........... Sumpah Stopa - APA YANG PAYAH SANGAT ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sumpah Stopa - APA YANG PAYAH SANGAT ?

Saturday, May 4, 201311comments

Saya malas nak menulis yang berat2, jadi artikel ni lebih kepada luahan minda secara santai. Topiknya mengenai Sumpah Laknat oleh Mustafa Ali. Seperti yang saya laporkan semalam KLiK, akhbar SINAR juga tidak lari jauh mengenai kenyataan Musataf diceramah semalam -

Mustafa kata dia bersedia nak lafazkan sumpah laknat tapi dimaklumkan oleh Nik Aziz dan hadi yang beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," 

Seriusli, saya TERAMAT HAIRAN ! PAYAH SANGAT KE nak lafazkan sumpah laknat bagi membersihkan diri dari segala tohmahan ? 


Baik untuk peribadi maupun Parti, tidakkah lafaz sumpah itu bakal memberi satu kemenangan moral yang begitu besar kepada Pas ?

Cuba sesiapa cerita - Apakah bentuk kemudaratan yang bakal menimpa Pas jika Mustafa melafazkan sumpah laknat yang beliau TIDAK terlibat dengan video Mat Spender dalam apajua bentuk ..... sekira ianya BENAR ?

 Disebab keBACULan Mustafa menyahut cabaran bersumpah itu, menjadi satu tambahan masalah pula kepada orang Pas untuk menepis segala sindiran dan persepsi negatif yang beliau palitkan kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.

BERANI KERANA BENAR ?

Hendak seribu daya, Tak Hendak seribu dalih ?

Alang2 rendam spender putih, biar pakai klorox ?  

Pihak yang menuduh yang seharusnya mengemukakan bukti .... tapi bagaimana dengan segala pertuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin2 Umno BN  yang tidak disertakan bukti ? 

Kenapa ada double standard bila kena diri sendiri ? 

Bila difikirkan, dalam soal video Mat Spender, video ITU LAH buktinya ! Bayangkan seorang yang menuduh Mustafa dengan tuduhan maksiat dan kemudian bila diminta bukti bagi menguatkan tuduhannya.... tidakkah orang itu akan kemukakan VIDEO itu sebagai bukti ?

Nak bukti macamana lagi ? 

Jadi sekarang atas Mustafa lah untuk menafikan bukti yang telah ada itu. Kan ? Ke salah cara saya berfikir ni ?

Bagi pihak Pas, mereka sebenarnya TIDAK PERLU pun pecah kepala otak memikirkan bagaimana hendak mencacatkan bukti yang ada itu .... berdebat, berhujah bla bla bla ...... semua itu menyusahkan orang lain terutama parti dan keluarga, padahal cara yang paling senang, paling mudah, paling cepat, tidak ada kos dan tidak membuang masa langsung adalah dengan Mustafa melakukan sumpah laknat. 

Senang kan ?  Berdosakah seseorang itu kalau melakukan sumpah laknat demi membersihkan namanya dan orang lain ? Saya rasa tidak .....

Habis tu ..... APA YANG PAYAH SANGAT ? 

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
May 4, 2013 at 8:29 PM

Sebab mungkin dia ada buatlah yg menyebabkan dia takut dan byk dalih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2013 at 8:39 PM

aku suka pepatah ini ...
pendustaan tiada batasnya ... kebenaran ada batasnya ...
fikir-fikirkanlah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2013 at 8:48 PM

Payah bro din..payah.. Mmg amat payah sebab dialah pelakon itu. Tunggu je murka Allah terhadap manusia2 spt itu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2013 at 8:51 PM

"APA YANG PAYAH SANGAT ?"

Sebab video tu benar. Jadi takutlah nak bersumpah.

"Mustafa kata dia bersedia nak lafazkan sumpah laknat tapi dimaklumkan oleh Nik Aziz dan hadi yang beliau tidak perlu berbuat demikian."

Yeah right! Buat aje lah.. Sumpah laknat 5 minit pun tak sampai nak bersihkan nama sendiri dari berceramah berjam-jam. Buang air liur aje. Semua orang pun tak percaya..

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 4, 2013 at 9:00 PM

Nak sebut ke tak ye, sebut kang mcm menuduh pulak. To clear the mind, sebut je la. Kalau bukan dia, dan sememangnya dia tiada kena mengena, tentu tiada masalah utk bersumpah, bahkan membersihkan dia dr tuduhan palsu. Tp jika ada keterlibatannya, bahaya laknat utk dirinya jika bersumpah menafikannya sedangkan tidak boleh dipaksa dia utk bersumpah, dan tak perlu juga utk dia bersumpah, diam diam sudah. Taubat je la dgn taubat nasuha. Bunyinya mcm...., so Tuan M kalau memang bukan Tuan spt dikata sumpah je la to clear your name, walaupun chip kata tak perlu. Chip pun kata tak perlu, bukan tak boleh, kalau chip kata tak boleh lainlah. Ke, chip pun nak cover, tukar hukum tak perlu jadi tak boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
May 4, 2013 at 9:20 PM

Bro DinT,
Saya baru dikurnia cahaya mata berusia 5 bulan. Berdoa sangat masa depannya diselamatkan dari puak2 PR ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 12:06 AM

Fatwa tak perlu bersumpah ni dipercayai bermula apabila Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin pas agar tidak mendesaknya bersumpah. Ketika itu beliau hangat dengan tuduhan liwat ke atas saiful. Hakikatnya bersumpah mubahalah ini memang ada dalam Islam demi membuktikan bahawa tuduhan itu adalah satu fitnah.

Tapi masalahnya ada jugak orang pas yang spin cakap konon sesiapa pun boleh bersumpah hatta penjenayah sekalipun. Tapi sedarkah orang pas bahawa sumpah bukannya boleh dibuat main-main. Ini bukan sumpah macam dalam filem P.Ramlee. Ini betol-betol punya sumpah, bukan cobaan. Sumpah adalah perbuatan yang serius kerana kita meletakkan Allah sebagai persaksian yang mutlak. Ini lah authoriti yang tertinggi sekali, lebih tinggi tarafnya jika nak dibandingkan dengan seluruh makhluk di muka bumi ini. Setakat NA dan HH tu tidaklah setinggi mana authoritinya.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2013 at 2:40 AM

@Kolek KecilTAHNIAH saudara kolek :)

Apapun yang bakal berlaku esok,Allah akan menjaga umatNya, insyaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2013 at 2:43 AM

@AnonymousIa perjanjian antara seorang hamba dengan Penciptanya ... mungkin saja satu bentuk cabaran.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2013 at 9:10 AM

@AnonymousDia akur dan patuh.... Tang bab ni patuhlah sangattt..... Sebab kena dgn selera, lagipun nik azis dan hhadi pun tahu spender tu stopa yg punya, muka mmg muka dia. Jadi untuk menyelematkan stopa disamping dpt juga menipu penyokong, maka keluarlah ayat "tak perlu sumpah" apalah nasib kita, dpt ulamak pun ulamak tak terpakai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2013 at 9:39 AM

Anuu dah tegak tapi benang yg basah juga stopa dan nikki nak tegakkan. Eh cam no. Ego punya luas..sampai terserla ke-stooopid-dan mereka...

Post a Comment