........... Cina The Malaysian Insider Mahu Gunakan Nama MELAYU Untuk Portal Baru - Anda Tak Kisah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cina The Malaysian Insider Mahu Gunakan Nama MELAYU Untuk Portal Baru - Anda Tak Kisah ?

Saturday, June 15, 201318comments

Selepas berbulan-bulan dilanda spekulasi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini menyaksikan hampir seluruh kakitangannya meninggalkan syarikat itu.

Penghijrahan, yang diketuai oleh editor eksekutif TMI, Leslie Lau, yang akan menyaksikan pewujudan sebuah portal berita baru, The Malay Mail Online (MMO), yang dijangka mula operasi pada 1 Julai.

"Kami mengambil semua orang (untuk menyertai MMO) - semua sub-editor dan wartawan - kecuali tiga wartawan Bahasa Malaysia yang masih mahu (bersama TMI) pada saat-saat akhir," katanya.


Leslie Lau, bersama dengan editor urusan Joan Lau, akan mengendalikan portal berita baru itu yang akan berfungsi secara berasingan dan bebas daripada Malay Mail versi cetak.

"Saya rasa pasukan itu telah menunjukkan bahawa ia berkemampuan dan kita ingin membina satu jenama dan perniagaan baru. Itu adalah cabaran peribadi saya," katanya. -
Mkini.


Saya terpanggil untuk beri komen berkaitan artikel diatas, mengenai portal baru yang bakal muncul The Malay Mail Online ( MMO ) yang menurut artikel diatas, bakal dikemudikan oleh rata2 mereka yang dibelakang The Malaysian Insider.

Bukan hendak menimbulkan kecoh, bukan hendak mengungkit isu perkauman .... tapi kalau tak dijolok, masakan lebah naik angin, ye tak ? Kecuali lebah2 jenis LIBERAL yang tak kisah sarangnya dijolok2 hingga berlubang2 .....

Anda tidak terasakah sesuatu yang tidak berapa kena dengan nama portal baru itu ? Kenapa dibenarkan penggunaan nama MALAY dalam pemilihan nama portal baru mereka ?

Kita semua sudah sedia maklum cara penulisan mereka yang dibelakang TMI selama ini. Dan sekarang pasukan yang sama akan beroperasi menggunakan nama MELAYU pula ...... Anda takde rasa apa-apa ke ?

Mungkin ada yang akan pertikaikan penggunaan nama yang sama oleh akhbar The Malay Mail ..... itu isu LAIN. Mereka dah lama beroperasi dibawah nama itu. Tapi MMO ini BARU hendak dilancarkan, kalau hendak dibantah pun, saya rasa lebih baik SEKARANG sebelum mereka mulakan operasi dari dibiarkan mereka mula dan baru kita nak bising.

Saya TIDAK RELA melihat nama bangsa saya diperlekehkan sewenang2nya oleh mereka yang BUKAN MELAYU, apatah lagi mereka yang hanya menganggap perkataan MALAY / MELAYU itu cuma sekadar satu nama saja, tidak ada apa-apa nilai maruah disebaliknya.

Bayangkan kalau orang Melayu mahu memulakan satu portal menggunakan nama THE CHINESE MAIL ...... rasa2 orang Cina akan bising tak ?

Ramai antara kita yang tidak senang bila nama ISLAM dipergunakan oleh sebuah parti politik ...... tapi mereka sudah gunakan nama itu sejak sekian lama dan mungkin menjadi satu masalah untuk mengubahnya.

TAPI dalam hal MMO ini, ia MASIH BELUM BEROPERASI. Jadi apakah kita mahu membiarkan saja perkara ini ? 

PS - APA ADA PADA NAMA ? ? ?

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 10:05 AM

Selalunya Melayu lambat bertindak. Kena berkias kias dan bersilat pun pulut pulut dulu dan minta izin dulu baru bersilat. Isu penjenamaan dan penggunaan nama islam dalam parti politik yang menyebabkan perpecahan undi Melayu pun belum selesai termasuklah juga isu penggunaan perkataan Allah pun tak sampai ke mana.

Geng Melayu liberal dah lama hidu tahap 'suhu beku' pemikiran Melayu. Sangat tinggi suhu beku kita walaupun duduk di negara tropika. Maklumlah rumah ahli politik ada air cond siang malam termasuklah pemimpin yang berlatar belakangkan perundangan pun tak kisah nak mempersoalkan halatuju Melayu. Balik balik kena tunggu NGO. Tapi bila NGO Melayu rumah start mampu ada aircond sampai kat dalam bilik mandi dan bilik bela kucing, tahap 'suhu beku' datang balik.

Mungkin kena ajak geng motor kasi panas sikit, sebab mereka suka panas walaupun yang terlebih baik natijahnya geng lulusan perundangan yang ke depan. Tak payah citer politik yang ada jangkahayat 5 athun sahaja, cuba cerita ke'bangsa'an seperti yang diunjurkan sejak merdeka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 11:26 AM

Guna nama Melayu adalah cara palng senang kelirukan pemikiran Melayu

dan cara paling mudah menarik pembaca .Melayu
Lebih hebat lagi,itu adalah yang paling efektif menDAPkan Melayu yang layu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 11:33 AM

macam mana boleh pakai nama "the Malay Mail" bila 90% kakitangannya org cina? nama itu misleading seolah olah ia menyuarakan panadangan org Melayu....aku rasa memang disengajakan supaya boleh mengelirukan...

cuba kalau utusan malaysia tukar jadi nama utusan Amerika? adakah patut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 12:05 PM

Mari kita bantah beramai-ramai. Rocky Bru tak kisah ke?

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 12:08 PM

oleh itu sebarkan kepada semua..usah percaya kepada MMO ni...supaya rakyat tahu..disebalik MMO ni..ialah semua orang CINA !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 1:10 PM

Puak puak ini cuma nak mempengaruhi orang melayu untuk menentang melayu. Jangan biarkan mereka guna Malay Mail Online.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 1:11 PM

saya rasa kita ken bantah penggunaan nama melayu sesuka hati maca ni.dah lah banyak produk makanan cina yang gunakan nama melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 1:19 PM

Adakah ini salah satu agenda untuk menipu orang melayu? Almaklumlah dap dah dapat sokongon cina sekarang hanya perlu pakai songkok pergi majlis orang melayu cocok2 sikit kata nak masuk islam hah mesti ada melayu yang sokong depa punya lah!

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 3:13 PM

Apa yang nak dibisingkan ni Din... Parti nama Islam pun ada. Kristian pun sembah Allah. Anak Cina nama Melayu pun ada. So tak hairanlah kalau ada Malay Mail Online. Sekurang2nya apa yang Hang Tuah kata "Takkan hilang 'Malay (Melayu)' di dunia" boleh disambung sikit hayatnya walaupun sekadar nama. Harapkan manusia yang kononnya berbangsa Melayu untuk jaga maruah bangsa, memang tak kemana, asyik bergaduh sesama sendiri. So apa salahnya. Kalau suatu hari nanti DAP nak kontrol pun lantaklah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 3:15 PM

Teringat aku kepada pau jenama Ahmad. Rupa2nya pemilik sebenar produk makanan halal tu adalah seorang yang berbangsa cina.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2013 at 3:26 PM

Nasiblah Melayu .... pung pang pung pang duk melalak marahkan orang cina yang biadap dan sebagainya.... ni terang2 orang cina gunakan nama Melayu bagi mewakili apa yang bakal mereka tulis, tadke siapa pun nak bunyi .....

entahlah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 3:54 PM

@li dosh

aku bersetuju dengan kamu. kalau yang tau undang2 tak nak buat apa, serahkan saja pada yang langgar undang undang saperti yang dilakukan oleh pembangkang. dalam situasi ni aku sokong saranan kamu, geng motor. nak tengok yang beku cair ker tak dan yang sejuk tuh panas tak. bagus jugaklah kepala hotak kamu nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 3:57 PM

@Anonymous

segalanya boleh asalkan kepentingan mereka tidak dijejaskan tak mengapa. begini lama pun ada mereka kesah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 3:59 PM

@Anonymous

patutnya bubuh nama Unit Malay Mail Onlina yang bawa singkatan UMMO. lebih kurang sama kan? apalah yang ada pada nama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 4:02 PM

@Anonymous

Betul, Sudah menjadi sukar pula hendak dikenal diantara kepunyaan Melayu dan Cina. Asalkan halal sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2013 at 5:40 PM

bila baca harakahdaily english version, memang sah terasa macam bukan melayu yang tulis. sama kes la ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2013 at 10:34 AM

Aminah Hassan bukan lagi milik Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Mankuk Hayun
June 18, 2013 at 10:02 PM

Beras Cap Mesjid pun bukan Melayu punya!!! Cina juga punya.

30 Rumah sembelihan ayam disekitar KL semua Cina punya...ayam potong semua Halal??) 1 sahaja yang dibeli oleh Faiza di Seri Kembangan ( itu pun untuk memenuhi hukum fardhu Kifayah ) kalau tak semua Melayu Islam kat KL berdosa, termasuk CEO bank2 Melayu yang tak mahu keluarkan pinjaman kepada penyembelih Melayu untuk operate rumah sembelih.

Sampai kiamat Melayu tetap bodoh.

Post a Comment