........... Pasca PRU13 - ROSMAH. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pasca PRU13 - ROSMAH.

Friday, May 10, 201396comments

Masih dalam mood menghentam pasca PRU13 ? Ni ada SATU lagi faktor / individu yang namanya sering kedengaran semasa kempen pembangkang, nama yang sering meniti dibibir rakyat dan nama yang seharusnya dikaitkan juga, tak kisahlah besar atau kecil peranannya, dengan prestasi teruk BN.

Benar atau Salah ? POINTNYA - RAKYAT BERCAKAP dan RAKYAT AMBILKIRA sebagai salah satu faktor semasa mengundi. ITU YANG PENTING dan itu yang seharusnya diberi perhatian.

Setakat ni belum ada sesiapa yang buat posting KHAS mengenai individu ini. Nah, saya nak buat sekarang. Korang nak marah - Ada aku kisah ? Korang nak tutup blog aku - Ada aku kisah dah sekarang ? 

Tajuk saya dah letak terang-terang nama ROSMAH. Sesiapa yang panas hati, kalau adalah ..... yang korang pergi klik dan baca juga - siapa suruh ! ?


Macam2 saya dengar orang bercerita tentang Rosmah. Dia ada syarikat minyak di Terengganu la, dia masih ada pejabat FLOM di Pejabat PM la, dia pun sibuk sama dalam bla bla bla ...... seperti saya katakan, benar atau salah sudah tidak penting sebab, ITU yang dijaja semasa kempen dan RAKYAT BERCAKAP.

RAMAI dikalangan rakyat yang TIDAK SUKA pada cara dan imej yang ditonjolkan oleh Rosmah.

Kebetulan tadi saya luangkan masa baca ruangan komen diblog favoret saya Syedsoutsidethebox dan kebetulan juga ada komen2 mengenai Rosmah. Saya kutip dua yang menarik, tak per kan Tuan Syed ?


1 - Anonymous said...
Datin Seri Rosmah, salam utk anda..

Datin, saya sebagai rakyat amat bersyukur atas kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13. Mungkin bukan satu kemenangan yg hebat tetapi masih cukup utk memberi kuasa kpd BN utk memerintah. Bg prestasi UMNO, saya merasakan ada peningkatan jika dibandingkan pd tahun 2008.

Datin, saya pasti kehidupan Datin hampir sempurna klu dibandingkan dgn orang lain. Saya juga yakin bhw Datin sentiasa bersyukur kerana mempunyai kehidupan sedemikian, ditambah pula menjadi isteri kpd org nombor 1 negara. Tiada siapa mempersoalkan tentang jodoh Datin termasuk saya.

Datin, suami Datin telah ditinggalkan dgn kerosakan kpd negara yg amat teruk oleh Abdullah Badawi. Masa 4 tahun adalah terlalu sedikit utk beliau membetulkan segalanya.

Kini rakyat, termasuk saya, telah memberi mandat sekali lg (yg tidak berbelah bg) kepada suami Datin utk memacu Malaysia terus ke hadapan.

Dengan penuh rendah diri, saya memohon Datin utk tidaklah lg terlalu menonjol dgn perkara2 dlm pentadbiran dan hal ehwal negara. Datin mungkin merasakan terdapat ramai penyokong Datin, tetapi secara realitinya terdapat lebih ramai rakyat dibawah ini yang kurang senang dgn cara Datin. Terlalu byk tohmahan yang mungkin tidak betul tetapi ramai yg mempercayainya.

Sokonglah suami dgn sepenuhnya, tetapi cukup lah sebagai isteri. Saya tidak mahu lihat Tanah Melayu jatuh ke tangan lain. Pendek kata, contohilah Tun Siti Hasmah. Beliau adalah contoh terbaik seorang First Lady di dalam dunia ini.

Janganlah disalah erti niat saya yang ikhlas ini.

Ke arah Malaysia yg lebih hebat!

Usj, Subang Jaya 

Wednesday, May 08, 2013 3:09:00 PM




2 - Anonymous said... Tuan Syed,

My observation is this.

Rosmah kena la kurangkan sikit airtime dia. Tak perlu lah lagi pergi mengekor si Najib 24/7. Najib dah jadi mcm di "queen control" kan si Rosmah. Sampai org sumua buat rumusan yg Rosmah ni actually run this country bukan Najib.. Rambut dia makin lama makin tinggi dan kembang macam simba the lion.. Sampaikan umum menang PRU pon dia sibok2 ada. Apa kapasiti dia dalam BN?? Kalau dah kemaruk sangat jadi popular dan airtime suruh Najib angkat jadi senator dan jawatan menteri penuh saja.

Jangan kan melayu UMNO, org pas malah cina2 pon tak suka. Tak caya pergi la tanya. Tak ada siapa yg suka cara Rosmah. Tukang bodek dia saja yg suka.

Benda2 sume ni nampak kecik Tuan Syed tapi percayalah rakyat jelata amat meluat dan menyampah dgn cara dia. Tiap2 tahun keluar tv bersama Najib masa tahun baru dan raya puasa... Rakyat rasa semak tengok benda2 ni..

Saya yakin kalau faktor Rosmah ni dapat dibendung, insyallah peluang PRU14 agak cerah

 .
Wednesday, May 08, 2013 4:40:00 PM  

                                            *********************** 

PENDEKKATA - Jangan masuk campur dalam hal ehwal pentadbiran negara, Jangan kejar glamor, Jangan suka menunjuk2, Contohi cara Tun Siti Hasmah.

Ya, mungkin pro Rosmah kata saya ni kolot. Yang penting disini, berapa ramai yang kononnya moden dan berapa ramai yang kononnya kolot ? Ingat, satu orang satu undi. Orang kolot dia punya undi pun sama dengan orang moden. So .... NAK UNDI ke tak ?

Najib sanggup buat apasaja demi mengejar undi orang cina .... pukul gendang bagai, tapi dalam isu Rosmah ni, Najib macam ............ takde daya.

Share this article :

+ comments + 96 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 1:08 PM

Siti Hasmah dulu pun kena banyak cercaan, tetapi, Dr Mahathir pandai buat kepala orang asyik fikir apa yang dia fikir dan katakana. Najib ni tak banyak cakap dan tak pandai nak balas balik.

Rosmah ni, sebab character dia Nampak 'stern' sikit, tak Nampak friendly, dia pun Nampak in-control, tapi, cuba Tanya saudara-saudar terdekat Rosmah, banyak ke projek mereka dapat? Mereka benci dengan Rosmah tak layan mereka adalah.

Cuba lihat saudara-saudara terdekat Anwar Ibrahim pula?

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 1:58 PM

Tk logik la din. Takkan nk sruh najib cerai rosmah kut? Org melayu ni bab menyalahkan org laen mmg no 1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 1:59 PM

assalamualaikum en.din. Saya seorang wanita melayu islam, umur 48th. suri rumah sepenuh masa, tapi celik IT ok. GE13 baru ni, saya undi BN , bukan baru ni saja tapi dari pertama kali mengundi lagi. Saya sangat setuju dengan pandangan anda. Pandangan peribadi saya selaku seorang rakyat biasa yang tinggal di Bandar Kuantan ni , apabila melihat kelibat Datin sri Rosmah, dlm tv atau dlm akhbar, nafas saya selalu sesak, melihat gayanya. Bagi saya sebagai seorg isteri kepada seorng pemimpin yg berugama islam dan Malaysia diikhtiraf sebagai sebuah negara islam dia wajar menutup kepalanya. Bertudung, bukan kah haram hukumnya menampakkan aurat! Benda ni bagi setengah orang adalah benda remeh, tapi bagi setengah orang benda2 begini diambil kira. Ada kenalan saya berkata, kalau rosmah bertudung je, dia akan undi BN, semudah itu. Sbb yang lain2 Najib dan BN telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:09 PM

satu lagi diselipar burukkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:09 PM

najib telah ditewaskan oleh dua orang ...
1. cina yang pura-pura sokong ... kemudian tikam belakangnya ... tapi najib tak serik ... masih dok merayu-rayu kat cina yang berpaling tadah itu ...
2. oleh rosmah yang gila glamor ... mahu mengambil projek kerajaan ... contoh permata ... sedangkan sepatutnya menteri hal ehwal wanita dan pembangunan yang menguruskan tadika (kemas) yang membuat program permata ini ... so ... tidak salah kalau orang kata nkra maknanya (najib kerja rosmah arah ...)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:14 PM

Ya, saya setuju. DS Rosmah tk perlu menonjol diri terlalu sgt. Klu pun dia tk buat apa yg dituduh, tp terlalu bnyk melihat muka dia pn membosankan...ada bnyk cara lg dia boleh berkhidmat. Jadilah isteri seroang Perdana Menteri yg disukai rakyat, bukan yg buat rakyat meluat.

Lihat pd isteri pembesar2 negara lain, tkde pn terhegeh hegeh menumpang populariti suami, tp rakyat ttp pandang tinggi. Tk dinafikan Rosmah buat kerja amal, teruskan. Biarlah DS Najib menerajui negara dgn damai...

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 2:14 PM

Ada kebenaran nya apabila kebanyakan rakyat atas pagar menilai Rosmah merupakan salah satu punca kemerosotan undi rakyat kepada bn. Tidak keterlaluan saya menyokong apa yang disuarakan oleh dinturtle kerana pepatah melayu menyebut 'disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga' untuk rosmah belajar lah menghormati Najib sebagi suami dan pandai lah pula menjaga diri sebagai isteri. Rosmah harus kembali kezaman fitrah kegemilangan para rasul dimana tidak pernah terbaca atau tersebut diadalam mana mana surah atau hadis yang mengagungkan isteri para nabi sebagai pemimpin kecuali apa yang berlaku dalam zaman pemerintahan bn era najib.
sebagai contoh : dalam zaman PM Pertama kita hanya sesekali saja melihat Tun Sharipah Rodiah isteri Perdana Menteri Tuanku Ab Rahman mencari glamor , begitu seterusnya isteri isteri pedana menteri sebelum najib.

kepada Najib mungkin telah ada suara yang memberikan pandangan mengenai sikap keterbukaan dan keglamoran Rosmah mencari publisiti , tidak salah untuk membantu tetapi biar lah kena pada
tempat dan masa dan berpada-pada agar rakyat tidak meluat dengan gelagat dan tingkah laku sebagai isteri pemimpin nombor satu negara.

Mungkin ada yang akan mengecam dinturtle atau sebaliknya tetapi sebagai rakyat tiba lah masa nya rosmah berubah demi pru14 walaupun perkara ini tidak perlu disebut sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:44 PM

BUKAN SAJA GILA GLAMOUR..MALAH DIA JUGAK DIJADIKAN ANTARA SENJATA UTAMA UNTUK TEMBAK NAJIB. SUDAH2LAH DATIN ROSMAH OOOOOI..MUNGKIN KAMI YANG DI BAWAH NI TAK TAHU PERIBADI SEBENAR DATIN SEBAB MEMANG KITA TAK PERNAH JUMPA PUN. TAPI PERSEPSI RAKYAT ITU YANG KENA DIJAGA. DATIN PUN TAHU DARI 2008 LAGI PUAK2 PR DOK FITNAH DAN KUTUK DATIN, TAKKAN TAK SERIK2 LAGI KOT? KALAU IYA PUN DATIN TAK KISAH, TAPI KESIANLAH SIKIT KAT SUAMI DATIN TU..BIARLAH DIA MEMIMPIN NEGARA DENGAN TENANG..SAYA PERCAYA, JIKA DATIN BERUNDUR, OTOMATIK PUAK2 PR TU HILANG PELURU NAK TEMBAK SUAMI DATIN..TENGKIU..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:52 PM

Saya BERSETUJU untuk BERSETUJU dengan anda....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 2:56 PM

Isteri anwar ibrahim lagi teruk..........siap jadi presiden parti.......ada korang bising-bising........anak perempuannya bukan main gedik lagi jadi yb....ada korang fikirkan Korang memang duoble standard......bagus apa yang dilakukan oleh Datin Sri......bukan semua isteri larat nak buat macam dia.Fikirlah pengorbanan beliau.......hanya kerana fitnah altantuya korang membusukkan nama ROSMAH selamanya.......tak takut dosa ke.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 3:38 PM

perbincangan ni sebenarnya agak memalukan bila 'terpaksa' kita berbincang tentang tabiat isteri orang (ds najib pun orang jugak!). kalau saya tahu ada orang yg berbincang tabiat isteri saya secara terbuka, tentu saya akan marah orang itu..

tetapi.. kerana 'terpaksa', kita bincang jugak la.. saya sendiri pernah cakap pada kawan2 saya kalau ds rosmah bertudung seblum pru13, mungkin.. mungkin.. hasilnya lebih baik untuk bn..

wallahu alam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 3:44 PM

SAYA SENGAJA TULIS KOMEN INI DENGAN HURUF BESAR UNTUK MENGINGATKAN ORANG MELAYU-ISLAM KITA SUPAYA TIDAK TERBAWA-BAWA DENGAN PROPAGANDA MUSUH KITA DI KALANGAN PEMBANGKANG, TERUTAMA DAP YANG RASIS ITU. JANGAN MUDAH TERPERANGKAP DENGAN PERBUATAN MEREKA YANG SENGAJA MAHU MEMECAH-BELAHKAN KITA.

TIDAKKAH KITA SEDAR ISU ROSMAH INI TELAH LAMA DIPERMAIN-MAINKAN OLEH MUSUH KITA? ADAKAH ROSMAH FAKTOR UTAMA KEPADA APA YANG BERLAKU PADA PRU 13? GAYA TULISAN SAUDARA SEOLAH-OLAH MENUNDING JARI KEPADA ROSMAH SAJA. SUNGGUH TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG KALAU ROSMAH DISALAHKAN SEDANGKAN BANYAK LAGI FAKTOR LAIN YANG PATUT DIUTAMAKAN!!! DALAM EMOSI KITA MENGHENTAM ROSMAH, ADAKAH KITA LUPA BELIAU ISTERI KEPADA PERDANA MENTERI, KETUA EKSEKUTIF NEGARA KITA? KAJI BALIK SEGALA AKTIVITI YANG LAKUKAN, SERTA PERANAN YANG DIMAINKAN, OLEH TUN SITI HASMAH DAN JUGA ISTERI-ISTERI PERDANA MENTERI TERDAHULU. KAJI, JANGAN MALAS.

SAUDARA TELAH MEMETIK KOMEN-KOMEN DARI BLOG OUTSYEDTHEBOX, TAPI BILANGAN KOMEN TENTANG ROSMAH ADALAH KECIL BERBANDING DENGAN KOMEN-KOMEN LAIN. INI TIDAK, SAUDARA TELAH AMBIL YANG KECIL DAN MEMBESAR-BESARKANNYA!

SAUDARA KATA TIDAK KISAH KALAU ADA YANG MARAH PADA POST SAUDARA INI. INI SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!! SAUDARA TELAH POST KAN TULISAN SAUDARA UNTUK DI BACA UMUM, MAKA SAUDARA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ATAS APA YANG SAUDARA TULIS. MAKA TENTU SEKALI ORANG AKAN BACA. TENTU SEKALI ADA YANG SETUJU DAN TIDAK SETUJU. TENTU SEKALI ADA YANG AKAN MARAH - MARAH SEBAB SAUDARA TELAH TERPEDAYA DENGAN PROPAGANDA MUSUH.

DALAM MOOD MENGHENGTAM PASCA PRU 13, JANGAN SALAH HENTAM ORANG ATAU ISU. HENTAMLAH MUSUH-MUSUH KITA YANG SUDAH JELAS DI HADAPAN KITA PASCA PRU 13. ADAKAH SAUDARA MASIH TAK NAMPAK?

DAN JANGAN LUPA, KITA MENANG DI PRU 13. KITA BUKAN SAJA DAPAT MENGALAHKAN PAKATAN PEMBANGKANG TAPI JUGA PARA SEKUTU/SPONSOR MEREKA DI LUAR NEGARA (AMERIKA SYARIKAT TERUTAMANYA). RENUNG BALIK PERKARA INI. KITA MENGALAHKAN KUASA IMPERIALIS TERBESAR DI DUNIA!!! (BACA POST INI.) ORANG MELAYU-ISLAM MASIH KUAT. TETAPI INI AKAN BERTAHAN SELAMA HANYA 5 TAHUN AKAN DATANG SAJA. SEKARANG KITA PERLU MENGEMBALIKAN BALIK ORANG MELAYU-ISLAM YANG TELAH TERJERAT DENGAN PROPAGANDA MUSUH KITA. JANGAN MENULIS SEOLAH-OLAH KITA TELAH KALAH. TULISLAH PERKARA-PERKARA POSITIF DEMI MENGEMBALIKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN MELAYU-ISLAM DI TANAH MELAYU TERCINTA INI!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 3:46 PM

setujuuuuuuuuuuu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 3:47 PM

Saya bersetuju dengan pendapat penulis. Keluarga saya adalah keluarga BN, pengundi BN dan akan tetap dgn BN. Tetapi bila berita atau gambar Rosmah keluar dlm tv pasti ada suara kritikan terkeluar dari keluarga saya. Rosmah saya lihat terlalu expose berbanding dgn isteri2 pm yg terdahulu. Bahkan ketika Najib masih menjadi TPM lagi benda ini telah berlaku. Perkara beginilah akan membuat musuh2 Najib &UMNO/BN akan menjadikannya senjata menyerang Najib. Pelbagai cerita akan mudah tercipta dan malangnya org akan mudah percaya walaupun ianya fitnah semata2. Dan satu lagi Rosmah perlu ambil teguran yg sering diperkatakan iaitu tentang rambut yg mengerbang tidak bertudung. Saya rasa Rosmah lebih cantik jika bertudung dan ini akan menghilangkan satu kritikan besar kepada Najib sebagai suami kepada beliau. Supaya Rosmah tidak terlalu menonjol selepas ini. Maaf jika teguran ini membuatkan sesiapa terasa, bukan untuk menghina tetapi membuatkan keadaan lebih baik. Saya dan sekeluarga tetap dgn BN dan sentiasa menyokong pemimpin UMNO & BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 3:49 PM

aku cadangkan supaya Najib kawen satu lagi..banyak artis yg sudi menjadi isteri beliau spt Nora danish dan wawa zainal..bukan sahaja dpt memikat pengundi muda, imej Najib juga akan meningkat naik dgn mendadak..

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 3:52 PM

@AnonymousNi yang buat saya nak tulis Part 2 pulak ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
saya penyokong BN
May 10, 2013 at 4:08 PM

nampaknya saudara kita anon 3:44pm telah terlebih emosi pulak.

camni la saudara..ambil yang jernih, buang yang keruh.

tujuan ramai yg komen di sini termasuk pemilik blog adalah MENEGUR. bila dah tegur, sudah tentu sebab sayang. aku percaya yang komen di sini tak pernah sikit pun memfitnah datin rosmah sebab hanya puak2 pr saja suka fitnah dia. jadi, kalau dah penyokong sendiri tegur, mesti ada sebabnya.

kami biasa berhujah dan membalas komen2 pemfitnah dari puak2 pr. demi untuk mempertahankan datin seri..jadi kami tahu apa persepsi rakyat sekarang ini..orang2 di atas mungkin tahu tapi saja buat tak tahu..nak jaga periuk nasi jugak kan? jika suara rakyat bawahan tak nak dengar juga, jika tumbang pru14 nanti, salahkan diri sendiri la ya..

jadi terimalah teguran itu sebaiknya. bukan untuk kami2 rakyat marhaen ni pun..untuk datin seri suami isteri jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 10, 2013 at 4:23 PM

@Anonymous

BUKAN pengomen2 di sini buat2 BUTA ttg NEPO si AI....tapi skrg ni kita nak cari jalan supaya BN/UMNO menang MAJORITI lebih besar

salah satu punca ATAS PAGAR & budak so-called educated ni BENCI sgt dgn UMNO/BN sebab DS Rosmah

aku dlm hal ni terpaksa bersetuju dgn pandangan Tuan Rumah sbb MAJORITI rakan2 aku yg pro UMNO & sokong UMNO masa PRU-13 lepas sebulat suara kata, Najib ok, bagus, cumanya ada 2 perkara yg menimbulkan bibit keBENCIan:

1) sifat DSR yg melebih2 dlm segala hal mengalahkan menteri2 & selebriti2 tanah air

2) sifat kasih sayang MELAMPAU DSN pada Cina & memoderatekan hak2 kaum lain terutamanya Melayu & Pribumi

cuma bg aku ada point no.3 & 4 yg perlu ditambah:

3) UMNO kerap bertahan & jarang menyerang melalui jawapan2 berfakta dlm semua media alternatif (ni asyik TV, suratkhabar)....apa KOLOT sgt ke pemimpin UMNO ni?

4) Wakil2 yg dah terpilih seperti tak dipantau....bebas melakukan kesalahan, berlagak, angkuh, buat2 busy smpai susah nak jumpa sehinggakan rakyat naik meluat bukan saja dgn si pelaku, tp dgn UMNO2 skali terheret

kalau betul2 nak SOLIDkan undi UMNO/BN buat semua ni semaksima mungkin....ye la kita ni beri pandangan....sedap KUTUK guna keyboard....tapi bg aku ini win-win situation.....mereka nak undi dr kami utk jd wakil, mrk dpt byk kelebihan sbg ADUN....kami beri undi & TOLONG nilai pandangan kami, bukannya si tukang kipas susah mati

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 4:23 PM

aku heran skit dgn budaya suka tengok salah bini org ... keja org melayu biasa lah...masuk juga jarum pembangkang dlm otak hampa..
apsal tak tengok bini pembangkang yg selalu berekoq mana saja laki dia ada ... cuba komen pompuan tu sampai hangit sampai lekat dlm kepala org ramai ... atau mungkin mainan ni puak pembangkang lagi cekap kot sampai melekat perihal kak rosmah dalam benak kepala org2 yg tak cerdik...cer renung cer cer......mmmm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 4:26 PM

itulah beza nya saudara, Isteri Anwar dan anak dia tu presiden dan YB parti PKR...Rosmah pula? apa dia????

Si jijah tu masuk bertanding, wan azizah pun dulu sama...mereka memang ahli politik...bergiat dalam politik...Rosmah pula?

Sebab tu lah ramai orang kata...kalau tak nak bising..si rosmah kena masuk bertanding...pastu menang boleh lah najib bagi apa apa portfolio atas kapasiti YB...bukan atas kapasiti bini PM....itu yang buat orang menyampah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 4:39 PM

DT,

Zaman Mathir, golongan songsang masih berdiri di belakang BN. Golongan songsang biasanya tak ambil tahu kesongsangan pihak yang disokong, makanya isu jambul tidak timbul ketika itu.

La nih, golongan songsang berdiri belakang PR. Makanya sesiapa saja yang songsang (dalam PR) tak perlu bimbang kesongsangan yang dimiliki akan jadi faktor penolak kerana para penyokong juga adalah golongan sewaktu dengannya.

Sebaliknya pihak yang masih berdiri di belakang BN adalah golongan, lurus, berhemah, ramah-tamah, berbudibahasa tinggi dan berjatidiri yang tinggi. Justeru, fahamilah apa yang mereka mahu pemimpin mereka hayati dan turuti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:09 PM

SEBENARNYA KORANG DENGKI KAT DS ROSMAH......ISTERI TS MUHYIDDIN PUN AKTIF IKUT SUAMI......JADI PENAUNG SEKOLAH DALAM HOSPITAL......KORANG TAK BANGGA KE ISTERI MEREKA TURUT SAMA MEMBANTU RAKYAT.........BARU NAMPAK SEMPURNA.

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2013 at 5:16 PM

Hmmm ..... Denial Syndrom masih kuat ......

Masih ada pro Rosmah yang tak nak mengaku ramai rakyat yang benci pada imej Rosmah, dan Rosmah dijadikan bahan kempen PRU13 oleh pembangkang.

Terpulanglah, nak terima atau tidak. Saya luahkan pandangan saya jer , melalui apa yang saya lihat, dengar dan baca ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:22 PM

@Anonymous
assalam bro. Cuba fokus pada tajuknya. Sekarang cerita pasal rosmah. x payah nak ambik pot hal orang lain. Orang tegur sebab orang sayang.
Ko punya jawapan seolah-olah contohnya macam ni la : seorang budak muslim kena tangkap oleh bapaknya sebab minum arak. Bapak dia tanya kenapa ko minum arak. Dia jawab kat bapak dia, tu anak jiran kampung sebelah tu minum arak boleh pulak.... Bukan ke bapak dia tangkap dia minum arak dan marah dia sebab bapak dia sayang kat anak dia, tak nak anak dia masuk neraka.....
Rational la sikit. X ruginya Najib kalau Rosmah di silentkan. Lagi senag dia buat kerja, xde la pening nak pikir manjawab hal ahli partinya lagi, nak jawab hal rosmah lagi. Kurang la faktor penolakan orang melayu kepada Najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:23 PM

Bagi saya Datin Rosmah tu ok penampilan nya sebagai isteri PM. Beliau pandai menyesuaikan pakaian mengikut majlis. Apa tidak banggakah kita orang Melayu melihat beliau berpakaian kebaya panjang berselendang berdiri di belakang PM di majlis majlis rasmi yang beliau hadiri. Itu pakaian warisan kita. Beliau tidak hipokrit seperti sesetengah ahli politk wanita BN yang mula bertudung bagi melindungi korupsi. Orang kita ni kalau ada masalah je pakai lah tudung maka semuanya sejuk dan ok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:28 PM

Sebab rosmah tak pakai tudung BN kurang majoriti ? Cetek nya pikiran. Patutlah orang cakap Melayu bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:35 PM

Beliau tak bertudung ya tapi mengapa mesti benci? Kalau kata beliau korup reportlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:36 PM

Jangan..tak boleh kahwin dua, nanti susah najib. Asalnya ada sorang mem ikut ke hulu ke hilir, nanti jadi 2 mem. Tak ke naya najib nanti. Dua dua berebut nak jadi first lady.. Tak pun rosmah kecewa, habis mukanya dicucuk botox, hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:39 PM

Yelah, tak pasal pasal emotional lak lu. Jangan jangan tu antara tukang ampu rosmah. Rilek la brader, org tegur je, itu pun tak leh?
505 ini kalilah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:46 PM

Eleh, cakap melayu bodo. Ko tu bukan melayu ke? Ngokk. . Lainkali nak tulis, guna otak.. Jangan main sedap goreng , cakap melayu bodo.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 5:46 PM

Senagai org luar kita hanya ingin lihat isu FL dibincangkan dalam Pau...tunggu ajerlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:03 PM

@moya

tak tau lak apa yang kamu ni merapu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:05 PM

@john kowneque

kalau tak paham tanyalah, maksud aku kalau tak paham cerita ni. janganlah pulak nak org nak gi KBaru pun kamu nak ikut tapi naik bas ke KL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:09 PM

@Anonymous

syabbas org Kuantan. rasanya kalau dia tutup aurat pun belum lagi dapat memenangi hati rakyat. saya sprt puan jugak, setiap kali dia appear kat kaca tv saya akan alihkan channel. dia nih lebih baik jadi MP dan biarkan dia menonjol sendiri untuk menjauhkan persepsi buruk rakyat jelata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:10 PM

@Anonymous

nak buat macam mana lagi? dah sememangnya buruklah katakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:10 PM

Sedih dan sayu apabila tohmahan ditujukan kepada insan solehah yang penuh sifat taqwanya, merendah diri, span dan lembut, taat pada suami, penyayang, anti perkara syirik dan anti pembunuhan dituduh yang bukan2.... Akanku pertahankan baginda hingga ke titisan darahku....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:12 PM

@Anonymous

inilah yang dikatakan, orang ketawa mereka berdua turut ketawa. tak perasan yang orang ketawakan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:14 PM

@Anonymous

masaalahnya dia perasan bahawa dia disukai dan disayangi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:22 PM

Saya setuju. Katalah ini fitnah perception org yg membuat Najib senang dihentam. Oleh itu eloklah low profile.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:24 PM

@amnitpg

betul jugak tuh ramai mungkin akan mengecam sdr admin yang kita sayangi. tapi mungkin sdr admin tidak semeluatnya KITA terhadap Rosmah. kalau diselak artikel artikelnya dulu dia sangat menyanjungi Rosmah dan MUNGKIN dah dapat pun percuma buku Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:27 PM

@Anonymous

kalau tak jadi target, tidaklah glamour namanya. kan ker baik nama Rosmah meniti dibibir rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:28 PM

@Anonymous

sayapun setuju jugak bang dengan artikel ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:34 PM

@Anonymous

bini Anuar tak pula mengekori Anuar mana jer Anuar pergi. tak pulak sebok dengan perasmian. taklah pulak bini Anuar terdedah auratnya dan sentiasa dipandang sopan sebagai seorang muslimah. tapi Rosmah??????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:38 PM

@dinturtle

Saya sokong dan berikan peluang kepada SEMUA pembaca mengeluarkan hasrat hati mereka supaya mendapatkan kelegaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:40 PM

jika yang meniti di bibir rakyat tu yang baik2 belaka ok la..kita pun tumpang seronok..

tapi yang meniti di bibir dan meniti di mata (komen2 yang kita selalu baca la tu) semuanya teruk2 belaka..

hanya orang b.o.d.o.h je suka dibuat camtu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:40 PM

@dinturtle

beliau membuat penilaian menggunakan kepada lutut tuh atau dah tersalah makan ubat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:42 PM

@Anonymous

mana lebih sopan, berbaju kurung dan menutup aurat dengan berbaju kebaya yang menampakkan susuk tubuh dan tidak menutup aurat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 6:43 PM

@Anonymous

Melayu saperti kamu double atau triple BODOH sebab kamu tak faham kandungan artikel. aku tersangat MALU sebab kamu tuh MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 7:02 PM

Nuar memang tak suka bininya ikut sebab dia ada ramai "bini' SUNGGUH bininya pakai tudung tapi kote lakinya dah terdedah.Tudung orang politik.....agar nampak islamik.....tapi........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 7:15 PM

Psl rosmah ni dhlama dah jd ammunition pembangkang utk buat rakyat benci najib n bn...dgn perangai dia nyanyi shahhrukhkhan la, isu handbag dia la, isu sombong dgn penjwt awam la, sebok nk ucap slmt raya isu permata dll sebenarnya membuatkn benci rakyyat skit demi skit bila hari2 digosipkan. Pd yg defend rosmah nice jgnla terus berada dlm sindrom denial...dia memang mengurangkann undi bn..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 7:39 PM

Well, utk pengetahuan kau, aku lagilah malu sebab ade sodara melayu mcm kau ni. Aku paham lah maksud kau. Tapi tak semestinya kau kena label melayu sebagai bodo.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:04 PM

kalau dia pakai tudung akan lenyap separuh dari cakap2 fitnah ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:11 PM

nak baut camne..komen memang menunjukkan kebo*&han pun..nasib le..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:14 PM

EVEN THOUGH YOU ARE WIFE OF NO 1 PERSON AT THIS COUNTRY.....I THINK AFTER THIS PRU13 BETTER YOU MAKE IT LOW PROFILE TO THE PUBLIC.... DONT MAKE PEOPLE CREATE MORE GOSSIP AND PROBLEM TO YOUR HUSBAND AND THIS COUNTRY.... ONE MORE THING I LIKE TO SEE YOU WEAR HIJAB/TUDUNG AFTER PRU13......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:46 PM

@rexuan

tak tahan jugak bang yer? makanan yang begitu enak dihidangkan masakan kucing tak pentingkan misai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:53 PM

@Anonymous

lakukanlah pembersihan didalam rumah tangga terlebih dahulu supaya tidak dikatakan the pot calling the kettle black. kalau masih ada cacat dan cela didalam rumah tangga sendiri, masakan dapat menegur orang. Rosmah bukan sahaja telah menjadi serangan lawan malah itulah hakikatnya. renungkanlah sesuatu perkara itu dengan kebenaran. bukan semua yang dikatakan musuh itu tak betul. janganlah jadi pentaksub, lihatlah sesuatu dari hal keadaan dirinya itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:55 PM

@Anonymous

sememangnya baik cadangan anda tuh. tapi kalau tiga lagi sekali gus, bukan kah itu lebih baik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:57 PM

Kepada: saya penyokong BN, 4:08 PM,

Sebaliknya saya setuju dengan anon 3:44pm itu. Lihat sajalah kata awal Din - HENTAM! Dan gaya tulisannya pun memang menghentam. Itu bukan tegoran namanya. Nak menegur mestilah berhemah, mampu menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyakin dan mempengaruhi minda pembaca, dan disokong dengan bukti-bukti, bukan bukti dengan mencedok komen-komen dari blog orang lain.

Lihat juga ayatnya "Macam2 saya dengar orang bercerita tentang Rosmah." "DENGAR ORANG BERCERITA"??? Dengar cakap orang tidak boleh dijadikan bukti. Ini disebut "heresay evidence." Tak patut kita memburuk-burukkan orang berdasarkan hanya cakap orang.

Kemudian disusuli pula dengan ayat "...seperti saya katakan, benar atau salah sudah tidak penting..." Tidak penting? Penulisnya seolah-olah tidak yakin dengan ayat terdahulunya. Patutnya penulis susuli ayat itu dengan menunjukkan bukti, barulah tidak lagi menjadi "cakap orang." Kalau tak penting, mengapa tulis ayat itu. Kalau penting, tunjukkan bukti, bukan dengar cakap orang.

Disambung pula dengan "...ITU yang dijaja semasa kempen dan RAKYAT BERCAKAP." "ITU" adalah kata-kata/persepsi anti-Rosmah yang memang sudah diketahui umum. Jadi penulis setuju dengannya berdasarkan "RAKYAT BERCAKAP"? RAKYAT??? Rakyat mana? Betul ke semua rakyat bercakap? Saya juga rakyat dan saya tak kata begitu. Dan tengoklah ruang komen ini, ada juga lain-lain pengomen yang tak setuju dengan tulisan Din. Di blog-blog lain pun banyak pengomen yang tak setuju. Jangan salahgunakan perkataan "Rakyat" seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Itu sebablah anon 3:44pm kata jangan terpedaya dengan propaganda pembangkang. Itulah sebabnya kita perlu berusaha membetulkan keadaan, bukan dengan kata-kata seperti "macam2 saya dengar" yang tidak boleh dijadikan bukti.

Bila kita berhujah tanpa fakta, kita terang-terang memberi peluru kepada pembangkang. Berhati-hatilah bila menulis. Pihak pembangkang memerhati semua ini, dan para ahli propaganda mereka bukannya calang-calang orang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 8:58 PM

@Anonymous

aku rasa pemakaian tudung tidaklah begitu berat tetapi sikap dan perwatakan beliau itu. kalau nak dikira Tun Siti Hasmah juga tidak bertudung tapi tidaklah pula dikecam saperti Rosmah. sikap dan penampilan aku rasa memainkan peranan. Rosmah aku lihat terlalu menyebok hendakkan publisiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:02 PM

@saya penyokong BN

tak per bro. masing masing bebas memberikan pendapat. tujuan kita adalah sama demi memperkuatkan UMNO. pendapat sahaja yang membezakan. mungkin cara membersihkan dan memperbaiki kelemahan itu yang tak sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:04 PM

@Anonymous

jangan salah faham sdr. kita tegur kerana kita sayang. kalau dah pembangkang tuh, biarkanlah. kalau mereka dah lebih baik dari kita apa halnya pulak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:06 PM

@Anonymous

betul ler tuh. tapi sekarang nih dah habis pilihanraya, mintak jer ngan Najib jadi senator dan lantik jadi menteri gantikan tempat Sharizat abis citer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:08 PM

@Anonymous

aku setuju dengan pendapat kamu. itulah yang sebaiknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:11 PM

@Anonymous

mungkin zaman Tun Mahathir jambul masih rendah kot dan belun dapat ditonjol.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:14 PM

@Anonymous

yang kita terusik sebenarnya imej Rosmah, penampilan dan kemenyebokanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:15 PM

@Anonymous

perli pulak abang nih, jahatlah abang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:17 PM

@Anonymous

dah penat mengampulah tuh. emotional sikit tak per.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:18 PM

@Anonymous

betul lah tuh. hanya orang bodoh saja yang mengatakan orang lain bodoh. sebab dia tak pandai menilai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:19 PM

@Anonymous

harap harap ada yang berani dan punyai telor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:21 PM

@Anonymous

betul kah atau satu sindiran?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:22 PM

@Anonymous

ini bukanya low profile tapi dah tak boleh angkat muka lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:24 PM

@Anonymous

terimalah semua itu sebagai satu kebenaran. takkanlah pokok bergoyang kalau tak ditiup angin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:26 PM

@Anonymous

bang, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. bab kotei ni sensitif sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:29 PM

@Anonymous

sshhhh} jangan cakap kuat kuat. dia tu dah macam tu, nak buat macamana lagi. semua dia dah ada atau dah dapat tapi satu sahaja lagi yang masih diburunya. nak tau apa? - KUASA!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:30 PM

@Anonymous

ghentikanlah mengatakan Melayu bodoh sebab tepok air didulang terpercik muka sendiri. lainlah kalau bukan Melayu yang mengatakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:31 PM

KEPADA ANON 8:57PM

ANDA MEMANG TYPICAL IN DENIAL SYNDROME MODE.

TOLONG FAHAMI KATA2 INI..
JIKA TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK BERGOYANG...ATAU.. TEPUK TANGAN SEBELAH TAKKAN BERBUNYI.

DAH 5 TAHUN BRO..SEJAK 2008 LAGI..DAH PELBAGAI PIHAK TEGUR DENGAN BERHEMAH.. ADA RESPON TAK? TAKDE KAN? TAKDE KAN? SO SEKARANG BILA DAH ADA ORANG TEGUR DENGAN LEBIH KERAS..KENA FAHAM LAH BAHAWA SEMAKIN RAMAI YANG MENYAMPAH! JANGANLAH ANDA SEMUA PULA IN DENIAL MODE. ISU INI AMAT MUDAH SEBENARNYA..MASUK BLOG PR, BACA SENDIRI KOMEN2 PUAK2 PR. ITU YANG KITA TAK NAK. JIKA DIA LOW PROFILE, PUAK2 PR NAK TEMBAK NAJIB PUN SUSAH. INI TIDAK..DARI 2008 SAMPAI 2013 ASYIK2 DIA JE JADI PELURU. MASIH TAK NAK TERIMA HAKIKAT? TAK FAHAM2 LAGI KE BAHAWA POLITICAL GAME TODAY IS ALL ABOUT PERCEPTION?

'RAKYAT' YANG CELIK IT ADALAH MAJORITINYA PENGUNDI MUDA. DAN MEREKA SEMUA ITU HATI PANAS. PERSEPSI DORANG TERHADAP KEBURUKAN KERAJAAN KENA DIMINIMUMKAN SEMINIMUM MUNGKIN..TAPI DALAM KES RM INI, APA YANG TERJADI? DAH TERBUKTI PUN..MASIH FIKIR KITORANG SEMUA NI SAJA2 NAK HENTAM DAN CARI PASAL?

WELL..IF THAT'S THE CASE, GO AHEAD. JIKA KATA2 PENYOKONG SENDIRI DIANGGAP MENGHINA, JUST WAIT AND SEE..MASIH MAMPU BENTUK KERAJAAN KE TIDAK NANTI. AND DO NOT BLAME US BECAUSE WE ALL ALREADY DO OUR PART..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:32 PM

@Anonymous

separoh mungkin tapi bukan semua. tapi kalau dia tak menonjol macam jambol dia, lagi baik. hanya berada dikhalak dalam majlis majlis yang tertentu saja. jangan menyebok dan sebok mencari publisiti menjadi glamour.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 9:43 PM

Aku sangat tersangat sokong Rosmah sebagai wanita yang tabah. Beliau faham akan tanggungjawab bersama iaitu membantu suami dalam apa jua perkara. Love is sharing. Hanya mereka yang cemburu dengan keterampilan beliau sahaja yang akan mengeji. Mereka mereka itulah dari golongan orang orang yang kecewa. Mereka yang hanya dapat melihat kesalahan dari kebetulan. Rosmah adalah wanita yang berjaya menempah nama dalam masa yang sebegitu sengkat. Rosmah telah berjaya dalam masa yang sengkat menghasilkan buku berkenaan diri beliau dimana belum pun ada seorang pun First Lady yang berjaya melakukanya. Rosmah sudah pun berada dikemuncak dan berjaya mendiamkan diri dengan segala kejian dan cacian, ada beliau kesah. Rosmah adalah seorang wanita yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG saperti permata yang tetap akan memberikan kegermilapan dan tak mungkin pudar ditelan zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 10:32 PM

bro din...nanti pau buat usul tergempar... lantik rosmah jadi penasihat... pru14 boleh bertanding atas tiket bn ..kekekeh macam parti mata tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2013 at 10:52 PM

masuk blog pr,baca blog pr.......mereka tu dah dibutakan hati perut,taksub tahap maksima.......sebab selalu dengar dakwah anwar.........mereka nampak anwar terlalu baik........pandai baca ayat-ayat suci......hingga tak percaya pada kebejatan yang anwar lakukan.....fitnah blogger mereka menghina DS Rosmah sepuasnya.Silapnya.....DS Rosmah tak kuasa nak saman mereka.......biarlah budak-budak.........so,inilah hasilnya.Malaysia akan aman jika tiada anwar..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 2:59 AM

bro din.. pasal datin rosmah ni aku nampak dah jadi macam zaman pak lah.. dulu orang benci paklah sebab benci kj... simple... cuma sekarang orang belum sampai benci najib..cuma meluat sebab bini dia nampak over... bini pm buat cara bini pm.. contoh la aku kerja driver..takkan aku bagi bini aku sibuk sibuk tukar enjin kereta bos..tukar tayar..pi servis.. memang tak da masalah pun.. tapi pandangan orang?.. apa bongap bona driver nih..semua bini buat...kalau rosmah nak berpolitik masuk pau ke jadi calon pru ke ok la... dah menang salah satu tu..ko nak buat apa lantak ko la...bab bertudung ni mudah je sebenarnya.... tudung tak kisah macam mana nak pakai..tapi tutup aurat tu wajib...jadi kalau dah tutup aurat takkan ada fitnah lagi...dulu masa zaman pm yang bini dia pakai tudung, selamat tak berkutik puak bulan pasal pemimpin tak boleh didik isteri... dan jangan pulak buat alasan.. ada nabi dulu yang gagal dakwah isteri dia..jadi jangan marah najib..tu dulu nabi sebagai contoh kepada kita..yang mana tak dapat didakwah semua sesat.. orang sesat dimana tempat layaknya?.. kita dah ada hukum dari allah yang satu.. bukan yang bible tu..tutup aurat perempuan wajib...jadi hujah jangan emosi...ORANG UMNO BUKAN SAJA PERLU BERSIH MALAH SENTIASA KELIHATAN BERSIH... bro din..kj offer nak jadi kabinet.. apa komen?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:40 AM

Betul saya setuju. Datin isteri kpd suami apa salah ikuti suaminya buat kerja rasmi. Ni pergi bersama untok beraya pon korang komen. Apa menda la korang ni. Looks nothing seems right to your eyes to please you you and you.kan dia slalu buat program untok anak2 yatim. Talking pakai tudong mmg bagus klau beliau pakai datin hasmah pon dah berkedut tua pon masih sarong rambut palsu. Dan jgn fikir si wan az tu pakai tudong baik bebenor. Tahu perangai suami dan anak buat kerja2 tak elok sokong juga. Buat cover untok mereka. Jadi batu.
Klau ingin menegor datin mengenai aurat tegor
la yg itu tapi let she be wit her husband. They married legally n wife place is beside her hubby. They r loving couple. Accept it

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:43 AM

No ampuu2 maa tempat isteri d sebelah suami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:45 AM

Betullll

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 6:53 AM

Apa kata lepas ini tuan din bercerita mengenai kesebaran pengikut syiah d negara ini. Yg sudah terlalu menonjol akan cucok2 mereka kpd pengikut sunni d negara kita. Mereka yg hipokrate ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 7:08 AM

Saya setuju. The wife place is beside her hubby. Besides she too did other positive programs for the people. Bersyukur la..tidak saya tidak memgampu ini yg nyata terpulang kpd penerimaan anda. Positive attitude.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 10:47 AM

so, moral of the story is, better LOW PROFILE dan TUTUP AURAT.
jika nak always beside your hubby, be it..but keep low profile. when you do that, kalau ada lagi orang nak fitnah, memang orang tu busuk hati la. tapi i bet kalau dah buat dua2 tu, takde dah orang berani nak cakap yang bukan2 kat pm dan isteri. isnt it nice and sweet?

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2013 at 10:59 AM

@AnonymousGood ending statement ..... it would be NICE kan ?

To Rosmah, BUAT dulu ....
To cai2 Rosmah , Let Rosmah BUAT dulu ...

then we talk :)

....................
Reply To This Comment ...................
jack
May 11, 2013 at 10:04 PM

yang tu betol bos, tolonglah din, ko cuba ape yang patut, orang muda dia baca banyak yang buruk pasal rosmah, tu yang teganu habis orang yang balik undipmbkg, pleaselah, aku takut nanti PR14 tingal nama je BN. ALLAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2013 at 11:53 PM

@john kownequebukan suruh cerai... jauh sekali, tp suruh low profile. Rosmah dah tak boleh nak tukar muka dia yg stern, dah itu character dia tp bila dia pilih utk jd isteri seorang pemimpin politik, dia juga harus pandai 'play the role'. Cuba perhatikan pemimpin2 lain, berapa org yg bawa isteri ke hulu ke hilir ke setiap event?
Saya kenal isteri TS Muhyiddin pun hanya sejak dia jd TPM. Sebelum tu tak pernah nampak or kenal pun PS Noraini (yg berwajah motherly tu). Tp Rosmah dah mengekor Najib sejak Najib jd menteri besar Pahang lg. She's more like Hillary masa Clinton was President.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 12:06 AM

@dinturtle susah juga nak berdepan dgn orang yg tak faham isu yg dibicarakan di sini Din. Kita bukan suruh Najib buang Rosmah, jauh sekali. Kita cuma nak tolong perbaiki imej UMNO.

Takkan la hanya kerana dah menang, maka dah takde ruang utk penambahbaikan lagi, ye tak?

DSR ni juga telah menyebabkan isteri Rais Yatim turut jadi glamor (dan mereka mmg kawan baik) dan sentiasa mengekor, hinggakan bila RY naik ke pentas utk bagi hadiah pun dia akn naik juga (belum ada isteri pemimpin lain buat gini). Zaman RY jd menteri di zaman Dr M dulu, Maznah (yg lebih terkenal sebagai penulis skrip drama TV) tak glamor sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2013 at 12:13 AM

@AnonymousPayah kalau jenis tak boleh terima kritikan ....

Kadang2 tuh, mereka yang komen bukan tak faham isu, tapi TERPAKSA buat2 tak faham dek kerana tugas :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 12:24 AM

@dinturtleye lah.. kita faham, DSR pasti ada ramai yg tukang kipas.
Begitulah hidup ni.

Seorang kawan akan cakap apa yg kita nak dan suka dengar.
Seorang sahabat akan cakap apa yg sepatutnya kita dengar.. demi kebaikan kita.

Di ruang komen ni termasuk DT, saya anggap adalah sahabat DSR dan DSN. Kerana tu kita tegur.

Saya juga harap sebelum Noorajwa kawin, kita tegur lagi supaya ia tidak jd wedding of the year.
You all perasan tak, sepanjang 22 tahun Dr M jd PM, kita tak dengar sgt ttg majlis kawin anak2 dia kan? Saya tahu ttg mukriz kawin pun bila tengok gambar Dr M, Hasmah dan pengantin bergambar di rumah pengantin perempuan (rumah kayu aje) keluar dlm paper. Berita kecil aje. Anak2 yg lain kawin lagi la takde cerita. Dr M jaga bab2 ni. Mungkin penasihat imej Dr M boleh bantu DSN. Sekarang DSN dok jaja bakal menantu dalam walkabout pun cuma tunggu nak dijadikan isu tu, maklumlaa belum menantu lagi.
Lebih elok klu DSN bawa anak2 dia yg dr first marriage tu (bukankah yg lelaki tu juga pemimpin UMNO kat KL?). Kan lebih relevan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2013 at 8:23 PM

Kalau dah namanya pembangkang kita x perlu kesahkan. Mereka selalu mendabik dada mereka xde cacat celanya. Apa benda pun kerajaan BN buat mereka akan bangkang dan kritik walaupun tanpa fakta. Soalnya sekarang ialah adakah wajar menyedia dan memberikan peluru untuk pembangkang tembak kita? Lepas tu kelamkabut nak cari perisai untuk melindung diri.

Tak tercapai ke pemikiran Najib dan 'think-tank'nya untuk anticipate perkara yang negatif walaupun pada zahirnya positif. Ni macam main 'chess' sebelum kena 'check-mate' kat PRU14.

Djo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2013 at 7:36 PM

Ni perli ke puji hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
May 16, 2013 at 7:40 PM

@Anonymous Komen Anon 9:43pm ? hahaha ... Kalau puji melampau pun akan ditafsir menyindir ...

Post a Comment