........... Tun Mahathir Memang HEBAT ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Memang HEBAT !

Friday, May 17, 201315comments

Selepas keputusan PRU13 diumumkan, selepas reda sedikit kejutan Tsunami Cina, apakah yang dilakukan oleh Anwar ? 

Anwar meroyan keliling negara meraung, menagih simpati rakyat, melalak tanpa segan silu menonjolkan dirinya sebagai pemenang yang dinafikan kemenangan. Anwar menuduh SPR telah bertindak TIDAK ADIL secara BERPILIH dengan memilih kerusi2 tertentu bagi menafikan kemenangan PR. 

Sebab itu dakwa Anwar, ditempat2 yang SPR berlaku adil, PR menang sementara ditempat2 yang SPR bertindak tidak adil, PR kalah. Jadi Anwar mahu rakyat bangkit bagi membetulkan keadaan. SPR kena bertanggungjawab keatas kerusi2 yang PR kalah kerana bukti keadilan adalah kemenangan PR !

Maka mengembaralah Anwar keliling negara .......

Apa cerita Tun Mahathir ? Lama tak nampak muka Tun ......

Tun Mahathir juga mengembara tapi bukan memperjuangkan masalah kempunan peribadi.... Tun sibuk memenuhi undangan pemimpin2 luarnegara dalam mempromosikan Malaysia dan memperjuangkan maruah dan survival umat Islam seluruhnya !

Semalam di Munich, hari ini di Sarajevo ....


Gambar2 dari FB Saya Sayang Tun Mahathir - KLiK


Oya, yang ini paling menarik -

Seorang sahabat saya di Mesir telah berkongsikan muka hadapan akhbar Mesir baru-baru ini, di mana mereka telah mengatakan bahawa rakyat Mesir mengimpikan tiga orang pemimpin ini untuk menjadi pemimpin mereka. Cuba teka siapa mereka?

Salah seorangnya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad.


Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
May 17, 2013 at 3:49 PM

Salam Din. Mau meroyan org PR yang dok selalu fitnah Tun Dr.Mahathir bila dengar berita ni. Dulu dok percaya jugak fitnah depa tapi alhamdulillah sekarang saya tersedar yang finah itu sengaja diada-ada nak bagi buruk imej negarawan yang susah di cari hanti nih. Mmg diakui Tun Dr.Mahathir ada kelemahan tertentu tapi itu bukan alasan untuk kita 100% memfitnah atau memadamkan prestasi cemerlang dia semasa jadi PM. Islam terbela, pendidikan org Islam berjaya ditingkatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Dedak Ayam
May 17, 2013 at 4:11 PM

nnt ada yg kata dia nak pi survey tempat dia nak lari bila anwar guling BN....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:13 PM

We love u Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:15 PM

Tun M memang jadi idola umat Islam negara luar. cuma sebahagian umat Islam negara ini sahaja yang jenis tak tahu bersyukur..dah la jenis kufur nikmat, penuh pulak sifat dendam dan hasad dengki..langsung takde iman terhadap Qada' dan Qadar! anda semua tahu siapa mereka kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:24 PM

Semoga ALLAH memberkati hidup Tun berdua dan keluarga

Terpancar keikhlasan di wajahnya...

Walau apa pun pembangkang nk kata, aku ttp bersyukur dpt pemimpin mcm ni, sekurang2nya ada jasa pada rakyat dan negara...semua manusia ada kelemahan dan kesilapan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:25 PM

Tahniah Tun Dr.Mahathir yang masih disanjung dan disayangi oleh majoriti rakyat Malaysia dan dunia Islam.
Anuar Ibrahim juga disayangi oleh rakyat Yahudi diseluruh dunia tapi dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia berbilang kaum...itu perbezaan antara Tun Dr. Mahathir dengan Melayu Yahudi bernama Anuar Ibrahim...tak gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 4:26 PM

Kpd puak2 yg tak sedar diri (orang melayu)
Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada anda ..

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2013 at 5:16 PM

Ramai orang Melayu kini jumud dengan ajaran Kebencian yang dibawa oleh PAS-PKR-DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 5:40 PM

Fakta yang Anwar tak boleh tolak ialah Anwar merupakan bekas anak emas Tun M. Anwar diasuh menjadi pemimpin politik oleh Tun M sendiri sehingga mencapai taraf Timbalan Perdana Menteri. Tun M menjadi mentor politik kepada Anwar dan ianya merupakan satu keistimewaan yang tidak ada pada mana-mana pemimpin.

Tapi, apa yang berlaku selepas Anwar dipecat ? Anwar lupa jasa Tun M. Anwar fitnah Tun dengan mengatakan Tun berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Anwar ni umpama kacang lupakan kulit. Anwar sedar atau tidak, beliau terlepas peluang menduduki kerusi no. 1 adalah kerana berpunca dari dirinya sendiri. Bukan salah Tun M. Bukan salah UMNO. Bukan salah BN. Anwar langsung tak cermin diri sendiri. Malah suka menyalahkan orang lain.

Terbukti akhirnya, Tun juga tertipu dengan lagak alimnya. Jika Tun yang bijak bestari pun tertipu dengan Anwar, inikan pula rakyat jelata yang terpesona dengan kealimannya. Aku sendiri pun tertipu. Seluruh rakyat Malaysia pun tertipu. Rupa-rupanya Anwar masuk UMNO kerana mendambakan jawatan PM seperti yang diidam-idamkannya selama ini. Tapi Anwar salah langkah. Anwar ingat Tun tak sedar dengan tipudayanya selama ini. Tun M walaupun telah tertipu dengan Anwar, tapi telah membuat keputusan paling bijak dengan menyingkirkannya dari UMNO.

Anwar hampir-hampir nak membuat Malaysia menjadi muflis apabila ingin meminta bantuan IMF. Mujurlah Tun M sedar perkara ni dan bertindak pantas mengikat mata wang ringgit supaya tiada sesiapa pun boleh menjual-beli mata wang negara sesukahati. Tun M terbukti memang bijak dalam membuat keputusan berkaitan masa depan negara.

Bagi saya, Tun M adalah PM terbaik sepanjang zaman. Seorang pemimpin terulung yang hanya muncul setiap 100 tahun. Apabila saya menghormati dan menyanjungi Tun M, tidak bermakna saya taksub kepada beliau. Saya cuma mengenang jasa-jasa beliau dan berterima kasih kepadanya. Pelbagai anugerah telah beliau terima, sama di dalam negara atau di luar negara. Din, engko mesti ingat pasal seorang pemimpin PR yang pernah mendapat anugerah peringkat nusantara. Aku rasa anugerah tu setakat anugerah nyamuk jer bagi Tun.

Bagi saya, Tun M is the best !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 7:52 PM

Salam Bro Din.

Mengapa anuwar kemaruk nak jadi PM? Mungkin sebab dia dah sorok berjuta2 duit dalam bentuk RM500 dan RM1,000 di luar negara. Setiap bundle ni x sampai 1 inci tebal dah RM50K atau RM100K. Satu standard briefcase je dah boleh isi antara RM10-20 juta. Kalau laluan VVIP domestic dan international biasanya senang lepas tak banyak custom and imigration check lebih lagi atas alasan national or trade visits.

Sekitar 97' not ni dibatalkan oleh TDM dan RM tidak laku diperdagangkan diluar negara selepas suatu tarikh (maaf saya lupa) terutama S'pore utk mengawal kejatuhan matawang RM. Pasaran saham melalui CLOB ditutup dan berpuluh juta RM mengalir masuk semula oleh Cina kapitalis yang panik ke dalam negara.

Kebodohan Anuwar Menteri Kewangan ketika tu 96'-97' menaikkan kadar faedah dan memendekkan tempoh NPL dari 6 ke 3 bulan. Banyak peniaga mengalami hutang lapuk dan jatuh bangkrap; pengguna kad kredit dibeban dengan bayaran minima 10%, inflasi meningkat mendadak, Bank2 mengalami masalah kecairan modal dan si anuwar cuba meminjam dari IMF.

Kebijaksanaan TDM dan teamnya termasuk Tun Daim dalam mengawal dan tambatan matawang RM dari terus dimusnahkan oleh geng Yahudi George Soros. Semua blok sekutu US dan media kawalan konglomerat Rupert Murdoch mengutuk tindakan TDM. Negara pun x perlu meminjam dari IMF kalau tidak ekonomi dan matawang kita bernilai seperti rupiah je. Akhirnya mereka sendiri termasuk George Soros mengiktiraf tindakan dan angkat topi pada TDM.

Bila ekonomi kembali stabil semula pada 1998 masa SUKOM barulah Anuwar kena pecat disebabkan meliwat pemandu bini dia, dan orang Melayu pecah 3 oleh keparat ni yang menyorak reformasi dan mahazalim dan mahafiraun. Pengikut2nya merusuh dan merosakkan hartabenda awam. Si bangsat ni kena jatuh hukum atas salahguna kuasa, tapi atas tuduhan meliwat Mahkamah Persekutuan terpaksa melepaskan dia atas kesilapan teknikal tarikh kejadian di dalam kertas pertuduhan. Panel hakim bagaimanapun menyatakan percaya kejadian liwat ada berlaku tapi terpaksa membebaskannya atas sebab teknikal. (Ni boleh refer Malaysia Law Journal pun)

Cina kapitalis kembali sokong BN di PRU 1999 hanya kerana ekonomi stabil dan peniaga Cina ramai tak bankrap bukan kerana sayangkan BN atau TDM.

Jadi apa sebab dia meroyan nak jadi PM? Kalau atas alasan penipuan SPR, itu hanya tanggappan dia dan sekutunya saja, kalau atas percaturan dan pembangunan ekonomi dalam manifesto, nampak gaya macam nak lingkup negara ni. Atau mungkinkah semata-mata nak kembalikan semula not RM500 dan RM1000 yang disorokkan di Safe Deposit Box di bank-bank luarnegara? AG BNM Murad dulu pun pernah keluarkan SD anuwar dah salur keluar RM30B. Jadi fikir-fikirkanlah ye. Dari mana modal dia ke hulu ke hilir sejak bebas penjara?

Maaf Bro panjang lebar plak.

Djo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 8:13 PM

Kalau TDM betul mengamalkan rasuah, kronisma dan membolot harta, kenapa masa dia keluar UMNO dan dia dok gasak kerajaan masa tu, takda pun orang nak tahan, tangkap dan dakwa dia atau pun saman dia. Takkan langsung takde sekelumit bukti pun dan orang dalam kabinet kerajaan dia sebenarnya pun bukan semua sukakan dia. (Contoh: Nazri Aziz selalu gasak dia)

Pas cukup gembira masa tu dan sanggup nak usung dia ke hulu ke hilir untuk berucap tembak kerajaan. Kenapa tak saman fitnah ke apa ke?

Fikir-fikirkan la ye.

Djo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 8:48 PM

Bila teringat balik macamana anwar memfitnah Tun masa dia kena pecat dulu, memang teruk dan biadapnya perangai makhluk yang bernama Anwar. Satu Malaya dia heret.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 1:34 AM

Aikkk din, Rakyat mesir pilih TDM je ke? Gambar Anwar mana? Takkan makhluk sehebat anwar tak ada org nak jadikan pemimpin? Abis tu apa kedudukan penyokong anwar disini? Adakah hanya setaraf pengikut kaum nabi Lut? Tak patut..... Memang tak patut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 11:12 AM

Lol!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 2:08 PM

Tetiba aku rasa sebak dan terharu baca komen korang sume ni... thanks korang sedar pe jasa Tun Mahathir kt Msia, espc. nasib bangsa MELAYU yang beragama ISLAM.. tapi kenapa kt luar sane tak nampak?! Memang tak kenal diuntung kalau diorang sibuk nak ikot si Ketua Penipu tu. . huhu..

Post a Comment