........... TAHNIAH PAS ! Demi Kebenaran, Pas Fail Petisyen DUN Seri Serdang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH PAS ! Demi Kebenaran, Pas Fail Petisyen DUN Seri Serdang !

Monday, May 27, 201324comments

Dilaporkan Pas akan memfailkan lebih 18 petisyen di mahkamah bagi mencabar keputusan PRU13 yang didakwa meragukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, petisyen itu yang membabitkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dun akan difailkan dalam masa terdekat. - SINAR 


DIPERCAYAI kerusi DUN Seri Serdang berada ditempat teratas dalam senarai petisyen itu. Ini berdasarkan BUKTI yang dikemukakan oleh ADUN Seri Serdang sendiri yang mengesahkan kejadian 'Blackout' seperti gambar yang didakwa palsu oleh SPR itu BENAR2 BERLAKU  -



Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3  Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.
SINAR



Mengikut sumber2 yang saya tak berapa yakin kesahihannya, YB Noor Hanim akan melepaskan kerusi yang dimenanginya dengan majoriti 16,251 undi sekiranya mahkamah masih terus mengiktiraf keputusan PRU13 pada 5 Mei baru ini.

Sumber sama mengatakan, YB Noor yakin dengan kejadian Blackout yang berlaku dan demi menegakkan kebenaran, beliau akan pastikan rakyat di Seri Serdang mendapat keadilan sepenuhnya.

Maknakata, satu Pilihanraya Kecil sudah PASTI akan diadakan walau apapun keputusan hakim terhadap petisyen yang parti Pas kemukakan.

TAHNIAH YB Noor @ Pas..... Saya TABIK YB ! !

PS - Saya baru menerima satu sms yang mendakwa dirinya YB Noor ! Tapi saya tak berapa yakin .....apapun menurut SMS itu - ' Terimakasih saudara dinturtle kerana menyiarkan artikel blackout di Sekolah Serdang itu. Untuk pengetahuan saudara dan pembaca2, setiap hari saya memegang jawatan wakil rakyat bagi kerusi DUN Seri Serdang saya berasa bersalah dan berdosa kerana disebalik kemenangan saya terdapat unsur2 penipuan oleh pihak SPR. Makanya saya mahukan keadilan buat rakyat Seri Serdang. '

Payah saya nak percaya .... tapi takperlah, saya siarkan juga...



Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 3:46 AM

jika benar pun undi tetap dikira dgn wakil2 dan mereka menang besar, dan adalah selamt untuk pilihanraya semula bagi mereka dan dibuat utk tujuan membatalkan seluruh keputusan yg lain, nak letak sila lah letak jika tak mahu tunggu keputusan petisyen pun bagus, petisyen yg lain tak ada kaitan dgn tempat ini dan pengerusi spr tak boleh nak tahu perkara yg berlaku di beribu tempat kira undi dan statement beliau tidak mnjejaskan apa2 berbanding tuduhan2 berniat jahat yg berleluasa hanya kerana mereka kalah keseluruhan...

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2013 at 6:46 AM

kenapa dah 3 minggu lepas mengundi baru nak bersuara????? lepas habis dah orang bincang pasal blackouts yg TIDAK terjadi (disahkan sendiri oleh pehak pembangkang di bentong umpamanya).. tup tup ada blackout pulak di serdang.. kenapa tak lodge report serta merta kalau sahih sangat? atau adakah 'somebody akan dijadikan sacrificial lamb demi nak pertahan yg tidak benar?" pening lah..

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2013 at 6:48 AM

ada juga kemungkinan dia sanggup buat ni sebab congak2 tengok margin sangat comfortable, jadi andainya kena buat pilihanraya kecil sekalipun, dah jangka boleh menang balik. mainan politik semata2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 6:53 AM

betul ke wat nganying ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 7:02 AM

Saya tak faham Din.....

SPR didakwa telah melakukan penipuan dengan sengaja memblackoutkan saluran 3 semata-mata demi memberi kemenangan kepada YB Nor. Maknakata, YB Nor nak menang dengan cara bersih dan tiada keraguan langsung. YB Nor pulak rasa tak senang hati kerana menang atas sebab penipuan. Kira nak mendapatkan keadilan bagi pihak penduduk kerana mendakwa SPR telah tipu mereka..

Aku kata, kalau dah menang tu, menanglah. Nak bising-bising lagi buat apa. Hanya kerana blackout kat satu saluran mengundi, semua saluran mengundi dalam dun Seri Serdang mesti dibubarkan. Maksudnya, penipuan blackout kat satu tempat membuktikan penipuan oleh SPR juga berlaku kat tempat-tempat lain. Lainlah kalau tempat-tempat yang lain pun blackout juga.

Aku rasa YB Nor bangga konon sebab dapat tangkap SPR melakukan penipuan dalam pengiraan undi. Jadi tak sabar-sabar nak dedahkan pada seluruh negara tentang penipuan tersebut. Tapi malangnya kes ni adalah terlalu lemah kerana SPR menipu semata-mata untuk memberi kemenangan kepadanya. Lainlah kalau beliau kalah, barulah.boleh dianggap SPR bersubahat dengan BN. Letih aku kalau ada YB macam ni kat tempat aku. Penat-penat orang dah mengundi untuk dia. Last-last cakap ada penipuan. SPR dah buat keja betul dan beliau menang. Apa lagi nak dikecoh-kecohkan. Senyap-senyap sudahlah. Pening aku ngan YB macam ni.

YB ni nampaknya kena belajar statistik dulu. Kalau kita ambik satu sampel yang kecil, ianya tidak menggambarkan keseluruhan. Maksudnya, kalau setakat penipuan berlaku di satu saluran mengundi sahaja, ianya tidak menggambarkan bahawa SPR juga melakukan penipuan di semua saluran mengundi dalam Dun Seri Serdang.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2013 at 7:20 AM

Satu perkara kena ingat - Blackout adalah Blackout, yakni letrik putus. Untuk dakwa blackout adalah satu penipuan, memerlukan satu pembuktian lain pula !

Macam kes dakwat tak kekal - ia cuma buktikan dakwat itu tidak kekal. Untuk dakwa ia satu penipuan proses pengundian, memerlukan satu pembuktian lain pula.

Wallahualam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 7:39 AM

mungkin black out kerja orang PR..orang BN, tak kisah kalah menang kerana dah masak dengan politik, kalah menang adalah pilihan rakyat, PM sendiri dah cakap, kalau kalah kita terima,.. jadi Nampak sangat org PR takut kalah, buat macam macam ragam, kenapa blackout si satu saluran, kalau nak black out bisasnya seluruh bangunan tetapi satu saluran, ada tangan gatal PR yang buat kerja,,,cuma fikir baik baik, apa yang PR buat tu satu dosa, sebab ini amanah rakyat, dapat kemenangan melalu penipuan...

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2013 at 8:38 AM

dah menang pun nak buat petisyen sbb nak berlaku adil ?? banyak pulak majoriti undi tuuu...niihh mesti penyokong tegar anwar..sbb...nak dakwa SPR bhw memang ujud kejadian "blackout" sudah2laa nak menipu weiiii....BN yg kalah pun tak kisah...Awok hok menang pulak..mengada2....
aku rasa ADUN PAS niihh dah lama putus haid..dah tak ader geli2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 8:51 AM

Bagus la macam tu, mungkin memang ada blackout tapi yang asli punya, bukan yang fitnah, tapi kalau difikir balik kalau blackout fitnah siapa yang telah menang besar? Takkan SPR berpakat dengan Barisan buat blackout biar Pas menang? Adakah Pas tak berpuasati dengan cara kemenangan ini? PELIK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 9:12 AM

Salam,

saluran 3, jumlah pengundi lebih drpd 15 k. Tu yg pas menang. So yb rasa kemenangannya tak sah selepas berseronok jadi yb 3 minggu. Nak report polis, terlupa pasal seronok masa menang. Sekarang pun tak report lagi. Cuma nak jadi pendakwa, semua suka jadi loyar. Patutnya spr aje la yg buat report polis dah calon pun tak mau pi report. Pru14 nanti, ramai la loyar jadi calon, pasal boleh jadi pendakwa. Pembela susah nak menang pasal kena cari bukti. Pendakwa setakat air liur je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 10:32 AM

hahaha..nampak tak? perasan tak? dia kata dia berdosa jika terus2 pegang jawatan kononnya sebab spr menipu? ye ke? setahu aku la, yang RASA BERDOSA IALAH ORANG2 YANG MENIPU. aku pasti kemungkinan besar dia dah ada clue bahawa itu semua kerja sabotaj puak2 pr sendiri. jadi YB itu tobat lahum tak nak bersubahat..ye laaa..dia menang atas kapasiti pr. tup tup pr buat sabotaj dan fitnah..mana dia tak serik. tapi politik punya pasal..dia salahkan spr..kesian spr jadi kambing hitam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 11:54 AM

Kenapa gambar yg sama jer derang sebarkan keliling alam ni? Da xde gambar lain ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 12:40 PM

Mungkin PAS (PR) sangup buat di dun sri serdang untuk tunjukkan meraka betul2 perjuangkan blackout tu.alah pilihan raya semula kat sri serdang pasti PAS menang balik

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2013 at 12:51 PM

errr... sumber2 yang saya sendiri tak percaya dan tak berapa yakin pun korang boleh terima ek ... hmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 1:23 PM

Ish tak paham aku...kawasan yang menang tu pas yang menang...bukan barisan yang menang...kalau barisan menang sebab blackout boleh la jugak diterima akal! Ni pas yang menang?? Kata SPR ni tipu kalau tipu tak kan pas menang? Adoi...macam tu aku pun nak kata la semua kerusi yang pembangkang menang semua kawasan tu blackout!! SPR menipu sepatut nya barisan yang menang!! Aku memang tak da gambar tapi aku yakin SPR ni menipu...tapi aku tak nak la report polis sebab aku tak ada bukti..boleh tak macam tu? Sama la mcm anwar tu dok memekik2 macam hanjing tapi bukti tak ada report polis pun x buat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 1:51 PM

Sy stuju,punya la bnyak kamera..da bpe minggu ni,tgkap gmbo yg sudut ni jugak yg dguna bribu kali..kamera lain tu rosak ye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 4:25 PM

Baik punya pak din.. elok pakdin buat kajian psikologi tahap kepercayaan persepsi berita ikut internet/media sosial/sms..

Jika berita sumber yg pak din ckp pun geng sendiri x berapa faham.. (atau faham.. cuma saja je respon berbagai2.. pasal luah perasaan)

Apatah lagi berita drp red bean army.. habis penuh fb puak mereka telan bulat2..

Kesimpulan yg boleh sy katakan.. sbgmana Nabi S.A.W maklumkan bahawa akhir zaman fitnah makin banyak.. rupanya2 fitnah itu semakin banyak tu melalui medium internet sahaja..

Jika dulu hanya dalam kampung sahaja belegar fitnah.. hanya surat layang sahaja berlegarnye fitnah.. hanya surat kabor tabloid shj yg penuh gosip..

Sekarang.. makin banyak.. sebabnye mudah disebarkan melalui internet...

Jadi.. sama2lah kita pegang ayat 6 drp surat alhujurat... siasatlah apa jua berita... dan kita amalkan doa menolak fitnah...
Ya Allah Ya tuhanku.. aku bermohon padamu agar lindungilah daku daripada azab kubur dan azab api neraka.. dan drp fitnah semasa hidup dan sesudah mati.. dan fitnah serta kerosakan daripada dajjal.. ( try google.. ada doanya ikut bhs arab )

Tapi yang pastinya.. geng biru tak suka adu domba berita fitnah berbanding geng2 pr.. tak percaya.. ceklah sendiri dalam fb.. berita apa geng2 pr mainkan dan selideklah.. betul ke tidak berita tersebut...

Wallahualam. ..

Xyz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 4:33 PM

Bijak juga spr umpan.. jika tidak tak taulah kat mana gambar blackout nie... ehh bukan kat bentong ke.. red bean army ckp dkt bentong... ehh.. peti undi ditukar dan sbbkan bn menang.. pasal pulok calon pas menang lps blackout...

So.. isu blackout 505.. tukar jadi pesta rakyat pulok... hahahahha..

Isu pengundi hantu makan diri
Isu blackouy makan diri..
Isu helikopter makan diri..
Isu undi 2 kali makan diri

Tinggal isu dakwat kekal..
Tinggal isu undi popular je..

Harap2 bloger pro bn buat strategi counter attack. . Kow kow.. supaya senyap terus...jangan asik bergantung dengan pakdinturtle je..

Xyz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 6:35 PM

Demi politik, korang sanggup perjudikn keamanan negara.Demi politik, yg bertudung labuh pun sanggp mengkucar-kacirkn rakyat.Atas kapasiti ilmu agama yg anda miliki, terimalah azab Allah nantibkrana sggp pntgkn diri dan mnggadaikn keselmatan dan kesejahteraan negara dan rkyat demi agenda peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 11:37 PM

Jumlah undi Cuna dan India adalah 48/100 x 64,000 = 30,700 undi.

kalau 90% undi Cina dan India pergi pada Pas makanya 90/100 x 30,700 = 27,500 undi Cina dan India pergi pada Adun Pas.

ini bermakna undi Melayu yang diraih oleh PR di Seri Serdang adalah 39,000-27,000 = 12,000 undi.

walhal calon BN meraih 23,000 undi Melayu, yakni undi melayu BN di Seri Serdang (23,000) adalah hampir dua kali ganda undi Melayu yang dapat kepada PR.

kesimpulan akhir ialah: Syabas Melayu Serdang kerana anda masih tidak semudah itu terpedaya dengan silap mata PR!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 11:51 PM

@Anonymous

Vlackout itu mungkin hasil kerja tangan para simpatisan pada PR kerana kebanyakan k/tangan awam adalah penyokong mereka jua, betulkan?

Tangan simpatisan tadi ingat PR akan kalah di Serdang lalu direncanakan Blackout untuk merosakkan kemenangan BN? Sebaliknya pulak yg berlaku...pr menang besar!

Tanpa duga, Adun parti isler tak mahu kemenangan yang di cemari oleh tangan simpatisan dan kerja kotor mereka. Dose besau tu.

Cumanya kenapa tak letak jawatan saja kalau dah tahu kemenangan itu adalah tercemar dek blackout yg dijayakan oleh parti sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 11:58 PM

Kalau undi PR rata-rata disumbangkan oleh Cina dan India, adun pas kenelah beri lebih tumpuan kepada kaum berkenaan kat Serdang. Setidak-tidaknya prihatinlah masa depan perniagaan mereka...contohnya pastikan melayu jangan boikot rumah urut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2013 at 12:04 AM

@Anonymous

ya dalam 3 orang melayu, 2 undi BN dan hanya satu undi PR. ini bermakna melayu bandar tidak semuanya terkesima dengan manifesto pembangkang...orang melayu masih ramai yang celik. aku bangga

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2013 at 3:00 AM

wayang pas, ni statergi politik pas untuk blackout, so jangan terpengaruh dengan misi pas nak spin semula, so jangan terpengaruh ye

Post a Comment