........... Nazri Menteri Pelancongan Baru Yang ...... PELIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nazri Menteri Pelancongan Baru Yang ...... PELIK !

Thursday, May 23, 201318comments

Saya macam tak percaya jer bila baca artikel Mkini semalam yang melaporkan betapa konfiden nya Menteri Pelancongan baru bila berkata -


Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri

Peningkatan demonstrasi jalanan 'haram' di Malaysia secara umumnya tidak memberi kesan buruk kepada pelancongan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.


Sebaliknya, kata beliau, sektor tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mohd Nazri berhujah bahawa data pelancongan tidak menunjukkan sebarang impak daripada demonstrasi jalanan.




Sejak beberapa tahun lalu, tambahnya, trend menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, kecuali pada tahun 2003, kerana SARS dan kemelesetan ekonomi global.

Berikutan trend itu, katanya, antara tahun 2008 sehingga kini terdapat banyak demonstrasi haram yang telah berlaku, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan."


Nazri ni waras ke tidak masa buat kenyataan ini dalam sidang akhbar ? Secara logiknya pun tidak masuk akal ! Apakah demo haram seperti Bersih dimana keganasan berlaku, Menteri ni kata tidak bawa apa-apa kesan negatif kepada imej negara dan tidak menjejaskan kemasukan pelancong ?

Huru hara, kacau bilau, bom asap, pukul memukul, keselamatan rakyat tidak dijamin .... semua itu pelancong tidak kisah ?

Saya cuba bayangkan bagaimana keadaannya semasa Nazri buat kesimpulan itu ........ disebelah kanannya adalah senarai demo haram yang pernah berlaku dinegara sejak 2008 dan disebelah kirinya pula adalah lapuran statistik kemasukan pelancung luar kedalam negara ....

Nah .... ELOOOOOOK jer angka meningkat. Kesimpulannya - Demo haram tidak bawa kesan negatif pada Pelancongan !

Alahai ..... macam ni ke rupanya seorang Menteri buat satu-satu rumusan ? Semudah itu ? Tidak ada penjelasan lanjut atau sebarang peringatan ?

Apakah mesej yang cuba disampaikan ? - Lantak koranglah nak berdemo setiap hari sekalipun, pelancong tetap datang jugak ! Begitu ?


1 - Tidak terfikirkah Nazri untuk memuji usaha semua yang terlibat terutamanya pihak berkuasa yang berjaya mengekang demo haram dari menjadi satu 'cara hidup' rakyat Malaysia ? Atau memuji pegawai2 pelancongan dan semua agensi lain yang berusaha menyakinkan pelancong luar bahawa demo2 haram yang berlaku itu adalah kes2 terpencil dan bukan menjadi kebiasaan dalam kehidupan normal rakyat Malaysia, yang Malaysia secara amnya adalah sebuah negara yang aman damai dimana sesiapapun akan berasa selamat berjalan2 dimana jua, bilamana pun ?

2 - Tidak terfikirkah Nazri yang peningkatan kemasukan pelancong adalah disebabkan usaha promosi berterusan kementerian Pelancongan Pusat dan negeri, serta negara sendiri yang punya pelbagai aset yang mampu menarik pelancong DAN semua demo2 haram itu telah sedikit sebanyak menjejaskan statistik yang seharusnya LEBIH TINGGI jika tidak ada demo ?

Itu point yang saya tulis secara spontan ... kalau difikirkan lagi, pasti banyak lagi point yang boleh saya tulis bagi menunjukkan betapa ............. CHILDISHnya Menteri Pelancongan baru kita untuk mengeluarkan kenyataan seperti diatas !

Bunyinya saja dah pelik ..... itu pun sekurang2nya dah buat orang lain fikir dua kali sebelum disebut dalam sidang akhbar. Tapi Nazri ternyata tidak berasa salah sedikit pun dengan kenyataan sebegitu ..... apalah standard Menteri kita nih ? ? ?

Pelik ngat mamat sorang nih .....

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 7:00 PM

senarai menteri yg tak patut ada dlm cabinet;
1. khairy jamaludin
2. nazri Aziz
3. hishamudin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 7:05 PM

Nanti boleh tambah demonstrasi sebagai produk pelancongan nagara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 7:39 PM

memang lah ramai kalau campur dengan pelancung singapork dan penduduk Malaysia yg berulang alik ke sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 8:05 PM

Aiyoo. Dia skrg menteri pelancong? Ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 8:27 PM

Nazri Aziz ni seingat aku pernah kurang ajar ngan Tun M semasa Tun M mengkritik bekas bosnya Tun Lah. Beliau jugaklah yang menyambut kedatangan Namewee kat parlimen.

Aku pelik kenapa Najib masih mengekalkan beliau dan rakan-rakan beliau seperti Hishamudin Husin, KJ dan Saipudin Abdullah. Mujurlah Saipudin dah diterajang keluar oleh penduduk Temerloh. Jika tidak, sorang lagi Melayu Liberal akan dilantik oleh Najib.

Nazri, Hisham, KJ dan Pudin seringkali membuat kenyataan yang senada dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin PR seringkali merujuk kepada kenyataan mereka untuk menghentam BN. Tapi malangnya, Najib masih sayang nak buang mereka.

Bagaikan gunting dalam lipatan, kelibat mereka dalam kabinet Najib akan membahayakan kedudukan BN dalam pru akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 9:07 PM

Lps ni mesti byk lg benda pelik keluar dr mulut menteri ni.tggu je la.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2013 at 9:55 PM

Harapan pr dengan demo mereka, negara mundur dlm pelancongan, nazri just tempelak supaya mereka berhenti buat kerja bodoh.

Ertinya negara terkawal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 10:33 PM

perhimpunan agung umno itu 3 badut kasi buang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2013 at 11:03 PM

Tak tanye ke pelancong dari negara mana yg ramai tu?? Taiwan, Hong Kong Atau Tanah Besar!!! Pihak imegresen kastam & tourism m'sia lerlu lebih alert selpas pru13

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 12:55 AM

@AnonymousPakat ngan PR, tentukan waktu2 tertentu untuk demo supaya boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 9:09 AM

pelancong dari taiwan, china dan singapore la yang ramai..kan nazri kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 9:16 AM

Lagi pelik ahjib gor lantik dia lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 11:46 AM

Haha..btl tu din, baru nk suggest kau da ckp dlu..haha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 7:28 PM

@Anonymousdan yg tambah lg pelik... bertahun-tahun dia dok pegang bab undang2.. tetiba di beri....MENTERI PELANCONGAN..????

errkkk....kreatif ke dia ni? Jd menteri pelancongan mesti kreatif.. kah..kah...macam Kadiaq dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 7:31 PM

En Din,
Semenjak sy baca kenyataan dia nih, sy memg tercari-cari jika ada bloggers yg ulas isi dia nih.Memang benci dia ni sjak kes dia kutuk TDM n kes namewee.Kenyataan dia seolah-olah nak cakap himpunan2 haram n street rally tak bagi masalah dan tak ancam keselamatan negara sama seperti apa yg didakwa PR.Pro PR ke?pi join dorang la.Kami pun dah meluat tengok muka samseng kau.
Gila ke boleh fikir perhimpunan macam tu takkan bagi kesan pada kestabilan negara?Apa dorang ingat semua rakyat sokong PR?Keputusan PRU13 tunjuk pembahagian undi hmpir2 50-50 antara BN n PR.Kalau PR terus mndesak dan impian dorang tercapai, dorang tak fikir orang BN pulak yg akan memberontak???Sekarang pun dah rasa tegang.Kalau biaq brterusan memang boleh tumpah darah.Takke akn effect jumlh plancong??Pelancong bodoh ja yg akan terus datang klu dah jadi macam ni pun.
Sungguh cetek akal mereka yang mengaku bijak mahukan demokrasi sehingga sanggup menggadaikan keamanan yang dikecapi sekian lama.Negara ada undang2.Tak kiralah parti mana yg memerintah, undang2 seharusnya melindungi kerajaan sedia ada.Takkan nak lindung pembangkang??Sungguh tak faham apabila majoriti mereka ni peguam dan penguatkuasa undang2.Salurkan ketidakpuasan hati melalui saluran yg betul.Bukan dengan cara berdemonstrasi.Takkan benda simple macam akibat n natijah dari tindakan demo n rally ni korang tak boleh fikir?Tak boleh jangka?Allah selamatkan Malaysiaku.
BN kalau tak berubah korang sendiri yg gali kubuq sndiri.Terbaru nak cadagkn BN parti tunggal.Tahniah Muhyiddin.Kecewa bila knyataan ini keluar dari mulut anda yg suatu waktu disangka penyelamat bangsa Melayu yg mash tggal.Berani bersuara mnentang Paklah tatkala Najib diliht bgitu pasif.Seorg yg prnah ckp "Im Malay 1st".Ternyata anda tdak konsisten.

*Mungkin sy sdikit terkluar tajuk En Din..Tapi tak mampu smbunyikn keresahn hati n jiwa tgok keadaan skrg tmbh2 dgn keadaan sistem perundangan yg seolah-olah pro-PR.En Din lpas nih mgkin bleh buat posting mgenai cdgan BN sbg parti tunggal n ktelusan badan pnghakiman yg jelas pro-PR.PR akn ckp inilah keadilan.Badan kehakiman smemangnya telus sebab pro-PR.Hipokrit!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2013 at 7:59 PM

I mean like ... is this Nazri guy part of the Malaysian Cabinet or not bro.? Hey, what's in his head when he said what he said about the correlation between the tourist figures and the mobster headcount?
Thanks for your 2 correction points above; they should sting like two nails in his head, man!
Kalau dia boleh faham mutu pembahasanmu-lah Din Turtle! ha ha ha .... I mean his official statement as government minister seems to ok the staging of mass political rallies that strike against the security and civility of the nation. If i got the attitude of the pkr-ster or pas-ter or dap-ster i'm gonna presume this: "See our road protests are totally acceptable within the bounds of the law, the tourism minister said so himself ... no problems whatsoever for tourists coming into Malaysia ... then the westerners know our demokrasi is alive mah! Sampai kita menjajah Putrajaya, nanti Tourism Minister PKR kita sendiri akan mengatasi Nazri membawa jauh lebih banyak pelancong masuk ya?

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 8:37 PM

@AnonymousLaaa.... besar tu pasaran pelancong dikalangan pengamal undang2 di dunia !

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2013 at 8:39 PM

@AnonymousWell .... mungkin saja kerajaan PR akan kekalkan Nazri jadi Menteri Pelancongan ! :)

Post a Comment