........... Takkan Melayu Hilang Di Malaysia ! - Zairil Christopher Lim | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Takkan Melayu Hilang Di Malaysia ! - Zairil Christopher Lim

Wednesday, May 15, 201315comments


Tak Akan Melayu Hilang Di Malaysia  !  !  - Zairil Christopher Lim


“Pertama, dari segi demografi. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terbesar. Masyarakat Cina dalam 25 peratus dan semakin mengecil. Masyarakat Melayu semakin membesar. Kalau ikut trend demografi, sampai bila-bila pun, masyarakat Melayu akan menjadi masyarakat yang terbesar di Malaysia. 

Apakah ungkapan keramat Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Didunia merujuk kepada bilangan fizikal orang Melayu ? Atau ia merujuk kepada MARUAH dan KETUANAN MELAYU ?

“Dari segi undang-undang. Semua kedudukan keistimewaan hak orang Melayu adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang tidak boleh dicabar oleh siapa-siapa termasuk parti DAP. Jadi, sampai bila pun, tidak akan hilang,” katanya.



Oooooooooooooo ...... jadi Dap kira ikut sama mengiktiraf, menghormati dan menjunjung hak Melayu ? Dari laman Dapmalaysia.org - Vision & Mission


Tambahnya, “ketiga, dari segi Raja-Raja Melayu. Macam mana pun Raja-Raja Melayu akan jadi pelindung kepada hak-hak orang Melayu. Jadi, tiga-tiga sebab ini adalah hakikat bahawa kuasa Melayu tidak akan hilang di negara Malaysia. Tidak mungkin.” - Sinar


Cina mungkin tidak akan berkuasa sepenuhnya secara direct ..... bagaimana kalau secara PROKSI / Pengaruh ? Ramai Melayu yang gilakan kuasa sanggup menjual maruah bangsa, rela menjadi proksi kepada cina Dap ..... hanya memakai GELARAN sebagai pemerintah tapi tunduk melutut dan terkencit bila disergah Dap.
 
Memang licik sekali permainan Dap ........

Oya, sampai sekarang saya masih tidak tahu apakah itu HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU yang terkunci kemas dan termaktub dalam Perlembagaan. Kalau tahu, bolehlah kita bandingkan apa yang dikatakan terkunci kemas itu dengan apa yang berlaku di dunia nyata. Mana tahu ... kot2 dah bocor, kenalah kutip balik dan baiki kuncinya.

Anda tahu ? 

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 9:29 PM

macam lesen ali baba! klu bilangan melayu ramai knapa tiba PRU 13 ada majoriti cina di tmpt2 tertentu pulak? cer citer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 9:37 PM

Betul juga,Apa sebenarnya Hak Istimewa melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 9:51 PM

cup cup cup din. nok tanya mung sket. zairil Christopher lim ni zairil khir johari ke? ke org lain?

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2013 at 9:58 PM

@Anonymoushttp://mymassa.blogspot.com/2013/01/nama-asal-zairil-christopher-ross-lim.html

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2013 at 10:52 PM

Selalu tgk video phimpunan blackout #505. Selain kegagapan yb dap bbahasa melayu,anjakan paradigma pas mmg terserlah!!wau hebat.dulu dlm amanat hadi awang org bkn islam xlayak jd pemimpin,xblh kawan...malas nk ulang point2 amanat,en din pandai...tp skrg,pas sniri yg diatas pentas menjulang cina.kutuk melayu kata resis. Wau!klw en din blh dengar sniri hujah pemimpin lama pas(xtau nama),langkah mayat saya dulu klw nk lawan cina. Wau wau wau weeee....
ps:lebih baik jgn tgk,point yg sama brulang merata tempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 10:53 PM

Pada pendapat saya, meritokrasi membunuh hak istimewa orang melayu. Sebagai contoh, meritokrasi dalam pemilihan untuk biasiswa, tajaan pengajian, kemasukan ke asrama penuh dan universiti. Bagaimanakah peluang untuk pelajar2 melayu luar bandar yang hanya mempunyai akademik sederhana. Kaum kiasu akan menguasai biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian kerana mereka adalah kelompok pelajar yang cemerlang. Bagi saya, ini adalah persaingan yang tidak adil kerana kekangan terhadap pelajar Melayu.

Itu di sektor pendidikan. Bagaimana pula di sektor perniagaan? Meritokrasi juga membunuh kontraktor melayu. Ini kerana mereka sudah pastinya terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi kiasu yang sudah tentunya mempunyai modal yang besar untuk membida tender kerajaan. Adalah satu kesilapan apabila DEB dimansuhkan. Pembahagian kek ekonomi untuk melayu pun masih belum mencapai sasaran 30%. Sampai bila melayu harus terpinggir hanya kerana memenuhi kehendak kiasu bahawa setiap rakyat Malaysia mesti diberi ruang dan peluang yang sama atas dasar keadilan dan hak asasi manusia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 11:07 PM

Ada potong ke ni mamat@apek?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2013 at 11:08 PM

Ooooo... dah masuk Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2013 at 11:10 PM

Christopher Howard Lim.......dia ni bukan melayu, jangan terpedaya dengan nama Zairil Khir Johari.....dia bukan melayu dan tiada hak bercakap soal melayu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 1:22 AM

tak hilang tapi kena dengar cakap tokong nak buat apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 6:17 AM

slmkum
zaril ni dlm proses mntentermkn keadaan semasa.Dlm msa yg sama puak2 red bean cybertropper dlm proses memporakperandakn negara.Anak tiri khir johari ni tidak ikhlas.

wawa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 8:10 AM

melayu akan hilang wahai zairil christopher lim..

buktinya? ngko sendiri la. BUKAN MELAYU TETAPI MENGAKU MELAYU. tak malu ke hah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 9:39 AM

nak tanya je kepada pencacai2 Pengencing Rakyat semua tu, di Singapura ada tak sekolah vernakular cina semua tu? di sngapore ada tak ISA?

....................
Reply To This Comment ...................
May 16, 2013 at 2:15 PM

Din Penyu,

kalau nak tau hak2 yang terkunci kemas yang ada kat depan mata tapi tak nampak, necafe tarik kurang manis satu jom share fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 4:16 PM

https://katasayang.wordpress.com/2012/07/29/takkan-melayu-hilang-di-dunia-topsy-turvy/
...

Post a Comment