........... Saya SOKONG Zahid Hamidi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya SOKONG Zahid Hamidi !

Saturday, May 18, 201317comments


Saya TABIK kepada Menteri KDN kita yang baru, Dauk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ! Berbanding sorang lagi Menteri yang terlalu OVER mengambil sikap APOLOGETIK dan BODEK, Zahid tanpa basa basi menunjukkan KETEGASANnya melalui kenyataan2 yang sememangnya dinantikan oleh majoriti rakyat Malaysia.TAHNIAH!

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,"

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," - Utusan

Sebelum itu pihak pembangkang sudah cuba menggunakan taktik lama yang sebelum ini berkesan dalam mencalarkan kredibiliti Menteri, yakni memberi tekanan supaya Menteri menarik balik INTRO GEMPAK. Jika berjaya, maka selamanyalah tindakan MENGALAH itu akan melekat pada imej Menteri  itu. 

Contohnya, Menteri yang sebelum ini begitu gah dengan aksi mencabut keris tapi bila diasak oleh pembangkang terus tergagap2 meminta maaf ...... 

Zahid yang sebelum ini mencabar mereka yang tidak dapat menerima sistem demokrasi yang telah kita amalkan selama ini agar berhijrah ke negara republik telah menerima kecaman dari pelbagai pihak agar menarik balik dan meminta maaf, ternyata tetap bertegas dengan kenyataannya itu.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”

Respon dari ketua pembangkang -

“Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat,” - teriak Anwar
Tony Pua pula mempertikaikan sistem pilihanraya kita yang tidak sempurna bla bla bla ....hanya kerana kemenangan tidak berpihak kepada PR  - TMI


Saya bersetuju dengan artikel dari ZAMKATA -

Zahid sendiri tidak seharusnya bersikap apologetik bila dikeritik kerana kenyataanya itu  kerana mereka yang mengkeritik itu tidak memberikan faedah  kepada BN dan juga kepada kepentingan nasional negara ini.

Mereka ini adalah gulongan yang jika berbudi bahasa atau bercakap dengan bahasa beradab pun tidak melihat kebenaran kerajaan dan tidak akan kembali menyokong kerajaan.

dan seperti yang saya katakan juga -

Tidak ada untungnya untuk Zahid membetulkan kenyataannya itu kerana jika ini dilakukan akan menurunkan tarafnya kepada Menteri yang meminta maaf setelah  menjulang keris dan akan hilanglah bisa sebagai Menteri Dalam Negeri dalam langkah silat pertama.
.

Kepada KJ - Tak perlulah nak memandai2 komen kenyataan Menteri lain, seolah nak MEMINTA MAAF bagi pihak kerajaan kerana keterlanjuran Zahid dengan mengatakan Zahid bercakap atas dasar peribadi.

Saya sebagai rakyat Malaysia menyokong kenyataan Zahid dan akur Zahid bercakap bagi pihak saya.

Malah saya tidak sabar menunggu Zahid MENGOTAKAN KATA-KATANYA dalam bentuk TINDAKAN !

PS - Seperti BIASA, pemimpin2 Umno lain akan SENYAP DIAM MEMBISU bila ada Menteri Umno yang diserang hebat oleh pembangkang. UBAH LAH perangai tu sikit, jangan duk sibuk tuding jari kepada orang lain suruh ubah, UBAH DIRI SENDIRI DULU !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 5:25 PM

dgr kata si adam adli tu dah kena tangkap bawah akta hasutan hari ni...

baru 3hari jadik menteri dlm negeri, dah kena sekor2...

beza sungguh dgn hishamuddin

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 5:33 PM

yup sokong zahid hamidi.jgn mintak maaf. suruh baoak dia mintak maaf duku pasal suruh melayu mati

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 5:45 PM

Tidak ada sebab untuk Zahid minta maaf pun dan tidak sebab KJ perlu masuk campur mahu 'minta maaf' konon ia kenyataan peribadi Zahid.

Kita telah amalkan cara Pilihanraya yang sama selama 13 kali sejak Merdeka, tidak pernah timbul masalah pun. Alih2 PRU13 sebab PR dapat undi majoriti, terus ANwar @ PR melalak kata sistem yang diamalkan sekian lama adalah tidak sempurna. Selama ni ? ?

Cara permainan tidak boleh ditukar sesuka hati macam negara ini mak bapak Anwar yang punya !

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 5:50 PM

bapak lim guan eng

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 6:45 PM

Sebelum PRU saya ada kata kalau PR menang saya nak migrate. Saya gembira sebab bukan saya yang kena migrate. Betul cakap Zahid tu. It's either saya atau mereka. Lagi satu betul Zahid cakap prevention is cheaper than cure. Kalau dulu kerajaan Syria cepat-cepat menangani pembelot di Negara tersebut, tak de la jadi macam sekarang ni. Israel punya seronok membedil Negara yang dah hancur tu. Rasanya nanti Israel bolehlah meluaskan empayar mereka. Libya & Syria adalah pengajaran buat semua Negara Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 9:16 PM

inilah Menteri yang dinantikan. bersikap tegas dan tak perlu nak ambil hati lagi. kalau inilah Menterinya, aku RELA gantinama KITA digunakan. sememangnya KITA dah sepatutnya bertindak sedemikian dan dah sampai membodek dipenghujung jalan. sekarang masa bekerja dan bukan lagi memberi amaran. si KJ tuh konon nak membodek dan cuba menjadi jurucakap. diperingkat inilah dirasakan Menteri MELAYU yang lain yang bebenor ada telor patut bersuara berikan sokongan kepada Zahid atau setidak tidaknya berikan semangat. NO MORE BULSHITTING AND NO MORE BODEKKING. IT'S TIME FOR BUSINESS!!!!!! Aku (ada saper saper tak nak tukarkan gantinama tuh pada KITA?) sokong ZAHID. HIDUP ZAHID.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2013 at 9:17 PM

Harap zahid jangan hangat2 tahi ayam.Terus tangkap dan tangkap!Tak sabar2 nak tengok 3 ekor pengkhianat negara yg dikatakan dalang insiden lahad datu ditangkap.Kalaulah salah seorang daripadanya adalah orang itu,alangkah bahagianya..

p/s:budak kj jangan sibuklah,jaga hal belia sudahlah..jangan campur hal orang2 tua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 9:27 PM

@Rizwan

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/05/kalau-sebut-pasal-huru-hara-dah-takder.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 9:30 PM

Anuwar dajjal kamu ingat ini negara bapak kamu. Saya rakyat malaysia tidak ingin kamu jadi bapak aku. Mmg tak layak d gelar seorang bapak yg ambil rasuah dan perasuah lagi seorang peliwat yg sudah tumboh tandong di atas kepala. Blaaahhh la dari malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2013 at 9:39 PM

Anvar ibraheem..negara ini pun BUKAN BAPAK KAMU YANG PUNYA!!! Jgn bikin susah sama rakyat boleh kah? Palui punya anvar!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Mausug
May 18, 2013 at 9:44 PM

aku tak pecaya si zahid ni.... ni sume belakon je... dia kan org kuat anwar dulu... silap2 haribulan, dia pakat2 geng dgn anwar... nak bagi s'spring' baek punye.

Tapi apa2 pun lebih baik dari hishammuddin tu.... stakat ni laa...

Jangan ada arahan dari najib suruh slow down dah laaa....

Lagi satu, jgn tangkap melayu je... tangkap la tausug sekali.... heh heh heh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 12:54 AM

Hei nuar! Apa kau ingat Malaysia ni BAPAK Kau YANG PUNYA? Maka itu ikot suka hati emak-bapak kau saja? Kamonnnlah bapak setannn... sejak dipecat drp kerusi tpm, berusaha gigih kau nak capai hajat untuk jadi PM Malaysia ya? Skali lagi, Apa kau ingat Malaysia ni BAPAK KAMU YANG PUNYA??

Nak jadi PM konon, bajasa macam haramJDH! Contoh apa kau nak tunjuk ni?





Sebaik-baik saja kau mati nanti, percayalah bahawa Malaysia akan segera merasa nikmat kebahagiaannya, harmoni, ....

Tolong ingat nuar, kau ada hajat nak jadi PM Malaysia jadi tolong jaga tutur kata dan akhlak kau..

Akhirnya nuat,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 1:35 AM

Setuju sgt pandangan ni...7 negara yg menjadi target rothschild, satu demi satu berjaya dicantas..they wont stop until all 7 are eliminated...mmg satu pengajaran buat org melayu/islam kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 2:20 AM

Menghukum haruslah dengan adil dan saksama mengikut undang-undang negara yang sedia ada. Tidak lebih dan tidak kurang tanpa takut dan tanpa prasangka.

Kita rakyat Malaysia amat berharap agar DS Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri KDN yang baru dilantik akan sentiasa tegas dan berani menjalankan tugas menjaga keamanan didalam negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 10:15 PM

kita perlukan menteri macam Zahid...kj can go one corner and play soccer.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2013 at 11:50 PM

Menteri yang tegas dan bertindak, 100 kali lebih jantan daripada menteri bertaraf sepupu yang lembut longlai dan sentiasa mimpi nak jadi PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2013 at 3:01 AM

Syabas YB Zaid....act NOW...

Post a Comment