........... Tun Mahathir - Artikel2 Untuk Kenali Tun Lebih Dekat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Artikel2 Untuk Kenali Tun Lebih Dekat

Saturday, May 18, 20134comments


Semasa melihat2 kembali arkib Utusan Malaysia sekitar waktu penyerahan kuasa Tun Mahathir kepada Paklah 31 Oktober 2003, saya terperasan begitu banyak artikel2 yang ditulis sebagai penghormatan kepada Tun. 

Selama beberapa hari Utusan memaparkan kembali nostalgia beberapa pemimpin dan kenalan Tun mengenai apa yang mereka ingati mengenai Tun. 

Sempena hujung minggu ni, saya ingin berkongsi link-link berkenaan. Bagus jika anda ingin mengenali lebih dekat lagi tokoh Negarawan Ulung negara ini.

Saya letakkan link2 untuk artikel2 tertentu dan dibawah sekali saya letakkan link arkib Utusan untuk 3 hari berkenaan, anda boleh pilih sendiri topik yang ada....

                            ***********************

``Mereka tidak pernah lupa diri dan sombong... itulah yang saya paling sanjung mengenai sikap mereka,'' katanya.

Menurut Aishah, beliau mengenali Dr. Mahathir tetapi bukanlah sebagai kawan yang boleh `bertepuk-bertampar'.

Kata Aishah, beliau pun tidak pernah nampak Dr. Mahathir `bertepuk-bertampar' dengan sesiapa.

Artikel Penuh: KLiK

``Banyak di antara kita yang marah kerana kritikan dan desakan yang dibuat sudah kelihatan seperti satu penghinaan kepada orang Melayu sendiri.

``Tetapi pada saya ia bukan penghinaan tetapi satu taktik provokasi Dr. Mahathir bagi membangkitkan kesedaran di jiwa orang Melayu.

``Kemarahan yang meluap-luap membuatkan orang Melayu bangkit dan berazam untuk membuktikan kritikan Perdana Menteri salah.

``Hasilnya dalam tempoh 20 tahun ini orang Melayu telah menjadi satu masyarakat yang berani berhadapan dengan cabaran khususnya di kalangan golongan muda dan terpelajar,''

Artikel Penuh: KLiK

Kronologi Politik Tun Mahathir - KLiK

``Saya bangga dapat menggunting rambut orang yang terkenal di seluruh dunia,'' kata M. Mohan Muthupandithan apabila ditanya perasaannya menggunting rambut Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sejak 1997.

Artikel Penuh: KLiK

Dr. Mahathir merupakan orang pertama yang dapat mencium rancangan British dan dia juga yang menggerakkan rakan-rakannya di kolej untuk membantah rancangan penubuhan Malayan Union.

Artikel Penuh: KLiK

Tun Mahathir Selamatkan Maruah Sistem Beraja - KLiK

Sejarah Kot Nehru yang dipakai Tun Mahathir - KLiK


Ketika berlangsungnya Dialog Antarabangsa Langkawi pada tahun 2000, seorang peserta dari Zimbabwe, Dr. Ruth Labode, mendedahkan kebimbangan negara-negara Eropah bahawa Malaysia, diketuai oleh Dr. Mahathir Mohamad yang sejak lama dahulu lantang mengkritik negara-negara maju, mahu menjadi `godfather' kepada negara-negara Afrika.

Perdana Menteri Lesotho, Pakalitha Bethuel Mosisili dan Presiden Mozambique, Joaquim Alberto Chissano ketika diminta mengulas tuduhan Eropah itu dengan secara tegas menanyakan semula; ``Apa salahnya?''.

Artikel Penuh: KLiK


`BAGI saya insan bernama Dr. Mahathir Mohamad, merupakan seorang suami dan pemimpin yang cukup ideal dan sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya.

``Tanda kasih dan menghargai apa yang dilakukan oleh isteri yang disayangi itu dapat dibuktikan di mana sesekali beliau akan menghantar anak-anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur bagi membolehkan pasangan itu memadu kasih,'' kata Tun Fatimah Hashim wanita pertama dilantik sebagai menteri kabinet.

Artikel Penuh: KLiK

Samy Vellu berkata, ketika menghadapi masalah untuk menubuhkan Kolej Tafe, Dr. Mahathir mendengar punca yang menyebabkan kesukaran untuk menubuhkan kolej tersebut.

``Selepas saya memberi penjelasan tentang masalah itu, beliau bersetuju untuk membantu membuka kolej berkenaan bagi meningkatkan kecemerlangan masyarakat dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara,'' jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM8 juta untuk membina kolej berkenaan dan setakat ini lebih 22,000 pelajar kolej itu telah berjaya dalam pelajaran mereka.

Artikel Penuh: KLiK

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 3:01 PM

Salam Bro,

Apa email add? Tq

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 3:04 PM

@Tulang Asaldinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 8:08 PM

Dr Mahathir Pemimpin Nadir.
Mingguan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2013 at 12:51 PM

Mengalir air mata sy abg din bila mengenangkan balik saat2 31/10/2003..Dh hmpir 10 tahun pon tapi masih terasa aura pemerintahan Tun M yg mmg tiada galng ganti.Mujur Allah memanjangkan usia Tun M hingga skrg supaya beliau dpt terus memberi tunjuk ajar pd pemimpin kita.

Bila kenangkan balik peristiwa 31/10/2003 membuatkan sy makin benci pd PAK LAH! Apa yg terjadi hari merupakan LEGASI TINGGGALAN PAK LAH!

Post a Comment