........... Ramai Undi Umno BN Bukan Kerana Mahukan Umno BN, Jadi Pemimpin Umno Jangan Perasan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ramai Undi Umno BN Bukan Kerana Mahukan Umno BN, Jadi Pemimpin Umno Jangan Perasan !

Wednesday, May 22, 201337comments

Saya sebenarnya nak rehat sekejap dari membicarakan hal politik.... PRU14 lagi 5 tahun, takkan nak terus full time menyibuk hal politik, menghentam pembangkang sedangkan tidak mendapat pengiktirafan ataupun sokongan dari pihak yang kita tolong bela. 5 Tahun tu beb !

Tengoklah .... pelan2 saya akan slow down... pihak Umno pulak, lagi 2 tahun nak Pilihanraya, bolehlah start semula kumpulkan para bloggers.

Pembangkang tidak henti berpolitik. Cai-cai mereka seperti tidak kenal rehat ..... Mungkin kepala paip masih laju air keluar ...

Saya terpanggil nak komen tajuk artikel SINAR ni - Analisis : Umno masih lagi popular. Saya percaya kenyataan sebegitu dipegang kuat oleh para pemimpin Umno pasca PRU13, kan ? Media termasuk bloggers juga ramai yang secara tidak sengaja menyumbang kepada persepsi itu bila membuat rumusan yang Umno kembali berkuasa hasil undian orang Melayu Pribumi.

Jika kita berfikir secara mudah, dengan hanya melihat kepada pola pengundian - Undi Bn berapa, undi PR berapa, ramai yang akan bersetuju bahawa Umno masih lagi popular.

Tapi saya tidak mahu lihat pemimpin2 Umno jadi BESAR KEPALA dan perasan bagus ! Seperti tajuk artikel saya kata - Tidak semua yang mengundi Umno kerana mereka mahukan Umno, jadi para penganalisis dan para pemimpin Umno please take note. Makanya saya ingin kembangkan pemikiran mudah diatas dengan membawa anda kembali kepada satu kenyataan favoret yang sering kita jumpa diblog2 'atas pagar' sebelum PRU13.

Kita akan undi BN bukan kerana BN yang Terbaik tapi kerana kita tidak ada pilihan yang lebih baik. Kerana Terpaksa. Kerana antara pilihan yang ada - antara BN dengan PR, BN kelihatan lebih baik berbanding PR. Bukan kerana kita mahu BN terus memerintah tapi kerana kita tidak mahu melihat PR memerintah. NO CHOICE / TIDAK ADA PILIHAN LAIN.

Nampak tak perbezaannya dengan kenyataan Umno masih lagi popular ?

Hasilnya sama, iaitu Umno BN menang sekali lagi. Tapi jangan salahtafsir kemenangan itu kerana Umno masih lagi popular. Umno tidak popular.

Satu lagi, ramai juga yang mengundi Umno kerana mahu melihat Umno menang BUKAN bermakna ramai yang menyokong kepimpinan yang Umno ada sekarang. Mereka ini sokong PARTI UMNO bukan Pemimpin Umno.

Jadi sekali lagi, pemimpin2 Umno yang ada sekarang - JANGAN PERASAN LEBIH2 OK.

Terus terang saya cakap, Satu je sebab kalau pun saya masih mahu terus aktif menulis adalah untuk mengkritik pemimpin2 Umno yang Liberal, yang tidak ada semangat Melayu, dan tolong pastikan mereka ini tidak mendapat sokongan sempena PAU hujung tahun ini.

Pemimpin2 Umno secara otomatik akan menjadi pemimpin2 negara ....seperti Najib selaku Presiden Umno secara otomatik menjadi PM. Hujah yang kuat juga menyokong KJ menyandang jawatan Menteri kerana pangkatnya dalam Umno selaku Ketua Pemuda. Begitu juga pemimpin2 negara yang lain.....

Jika benar itu hujahnya, bagaimana kalau nanti mereka ini tewas dalam mempertahankan kedudukan dalam parti nanti ? Apakah mereka akan rela letak jawatan kabinet secara gentleman atau terpaksa ditukar oleh PM ?

Hmmm .... masih ada harapan !

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2013 at 11:59 PM

'cerdik' punya statement..katun betol

....................
Reply To This Comment ...................
Blues
May 22, 2013 at 12:07 AM

Setuju sangat2. Rasanya (tak ada fakta nak sokong) mmg ramai yg undi BN kerana tak sanggup nak tengok PR menang. Bukan sebab sayangkan BN, tapi sebab sayangkan Malaysia dgn status quo mengenai hak keistimewaan Melayu dan Islam.

Jika ada satu lagi gagasan yg lebih baik drpd BN yg dirasakan boleh menjamin pengekalan status quo di atas, rasanya BN takde harapan.

Suatu masa nanti LKS, AI, Nik Aziz, Hadi akan tiada. Pilihan ketika itu tidak akan jadi semudah sekarang. Lebih2 lagi bila Tun M sudah tiada untuk memimpin tangan kita semua.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 12:09 AM

Betul bang.
Saya undi BN supaya melayu tak terlingkup.
Saya taknak melayu jadi minority di tanahair sendiri.
So, pemimpin UMNO jangan perasan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 12:10 AM

betullah tu din. aku bkn sokong umno sbb pemimpin. aku sokong sbb xde pilihan. nak tak nak kena undi bn sbb kalau jatuh ke tangan pakatan lagi teruk jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 12:25 AM

Ini barulah realistik bukan hipokrit. Random survey yg aku buat rata-rata kerana nak selamatkan Parti umno bukan pemimpin umno. Contoh mudah bahagian Sepang, aku tanya sendiri [ada budak2 hardcore Umno kenapa Suhaimi ghazali lompat jadi calon bebas sedangkan mamat hardcore dah all out utk suhaimi utk PRU13 alih=alih orang lain pulak yg tersenarai.Memang hangin lah mamat tu semua...Rupa-rupanya calon tu lobi kat rosmah...Ini winnible candidate tapi kipasble candidate. tapi kata mamat2 tu, takpelah bang kita pangkah jelah ummno ni, Cina ni takde kuasa pun dia bolih buli melayu, apatah lagi kalau dia ada kuasa. Mampus kita semua nanti.
Ini kisah ketika tgh beratur nak mengundi.Ikut hati aku nak reject je line up Rosmah ni tapi fikirkan agama aku,bangsa aku, aku pangkah jugaklah mamat kipasble candidate ni walaupun aku rasa badan calon ni memang kaki makan dan kaki tidur punya spesis. Last BN kalah jugak kat Bangi , yg menang calon PAS..rezeki mamat Pas tulah...
Kesimpulannya, apa yg Din kata adalah realistik.Aku bukan atas pagar tetapi aku adalah pagar yg akan memastikan agama dan bangsa aku tidak menjadi hina dibumi Jawi ini.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 12:33 AM

saya undi bn bukan kerana umno tapi kerana pr stinks to high heaven.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 12:41 AM

Jika kamu terpaksa memilih salah satu dari 2 parti yang memudaratkan. Maka, pilihlah yang kurang sedikit mudaratnya iaitu umno. Mudarat besar yang kita ingin elakkan ialah dap berkuasa dan melayu akan hilang segala-galanya. Oleh itu, majoriti orang melayu memilih umno bukan kerana najib , tapi demi agama, bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 12:44 AM

POINT UTAMA saya - Jika pemimpin Umno boleh terima kenyataan ini walaupun Pahit, maka bermuhasabah lah diri dan cuba letak ego ketepi, dekati orang2 mcam kami ini dan ambil tahu APA MASALAHNYA.

Then again, rasanya semua pun dah tahu apa masalahnya cuma ramai yang buat2 tak nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 12:53 AM

saya pun sama ,undi umno bukan kerana pemimpin tapi kerana sayang melayu . jadi pemimpin jangan perasaan terutama kj , jangan ingat melayu sukakan kau.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 1:03 AM

@BluesFAKTAnya adalah diri kita sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 1:06 AM

@Kama At-TarawisLuahan kak menguatkan hujah saya, TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 1:31 AM

@Anonymousbenar. saya undi BN kerana pada waktu ini, inilah pilihan yg terbaik.

kalau satu hari nanti ada Parti yang terdiri drp orang2 yg dihormati kerana pegangan agamanya yg teguh, prinsip ketimurannya jelas, tiada masalah moral dan jelas ikhlas hendak berkhidmat kepada negara (macam pemimpin UMNO yg mula-mula dulu), saya orang pertama yg akan jadi ahli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 1:52 AM

Aku fikir pemimpin UMNO memang teruk. Tp aku undi juga le sebab PR lagi teruk. Bini aku tiap hari bebel pasal Muhyidin dan Najib tapi akhirnya undi BN sebab katanya tiada pilihan lain. Aku menyampah tengok rosmah. Gila cari publisiti kat media. Najib oi, hang ujudlah satu channel khusus untuk rosmah. Biar org kata hang mmg mau UMNO kalah.
Antara Melayu dan UMNO, Entah sapa yg tolong dan mendapat faedah. Adakah UMNO menolong dan melindungi Melayu atau org Melayu yang berkorban untuk UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 5:33 AM

PRU13 ni aku sekeluarga undi BN (secara pejam mata) krn itu sajalah pilihan terbaik yg ada, spt mana kebanyakan komen2 diatas.

Sblm pergi mengundi aku bagi taklimat pd keluarga aku, jgn sesekali pangkah PR krn akan TAMBAH MEROSAKKAN bangsa Melayu, agama Islam dan negara.

PAS berada dlm PR yg di'remote-kontrol' dek DAP, dan sudah jauh tersasar dari perjuangan asal, hanya krn memburu kuasa dunia. Jadi apa pilihan yg ada?

Kefahaman yg aku beri pd keluarga aku :
. Kalau dah layak mengundi, tapi tak mendaftar sbg pengundi = memberi satu undi pd PR = memberi laluan DAP memerintah = kemusnahan bangsa Melayu.
. Kalau dah layak mengundi, tak pergi mengundi = memberi satu undi pd PR = memberi laluan DAP memerintah = kemusnahan bangsa Melayu.
. Pergi mengundi, tapi pangkah PR = memberi laluan DAP memerintah = kemusnahan bangsa Melayu.
. Pergi mengundi, tapi rosakkan kertas undi = memberi laluan DAP memerintah = kemusnahan bangsa Melayu.


Harap pemimpin2 UMNO jgn sesekali fikir hebat, ego, besar kepala, sombong dsbgnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 6:35 AM

Apepun Din saya rasa blm terlambat bgi org Melayu yg naik meluat dgn senyuman lemau DSN & gang...masa PAU nti harap org Melayu luahkan spa yg terbuku dihati selama ni dgn memberi mandat kpd org yg lebih berkebolehan..TSMY patut masuk sekarang sblm keadaan bertambah tenat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 7:39 AM

Aku mmg umno dulu dan kini. Aku pun rs benda yg sm. Sbb xda pilihan lebih baik. Tp kenyataannya org melayu hanya ada umno buat ms ini. Ia dia parti yg masih d hati. Tp pemimpin mesti sedar sbb x selama harap kami masih ada rs syg ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:02 AM

Saya sebelum memangkah hari tu berkata dalam hati "Bismillahhirahmanirahim Aku memangkah BN (UMNO) keranamu Allah Swt dan kerana agama ku (Islam).

Maka faham-fahamlah orang UMNO (saya sendiri ahli UMNO) bahawa kalau ada alternatif lain memang saya tinggalkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:07 AM

konsep aku senang saja, tengok dulu 1 tahun ni camne najib buat kerja. jika masih lembik dan terhegeh2 dengan cina, hukum dia dala PAU. kita kasi UBAH!! sebaliknya jika dia telah sedar dan semakin mengutamakan dan berusaha bersungguh2 memperkasakan umat Melayu Islam dan Pribumi..maka teruskan sokongan kepada dia..DS Najib, we are watching..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:15 AM

Jangan tunggu 2 tahun lagi nak PRU14 baru nak tolong kempen. Orang Melayu mesti start dari sekarang untuk menyeru anak muda supaya daftar untuk mengundi, beramai-ramai. Kalau boleh mana-mana kawasan orang Melayu paling ramai, pergi tinggal dan bertukar alamat ke kawasan kurang orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:27 AM

Sy undi bn krn x nak anwar jd pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:44 AM

Betul, anak saya tanya kenapa mama/ayah undi BN? Saya cakap, BN is the lesser of two evils. UMNO kena revamp dan tukar imej. Selagi ada orang2 kampung dan orang2 tua bolehlah UMNO / BN hidup lagi. Tapi generasi muda sekarang rata-rata lebih identify dgn PR di mana ada lebih muda-mudi professional dan educated. Saya aje yang masih bawah 40 tahun tapi menyokong BN demi bangsa Melayu dan anak2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 10:07 AM

@Anonymous

Betul sdr. Memang ini hakikatnya. Saya dah jangkakan Sepang akan kalah apalagi dengan faktor calon2 DUN terutamanya Dun Dengkil. Memang hampeh! Macam mana ye Sepang boleh jatuh ke tangan lain bilamana ia adalah kubu kuat BN/Umno. Ini semua faktor Zin Badak & Sharif Jajang lah, siapa lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 3:39 PM

Tuan din jgn berhenti menulis. Rehat la tapi jgn ambil masa trlalu lama . You need a break take it but come back.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 4:52 PM

Haiingat senang ke nk memerintah negara dgn sosio ekonomi dan demografik kompleks pelbagai ras dan kaum..rasanya pm dan kabinet dah buat yg terbaik..biasalah..they r not perfect...cakap memanglah senang..nak itu nak ini tapi bila time menunaikan kewajiban sebagai rakyat punyalah liat...

....................
Reply To This Comment ...................
pemuda_surau
May 22, 2013 at 4:59 PM

Telahan hang mmg betoi wahai Din. Saya terpaksa kuatkan hati undi BN kali ni semata-mata kerana nampak BN lebih OK sikit dalam menguatkan Islam dibandingkan dengan PR lebih ke arah yang mau meliberalkan Islam di Malaysia (lihat kes Ambiga dan BERSIH). Bagaimana pon malam sebelum undi terpaksa berhempas-pulas dengan kakak (seorang guru) saya yang beria-ria pertahankan PR dan nak pengaruhi mak ayah saya undi PR atas alasan isteri pemimpin PR lebih ramai pakai tudung (mmg susah nak jawab tapi still menaruh harapan isteri pimpinan UMNO semua tutup aurat dgn lebih baik menjelang PRU-14). Namun Alhamdulillah berkat kuasa Allah, mak ayah tetap undi BN atas sebab Islam lebih kuat dan terpelihara di bawah BN.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 5:52 PM

Kita tetap pilih BN kerana dalam hati kita masih menaruh kepercayaan yang Umno BN akan berubah kearah yang lebih baik. Seperti kata Tun Mahathir yang sering diputarbelitkan oleh pembangkang yang tak reti omputeh - Better the devil you know than the angel that you don't ...... dan saya tambah - because the worst devil have no problem disguising as angels, sap-sap suwei.

Jadi persoalannya - Apakah Umno FAHAM situasi ini dan akan bertindak sesuai dengan apa yang kita harapkan ?

Jika kita tidak nampak sebarang perubahan kearah itu,apakah kita harus berdiam diri atau tunggu saja hingga PRU14 baru bertindak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 6:40 PM

Wa cayalah luuuu. Samalah seperti 6 budah hitammmmmmmmm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 7:56 PM

Kita akan undi BN bukan kerana BN yang Terbaik tapi kerana kita tidak ada pilihan yang lebih baik. Kerana Terpaksa.
aku cukup setuju dengan statement ni ...
nak undi pas kerana katanya mereka mahu menegakan hukum Allah ... pi rahh ... cakap tak serupa bikin ... aku tak mahu bersubahat dengan ulamak yang akan masuk neraka 50 ribu tahun sebelum sijahil masuk neraka ...
kenapa aku kata begitu ...
jawapannya mereka ... ulamak ni cakap tak serupa bikin ... terlalu banyak takiyah ... aku tak mahu dipersoalkan oleh Allah apabila aku katakan aku berjuang bersama meeka yang mahu menegakan hukum Allah ... tetapi aku sedar mereka berdusta dan tidak menentang mereka yang mendusta ini ... contohnya mudah ... mereka begitu kuat berjuang mempertahankan penzina dan peliwat ... iaitu pesalah yang sepatutnya dihukum rejam sampai mati ... tetapi mereka mahu angkat sebagai pejuang yang menegakan hukum Allah ... suatu pendustaan yang nyata ... mereka yang pada mulanya menyarankan agar saiful dan anwar mengambil langkah sumpah laknat ... tetapi apabila saiful bersumpah dan anwar enggan ... mereka sebaliknya menyokong, mempertahankan anwar bahkan melakukan solat hajay agar peliwat itu dimuliakan oleh Allah ... sokong pkr ... hanya penyokong lgbt dan mereka yang bersekongkol dengan puak ini saja yang akan menyokong pkr ... dap ... hem kalau aku bukan melayu ... aku pasti sokong dap ... tetapi kerana aku melayu dan islam ... maka dap menjadi bukan pilihan mutlak aku ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 10:45 PM

Salam,

undi bn sebab tak ada pilihan yg lebih baik. Kalu ikut calon bn pasti menang tapi kalah kat tempat sy, tak rasa sedih pun dia kalah. Tp risau ramai org muda tak fikir panjang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 12:49 PM

yang salah adalah cara bn berkerja...kita terlalu baik...bagi duit dahulu baru tagih undi. pada hal mereka dah termakan cara yang nik aziz ajar..ambil apa yang kerajaan beri tapi undi tetap pangkah pakatan..dah penyelaras dun bn lah yang paling banyak selesaikan masalah rakyat walaupun kalah pada pru 12 jadi rakyat kat kawasan tu xkisah siapa yang menang kerana mereka tahu wakil bn akan ada untuk bantu mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2013 at 2:08 PM

Benar BN bukan sempurna tapi kita sokong sebab bawa kemakmuran dan menjadikan amalan Islam di Malaysia lebih baik dari tempat lain sampai dipuji dunia,dicemburui orang asing.. Malaysia satu-satunya Negara Islam yang aman, bangsa Cina boleh guna bahasa sendiri, sekolah sendiri... sebab kita ada kekuatan politik dan kecerdikan. Bab pemimpin BN buat dosa itu urusan dia dengan Tuhan... tanggung sendirilah dosa.. Kita report, kalau depa bijak lepaslah kalau tidak, kantoiiii. Soalnya kita tak rosakkan Negara....

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2013 at 8:45 PM

Kesian BN, dapat undi cukup makan pun sebab Pakatan haprak. Sebab utama Pakatan haprak pun mungkin kerana Anwar jadi kepala. Kalau Haji Hadi diuar2kan akan jadi PM, jadi tepung bungkus ke BN.

Bodoh BN berkekalan dari PRU12 lagi, tak sedar2 diri. Ingat masih kuat lagi, salahkan Pak Lah bila undi merosot. Takkan nak salahkan Tsunami Cina pulak kali ini?

Sedarlah dari sekarang, mulakan kerja dari sekarang. Jangan tunggu sebulan lagi nak bubar parlimen baru nak kenalkan calon, baru nak tunjuk buat kerja.

Jangan nak mengharap penyokong baru kalau penyokong lama pun dah naik meluat. Kena berubah dari dalam kalau nak menarik penyokong baru. Ketua cawangan dan bahagian bleh pegang jawatan dua penggal saja. Jgn bagi selesa sgt nak bergayut sampai mati. Kalau dia buat kerja baik dan terpuji ttu dah dpt terpilih balik lepas selang sepenggal. Org baru pun ttu akan kerja kuat utk pegang sepenggal lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2013 at 12:54 AM

tepat sekali din......harap pemimpin2 umno sadar diri sikit.....ikutkan aku dah nyampah dgn lagak gaya pemimpin2 umno yg telebih perasan...harap pemimpin2 umno dapat jaga anak bini, jangan lebih sudu dari kuah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 1:46 PM

SEBENARNYA ORANG MELAYULAH YANG SOKONG UMNO BN.BUKAN UMNO BN YANG SOKONG MELAYU. ORANG MELAYU SANGGUP PEGI UNDI PAKAI SELIPAR NAIK KAPCHAI SAJA WALAUPUN SEDAR UMNO TAK AKAN BAGI SELIPAR MAHAL DGN MINYAK FREE.. SEBAB APA?...SEBAB TAK SANGGUP TENGOK ORANG MELAYU YANG HEBAT BERGAYA TU KALAH DALAM PILIHANRAYA.SUPAY ORANG MELAYU KEKAL BERTAPAK DIBUMINYA SENDIRI..FAHAM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 1:49 PM

DIN TURTLE AKU CADANG KO BUATLAH PARTI BARU KHAS UNTUK ORANG MELAYU BUMIPUTRA AJE. SEDIH AKU DGN 'NGOR' TU. UMNO NI TAK PERNAH BELAJAQ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2013 at 6:15 PM

Err... PM baca tak komen kita ni? Harap PM, BACA KOMEN DAN LUAHAN KAMI....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2013 at 2:01 PM

Betul tu, Saya juga undi BN kerana pilihan yang ada ialah PR. Kalau ikutkan hati memang ramai yang dalam saf kepimpinan UMNO sekarang mereka yang tidak saya minati. So ahli ahli UMNO toloooooong buat pemilihan yang bijak dalam Pemilihan Kepimpinan UMNO hijung tahun ini kalau anda sayangkan parti keramat ini.

Post a Comment