........... Rafizi Dan Pengundi Hantu - Tolong Guna Otak Sebelum Main Tuduh ... Ada Otak Tak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rafizi Dan Pengundi Hantu - Tolong Guna Otak Sebelum Main Tuduh ... Ada Otak Tak ?

Wednesday, May 22, 201315comments

Semalam Rafizi ada membuat sidang akhbar mengenai isu pengundi hantu dan membawa bersama bukti2 dalam bentuk laporan polis yang dibuat oleh kelapan2 individu yang mendakwa mereka telah dinafikan hak untuk mengundi kerana diberitahu telah ada orang lain yang menggunakan mykad mereka untuk mengundi terlebih dahulu. Dari blog Rafizi -

Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.

Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

Bla bla bla .... Rafiziramli.com


1 - Terlebih dahulu TAHNIAH kita ucap kepada SPR kerana ternyata disebalik dakwaan Rafizi, beliau juga mengiktiraf Sistem yang digunapakai oleh SPR telah BERJAYA mengesan sekiranya terdapat percubaan untuk mengundi kali kedua atas mykad yang sama !

Jadi TIDAK TIMBUL isu pengundi mengundi lebih dari dua kali ! Kan ? Tapi kalau tak silap ada kes di Kuantan dimana mamat sorang ni mengadu yang dia boleh mengundi lebih dari sekali menggunakan mykad yang sama ..... PR bising juga kes ni ..... pulak. 

Yang mana satu nak pakai ni ? Nak tuduh SPR gagal sebab boleh undi dua kali atau tak boleh sebab Mykad dah diguna pengundi hantu ?

Tidakkah kedua kes diatas saling bertentangan antara satu sama lain ? 

Jawapannya adalah - keduanya hanyalah ISOLATED CASES yang punya penjelasan. Ia tidak berlaku secara meluas sehingga boleh menjejaskan keputusan pengundian.

2 - Berapa banyak kes yang dilaporkan sebenarnya dalam kedua isu diatas ? Untuk memberikan kesan kepada keputusan pengundian, ia mesti melibatkan puluhan malah ratusan ribu penipuan seumpama ! Begitu juga dalam kes Bangla yang kononnya menjadi pengundi hantu. 

Dimana puluhan / ratusan ribu kes2 itu ? Dimana mereka sorok puluhan ribu bangla2 itu ? Di Maidin ?

Apakata kalau PR bekerjasama dengan SPR dan Kementerian Penerangan, adakan satu kempen secara besar2an menjemput siapa lagi dikalangan rakyat yang punya masalah yang sama dihari pengundian. Minta mereka tampil buat laporan polis dan kemudian minta pihak Polis hubungi satu nombor HOTLINE yang pantau secara bersama. Maksud saya, permudahkan kerja sipengadu. Ramai akan jadi malas jika perlu bersusah payah hanya kerana mahu buat pengaduan.

Pro PR yang terkena pastinya secara sukarela akan buat repot, kan ? Jadi dengan cara ini, kita boleh dapat tahu berapa ribu lagi rakyat yang telah dinafikan hak mereka untuk mengundi gara2 pengundi hantu atau sebaliknya, berapa ribu lagi rakyat bebas untuk mengundi lebih dari sekali.

3 - Tuduh2 atau buat pelbagai andaian tidak akan menyelesaikan masalah. Saya juga nak tahu apakah kes2 diatas hanyalah ISOLATED CASES atau berlaku secara berleluasa. 

Sebab jika sekadar ISOLATED CASES atau KES2 TERPENCIL, saya juga boleh buat tuduhan / andaian yang pastinya tidak disukai oleh Rafizi dan kem pembangkang.

Bagaimana kalau saya tuduh semua kes diatas adalah sebahagian dari PERANCANGAN AWAL oleh pihak PR untuk mensabotaj proses Pilihanraya dan mencemar kredibiliti SPR sekiranya PR tidak berjaya mengalahkan BN ?

Seperti sekarang ini...... pembangkang sibuk keluarkan kes2 terpencil yang mencemar SPR dalam waktu sama, Anwar pula menjelajah negara dan menghasut rakyat dengan pelbagai tohmahan kononnya SPR tidak adil.

Saya tidak kata kelapan2 'mangsa' diatas bersyubahat, mereka mungkin saja menjadi mangsa keadaan. Biarlah pihak Polis yang menyiasat kesahihan dakwaan mereka.

Mungkin ini juga menjadi sebab utama kenapa pembangkang tidak mahu SPR menggunakan sistem Biometrik yang pernah diwar2kan dulu. Cek Mykad DAN cek ibujari. Kalau dilaksanakan sistem Biometrik, tidak akan berlaku kes2 'penipuan' diatas, malah tidak perlu pun dipakai dakwat kekal.

Ya, kos tinggi diperlukan tapi berapa pula kos yang terpaksa dibelanjakan oleh Anwar untuk melahirkan rasa tidak puashatinya dengan jelajah negara ketika ini ? Hmmmm .... tidak pula orang bertanyakan hal ini. Bukan murah tu nak menganjurkan perhimpunan besar2an disetiap bandar besar,

Anwar cuma hadir dan berceramah saja. Groundworknya siapa yang buat ? Kosnya siapa yang bayar ?

Bagaimana pula kos nak bayar beberapa orang Bangla untuk menyamar ala kadar supaya jelas mereka itu Bangla dan mudah untuk ditangkap ?

Akhir kata, biarlah pihak Polis lakukan siasatan mereka. Dan kalau benar berlaku penipuan secara besar2an, berkempenlah supaya mangsa2 yang puluh2 ribu itu tampil.

Oya, bukankah disetiap tempat mengundi terdapat pemantau2 dan agen2 dari setiap parti yang bertanding ....... tidak adakah yang buat laporan berlaku sebarang penyelewengan ditempat mereka ? 

Dah alang2 cek, tanya juga apakah benar ada berlaku sebarang BLACKOUT dimana2 tempat mengundi pada hari pengundian, atau ditempat2 pengiraan undi ? Saya dengar macam2 tuduhan tentang blackout ni, tapi DIMANA ADA BERLAKU ?

Tuhan berikan setiap manusia itu AKAL untuk berfikir jadi cubalah FIKIR sejenak setiap pertuduhan itu sebelum main tuduh sebarangan. ADA OTAK KE TIDAK ?

Tidak Mustahilkah semuanya hanya sebahagian dari perancangan oleh pihak yang TIDAK MAHU menerima kekalahan secara gentleman ?

Dibawah saya copy beberapa repot polis sebagaimana yang terdapat di blog Rafizi -







Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 7:47 PM

Sebab 8 orang ni dgn 2-3 orang bangla yang ditangkap tu la PR kalah di 100 kerusi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 8:01 PM

Pengundi hantu dr taiwan, hong kong, singapura tak mau adu ke? Ramai yg tak tau ckp bhs kebangsaan dan nyanyi lagu kebangsaan. Setakat 8, mana ada yg menang 8 undi. Memang kaki jubor budak ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 8:55 PM

Laaa.....blm jadi lembu lg.guna otak lembu dah lama.aku ingat dah jadi lembu sepenuhnya mamat ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:19 PM

penipu betul. kalau ikut prosedur mcm ni.
1. beratur dan check nama di kaunter check saluran. serah ic kemudian kerani spr check melalui computer. ada nama kemudian akan check di senarai. nama dipotong dan diberi kertas nombor saluran (warna putih) berserta nombor siri dalam database senarai pemilih.
2. pengundi bawa kertas tersebut dan sekali lagi beratur di saluran yang ditetapkan. serah ic pada kerani spr. nama disemak sekali lagi. nama disebut dengan lantang dan dipotong namanya. dalam masa yg sama agen parti akan turut sama semak. jari dicalit dgn dakwat kekal. kemudian baru diberi kertas undi dgn nombor siri yang berbeza dgn nombor siri daftar pemilih.
3. pengundi pangkah undi dan buang undi dalam peti undi. kemudian keluar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2013 at 9:29 PM

SPR tiada alat mycard reader yang boleh mengesahkan ketulenan mycard. Pada masa yang sama, SPR juga tiada alat thumb reader untuk matchkan cap jari ngan mycard. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mengklon mycard dan membawa mycard palsu untuk mengundi. Tapi ianya adalah MUSTAHIL berlaku di kawasan luar bandar atau pedalaman kerana orang biasanya saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Apabila nama disebut dengan lantang, semua orang akan mengenalinya.

Tapi, di bandar-bandar besar, jiran sebelah pun belum tentu dikenali. Malah, jika mengundi dengan menggunakan identiti orang lain pun, tiada sesiapa yang akan perasan.

Oleh itu, diharapkan untuk pru berikutnya, disyorkan supaya SPR menggunakan sistem biometrik agar penipuan identiti dapat dicegah lebih awal.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2013 at 9:46 PM

Sebab tu spr kena buat sistem biometrik untuk kesan betul atau tidak pemilik kad pengenalan tersebut...sebab tu puak pembangkang tak mahu guna sistem biometrik..sebab sistem ni susah nak dimanipulasi bukan macam dakwat kekal tu...benda yang mudah pun penyokong pembangkang tak guna otak...dulu masa bersih mintak dakwat kekal...bila dah laksanakan dakwat kekal...diorang orang pertama yang terhegeh2 nak cuci tak ke bodoh??? Benda simple boleh fikir guna otak tujuan pembangkang nak buruk kan spr dan kerajaan tu ja. Kalau spr guna sistem biometrik mungkin beribu2 orang cina tanah besar kantoi sebab guna kad pengenalan orang mati mana tau kan? Sebab tu puak ni meroyan meluat aku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 12:00 AM

@AnonymousSPR memang tak ada Card reader kalau ada pun sikit, wajar polis yang ada card reader ditempatkan di luar atau sebelum masuk dewan mengundi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 12:01 AM

Ni macam kes sendiri yg buat sendiri report, sendiri ngaku tengok konon dah ada bukti chitttt... tujuan dorang nih xde lain dari nak memalukan SPR dan ketelusannya dan yg nyata dorang sendiri tau bahawa pakatan xakan menang dalam PRU ...utk mengaburi mata kebanyakan rakyat samada yg memilih parti lawan atau yg menyokong dorang, mereka terus2an melalak mengatakan berulang2kali disana sini bahawa SPR menipu, kerjaaan xsah bla bla bla dgn harapan tak banyak sikit ada yg termakan dgn tipu muslihat mereka2 nih..aduyai...penatle dgr hari2 mende nih jugak yg dorang sebut2 sampai dah menyampah dibuatnya.... agaknya bilalah mende nih nak berakhir!

Buat pakatan oiii, plzlah.. kami nak hidup dgn rukun damai, demo free bole tak? Kalau tak puas hati ikutle saluran tertentu buat apa yg patut...plzlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 8:31 AM

dulu kitorang naaaaak sangat sisstem biometrik..

tapi...

dumbiga dan pencacai2 babi PR menentang. backing sangat dakwat kekal.

laa ni..depa sendiri cari isu terhadap depa sendiri. memang bangang punya PR!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 8:53 AM

@muhamad Danial

Semalam dalam radio ikim, pengarah SPR sendiri cakap boleh nak buat biometrik. Nak buat online pun boleh. Tapi masalahnya dalam kepercayaan orang kepada SPR yang rendah. Asyik ingat undi boleh dimanipulasi secara komputer. Kalau dah tak percaya, buat apa-apa yang baik pun orang ingat menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2013 at 12:32 PM

@Anonymousseperti kata orang - hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.... Nak ngelat seribu cikadak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 12:45 PM

betul tu anon 8.31..pembangkang sendiri yang tolak sistem biometrik kerana mereka yakin kalau ada sistem biometrik mereka xboleh nak meroyan dan salahkan spr dan bn macam yang mereka sedang buat sekarang ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 6:56 PM

.. another faggot who happens to be a pathalogical liar. See u in jail, pussy!

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2013 at 9:05 PM

@Anonymous
Aku pun dah lama tergelak bila SPR memilih utk guna teknologi dunia ketiga ni. Kalau nk maintain jugak utk PRU atau PRK selepas ni, aku cadang calitkan kat lobang hidung, biar susah sikit nak tanggal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 9:45 AM

pakai CCTV lah. sette masalah. bukannya susah. video evidence dengan tarikh dan masa.

Ini dok sibuk guna kaedah ink yang kuno

Post a Comment