........... YB Noor Pertahan Gambar Blackout Yang DiKata TIPU Oleh SPR | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

YB Noor Pertahan Gambar Blackout Yang DiKata TIPU Oleh SPR

Sunday, May 26, 201325comments

Kenyataan akhbar ADUN Seri Serdang YB Noor Hanim kini sedang hebat dimainkan oleh pembangkang. Harap mendapat respon segera dari mereka yang berkenaan.


KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR


Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434


Dibawah pula laporan SINAR 2 hari lepas mengenai kenyataan Pengerusi SPR -


KUALA LUMPUR - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.  

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
  
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"
katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
  
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
  
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
  
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,"
katanya.
  
Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.   

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.
  
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya.


PS - Kalau betul pun, SATU JER pusat pengiraan yang Blackout ? Kenapa selepas 3 minggu baru YB Noor tampil ? Kenapa tidak buat repot Polis sebaik saja lepas kejadian ? Kenapa SENGAJA di lewatkan kenyataan ini ? SIAPA yang menang dikawasan itu ?

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 6:06 AM

Ok, jangan lari dari tajuk besar iaitu dakwaan berlaku penipuan, ini yg boleh menjadi kes. Jika benar berlaku "blackout", sila lah buat lapuran polis, dan kemuka kan bukti berlaku penipuan semasa "blackout" ini, yang kata ada teksi bawa masuk kotak dan berbagai-bagai lagi tu, sila buktikan. Kalau gambar ni dapat tangkap takkan gambar teksi tu takde kot..

Begitu juga kes nya dengan cerita dakwat kekal, bawakan bukti kes undi berkali-kali seperti yg PR dok gembar gembur tu, kalau setakat dakwat tanggal apa ada hal..

Ingin ditegaskan disini, sebagai rakyat Malaysia yg waras, aku nyatakan disini, aku dan jutaan lagi rakyat Malaysia mahu melihat bukti penipuan, bukannnya cerita lampu padam atau cerita dakwat tanggal sahaja!

ps: aku percaya beruk-beruk PR dah kembang kempis hidung sekarang ni ingatkan dah check-mate SPR...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 6:51 AM

Satu jer pertanyaan dari aku, kalo blackout pon, kenapa blackout hanya di saluran 3. Saluran 1, 2, 4 dan ke atas ok jer. Dalam satu sekolah, takkan hanya saluran 3 jer yang guna wiring lain dan power point lain? Setau aku, setiap sekolah hanya ada 1 power point untuk semua wiring supaya tnb senang nak selenggara dan menukar fius terbakar. At least seminggu sebelum pru, tnb dah diberi tugasan untuk testing dan membaikpulih power point supaya pengundian berjalan dengan lancar.

Oleh itu, saya mengesyaki ianya adalah satu perbuatan sabotaj dan orang yang melakukannya mesti tahu kedudukan power point di sekolah berkenaan dengan mencabut satu fius yang dihubungkan secara direct pada saluran 3. Siapa yang disyaki melakukannya? Petugas spr? Pekerja tnb? Pegawai polis yang bertugas? Ejen2 parti? Atau pengundi sendiri? Selagi tiada laporan polis, selagi itulah polis tak boleh melakukan siasatan dan menjadikan kes ini pelik ialah kenapa isu ini ditimbulkan terlalu lewat sangat. Mungkin dengan tujuan supaya isu ini boleh dijaja di seluruh negara konon spr melakukan perkara keji dengan menipu ketika proses pengiraan undi. Hello puak PR, ingat SPR ni bodoh sangat ke sehingga nak membuat sesuatu yang boleh mencemarkan imej diaorang sendiri. Kalau SPR nak menipu, awal-awal lagi dah diaorang boleh tipu. Tapi kita yakin takkan lakukan demi menjaga integriti.

Bagi saya, menjadikan isu blackout semata2 untuk menghentam spr macam kebudak-budakan (childish). Maksud saya, hanya satu saluran mengundi yang blackout dari beribu-ribu saluran mengundi dah bikin kecoh satu negara. Gunakanlah saluran yang betul untuk menyatakan ketidakpuashatian. Buat report polis. Tak habis-habis puak PR ni cuba sedaya-upaya nak menjatuhkan reputasi SPR dengan menghasut rakyat dan memprovok melalui siri perhimpunan haram. Walhal isunya hanyalah blackout di satu saluran mengundi daripada beribu-ribu saluran mengundi di seluruh negara.

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 7:10 AM

TerimaKasih diatas persoalan2 yang sewajarnya kita tanya sebelum main terima buta jer atau membuat konklusi tanpa diselidik kewajarannya.

ADA OTAK PAKAI lainlah kalau dah takde OTAK !

PS - Ini tujuan utama saya keluarkan cerita ini sebaik saja dimainkan cai2 pembangkang. Supaya dapat kita berkongsi pandangan dan membantu pembaca dengan point2 bernas agar mereka tidak terus terpengaruh dengan dakyah PR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 7:11 AM

Kalau betul ada black out buat repot jer lah (walaupun TNB dah kata tiada) .... yang YB suka sgt krisis kenapa? Tak ada letrik kalau cuma sekadar lampu emergency yg ada kenapa? Wakil2 pengiraan ni buat salah ke? Pelik lah mereka ni. Dulu Bapak aku belajar pakai pelita tiap2 hari, cemerlang juga sampai boleh pergi Australia sambung pelajaran. Bukan setakat satu hari buat matematik campur tolak.... Bosan lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 7:26 AM

Mula2 kata kat Bentong، tap DAP cakap kat sana ok je...la ni Serdang pulak walhal kat Serdang org pr yg menang...dasar penipu haram jadah...tuhan tunjukkan kebenaran...ni semua kerja red bean yg telah dirancang tapi x menjadi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 7:44 AM

Yg selama ni dia diam je knp? Org dh bgtau kalau ada maklumat, salurkan. Kalau x puas hati jgn tnda tgn borg 14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 8:23 AM

...rupa2nya masih ramai rakyat Malaysia, terutama golongan muda yg masih jahil tentang siapa itu Anuar bin Ibrahim...mereka sanggup membiarkan otak mereka diliwat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 8:39 AM

JADI..SIAPA YANG MENANG DI SEKOLAH SERI SERDANG SALURAN 3 ITU?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 8:44 AM

kalau tak silap aku, dialah pemenang. jadi kesimpulannya di sini, PR memang jahanam nak mampos. tempat dia menang pun bising. jangan2 depa yang menipu agen BN dan SPR..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 9:00 AM

haaa? SATU je? HANYA SATU itu je? jadi yang dok melalak meroyan meraban menggila membodohkan diri sampai round SATU negara tu apehal? lagipun tempat tu calon PR yang menang kan? so?

nampak sangat PR memang Parti Jahanam sebab sengaja menghasut dan menyusahkan orang lain!!!

....................
Reply To This Comment ...................
mat
May 26, 2013 at 9:23 AM

jadi yb serdang ni main tipu la. letak jawatan skrg! ada undi hantu dlm gelap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 9:48 AM

I am amazed to see how low minded people they are! D more they bark, d clear it shows their stupidity. What u do is nothing but a REFLECTION of yr mind. CELAKAlah puak2 ini.. yg tidak henti2 membuat onar. CELAKALAH mereka. For SPR & BN: let d dogs bark, d wolves howl,d lightning flash n d crows caw.. u continue doing yr job!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 10:39 AM

Macam blackout yang dirancang lebih awal jer sebab dah standby dengan kamera dan torchlight.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 11:14 AM

pemimpin dap tak ambil lama utk nafikan berlaku blackout kat tempat mrk.

pemimpin pkr lama baru buat pendedahan ada blackout kat tempat sendiri. tak ada buat repot polis pulak tu, menunjukkan mrk bebal dlm melaksanakan proses undang2.

ATAU adakah dap mahu cuci tangan dgn isu fitnah blackout ini, dan biarkan pkr yg menjawab dan tunjuk bukti atas pembohongan mrk?

pkr telah meliwat dap dgn keyakinan menang pru13 dan skrg giliran dap pulak nak liwat dan tinggalkan pkr dgn kegilaan mrk dijalanan. eloklah tu dua2 meliwat dan diliwat ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 11:28 AM

salam,

kena buat kajian, berapa ramai penyokong pakatan daripada lebih 5.5 juta tu yang menggunakan kapla lutut untuk berfikir. umcedel, merdeka centre tak mau buat kajian ker? bagaimana dalam proses kiraan undi tu berlaku penipuan walaupun dalam bilik tu ada wakil calon yang bertanding? mungkin wakil calon tu seorang penerima rasuah ? semasa berada di pusat pengumpulan undi, calon tak lihat ke jumlah-jumlah pada pusat mengundi dan tambahan pusat mengundi yang tiada dalam senarai calon? dah buta atau calon yg bertanding terlalu bodoh sampai tak tahu mengira? malang jika kita dapat wakil rakyat yg terlalu bodoh. nasib baik kalah. dah la ejen kaki rasuah, calon pun bodoh piang. tu yg guna kapla lutut berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
KTM PRU13
May 26, 2013 at 11:28 AM

betul jugakkan takkan la kerana satu saluran dah mengagalkan impian dieorang nak menakluk putrajaya.. hurm puak PR yang semakin hari semakin membuatkkan kami jelik..

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 11:28 AM

Tu la masalahnya sampai sekarag tak report2 polis lepas tu dok bising sana sini spr penipu. Kalau nak bukti lagi kukuh petugas spr yang tengah dok kira dalam gambar tu sila tampil beri penjelasan jangan dok senyap ja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 11:45 AM

Hah baru ja tengok dun serdang tu menang kat sapa agak nya ek? Ni mesi menang sebab blackout la ni...hahaha bodoh tak boleh diajar kalau blackout menang dekat bn tak pa jugak ni menang kat pas majoriti besar pulak tu ni komfem spr tipu ni!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 11:49 AM

Sorry seems to be the hardest word ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 12:18 PM

As Salam semua..aku duduk puchong ni dah hampir 40 tahun..belum pernah aku dgr nama YB baru dari PAS ni..nak tunjuk hebat ke YB? Atauu nak cari glamour lebih..lupa lak..aku juga staff TNB..langsung xder laporan berkaitan lampu padam kat sekolah tu YB oooii..aku cabar YB ni gi semak ngan TNB dan talian hotline TNB ada tak sesiapa yg call bgtau ada blackout? YB siasat apa YB? Nak kena siat ke mulut busuk YB tu..purdah sampai ke pusat..tp sayang hati teramat hitam..insaflah YB ooii..saya doakan semoga Allah memberi azab yang amat amat berat pada YB kerana terus terusan menabur fitnah, menghasut dan bersekongkol dengan kafir DAP laknatullah. Sedangkan orang kuat DAP Bentong pun dah keluarkan kenyataan rasmi bahawa blackout di Bentong adalah satu penipuan, inikan pula YB seorang islam yang parti YB wakili itu KONONNYA memperjuangkan AGAMA ISLAM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 12:22 PM

Apa ke bodohnya YB ni. Dia ingat bila berlaku blackout senang2 boleh pindahkan kertas undi ke? Bukan kah bila dah nyala balik lampu wakil2 calon atau parti boleh minta kira semula. Dan jumlah kertas pulak mestilah sama dengan bilangan kertas yang dikeluarkan semasa pengundian. Benda-benda begini tak boleh nak tipu punya. Jangan lah jadi penghasut dan pengfitnah. Besar dosanya. Kalau kamu Islam ingat-ingat lah dosa pahala. Tuhan tu maha mengetahui. Dia tahu apa yang ada dalam benak kepala anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 1:02 PM

hehe..En Din..kat seri serdang tu bukan PAS menang ke?..so tak leh pakai la isu blackout nie..blackout pon PR leh menang...so no point la nk claim PR kalah sebab balckout..cam budak2...adoi dunia2

-EDEN-

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 1:23 PM

@AnonymousYa, calon boleh minta buat pengiraan semula !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 7:29 PM

gambar itu sebenarnya untuk kenakan lawan kalau Serdang dapatkan Bn. Apa yng berlaku adalah sebaliknya yakni pembangkang yg menang di serdang.

makanya tak adalah sesiapa nak buat report kut-kut nanti Bn akan tuduh pembangkang sengaja padamkan lampu!!! lagipun saya percaya oleh kerana serdang dan bangi dikuasai oleh puak fanatik...mereka lebih mampu mensabotaj berbanding Bn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 10:01 PM

@Anonymous

Ada Kebenarannya..saya pon terpk mcmtu

-EDEN-

Post a Comment