Undi Popular VS Undi Kerusi / Elektoral

Wednesday, May 8, 201332comments

Dibawah adalah entri dari FB Rem Dambul bertajuk Undi Popular VS Undi Elektoral - KLiK jika anda mahu kesana dan baca komen2 yang menarik. Demi meng-Control Macho, saya yakin Anwar akan memainkan isu ini sebab PR memiliki lebih banyak Undi Popular berbanding BN.

Rem Dambul menjelaskan perbezaan kedua2 cara itu dari sudut KEADILAN dan kesan negatifnya jika kita menggunakan konsep Undi Popular.

Sebelum cai2 PR mula menghujani anda betapa Anwarlah yang lebih layak menang berdasarkan Undi Popular, ada lebih baik kita ketahui dulu point2 untuk menangkis mereka. Bagus entri ini sebab ia mudah difahami.



Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat secara setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]

i
Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii
Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.


iii
Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif. Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif.

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat individualistik. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.


Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).


iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok komuniti minoriti yang lemah dan kecil.

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.


Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral ini melindungi kepentingan komuniti terpencil; mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.


v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk appeal kepada satu kumpulan penduduk tertentu, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata penduduk Malaysia.

Contoh tarikan populist?

Ok, ini yang paling mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.


vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.


Jangan anggap semua penduduk di Malaysia ini ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga di Malaysia. Pergelutan hidup penduduk Malaysia cirinya pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam.


Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna. Sekadar contoh.

Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.


vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2013 at 2:06 PM

artikel ini memang terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Marlboro Country
May 8, 2013 at 2:32 PM

peghhhh mcm baca artikel dari surat kabar indonesia pak.... mantaaaaaaabbbbb. Cayalah kakek!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 3:00 PM

Tahniah, artikel yg cukup bagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 3:01 PM

Kalau bab Matematik Statistik ni, aku serahkan kat Mahfuz jer sebab beliau adalah Pakar Matematik.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2013 at 3:01 PM

Setuju. Memang terbaik. Tapi kalau dirujuk kepada Perlembagaan atau Artikel kepada apa-apa Akta yang sedang berkuatkuasa lagi terbaik. absm.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2013 at 3:22 PM

wow. (perkataan pertama yg muncul selepas baca artikel ni) Terima kasih atas pencerahan..

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2013 at 3:43 PM

Bro din..aku tanpa segan silu ingin memohon untuk mengopy artikel ini.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 4:09 PM

Ya baru faham apa beza dia hahaha terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 4:12 PM

kuliah ini perlu diketengahkan dlm internet dan media massa, biar budak2 faham perbezaannya dan kenapa undi berpaksikan kerusi parlimen diguna pakai dimsia- iaitu atas dasar kesaksamaan bukannya kesamarataan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 4:34 PM

bukti bahawa Najib masih sayangkan cina, ini statementnya "Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa." petikan Pengundi Cina kena tipu petikn berita harian Rabu , 08 Mei 2013. Aku tak tahu nak kata apa la din kat ah jib gong nih ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 4:37 PM

Din ... bilalah pemimpin melayu nak faham bahawa mereka telah ditolak oleh kaum cina ...
baca artikel ni dalam berita harian ... 8/5/2013 ... aku pun naik hairan ...
Putrajaya: Kerajaan masih memerlukan wakil masyarakat Cina melalui MCA dalam pembentukan barisan Kabinet yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi memastikan kesaksamaan perwakilan dalam masyarakat majmuk.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata ini kerana rakyat Malaysia membabitkan pelbagai bangsa dan perlu ada wakil daripada semua bangsa itu bagi mengenengahkan kepentingan masing-masing.
“Kita mesti bersatu dan perlu ada semua bangsa untuk menduduki (mewakili) dalam Kabinet supaya nanti kita dapat menyeimbangkan dengan bangsa yang ada dalam negara kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Pengundi Johor
May 8, 2013 at 6:24 PM

Undi popular diguna dinegara yg mengamalkannya, bila pemilihan pimpinan tertinggi negara dibuat berasingan dgn pemilihan kerusi dewan, yg mana individu yg bertanding walaupun dr parti tertentu tp bertanding atas kapasiti individu. This is not the case in Msia. Jika pun AI nak bertanding popular satu lwn satu dgn DSN, belum tentu keputusan di atas dpt diulangi, kerana saya yakin ramai pengundi PR pun tidak akan mengundi AI atas dasar individu, berbanding DSN, yg saya rasakan semua pengundi BN akan mengundinya.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
May 8, 2013 at 7:18 PM

Jangan terlepas pandang Dinturtle. DAP tu sebelum PRU 13 semasa pemilihan CEC sudah kantoi berbohong. Diharapkan ROS menjalanlan tugas dgn adil dan tulus, dulu UMNO pernah diharamkan mengapa DAP tak diharam.
Bermakna PRU13 hanya PAS dan PKR saja yang blh bertanding. Kemenangan DAP terbatal dgn sendirinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 7:23 PM

sangat tepat,tuan telah menjelaskan dengan lebih mudah dariyan sayacuba jelaskan padamerela yang senang di perbodohkan.

Undi Popular : Keaadilan berdasarkan JUMLAH semata
Undi Elektoral :Keadilan berdasarkan KUALITI

Kalau ikut Undi popular adakah undi Negara CHINA di majlis keselamatan PBB mewakili majoriti penduduk dunia(Penduduk CHINA kan1 billion) habis tu pendapat PERANCIS,UK mcmana, sebab tu Undi Popular tak di gunakan di PBB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 7:34 PM

AT FIRST I DONT UNDERSTAND BETWEEN POPULAR VOTES AND ELECTORAL VOTES, NOW IT IS CLEAR TO ME THAT POPULAR VOTES IS YOU COUNT HOW MANY PEOPLE VOTE FOR YOU FOR THE WHOLE OF MALAYSIA, WHEREAS ELECTORAL VOTES IS COUNTED ON HOW MANY SEATS YOU WIN. SURELY ELECTORAL VOTES IS MORE ACCEPTABLE AND FAIR TO THE PEOPLE AS A WHOLE AS EXPLAINED ABOVE.WELL DONE !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 8:33 PM

very good

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 9:41 PM

Laa.. baru ada hujah dan pencerahan nak lawan manispistol pr.. kalu sebelum pru kan bagus.. pasallah aku tak terpikir..atau think tank Blogger tak lwn dgn hujah senang nie.. huhuhu.. tapi kebayankan org2 susah yg kerja spt cleaner tmpt aku..rasanya.. dia dah fikir dah bennde nie.. aritu tanya.. negara ada duit byk mana nak bg free semua.. tak dpt pun kat kita org.. kehkehkeh

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 10:26 PM

mencanang undi popular bagi menipu raayat. mencari jalan untuk menghalalkan rusuhan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 11:01 PM

Salam Abang Din,
Ini satu lagi debat rhetorical yang penasihat-penasihat Anwar suka bawak ke tengah untuk dibesar-besarkan.
Macam kes gerrymendering, pengundi hantu, lampu hilang, yang sebenarnya tak kena mengena pun dengan cerita utama.
Saya nasihat kita buat macam Pakatan Robak bila video Chinadoll/Grabkotelaki/StopaAli keluar...iaitu buat dono je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 11:05 PM

bro din.. topic malam ni... how to topple malaysian goverment for dummies(tolong betulkan, english medio je)...1.jadikan sprm tak ada kredibeliti..rasuah tak boleh dirujuk ke sprm lagi..2..jadikan pdrm tak ada kredibeliti...polis makan rasuah... nak lapor ke sapa? ke sprm? rujuk 1..3.jadikan spr takda kredibiliti.. pengundi hantu?, blackaout... tipu undi? nak repot polis tak boleh sebab #2, nak report sprm? tak boleh rujuk #1..4.jadikan raja takda kredebeliti...5.jadikan atm hilang kredibeliti...5.pru.. kalah seprti jangkaan...6.buat himpunan protes...hasut...jadi bila nak report ke penguatkuasa undang undang semua dah di londehkan...jadi rakyat kena ambik tindakan sendiri... kita lawan...jadi la malaysia spring....ok tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2013 at 11:55 PM

A very good, clear explanation to the lay man. Excellent job!

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2013 at 12:15 AM

setuju, mantap gila. aku terkejut kerana artikel ni ada buat referencing to academic paper. cuma di bawah artikel patutnya diletakkan butiran referenced article.

apapun, artikel yang sangat bagus.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2013 at 1:01 AM

Ini info baru. Tq en. din. Ada copyright tak? Takde duit nak bayar saman harta intelek ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2013 at 7:55 AM

Undi popular yang kecoh2 ni hanya untuk pemangkin angan2 si Drama King. Berhati-hatilah kita kepada semua pelaku yang menjurus ke rusuhan. Tit for tat memang tak sesuai tapi apa pun kalau tercabar, hmm......


Djo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2013 at 11:08 AM

@AnonymouspADA FIRASAT HAMBA, AH JIB SENGAJA MENENTUSAHKAN SEBAB TSUNAMI CINA SEBAGAI MEREDAKAN KEADAAN DAN KERISAUWAN PENGUNDI CINA (KATA LAIN NAK AMBIL HATI). AH JIB TAU DAN DIBERITAHU SEBAB SEBENAR... TAPI CAKAP POLITIK TAK SAMA DGN CAKAPAN BIASA. CONTOH.. KALAU "TAK NAK BUAT" MAKA CAKAP POLITIKNYA IALAH "BELUM ADA CADANGAN" KALAU NAK MENGELAK KANTOI, MAKA CAKAP POLITIKNYA IALAH " ITU PENDAPAT PERIBADI"... SAMA-2LAH KITA NILAIKAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2013 at 11:13 AM

@AnonymousBagi saya, kita tiada pilihan selain terpaksa melibatkan semua kaum (kalau boleh) dalam kabinet... sebabnya ialah kerana kita majmuk, kedua supaya dipandang lebih terbuka, ketiga supaya tiada tuduhan kita menyisihkan kaum, keempat ialah supaya peranan sesuatu kaum dapat kita gembeling untuk kemajuan negara dan demi perpaduan. Tapi tahap peranan kaum yang menolak BN mungkin boleh dikaji dan dihadkan kesatu tahap yang berpadan dgn penolakan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2013 at 11:20 AM

@AnonymousBijak cara awak buat analisis.... memang itulah cara puak2 AlJubb ni dok buat.... cara yahudi.

....................
Reply To This Comment ...................
Pe'ah
May 10, 2013 at 9:36 AM

Cina via DAP hendakkan SAMARATA, tapi sori ya, kita kat Malaysia ni mengamalkan falsafah SAKSAMA!

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 3:29 PM

Syabas dn hebat penulis artikel ni.Bangga ada anak melayu mcm ni.

Sebenarnya undi popular ni digunakan di US terutama sekali dn sistem ini adalah sistem berpkas pd REPUPLIK!Ini semua permainan anwar ibrahim dn kuncu2 dia utk memesongkan minda golongan muda utk menyokong pembentukan negara REPUPLIK.

Apa yg si nuar dn pencacai dia laungkan mengenai undi popular ni sama la dgn segelintr penyokong bola sepka yg nk mnyedapkan hati.Contoh mcm ni:

Penyokong Chelsea yg tak mng EPL selalu ckp wpon diaorg tak mng EPL tapi diaorg dapatkan kalahkan pasukan juara iaitu MU.Maka Chelsea la plg layak jd juara.

Liverpool pulak kata wpon Liverpool x mng EPL tapi Liverpool ada top scorer iaitu Luis Suarez.Tp FA England main kotor dgn gantung dia 10 game menyebabkan dia hilg gelaran kasut emas pd RVP

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 11:11 PM

Kiranya undi popular ni cam Malaysian Idiot, Akademi Fantasia-sia, Mentrol, dan besepah2 lagi rancngn bajet popular kat tv kot. Belum tentu sang juara adalah yg terhebat di Malaysia, cuma popular kerana di undi banyak oleh sekelompok manusia, mungkin dari sesebuah kawasan yg tepu dgn ahli keluarga dan org kampungnya. Jadi kesimpulannya, manusia bajet popular dan gila kuasa & pengundi2 poyo berjaya dikesan meroyan seminggu 2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2013 at 5:49 PM

memang artikel yg bagus tp terlupa satu perkara bhwa electoral cllge pn ada kekurangannya..penduduk yg ramai tidak dapat di wakili dengan seadilnya..sbgai cth kampung sebelah ada sepuluh org shj tp ada satu wakil, dan kampung sblah lg ada 1000 org pn ada satu wakil..adilkah?pokoknya persempadanan yg di buat perlu adil..jika tidak kelompok yg ramai akan terus terpinggir dankurang diwakili..jgn lupa pd kebiasannya undi popular tidak jauh beza hasilnya dgn undi elektoral..tp dlm kes pru13 pihak yg menang besar dlm undi elektoral tp kalah teruk dlm undi popular??mengapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2013 at 1:43 PM

Artikel menarik, pru 14 nanti aku agak bn punya undi takkan sampai 40% pun, tapi bn menang sebab jumlah kerusi parlimen. Nak tgk jugak mcm mana bn memerintah dgn majoriti rakyat tak suka bn.

Post a Comment