........... Kemaskini - TAHNIAH UMNO TERENGGANU ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini - TAHNIAH UMNO TERENGGANU !

Monday, May 6, 201310comments

Untuk Negeri Terengganu - BN masih mengekalkan kerajaan negeri dengan kemenangan 17-15

Akan saya update nanti .

Keputusan Rujuk - KLiK

Kerusi2 yang dimenangi Umno -

1 - N1 KUALA BESUT

2 - N2 KOTA PUTERA 

3 - N3 JERTIH

4 - N4 HULU BESUT

5 - N5 JABI

6 - N6 PERMAISURI

7 - N7 LANGKAP

8 - N8 BATU RAKIT

9 - N11 SEBERANG TAKIR

10 - N20 PENGKALAN BERANGAN

11 - N21 TELEMUNG 

12 - N23 KUALA BERANG

13 - N24 AJIL 

14 - N25 BUKIT BESI

15 - N32 AIR PUTIH

16 - N30 KIJAL 

17 - N29 KEMASIK

 

Dari SINAR

BN menang tipis, kekal di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga. 

 
Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun.


Antara kerusi Dun di bawah Parlimen Setiu yang sah milik BN adalah Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.


BN juga masih mengekalkan kuasa di Parlimen Besut dengan menguasai kerusi Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.


Sementara itu, Pas mampu menarik nafas lega apabila menang bergaya dengan menguasai semua kerusi Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk di bawah Parlimen Kuala Terengganu.


Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.


Bagi Parlimen Kuala Nerus, BN hanya berjaya merebut satu kerusi iaitu Dun Seberang Takir, sementara kerusi Dun Tepuh, Teluk Pasu, dan Bukit Tunggal dikuasai Pas.


Dalam pada itu, Pas juga berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Parlimen Marang iaitu Dun Alur Limbat yang sebelum ini dikuasai BN, Bukit Payung dan Ru Rendang,
manakala hanya satu kerusi sahaja menjadi milik BN iaitu Dun Pengakalan Berangan.


Dungun pula menyaksikan Pas berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Paka, Sura, dan Rantau Abang sementara BN hanya berjaya menguasai kerusi Dun Bukit Besi.


Di Hulu Terengganu, BN kekal di tiga kerusi yang disandang iaitu di Ajil, Kuala Berang dan Telemung manakala Manir masih kekal dikuasai Pas.


Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2013 at 1:45 AM

Some head will roll to account for this dismal performance. Salah peringkat yang mencadang ke, yang menetapkan senarai akhir?

Well...muhasabah la sungguh2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 1:52 AM

Kita dapat lihat politik pakatan telah memecah belahkan melayu dengan teruk. PAS sendiri tertipu dengan rakan2 pakatan. Padahal PAS adalah Melayu dan Islam. UMNO juga Melayu dan Islam. Lihat lah keputusan. Situ pun kita dapat lihat "siapa" yg raih untung. Sudah2 lah Melayu, marilah kita duduk semeja dan bina kembali Tanah Melayu kita. Berpegang lah dengan tali Allah. Allah sudah bagi peringatan. Kita memang bangsa yang murah hati dan mengenang budi tapi orang lain tidak mau berkongsi sifat mulia ini sekiranya mereka ada kuasa. Sabah dan Sarawak juga bangsa melayu kerana itu sifat sama dengan kita. Tolonglah renung kembali apa yg saya tulis ini. Kalau di Terengganu BN menang, apa lah salahnya kalau PAS sama2 majukan Terengganu. Maju ekonomi maju agama selari. Apalah salahnya kalau BN menghulur tangan persahabatan, persaudaraan. Bukankah org2 islam bersaudara? Ini negeri kita, tanah air kita. Sama-samalah kita menjaga tanah ini. Disini Darul Iman, beriman kah kita kalau masih bermusuh. Saya rakyat biasa, menangis melihat sesama kita tidak bertegur sapa. Pemimpin lah yang patut menunjuk tauladan. Buang lah ego dalam diri Tuan2, Dato2. Marilah kita berpimpin tangan membangun dan menjaga negeri kita. cukuplah ancaman dari PRU kali ini yang telah memainkan emosi orang Melayu. Bersatulah demi Agama, Bangsa dan tanah air agar ketika kita menutup mata, anak2 dan cucu2 masih ada ketuanan di tempat asal kita..... Din, tolonglah samapaikan message ini kepada kedua2 pihak .... terima kasih. wasalam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 5:51 AM

salam,

orang kat atas memang berbaik. tapi penyokong tak boleh kasi baik. sifat marah kepada umno kena diteruskan kerana kejayaan akan tercapai. so, umno sahaja yg menjadi marahan rakyat. apa perancangan umno untuk terus kekal berkuasa? perlu menelan ubat pahit yg banyak untuk memperbaiki dan lebih kukuh. moga Allah bersama kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 7:03 AM

So..nak buat lagi masjid dlm air? Ini semua faktor mata sepet..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 7:09 AM

najib terus komited membantu cina ...
najib akan terus menambah bantuan kepada cina ...

cina akan terus menjauh daripada bn ...
najib akan terus mengejar bn ...
sama seperti anjing mengejar bayang-bayang ...
makin laju dia berlari ke arah bayang-bayangnya ...
makin laju bayang-bayang itu lari darinya ...
dan najib akan terus mengejar bayang-bayang itu ...
din engkau pi pelempang najib itu ... agar dia sedar dari mimpinya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 8:20 AM

Saya rasa cukup-cukuplah najib nak membantu sekolah SJKC. Berjuta-juta telah ditaburkan kepada sekolah-sekolah berkenaan. Tapi apa hasil yang Najib dapat ? Undi dari kaum Cina ? Boleh dikatakan majoriti kerusi yang ditandingi MCA kecundang di tangan DAP. Orang Cina lebih sayangkan DAP dan itu adalah satu hakikat yang mesti diterima Najib.

Banyak lagi sekolah-sekolah kebangsaan yang terletak di luar bandar yang memerlukan pembelaan sewajarnya. Undi orang Melayu adalah fix deposit bagi BN. Inilah yang sepatutnya Najib lakukan. Bukannya dengan memanjakan sekolah milik kaum yang tak reti nak berterima kasih. Bantuan diaorang nak, tapi undi kepada DAP.

Sekarang ni, Johor bakal menjadi hub utama bagi korporat Singapore meneroka pelaburan baru yang lebih menguntungkan. Bayangkanlah 3 negeri dah dalam genggaman DAP iaitu Penang, Selangor dan Johor yang merupakan negeri termaju di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
May 6, 2013 at 8:45 AM

Kejutan ke atas UMNO T'ganu. Memang tak dijangka. Harap² UMNO T'ganu buat post mortem dedalam dalamnya. Pilih calon² yg lenih berwibawa dan mudah didekati rakyat adalah resepi utama kemenangan. Banyakkan calon orang yg ada background agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 10:47 AM

Betul ramalan artikel mu din. 50_50. Memang umno ganu nak kalah. Mereka perasan kuat bangat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2013 at 12:22 PM

Heh aku igt BN kaloh doh kt tganu.doh sape die mb ni? Xsoh kate mat said pulok lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:01 PM

MB Kita kenalah susun strategi mendekati belia dan banyakan peruntukan untuk program belia. Tak sah nak sebuk sangat dengan pembangunan kawasan yang kalah

Post a Comment