........... Bolehkah SMS Dan Panggilan HP Kita Di PINTAS Pihak Ketiga ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bolehkah SMS Dan Panggilan HP Kita Di PINTAS Pihak Ketiga ?

Friday, June 28, 20135comments

Saya tak pasti apakah wajar saya luahkan kegeraman saya disini. Tapi disebabkan GERAM, MARAH dan TAK PUAS HATI, saya teruskan juga ...

Bolehkah SMS yang kita duk hantar pakai hp itu di PINTAS, Di BACA oleh pihak ketiga sebelum pihak yang kita tujukan itu terima ? 

Payah nak buktikan ...... Mungkin kita pun tidak akan sedar perkara ini berlaku.

Tapi bagaimana kalau SMS yang kita hantar itu di PINTAS, Di BACA dan Di OLAH/ Di TAMBAH ayat nya ?

Perkara ini baru berlaku pada saya semalam. SMS yang diterima oleh rakan yang saya tujukan itu telah di UBAH sedikit dengan PENAMBAHAN perkataan yang tidak terdapat pada Mesej yang saya taip dan kemudiannya hantar !

Rakan saya sms meminta kepastian tentang apa yang dibacanya dan saya menafikan ada menulis sebegitu ( tambahan ayat itu ) dan bila rakan saya kirimkan kembali sms yang diterimanya dari saya itu, ternyata ada PERUBAHAN / TAMBAHAN kepada apa yang saya taip/hantar !

Mungkin ada yang akan kata rakan saya itu sengaja bergurau dengan menambah sendiri ayat berkenaan ...... tapi kenapa saya di kenakan caj untuk 3 SMS berasingan pada nombor yang sama yang jarak antara satu sama lain adalah 3 saat, pada waktu saya mengirim SMS asal itu ? Padahal saya cuma hantar SATU KALI saja ?

Contoh - 
Saya hantar sms pada jam 20:00:16
Saya dibil 1sen x 3kali untuk SMS pada nombor yang sama pada jam 20:00:16, 20:00:19 dan 20:00:22

Perkara SAMA berlaku sewaktu saya kirim RESEND SMS asal kepada rakan saya itu sebagai bukti yang saya tidak menulis ayat tambahan itu pada jam 23:01:51 ..... dan saya dibil sebanyak 3 kali juga untuk SMS pada jam - 23:01:51, 23:01:55 dan 23:01:57. Yang ini saya tak pasti apakah diubah juga kerana saya baru tahu fakta ini dan tidak mahu ganggu rakan saya ketika sudah jauh malam.


Pelik ....... Sms2 lain tidak pula diusik. Hanya berkaitan mesej yang saya hantar pada jam 20:00:16 dan sekali lagi bila saya resend mesej yang sama untuk kepastian pada jam 23:01:51


Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Bukannya benda rahsia yang boleh mengancam negara pun benda yang saya tulis tu. Tapi siapa pun akan marah jika PRIVACY kita diCEROBOH ! 

Apalagi kalau malaun itu masuk campur dengan MENGUBAH / MENOKOK TAMBAH apa yang kita hantar ! 

PS - Bukti akan saya terima bila saya jumpa rakan saya itu dan baca sendiri SMS asal yang beliau terima dari nombor saya pada jam 20:00:16 . Yang ini payah nak tipu sebab tertera waktunya.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 5:40 AM

memang boleh. salah satu ialah klon hp. dulu proses ini mahal dan susah kerana perlu ada org dalam. sekarang rasanya utk buat perkara ini boleh rujuk je kat uncle google.
tuan boleh la meng "encrypt" kan sms tuan. cer cek kat android apps kalau pakai android la. kalau tak tanya uncle google la. hope it helps.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 8:00 AM

Ambil gambar semua sms yang berkaitan. Kumpul semua bukti dan adukan kepada SKMM minta dia buat siasatan. Ni perkara serius.

Tapi dunia sekarang, sebab semuanya berkomputer, semua boleh buat. Tak caya, macam mana pintasan perbualan telefon boleh dibuat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2013 at 9:58 AM

kalau pakai telefon zaman dahulu jarang berlaku, yang moden2 sikit ni memang senang kena hack sebab selalu install program yang tak berkenaan, lagi satu orang dah hijack nombor kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2013 at 4:58 AM

@Anonymous

Wah macam drama Person of Interest pulak, setiap episod watak cerita tu selamba je klon hp orang lain untuk jejak dan intip, tapi takdelah sampai modify sms.

....................
Reply To This Comment ...................
November 11, 2015 at 10:16 PM

Petronas guna aplikasi nie merisik semua staffnya
Ada staff sedang mengumpul bukti utk di bawah kemahkamah.. sebab ia dah melanggar hak asasi peribadi seseorang.semua tak mustahil sekarang
Jika anda dikehendaki mengisi satu borang yg memberi akses kepada maklumat diri anda dan juga utk menipulasikanya jangan isi dan tanda tangan
Inila tujuan mereka. Mereka akan memgeluarkn borang ini sekiranya mereka didakwa kelak..

Post a Comment