........... Baitul Mal KAYA Tapi Kenapa Ada Umat Islam Yang Terpaksa Merayu Bantuan Di Media ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Baitul Mal KAYA Tapi Kenapa Ada Umat Islam Yang Terpaksa Merayu Bantuan Di Media ?

Monday, July 1, 201316comments

Sebentar tadi saya tertonton di TV9 satu kisah sedih dimana seorang bapa yang bekerja sebagai ahli bomba di Kamunting merayu bantuan bagi merawat anaknya yang berusia 12 tahun, yang dijangkiti penyakit kanser limpa.


Saya cari di internet dan terjumpa artikel dari SINAR yang saya rasa merujuk kepada kes yang sama. - Derita kanser di awal usia, bertarikh 21 Jun yang lalu.

Ada gambar yang menunjukkan si bapa menerima sumbangan dari seluruh anggota Bomba Perak.

Saya hanya mampu mengagak bagaimana perasaan seorang bapa yang berdepan dengan masalah sebegitu. Saya percaya beliau akan berusaha sedaya upaya demi masa depan anaknya.

Satu jer saya nak timbulkan disini - Kenapa BaitulMal tidak bantu ? BaitulMal kan kaya, harta beratus juta RM yang dikutip hasil zakat dan pelbagai sumber lain .... memiliki bangunan BESAR-BESAR bla bla bla .....ingatkan umat Islam dinegara kita semua dah bebas dari kemiskinan.... 

Tak silap dulu ada ura-ura BaitulMal nak aktif diperingkat WORLD, nak bantu umat Islam negara2 lain pula ...

Jadi bila saya melihat seorang saudara seagama terpaksa merayu bantuan untuk merawat anaknya di media cetak dan tv, hati saya berdetik juga ...... kenapa BaitulMal tidak bantu ?

KALAUPUN Baitul Mal boleh dan dah biasa bantu kes2 sebegini, kenapa ramai yang tidak tahu ? 

Saya ingin cadangkan tagline baru buat BaitulMal - Bila Susah, Ingat BaitulMal

Bunyinya kampung, takde tona korporat tapi bagi saya ia lebih sesuai.

Sekadar meluahkan pandangan seorang rakyat biasa....

PS - Oya, satu lagi.... bukankah dulu ada cerita bos BaitulMal ambil ADVANCE duit zakat sebab nak bayar kos guaman, kemudian cerita anak2 wakil rakyat ambil duit zakat buat melanjutkan pelajaran .... kenapa tidak dibantu pinjaman mudah kepada umat Islam yang saya rasa RAMAI yang menjadi hamba kepada ahlong ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 10:01 PM

Agenda membela bangsa sendiri iaitu melayu islam takkan terhenti selagi ada melayu yang masih memerlukan bantuan.

Saya pelik kenapa orang bukan islam tidak perlu merayu dan menagih simpati seperti orang melayu. Rupa-rupanya mereka mempunyai tabung khas yang dihulurkan oleh syarikat gergasi dan golongan korporat. Di malaysia, pm kita adalah melayu. Sepatutnya orang melayu tak perlu hidup susah kerana kita mempunyai pm berdarah melayu. Kan sepatutnya melayu tolong melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 10:24 PM

Saya kerap mengunjungi hospital kerajaan untuk menemani ayah saya yang memerlukan rawatan kesihatan secara berterusan. Apa yang memusykilkan saya ialah saya boleh bilang dengan jari bangsa cina yang mengunjungi hospital kerajaan. Majoritinya adalah dari kaum melayu dan india. Saya sedih kerana orang melayu kita masih terlalu bergantung kepada hospital kerajaan. Sedangkan bangsa yang satu lagi tu mendapat rawatan kesihatan kelas pertama di hospital swasta. Sebagai penduduk asal negara ini, sepatutnya orang melayu mendapat kemudahan rawatan yang lebih baik dan sepatutnya tidak perlu merayu pun jika kos pembedahan tidak mampu dibayar. Adakah pihak hospital tidak mempunyai tabungan khusus untuk pesakit yang tidak mampu? Kenapa tidak dibedah terlebih dahulu dan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh tabung berkenaan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2013 at 10:24 PM

WAJIB orang Melayu Islam turunkan Najib dari pemerintahan.

Najib WAJIB turun kerana lemah sebagai wakil pemimpin orang melayu islam!

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 11:17 PM

@AnonymousMungkin kerana orang cina lebih ramai yang beli insuran ...

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2013 at 11:20 PM

@AnonymousSaya lebih suka dan berbangga jika BaitulMal hanya menumpang pejabat kerajaan kerana tidak mampu sewa pejabat sendiri ( apatah lagi BINA bangunan sendiri yang BESAR2 )kerana dana telah habis dipergunakan bagi membantu umat Islam dari berlagak macam korporat tapi ramai umat Islam yang hidup susah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 12:35 AM

KPI baitulmal sepatutnya ZERO saving .... ini kerana wang zakat yg dibayar oleh umat Islam bukan untuk simpan tapi untuk diagihkan .... selagai x de KPI sebegini selagi itulah kakitangan baitulmal kerja goyang kaki, malah bangga plak bila kutipan sampai juta2, tapi tersimpan dlm akaun x bergerak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 12:59 AM

anon 10.24.
Banyak likes !!!!!!!!!! Wajib Najib Ajib Gor Goooooo.

Tajuk Baitul Mal amat klon mirip serupa dengan jabatan kebajikan masyarakat pusat zakat ...

Alasan standard berkala dan untuk wartawan:

1. Boss taada/mesyuarat/kursus/cuti/KL/luar negeri
2. Peruntukkan tuntuntan perjalanan taada/dah abis.
3.Pemandu Jabatan cuti balik kampung/sakit/bersalin.
4.kenderaan resmi rosak, peruntukkan baik pulih dah habis.
5.Isi borang dulu dan buat salinan FotoKopi 7 salinan dan ada cop YB/ketua kampung/Guru besar/penghulu.
6.sila datang esok untuk temu duga bawak bil letrik air talipon
jumpa kerani di depan,amBiL nombor giIiran.
7.Duit ada tapi masuk akaun simpanan tetap bank islam/muamalat
CIMB Islamik bolih dapat bonus 3.2% % setahun.Boss kita dapat keraian selalu dari bank manager.
8.Mesyuarat bulanan untuk kes anda baruuuu aje lepas, tunggu bulan depan lepas raya puasa,sebab banyak open house nak pergi 9.Tiaad lapuran pun.
10.Lapuran ada tapi belum di mausk fail.
11.Kena bayar sewa dan gaji dulu,
12.Komputer punya mesin pencetak rosak,LO dah buka bulan sudah, tapi bahagian kebendaharaan belum lulus repair itu.
13. pegawai dapat biasisiwa UIAM, 3 tahun, kekosongan belum di isi kerana ,tiada peruntukkan dalam bajet.
14.anda ada akaun internet banking ? senang sikit kita nak masuk.
15.Kalau taada ,lambat sikit, oh emel ada tak ?
16. Kita ada KPI juga , dimana nisbah bayaran untuk bantuan mesti kurang dari 25% dari pada duit zakat pungutan, nanti kerajaan negeri marah kita. kata tak pandai simpan duit.
17.Tak jumpa lah rumah anda,betul ke alamat ni ?
18. stesen Tv dan astro nak datang tak, kasi tau ,kita pakai baju korporate ,nampak smart nanti,
19. Boss besar baru dapat pingat hari peputeraan resmi, jadi dia ada mesyuarat demi mesyuarat dengan YB EMBE, kerana nak rancang hari bersama penguna,lepas raya, dan ad kursu Haji sebab datuk dapat tawaran dari UTH kerana kawan baik dengan pengerusi tolong rekomen atas banyak simpan duit pungutan zakat dengan Tabung UTH.
20.Kes anda susah, baik kita bagi one off kapada orang lain, dan di dalam bandar, banyak kedai .bolih singgah sebelum zuhr.
arjuna waspada
changkat LobaK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 8:31 AM

@Anonymous

Di hospital kerajaan sememangnya ada satu unit yang dinamakan Unit Kebajikan Pesakit. Bagi persakit yang tidak berkemampuan membayar kos rawatan akan dirujuk oleh pehak hospital kepada unit tersebut. Pokoknya kemana kah perginya wang baitulmal itu? Unit yang dimaksudkan itu adalah dibawah Jabatan Kebajikan dan peruntukan yang diberikan itu terhad. Kebanyakan pesakit yang dirujukkan itu bukanya akan mendapatkan status PERCUMA, tapi dikurangkan bayaranya. Yang menyedihkan sekiranya pesakit dirujuk kepada pehak hospital dan sekiranya diluluskan, status kemampuan pesakit itu akan dicatitkan PAPA KEDANA.

Saya kira isu baitulmal ini WAJIB diberikan PERHATIAN. Tapi macamana. sedangkan baitulmal itu sendirinya tertakluk dibawah Jabatan Agama Islam yang mana ditadbirkan oleh Ketua Negeri?

Kemiskinan sudah pasti akan berkurangan kalau tidak pun dihapuskan. Tidak ada lagi masaalah murtad sebab KEBANYAKAN orang Islam yang murtad itu dari golongan orang susah. Rumah rumah PPRT lebih banyak lagi akan dapat dibina. Beban pelajaran bagi anak anak orang Islam dapat dikurangkan. Kebajikan dan kesihatan umat Islam akan lebih terbela. Semua ini jika sekiranya wang baitulmal itu dapat diuruskan dengan bijak dan mengikut tujuan asal ianya ditubuhkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 8:46 AM

@Anonymous

kesiaaaaaan!!! nyambil nyambil tuh, pikirkanlah apa patut dilakukan supaya mesej sebegini sampai kepada yang berkenaan. sampai bila orang Melayu yang beragama Islam nak jadi pengemis ditempat sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 9:45 AM

Ni lah masalah apabila agensi kerajaan dikorporatkan..ada duit dan duit orang tapi buat macam duit sendiri. Labur sana sini tapi fungs utama dah lupa. FELDA, Tabung Haji, EPF, Baitulmal semua ditubuhkan atas asas menjaga kebajikan tapi jadi tempat orang-orang besar buat duit.

Lion-O

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 1:07 PM

Lain pula di Sarawak,iaitu di Hospital Besar Kuching..agak ramai pesakit cina.Dihantar dgn kereta mewah Mercedes,diambil balik dgn kereta serba mewah.Jenis kedekut cuma nak free.Ada pesakit cina dtg nak ambil ubat saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 1:15 PM

Bangunan baharu BaitulMal Sarawak dah siap>Berdiri megah bersebelahan Bangunan Islam.Dua bangunan yg serupa sedang dlm pembinaan di Miri dan Sibu.Bangga sungguh kita.

Tetapi kaum Melayu masih miskin.Setiap tahun golongan yg menerima agihan zakat fitrah menjelang Hari Raya bertambah.Ekonomi org kampung Melayu tak juga maju.Masih di tahap miskin.Kais pagi makan pagi.Baitulmal Swak tak ada rancangan pembangunan utk umat Islam.BS tidak telus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 6:44 PM

aku pun dh lama menyampah tgk diorg ni.. bangunan cantik, kete jabatan selalu tukar tp org susah rmai jgk x dpt bantuan. moga Allah bukakkan pintu hati diorg untuk sedar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2013 at 7:17 PM

Alah apa nak heran, bekas kawan aku kaya raya, duduk ampang indah, mohon baitul mal kg pandan, kononnya untuk anak doa belajar dentistry kat mesir. Rupa2 nya duit yg dia dpt tu dia kata nak buat enjoy enjoy. Bley? Ko jawanlah nanti kat SANA!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2013 at 12:15 AM

senang cakap korang dekat baitulmal dari paling atas sampai ke bawa,menjawaplah kt akhirat nanti.sekarang banyak cakap,depan Allah Taala hampa menjawablah.selamat beramal wahai ustaz2 baitilmal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 3:54 PM

wassalam. bantu membantu tu elok tapi baitumal bukan nak membantu tetapi nak penohkn poket je. Tabung nyo ponoh duit pi mano? Bukan orang yg sakit jo nak dibantu tapi mualaf, anak yatim? tak orang ket baitumal tu hanyo menunggu borito keluar diTV atau media massa baru bertindak. Orang diBaitumal tu memanaskan kerusi jo. Cubo cubo turun padang lah.@Anonymous

Post a Comment