........... PRU13 - BN Berjaya Kekal Putrajaya Kerana Peranan Tentera Maya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRU13 - BN Berjaya Kekal Putrajaya Kerana Peranan Tentera Maya ?

Saturday, May 11, 201334comments

Mungkin pemimpin2 dan orang Umno agak tidak berapa setuju dengan tajuk artikel diatas ..... well, ini tujuan artikel ini. Untuk mendapatkan feedback dari para pembaca sejauh manakah keberkesanan tentera maya atau lebih glamer dengan panggilan Cybertroopers pro Umno dalam membantu memberikan kemenangan kepada BN PRU13.

Ada yang berkata, BN bukannya menang mana pun kalau nak dibandingkan dengan PRU12. Campur tolak, lebihkurang sama jer .... PRU12 BN hampir tewas dan antara faktor utama adalah kerana PakLah dan kekuatan pembangkang dialam maya.

Saya berani katakan yang pembangkang SEMAKIN KUAT kali ini kalau nak dibandingkan 5 tahun dulu. Bayangkan kalau alam maya masih dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang ..... ? Agak2 dengan cara pemimpin2 Umno bertahan dan menjawab pelbagai isu2 semasa selama 5 tahun ini, Umno BN boleh capai keputusan sepertimana yang kita tahu sekarang ?

Banyak serangan2 pembangkang berjaya dipatahkan dialam maya oleh cybertroopers pro Umno dan sesekali pembangkang pula diserang balas.

Tidak perlu didebatkan siapakah yang mendahului siapa, cuma yang perlu difikirkan adalah - Benarkah cybertroopers pro Umno banyak membantu kerajaan BN ? 


Jika iya, soalan seterusnya pula - apakah pemimpin2 Umno mengiktiraf peranan cybertroopers Umno ? 

Atau perlukah kita pula yang sedarkan mereka yang sengaja buat2 tak nampak ?

Saya sendiri dah mula terasa malas nak terus kan hobi kerja yang tidak mendatang sebarang pulangan yang berbaloi ini.... dan saya percaya ramai dikalangan teman2 bloggers juga terasa yang sama. 

Sekarang mungkin sisa2 semangat yang hangat sehingga PRU13 masih membara .... tapi selama mana ?

PS - Apapun pandangan orang, secara peribadi saya terima dan yakin akan tajuk artikel ini. Makanya - TAHNIAH teman2 tentera maya pro Umno yang telah sama2 berjuang.... Mujur tak ramai yang kena saman ...... kalau kena saman, agak2 ada tak yang akan bantu ?

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:24 PM

saya sangat setuju dengan saudara. set pembangkang , demo tidak minat dengar TV apalagi baca akhbar, semua kata bohong. jadi cybertrooper lah yg kena lawan habis2an

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:24 PM

Cybertroopers byk kembalikanbsokongan thdp umno, suntik semangat juang penyokong bn. Kalau tak, mana penyokong bn/umno nk dpt info lawan geng hamjadah tu. Tolong teruskn demi agama, bangsa dan MALAYsia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:31 PM

PAS tak kisah kalau tak dapat jadi MB Selangor, tak kisah tak dapat jadi exco kat P.Pinang. Apa yang diaorang nak sebenarnya? Kalau dah macamtu attitude nye, kalau la menang peringkat Msia, diaorang pun akan tak kisah tak dapat jadi PM. Kalau setakat nak jadi MB kat Kelantan, tak join PR pun, boleh jadi MB. Kalau dah tak jadi MB, tak jadi PM, tak jadi exco, macamana nak perjuangkan Isle? Nampaknya yang kenyang setakat ADUN & ahli parlimen PAS jelah. Dapat gaji besar. Pengundi PAS kat bawah ni dapat apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:32 PM

mmg tol Bro...pemimpin BN kebanyakkannya kalo ada satu2 isu depa mcm kura2 ..sembunyikkn diri dlm cengkerang n kalo di tny pon depa akan bg jawapan yg 'selamat' utk diri depa...motif...takut hilang undi...

Tgkla mana yg brani bersuara kuat tentang pembangkang kalah di pru 13..cume ada sekor jer menteri BN/UMNO yg aq paling teramat suke bila dia kalah...'mat politik baru'....nape la tok jib amek dia bertanding lagi...kan dah kalah......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:33 PM

betul..tanpa cybertroopers pro umno. teruk bn tau..aku dapat tahu berita semasa pun dari bloggers..thank you bloggers!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:45 PM

Tapi ada juga pemimpin2 UMNO yg tidak menerima kenyataan ini En Din. Kita secara sukarela membantunya. Alhamdullilah BN berjaya walaupun dlm keadaan yg mencemaskan. Marang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 4:51 PM

KAH KAH KAH..KITA SEPENDAPAT. MAT NEW POLITICS TU AKU SENDIRI HAPPY DIA KALAH. WALAUPUN KECEWA BN KEHILANGAN KERUSI TERSEBUT TAPI BIARLAH..SAPE SURUH NAJIB CALONKAN DIA LAGI..

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 4:56 PM

Tapi perlu dihebatkan jugak dekat facebook2 atau twiter sebab kawan aku banyak tunjuk fitnah2 pembangkang dalam facebook jenis tunjuk gambar pun orang akan percaya . Cybertrooper pembankang bnyk guna persepsi mana yang tak kaji dia mesti percaya kalau boleh wujud kan lagi banyak cybertrooper pro bn untuk tangkis dakyah pembangkang wujud kan army alam maya kita sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 5:09 PM

SETUJU SANGAT

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 5:17 PM

@AnonymousLari topik bro ..

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 5:20 PM

@AnonymousRamai yang berfikiran sempit, hanya melihat pada peringkat yang melibatkan kawasan mereka saja, tapi mereka lupa kali ini isu2 nasional yang banyak memainkan peranan.

Kadang2 tu pemimpin TAKUT pada bloggers kerana TAKUT makan diri :) Kalau diri tak salah, takde apa yang nak ditakutkan .... kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 5:23 PM

Salam Din,
Dah lama saya tak komen kat blog Din, tapi rasa macam terpanggil pulak untuk komen pada artikel ini.

Memang tidak dinafikan bloggers Pro-BN tidak diberi pengiktirafan sewajarnya atas usaha murni yang dijalankan. Malah dari tarikh pengumuman keputusan PRU-13 yang lalu, belum ada walau sepotong ucapan "Terima Kasih" yang didengar diucapkan oleh sesiapa hatta PM kita sekalipun kepada para bloggers yang bertungkus lumus mematahkan serangan demi serangan Cybertroopers Pembangkang.

Malah, seperti pertempuran di alam nyata, tidak terbilang bloggers ProBN yang gugur akibat serangan-serangan DDOS keatas laman sesawang mereka. Malah laman blog saya sendiri telah diserang sebanyak 2 kali dalam tempoh PRU13 ini.

Berbeza dengan tentera maya pembangkang yang dikhabarkan dibayar sehingga RM3 ribu ringgit sebulan bagi menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada kerajaan.

Memang benar, kita umpama "Melukut ditepi gantang" atau "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" tetapi bagi saya, perjuangan saya ikhlas. Betul, ada kala nya amat terasa amat perit sebagai contoh, apabila laptop saya rosak tempohari dan memerlukan gantian "Motherboard"... Tiada siapa yang tampil untuk membantu. Begitu juga setiap bulan apabila bil-bil Telekom tiba, segalanya harus ditanggung sendiri.

Seperti yang pernah saya katakan pada Din tidak lama dahulu, saya tidak boleh bercakap bagi pihak semua bloggers namun bagi diri saya sendiri, perjuangan saya di alam maya ini bukanlah untuk diri saya sendiri. Saya berjuang untuk masa depan anak-anak saya. Sebagai seorang bapa, saya harus melakukan segala yang terdaya demi menjamin masa depan anak-anak saya serta anak bangsa saya.

Sekiranya penulisan saya diblog mampu memberikan sedikit harapan bagi anak-anak saya mendapat masa depan yang lebih baik, maka sudah tentu saya akan lakukan. Setiap orang mempunyai motif tersendiri, dan saya dengan perjuangan saya. InsyaAllah, selagi termampu dan terdaya, saya akan terus lakukannya.

Harapan saya semoga Kerajaan sedar akan perjuangan bloggers Pro-BN ini dan berikan sedikit pengiktirafan semoga kami mendapat sedikit kekuatan demi meneruskan perjuangan ini. Bagi pembaca-pembaca blog pula janganlah terus mengukum kami sekiranya berlaku serba-sedikit kekilafan dan penulisan kami. Sudah tentu kami akan memberikan berita yang sesahih mungkin namun tanpa sebarang pengiktirafan dan bantuan, kami cuma mampu melaporkan sebarang berita dengan apa yang kami termampu.

Wallahuallam!

http://mycybertrooper.net.ms

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 5:29 PM

@Malaysian CybertrooperYa, lama juga saudara menghilang :)

TerimaKasih, luahan saudara mewakili ramai dari kami.

Bagi yang blogging FULL TIME, lagi terasa !

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 5:33 PM

Oya, saya rasa terpanggil untuk merakamkan Jutaan TerimaKasih kepada pihak UMB yang merupakan satu2nya pihak yang mengiktiraf bloggers lebih dari sekadar UCAPAN TerimaKasih :)

Nota kepada para pemimpin yang ada MEMBELA Bloggers - terus terang saya katakan, tindakan anda hanya memecahbelahkan bloggers tatkala timbul masalah kerana adakalanya pembelaan peribadi tidak sehaluan dengan agenda umum.

Tapi .... ya, saya faham.... kena cari makan juga hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:20 PM

masing-masing memainkan peranan ...
cybertrooper vs cybertrooper ...
kenapa dap mewujudkan red bean army ... kalau dap tak percayakan keberhasilan cybertrooper ianya pasti tidak diwujudkan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:28 PM

Sebagai pembaca tegar rangkaian blogers pro-UMNO (aku mula benci BN sbb lunturkan jatidiri pemimpin UMNO), mohon sesangat agar diaturkan majlis khas untuk pejuang maya pro-UMNO ini secepat mungkin. Agar dapat dilafazkan penghargaan atas sumbangan pejuang maya ini.

Jika DAP diberitakan ada pasukan besar kacang hantu merah, apakan UMNO rasa telah memadai dengan apa yang ? Bagi saya tidak.

Tudak dapat dinafikan, barusan pejuang maya mesra UMNO inilah yang sepantas kilat bersikat menepis atau mematahkan serangan media baru pembangkang atau pemimpinnya.

Terlalu sedikit bilangan pemimpin UMNO yang berani atau petah menangkis serangan lawan. Mereka sangat kurang lakukan serangan ke kubu lawan. Atau adakah ini terjadi kerana hanya pm & tpm dapat liputan media arus perdana? Tapi itu bukan alasan... mujorlah UMNO ada pejuang maya yang entah daripada manalah datangnya. Mereka tampil dengan corak bertahan dan nenyerang yang asli. Bagi yang ditaja, tasanya aku dan pembaca lain dapat lihat atau rasa juga.

Apa-apa pun, selayaknya anda dihargai. Malah aku kecewa sebab pm belum ucapkan terima kasih itu selepas pru13 tamat. Ikhlaskan perjuangan & pengorbanan, moga Allah berikan ganjaran-Nya buat kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:30 PM

UMNO shd hire you all full time. In fact BN patut ikut cara DAP.. barulah fair sikit in cyberwar. Ini penipuan dianggap benar. Yang benar dianggap tipu. Punyalah bagus psywar DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:46 PM

Tk din perjuangan kau selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
May 11, 2013 at 8:11 PM

Bg yg taksub, takde kesan, bg yg open minded dpt membantu mendapatkan maklumat dan pndgn, dan bg yg atas pagar, membantu membuat keputusan. Kesimpulannya, tentu ada peranan dan kesannya pd pengundi.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 8:13 PM

Mewakili teman2 bloggers lain - TerimaKasih atas penghargaan yang diberikan.

Nak harap penghargaan dari pemimpin2 Umno ? hmmmmmm ..... diorang lupa dah bloggers ni wujud. Lagi 3 tahun nanti baru ingat balik betapa perlunya diwujudkan pasukan cybertrooper.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 8:16 PM

Sebab itulah saya tak setuju papagomo ditahan baru2 ni kononnya penulisan beliau berunsur rasis. Saya percaya kalau bloggers faham bahasa mandarin, sudah tentu banyak kedapatan kenyataan2 yang berunsur rasis. Kebebasan bersuara apa macam tu. Melayu yang mempertahankan hak melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara dikatakan rasis. Manakala cina yang mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara dikatakan hak kebebasan bersuara. Macamana bloggers nak lantang bersuara sedangkan pihak berkuasa akan menganggap suara blogger sebagai rasis. Selepas ini saya mahu pihak kdn faham betul2 tentang istilah rasis dan jangan sewenang-wenangnya mengklasifikasikannya sebagai satu hasutan. Setiap bloggers ada etika tersendiri dan mereka tidak menghentam sesukahati. Mereka ada bukti dan fakta. Jangan menggunakan SKMM atau polis untuk menutup mulut bloggers. Kalau dikatakan penulisan blogger adalah fitnah, lawanlah balik blogger berkenaan dengan mengemukakan fakta dan bukti2 yang sahih. Ini tidak, sikit2 saman. Bloggers tiada pendapatan tetap dan mereka berhadapan dengan tindakan saman bila2 masa sahaja. Diharap pihak kerajaan sekali-sekala hulurlah sikit kepada bloggers yang bertuan supaya mereka boleh terus survive. Kalau tak boleh kasi duit pon, kasilah laptop ke, broadband ke atau apa jua sumbangan sebagai menghargai pengorbanan bloggers yang berjuang non stop pagi sampai malam sama ada semasa pru atau sebelum pru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 8:21 PM

Bro Din,perlu diingat serangan dan pendedahan salah laku liwat/seks pemimpin2 pembangkang yg diasak bertubi tubi oleh bloger pro bn blh dikatakan gagal.sedikit pun x beri kesan pd pengundi terutama pengundi cina yg x kenal halal haram.malah penyokong pas pun x ambik port psl isu slh laku liwat/seks.

So next time jgn syok sgt publish isu seks ni.bkn sj org x percaya malah org jd meluat (walaupun kes seks itu benar2 berlaku)

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 8:29 PM

@AnonymousSaya nak beritahu satu rahsia.

Adakalanya kita lakukan sesuatu ada sebab lain disebalik apa yang zahir, contohnya pernah beberapa kali sesuatu isu itu dimainkan bukan kerana isu itu sendiri tapi kerana mahu mengalihkan perhatian ramai.

Saya sendiri pernah tulis tidak setuju kalau over sangat main isu video seks, tapi adakalanya perlu.

Contoh Video Mat Spender, kesannya BESAR !

Dan adakalanya saya mainkan sesuatu isu itu kerana SAJA-SAJA SUKA ... pun ada juga ! :) Saja nak lepas geram, nak sampaikan mesej pada mereka yang berkenaan.

Kita manusia juga, ada perasaan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 8:47 PM

@dinturtle

dia tersalah bas. maafkanlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 8:56 PM

@Anonymous

aku sama sekali tidak suka dibiaya dan lebih suka blog saperti ini dimana lebih telus. pendekata yang tak betul tetap akan dikritik. kalau dibiayai, apa halnya kalau pemimpin buat tak betul? tak kan pulak nak dibela jugak? isy! isy! isy! dahsyat nanti jadinya. yang paling baik dan dituntut ialah PENGHARGAAN kepada perjuangan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 9:20 PM

nak harapkan pemimpin bn nak balas semua isu yg ditimbul oleh pakatan confirm dh melingkup. byk isu tak dijawab. terkial2lah blogger yg xberupah ni cara maklumat. semata-mata saying pd umno. sbb xmo jatoh ke tgn dap.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 9:37 PM

Ada yg merosakkan ada yg membantu.

Hakikatnya pandangan cybertroopers atau bloggers atau pahlawan maya tidak mendapat tempat di hari najib, pandang pun tidak.

Jika diberi perhatian, sudah tentu beberapa isu spt cina terlalu dimanjakan, penonjolan rosmah etc ada perubahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 9:41 PM

Sebenarnya bloger2 pro BN banyak kena kencing dgn bloger2 otai yg rapat dgn pemimpin2 umno..mereka memohon peruntukan yg besar dr umno kemudian mengaku blog2 yg proX umno adalah hasil usaha mereka dan meminta habuan.duit masuk poket tp x smpai pd bloger bawahan.kesian betul kat bloger DT..tulis penat2 tp orang lain dpt hasil...kalu tak menyeleweng bukanlah umno namanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 9:58 PM

harap cybertroopers yang pro Umno ni, anggap pertolongan anda semua kerana bangsa dan agama, harap juga Umno sedar peranan anda semua,yang tak sedapnya yang kena tangkap Melayu,bangsa lain tidak, walhal fitnah yang mereka buat cukuplah banyak sampai tidak masuk akal.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 10:30 PM

Mewakili teman2 bloggers lain - TerimaKasih sekali lagi ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 11:00 PM

BN MASIH LEKA DENGAN PERMAINAN POLITIK ERA 60AN ... SEDANGKAN KEADAAN KINI BERUBAH ...
PAKATAN RAKYAT MEMPERGUNAKAN MEDIA ELEKTRONIK SEPENUHNYA DALAM USAHA MENAWAN HATI RAKYAT ...
TETAPI BN MASIH LEKA DALAM HAL INI ...
BILAKAH PIMPINAN BN MAHU SEDAR ... AKU TIDAK TAHU ...
CONTOH NYATA PAKATAN RAKYAT MENGGUNAKAN MEDIA ELEKTRONIK IALAH DALAM LAMAN WEB INI http://www.infoharian.com/info/siaran-langsung-perhimpunan-black505-di-pulau-pinang
SO FIKIR-FIKIRKANLAH ...

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 12:44 AM

Peranan blogger pro bn sebenarnya besar kesannya.Cuma pemimpin2 bn saja buat tak nampak.Tanpa blogger2 ini bn mungkin sudah menjadi pembangkang sekarang.

Satu lagi yg perlu kita ambil perhatian adalah facebook dan tweeter.Nampaknya puak2 pembangkang masih menguasai medan 'peperangan politik' di media2 sosial.Nyata mereka mempunyai lebih ramai penyokong yang bersedia menyebarkan apa saja berita yg lebih kepada fitnah tanpa perlu berfikir apa2.Dapat saja fitnah,terus percaya serta-merta dan sebarkan macam robot yg telah diprogramkan.

Penyokong2 bn lebih kepada malu2 kucing sebab takut dicemuh oleh penyokong pembangkang yg agresif.Akhirnya banyak fitnah2 yg berlegar2 di media sosial yg tidak ditangkis oleh penyokong2 kerajaan.

Kita perlu fikirkan masalah perang facebook ini.Kalau di dunia blog kita sudah setanding mereka,di media sosial kita masih jauh ketinggalan sedangkan media2 sosial ini sudah lebih berpengaruh di dunia maya terutama dikalangan anak2 muda.Perkara ini sangat penting kerana 5 tahun lagi lebih ramai anak2 muda yg akan layak mengundi.Pengaruh di media sosial akan membentuk fikiran mereka dalam membuat keputusan siapa yg patut mereka undi.

Satu lagi media2 sosial ini lebih luas penggunaan dan kecapaiannya tidak terhad kepada peminat2 politik saja maka ia sangat merbahaya dalam meracuni pemikiran pengguna.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 1:01 AM

@tobengSatu peringatan baik yang harus diambil berat oleh pemimpin2 Umno. Mereka kena bawa berbincang dengan mereka sememangnya aktif dalam media sosial ini bukannya mendapat nasihat dari mereka yang langsung tidak ada FB !

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 10:11 AM

@Malaysian CybertrooperBagi saya peranan cybertrooper UBN adalah amat significant. umpama tiada terhingga budi dan keringat anda untuk BN balas dalam bentuk material. saya bayangkan kalaulah saya sendiri berada dlm keadaan tuan2, tentu saya merasa letih dan kecewa jika tidak dihargai.
Mungkin ada kalangan pemimpin BN yang memandang sepi terhadap peranan tuan2, mereka merasa kita tiada pilihan selain menyokong BN, atas maksud survival melayu. Tapi lihatlah puak2 yang merasa amat selesa dgn menjahanamkan bangsa sendiri.
Sesuatu suara padu perlu dibentuk sebagai pendesak, demi mengiktiraf para cybertrooper UBN. Selamat berjuang, tapi biar berpada jika anda tidak dihargai.

Post a Comment