........... Tun Mahathir Dalang Yang Menyediakan Modal Utama Manifesto PR ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Dalang Yang Menyediakan Modal Utama Manifesto PR !

Sunday, May 12, 201323comments

Petronas dikedudukannya sekarang banyak terhutang budi kepada kecekalan dan kebijaksanaan Tun Mahathir. Pro pembangkang hanya melihat kepada kekayaan yang dimiliki oleh Petronas semata2 dan kekayaan itu menjadi teras utama kepada Janji PR kepada rakyat setiap kali mereka berkempen. 

Semuanya bergantung kepada hasil Petronas. Baik royalti, penghapusan PTPTN, janji2 pembangunan ... segalanya bergantung kepada duit Petronas. Tapi pernahkah mereka berfikir siapakah yang bertanggungjawab meletakkan Petronas dimana ia berada sekarang ?

Ironinya, orang yang pembangkang paling benci itulah yang telah menyediakan kepada PR modal utama Janji manifesto mereka kepada rakyat iaitu kejayaan dan kekayaan Petronas.

Pro pembangkang mungkin tidak tahu Petronas tidak bergantung kepada hasil minyak tempatan semata2 sebagai punca pendapatannya. Mereka juga tidak pernah mahu berfikir bagaimana mahu terus memajukan Petronas kerana dalam kepala otak, mereka hanya nampak RM dan mereka hanya kisah bagaimana mahu membelanjakan RM itu saja. 

Bagi mereka hasil minyak tempatan tidak akan putus bekalannya sampai bila2. Mungkin dalam otak mereka juga beranggapan untuk mendapat hasil dari minyak adalah semudah mencangkul ditanah dan minyak akan mencurah2 keluar .....  tadah ngan besen dan terus jual di stesen minyak !

Artikel dibawah saya copy dari FB Saya Sayang Tun Mahathir yang menceritakan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Tun Mahathir ketika Petronas mula mencari tapak di Sudan.

Sekadar berkongsi maklumat supaya minda kita lebih berkembang, khuatir jika minda sempit maka makin mudah dipengaruhi oleh dakyah pemimpin2 pembangkang. Minda yang sempit tidak mungkin dapat menerima hakikat yang PR seharusnya berterimakasih kepada sumbangan Tun Mahathir kerana telah membantu menyediakan modal utama kepada manifesto PR iaitu kekayaan Petronas !





KISAH TUN DR MAHATHIR LEBURKAN KEANGKUHAN AMERIKA DI AFRIKA

1. Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

2. Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

3. Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

4. PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

5. Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.


6. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

7. Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

8. Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.




9. Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

10. Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

11. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

12. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

13. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.



14. PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

15. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

16. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

17. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh manusia seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.


Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 7:49 PM

Dengan pendedahan ini,kita dapat melihat kehebatan gabungan tun m dan petronas.Yang sedihnya ,ramai bijak pandai -bijak pandai terutama dari pihak sana mencemuhnya dgn pelbagai gelaran.Aduh!!.......buta dah ke mata,gelap dahkah ke hati. Barangkali duit adalah segala galanya.Tuhan no 1 mungkin.Dipengakhirannya hanyalah kemewahan dan kekuasaan.

....................
Reply To This Comment ...................
zethro
May 12, 2013 at 8:16 PM

Tun Mahathir dihormati dan disegani di seluruh dunia... Samada dr pihak Non-Muslim (China, Jepun, Korea) dan juga pihak Muslim (Arab Saudi, Sudan, Bosnia)...
Cuba tanya pihak belah sana tu, pemimpin mane yg setanding ngan Tun Mahathir di peringkat antarabangsa? Kalo x setanding pun, yg ke arah tu pon jd la...
Najib walaupon blom setanding, tp insyaAllah beliau boleh meneruskan legasi yg ditinggalkan oleh Tun M utk Malaysia terus maju ke depan... Tgk je la brape ramai pemimpin dunia yg bg ucapan tahniah aritu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 8:58 PM

Tun M adalah seorang pemimpin yang genius, berpandangan jauhl dan rajin membaca. Beliau adalah perdana menteri terbaik sepanjang zaman. Malah, ada negara yang berminat nak jadikan beliau sebagai pm bagi negara mereka.

Cuma, sepanjang perkhidmatan, beliau pernah melakukan satu kesilapan jer iaitu membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Jasa-jasa beliau pula adalah terlalu banyak untuk dihitung satu-persatu. Tapi bagi saya, jasa beliau yang paling besar ialah membebaskan Malaysia dari Krisis Ekonomi 1997 dengan menolak tawaran IMF dan memecat Anwar pada 1998.

Sekarang ini, apa yang saya nampak seolah-olah semacam ada usaha untuk memasukkan orang cina ke dalam PETRONAS. CEO PETRONAS mesti dipegang oleh Melayu. Cuma, saya tak nampak Melayu menguasai ruang niaga di KLCC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 9:03 PM

Masyaallah, baru tahu. Hebat betul Tun. Pembangkang ni memang muka tak malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 9:25 PM

very good post!

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 12, 2013 at 9:27 PM

Even when I am in PAS, where many were antiTun M, to me Tun M is a respectful and brilliant leader. Dan utk mrk yg tak tahu berterimakasih sesama makhluk mk mrk juga tidak bersyukur kpd Khaliknya. Dan ingatlah ! bila bersyukur akan ditambah dan jika tidak bersyukur, azabNya pedih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 9:33 PM

Oh...ayahanda.....ayahanda yang dihormati dan dikasihi, malang sungguh segala usaha ayahanda hari ini mau dikaut, diguna sehabis mungkin malah mau diharirayakan selunyai-lunyai kerana hati sudah busuk menggunung malah kebusukkan sudah sampai kemulut. Maka merata rata dijaja betapa dia yang sebenarnya penyelesai kepada krisis matawang 1997 dan sahabat karibnya tanpa segan silu mendakwa bahawa dialah yang sebenarnya membawa pulang GUTHRIE semula kepangkuan Negara. Aib dan tidak ada kemaluan langsung betapa krisi air di Selangor hingga kini tidak dapat diselesaikan, tapi jangan risau para penyokong mereka di Selangor bahawa mereka boleh minum air kencing pemimpin ini kerana banyak galian dan zatnya.

Malang lagi; ayahanda Mahathir ini masih mempunyai seteru seteru yang tidak sahaja bertopeng-topeng dan bermuka-muka didepan dan dibelakang tetapi terus menerus tanpa mengenal penat dan lelah. Kita bermula dengan timbalan nya yang berduri dalam daging, kemudian timbalan gila lubang belakang dan timbalan lembik baik yang Berjaya sampai ke puncak habis semua dirosakkan yang hingga kini dia sendiri tidak tahu apa yang telah dirosakkan.

Dan hari ini.....bukan sahaja Prime Ministerrrr in-waiting malah Menteri Besar dalam senarai tertonggeng terpongkah dipinggir ditepi kali yang berarus dengan minyak....kurang pasti minyak apa? Meninggalkan amanat bahawa jangan disekali-kali kendurkan tuntutan tapi sentiasa tegangkan tuntutan nasfu – nak belajar lebih arif dan mulia lagi Tanya sicelana putih, nak lebih hebat lagi Tanya Al-jub bisawap.

Begitulah hendaknya di Malaysia lain yang berusaha dengan segala kebijaksanaan yang lain berusaha juga tapi bagaimana mau dilapah tanpa sebarang usaha dan belas ikhsan. Terima kasih....terima kasih Ayahanda.......maafkan kami kerana tidak sebijak ayahanda tapi lebih pintar dari ayahanda dan saudara seislam ayahanda dalam memperosak dan mengolok gadai harta ini. Amin..............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 9:37 PM

ayooo......very good post... aaaa .....naler post amaa...apaaa.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 9:42 PM

Din aku ingin lari topik sikit ... iaitu berkenaan penggunaan cap jari dan kad pengenalan dalam mengesahkan identiti pengundi ... aku amat bersetuju sistem biometrik digunakan bagi menggantikan dakwat kekal yang tak berapa nak kekal itu ... gunakan cap cari pengundi di mana cap jari pengundi discan dengan menggunakan alat scanner cap jari (sama dengan yang digunakan oleh pihak bank)... jika cap jari pengundi sama dengan dalam sistem data komputer pejabat pendaftaran atau dalam sistem data spr barulah pengundi berkenaan boleh mengundi ... disamping itu kad pengenalan juga discan dengan menggunakan scanner yang boleh membaca data yang disimpan di dalam kad pengenalan dan pengesahan secara talian sistem komputer dengan jabatan pendaftaran negara maka maklumat di dalam kad pengenalan ini boleh disahkan bagi mengelakkan penggunaan kad pengenalan palsu atau kad pengenalan dipalsukan ... inilah baru sistem bertaraf dunia ... dan semasa pendaftaran dengan spr setiap pengundi perlu disimpan data cap jarinya dalam sistem spr agar data cap jari tersimpan di dalam data maklumat spr ... seperkara lagi sekiranya pengundi mahu bertukar tempat mengundi dia hendaklah hadir sendiri dan mengisi borang pertukaran alamat ... sekali lagi cap jari pengundi digunakan untuk mengsahkan bahawa mereka mahu bertukar tempat mengundi ... ini boleh mengelakan manipulasi agen parti untuk memindahkan tempat pengundi mengundi ... maaf lari tajuk tapi aku rasa perlu diketengahkan untuk pru 14 ... kerana perbelanjaan untuk membina sistem cap jari dalam pengkalan data spr memerlukan peruntukan kewangan yang banyak ... dan pengabungan sistem pengkalan data spr dan pejabat pendaftaran bukanlah perkara yang mudah ... ianya memerlukan perancangan dan tindakan yang berkesan ... tetapi bagi aku sistem ini adalah sistem yang paling berkesan ... ianya dapat mengelakan pengundi hantu c... yang tak terkesan seperti blog pro-kerajaan dedahkan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:23 PM

Semoga negarawan yang sangat humble ini diberi ganjaran besar diakhirat. Meskipun tidak berilmu agama yang tinggi, tapi jasanya kpd ummah adalah melebihi dari kebanyakan ilmuan agama. Kalau nak dibanding dgn aljubbb, ibarat langit dgn bumi, ibarat racun dengan penawar.
Pemimpin sepertinya hanya datang sekali dalam ratusan tahun......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:28 PM

Sekalung bunga untuk admin menyiarkan berita ini. Berterus terang saya menyatakan sememangnya tidak diketahui langsung akan perkara ini. Tun adalah seorang arkitek yang telah berjaya membangunkan negara. Jasa Tun M akan tetap dikenang dan akan menjadi lipatan sejarah.

Pembangkang hanya berkepandaian menghabisi segala apa yang telah dibina oleh Tun. Mungkin orang orang Cina telah melihat satu area untuk mengembangkan ekonomi mereka jika berjaya merampas Putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:30 PM

@Anonymous

oh ya! cakap pasal KLCC, saya nah juga tau apa citer Puan Sherifah yang sdr admin pernah siarkan dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:33 PM

@zethro

tak nampak sikit pun Najib punyai potensi. sikit pun tak sangkut rasanya. kalau Anuar macamana, boleh tak dia antuk Tun Mahathir. dia pun banyak penyokong diluar negara. ramai juga orang kenal. (mungkin dengan kebodohanya kot).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:36 PM

@Anonymous

kalau ada kuasa pun tapi tak bijak tak guna jugak. nanti kena pijak. negara kalau tak kena jual pun nanti kena pajak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:40 PM

Orang cina telah pun masuk ke dalam petronas sejak petronas dapat ceo baru. Dulu masa tan sri hassan merican, semua jawatan penting dan pengurusan semuanya bumiputra.bahaya nya bila dah ada cina dijawatan tinggi, dia pun akan masukkan cina konon nya atas dasar meritocracy. Kepala hotakmdia, selama ni petronas berjaya bawah tan sri azizan dan hasan merican, tak payah pakai cina pun. Imno perlu ambil tindakan supaya pengambilan cina dihentikan segera.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 10:43 PM

@AnonymousSaya hanya melaporkan saja tapi kalau tuan punya badan tidak mahu beri kerjasama dengan memberi info, tidak ada apa yang mampu saya lakukan.

Sebelum inipun saya tulis berpandukan info yang diberikan. Saya tidak mahu memandai2 reka cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 10:48 PM

ADA SEBABNYA kenapa banyak negara luar menghormati Tun Mahathir dan perghargaan diberikan tanpa sebarang prejudis. Sayang, sesetengah rakyat Malaysia sendiri sengaja membutakan minda mereka .... demi melampiaskan nafsu kuasa politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 10:56 PM

Lagi bukti betapa bodohnya pembangkang di negara ini..

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 11:53 PM

@AnonymousAda yang sambung komen .... ni yang malas kalau lari topik ni. Maaf, saya tak siarkan. Nantilah saya siarkan artikel berkenaan dakwat kekal vs biometrik ni dan semua boleh komen sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 1:13 AM

en din mohon share ye...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 1:50 AM

Sedih sebilangan staf2 petronas sendiri mengagung2kan pembangkang...memang tak sedar diri betul dan sgt bodoh kerana keputusan berdasarkan emosi semata2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 9:26 PM

Maklumat yang tidak pernah aku terbaca atau dengar. Syabas Din... pun begitu memang aku telah menduga bahawa sandran utama manifesto pr dalam pru 13 adalah PETRONAS, Felda dll... GLC!

Mereka ini macam perompak yang nampak kekayan milik orang kaya. Mereka minta sokongan orang ramai agar usaha merompak itu berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2013 at 1:55 PM

Merompak ala2 Robin hood ler tu...

Post a Comment