam, dah lama kena tangkap - dah mati dlm tahanan.

Kalau yg buat laporan polis palsu namanya khir, dah lama kena tangkap, cepat didakwa, berat dihukum.

Kalau yg buat laporan polis palsu hatta hina Sultan sekalipun Tapi kalau pangkal nama tan lim tian Chua anwar sabu jijah...takkan tak faham kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 11:19 AM

Kalau ikut rekod sebelum ini, Anwar memang pernah membuat laporan polis palsu. Ketika itu beliau membuat laporan di balai polis dang wangi pasal penyebaran video seks yang pelakonnya'menyerupai wajah beliau'. Dalam laporan polis tersebut, beliau mendakwa bahawa beliau difitnah dan menafikan bahawa pelakon dalam video tersebut adalah dirinya sendiri.

Harus diingat, bahawa Anwar bertanggungjawab untuk membuat laporan yang tepat dan bukannya membuat tuduhan melulu tanpa bukti. Jika tidak betul laporan polis tersebut, Anwar boleh dianggap membuat fitnah dan boleh didakwa kerana memberi keterangan palsu. Tapi, Anwar jangan bimbang, pasukan pendakwaraya pasti akan menyebelahi Anwar kerana undang-undang kita banyak memberi muka kepada pihak pembangkang. Buktinya, boleh dikira dengan jari berapa banyak pendakwaan yang dikenakan terhadap pemimpin pakatan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 1:09 PM

Apa??? Kamu sudah gila!! Anwar kamu sudah gila!! Brengsek lu!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2013 at 2:53 PM

siapapun yang saya kritik, ikut cara manapun mesti ada yang patah balik ke Umno, kan ? kan ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 3:59 PM

Mcm korang x kenal ngan sape kita berurusan, Mr. Drama King, tp aku muskil apa yg dia temberang ngan zizah dn nurul kes2 dia yg tekantoi tu? Aku x jumpa skrip dia, dh try buat ayat sndiri pn aku sndiri xpcaya ngan ayat2 klentong aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 4:04 PM

Abang Din dah dilantik menjadi juri tetap dan pengkritik tetap UMNO dan pemimpinnya. Buktinya, Abang Din konsisten mengkritik Najib sama ada sebelum pru, semasa pru dan selepas pru. Kebanyakan blogger pro bn semakin lantang mengkritik hanya selepas pru jer. Iaitu selepas berlaku tsunami cina. Abang Din pulak konsisten dan sepanjang masa mengkritik. Inilah blogger melayu sebenar. Tak makan bodek. Tak makan ampu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2013 at 4:18 PM

@AnonymousTapi saya tetap sokong Umno ! Saya kritik demi bangsa dan demi bangsa juga saya sokong Umno.

Yang ini tak ramai yang faham...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 4:25 PM

Betul tu bro, kawan dah lama nampak kepincangan tapi apakan daya kawan hanya rakyat biasa yang mempunyai suara hanya ketika mengundi, kawan undi Barisan bukan sebab Najib tapi demi agama dan bangsa kawan, suara kawan hanya setakat itu sahaja, kawan tak mampu nak ubah siapa PM yang diwakilkan oleh Barisan, apapun kawan bersyukur Malaysia masih lagi selamat dari diliwat dan dibaptis, cuma pada PRU14 nanti kawan masih tak dapat nak bayangkan keadaan dan suasana, Allahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 8:34 PM

Patutnya report sejurus dakwat kat jari hilang, kenapa tgu sekian lama br nak bt polis report? Lepas da pasti xde org nak layan dia meroyan x dpt jadi pm ke? Hanya org bodoh jer nak dia ni jadi pm. Aku sikit pun x hingin tgk muka ni jadi pembesar negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2013 at 11:30 AM

Hidup umno hidup di turtle hodup bn
Amin semuga berkekalan tolak pr.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2013 at 8:58 PM

Bagi aje dia dakwat kekal yg macam Rahim Nor pernah bagi kat dia !!

Post a Comment