........... Boikot Parlimen ? PR Sudah Goyang ... Harap Speaker Jangan Layan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Boikot Parlimen ? PR Sudah Goyang ... Harap Speaker Jangan Layan !

Wednesday, June 12, 20134comments

Mula-mula ahli parlimen PR yang mengancam hendak boikot sesi Parlimen kali ini termasuk upacara mengangkat sumpah yang lazimnya dilakukan pada hari pertama, yalah, selagi tak angkat sumpah mereka belum sah jadi ahli parlimen dan tidak berhak untuk turut serta dalam perbahasan. 


Kemudian Speaker Dewan Pandikar Amin menyahut dengan cabaran boikot dipihaknya pula -

"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain." - SINAR

OK la tuh .... sifat keanak-anakan pembangkang dibalas dengan respon yang sepadan, keras kepala dibalas dengan kepala keras ... begitulah yang sepatutnya. Tahniah Pandikar Amin !


Kerana ternyata resolusi boikot pembangkang sudah goyang dengan keras Pandikar -

Naib presiden PKR N Surendran berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya “mengancam” untuk turut memulaukan upacara mengangkat sumpah bagi ahli dewan Pakatan Rakyat.

"Ini jelas daripada Perintah Tetap 5(2) yang menyatakan bahawa ahli yang belum pernah angkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang dewan dan boleh mengangkat sumpah.

"Di bawah Perintah Tetap, setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah."Yang Dipertua dan BN tidak mempunyai kuasa apa pun untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Surendran.  -
Mkini


Hahahahaha ..... belum apa-apa sudah goyang ! 

Kata nak boikot ? Peduli apa kalau Speaker pun nak ikut boikot sama ? Melainkan semuanya cuma satu LAKONAN SUMBANG semata-mata. Nak tunjuk KUASA yang ada pada pembangkang yang boleh sewenang-wenangnya memperlakukan Dewan Rakyat / Parlimen MACAM MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA.

Boleh datang ikut suka hati, boleh angkat sumpah ikut suka bila-bila masa .... semuanya hanya menunjukkan ketidakmatangan pemikiran wakil2 rakyat dari PR.

Saya harap Speaker Dewan JANGAN LAYAN / TIDAK PERLU JAWAB kenyataan dari wakil PR itu. Biarkan isu tergantung ..... kalau mereka yakin dengan apa yang mereka percaya - BIARKAN. 

Rakyat nak tengok pada hari pertama sidang 24 Jun nanti apakah mereka berani mahu mengambil risiko atas kepercayaan mereka itu dan teruskan niat boikot mereka.

Itu saja cara TERBAIK menangani karenah awal bakal-bakal samseng Parlimen ini. Kalau dari hari pertama lagi Dewan sudah tunduk kepada perangai mereka, bayangkanlah bagaimana sesi2 seterusnya selama 5 tahun yang akan datang.

Wakil2 PR sedang TEST MARKET ketegasan Dewan, mereka mahu mempertontonkan kepada rakyat betapa wakil2 PR boleh memperkotak-katikkan Dewan yang menjadi lambang Demokrasi negara kita. 

KETEGASAN Speaker dalam isu ini bakal menjadi indikasi bagaimana bentuk perjalanan Dewan bagi penggal ke13 kelak. Sekali betis diberi, pastinya paha akan ditagih nanti.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
June 12, 2013 at 9:30 AM

Salam Din. Harap sepeaker boikot balik geng² melayu yang meroyan nih. Yang geng² kapfir meroyan tu lantak le diorang lagi bagus takde diorang kat Parlimen. Orang nak jadi MP deiorang pon nak jadi, bile menang tapi pakatan tak sah diorang kalah terus meroyan. Saya mulai nampak tembelang sebenar geng² melayu liberal ni dan geng² kafir harbi ni. Moga Allah hancurkan pakatan tak sah ini sehancur-hancur PRU-14 nanti.

Smoge ummat Islam bersatu!

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2013 at 10:33 AM

@pemuda_surauTerlalu banyak politiking pemimpin2 pembangkang negara kita. 5 tahun taak berhenti....dan sekarang tanda2 menunjukkan lagi 5 tahun juga akan terus berpolitik !

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2013 at 2:46 PM

PR sebagai parti mencari populariti tidak dapat lari daripada sentiasa menyajikan isu isu panas, cerita cerita gempaq, berita berita hangat untuk memastikan penyokongnya sentiasa teransang.

Saya setuju dengan En Din, lima tahun mendatang pun Malaysia akan terus maju dari sesi sensasi politik tanpa sebarang kemajuan berupa pembangunan asas fisikal dan sosial kepada rakyat luar bandar. Elit elit DAP dan PKR perlu sentiasa ada berita sensasi untuk penyokong bandar kerana dari segi keperluan asas memang rakyat bandar mempunyai kelebihan. Aspirasi bandar dan kampung amat berbeza.

Agak malang kerana kita sentiasa memberi masa dan tenaga melayan kehendak mencari publisiti oleh PR sedangkan kita patut fokus kepada keperluan asas masyarakat luar bandar tanpa mengira bangsa

Agak baik kerana telah ada memorandum 130 NGO menggesa penghapusan sekolah vernakular untuk mencapai integrasi kaum di Malaysia. Tahniah NGO melayu dan Muslim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2013 at 8:59 PM

Mahkamah akan tentukan petisyen terhadap SPR. Melihat kepada kes-kes yang lepas, bolehkah mahkamah dipercayai tidak memihak kepada pembangkang? Adakah BN berkemungkinan jadi pembangkang sekiranya mahkamah memutuskan untuk memihak kepada pembangkang? Saya tak tahu apa prosedur seterusnya???

Post a Comment