........... Kontroversi MatSaid - Wakil Rakyat PR Buat Kerja Dulu Dan Buktikan Baru Pok Pek Pok Pek ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kontroversi MatSaid - Wakil Rakyat PR Buat Kerja Dulu Dan Buktikan Baru Pok Pek Pok Pek !

Monday, May 13, 201316comments




Kenyataan MB MatSaid sebelum ini yang tidak mahu melantik lagi pegawai Umno selaku PPD Pegawai Pembangunan DUN dikawasan2 yang diwakili pembangkang telah dijadikan isu hangat oleh cai2 PR.

Ada saya ulas sebelum ini - KLiK, walaupun secara bergurau tapi MESEJnya jelas dan terang. 

Persepsi negatif yang cuba ditimbulkan oleh cai2 pembangkang adalah MatSaid @ Kerajaan Umno Terengganu akan bersikap pilih kasih dalam melaksanakan pembangunan dinegeri Terengganu.

Payah sungguh puak2 ni ...... mereka sebenarnya dah risau kerana jika wakil2 rakyat PR terpaksa bekerja, bertemu dengan rakyat dan mengambil tahu masalah rakyat, semua ini merupakan KERJA yang bakal mengalihkan masa dan perhatian mereka dari tugas sebagai pembangkang iaitu MEMBANGKANG.

Sebelum ini, segala pembangunan dan masalah rakyat dikawasan2 pembangkang di ambiltahu / diselesaikan oleh PPD, yakni oleh pegawai2 Umno BUKANNYA oleh wakil2 rakyat PR yang dipilih oleh pengundi. 

Mungkin ramai yang akan bertanya - Habis tu selama ni wakil2 rakyat pembangkang buat kerja apa bagi memberi justifikasi elaun dan gaji ADUN yang mereka terima ? Mana saya tahu ! Itu kena tanya diorang lah......

Saya bagi contoh - Presiden Pas Haji Hadi yang menjadi wakil rakyat di Dun RhuRendang selama beberapa penggal, TIDAK PERNAH WALAU SEKALI PUN membawa usul rakyat kawasan RhuRendang ! Yang dia tahu bila dewan bersidang cuma membangkang memanjang........ 

Korang akan tanya pula - Habis tu jalan besar dan cantik dan jejambat pelintas jalan yang comel di depan Rhusila tu siapa yang buat ? Haaaaaa .... cuba tanya Hadi siapa yang buat.....

Korang akan tanya lagi - Habis tu selama berpuluh tahun menjadi wakil rakyat RhuRendang, takkan Haji Hadi MAKAN GAJI BUTA JER ..... beratus ribu RM ?  Haaaa... TAHU TAK PER !

Heran....... perkara semudah ini pun pro pembangkang tak boleh nak terima.  Wakil Rakyat kerjanya mewakili rakyat. Kena cakna dengan masalah rakyat, kena selesaikan masalah rakyat. Kalau tak boleh selesaikan sendiri, maka bawalah diSidang DUN dan bentangkan masalah rakyat kawasan yang diwakili. BUKANNYA memanjang membangkang isu2 yang takde kaitan dengan kawasan. Tak pun berdebat Retorik isu2 politik yang tidak membawa sebarang manafaat kepada rakyat yang diwakili.


Cuba baca apa yang MB MatSaid sendiri katakan melalui blognya - KLiK

- Tetapi di sebabkan sikap cakna PPD melalui kerajaan Barisan Nasional ini menyebabkan wakil rakyat PAS yang menang di kawasan PPD ini TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KERJA YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT.
 
Rakyat di DUN berkenaan diabaikan. Pembangunan tidak dilaksanakan sedangkan wakil rakyat PAS ini dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan untuk memberi khidmat kepada rakyat di DUN berkenaan.
 
- Rakyat boleh menilai sendiri prestasi wakil rakyat di kawasan mereka sepanjang 4-5 tahun yang akan datang. Sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat negeri Terengganu malahan pucuk pimpinan Barisan Nasional berterusan memberi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
 
APA MASALAHNYA ? ?

Macam biasalah ...... cai2 PR akan bermain dengan PERSEPSI dan membuat tuduhan melulu. Contohnya Amenoworld -
 
Pendapat aku, berhenti berbolak balik. Kalau taknak lantik PPD takde hal. Kalau wakil rakyat PAS bawa masalah, bawa usul, bawa aduan, bawa pelan dan projek cadangan, sejauh mana korang akan menilai tanpa rasa BIAS dan DOUBLE STANDARD? Sejauh mana korang akan membantu dan mengeluarkan peruntukan jika keadaan [rakyat di situ] memerlukan? 

Tengok ..... BELUM APA-APA dah menuduh macam2..... BUAT DULU LAH ! Kalau dah terbukti tuduhan yang MatSaid @ Kerajaan Umno Terengganu bersikap double standard, barulah komplen. 

Ini tidak ..... Baru umum jer dah BISING. BUAT KERJA DULU, BUKTIKAN Wakil2 Rakyat PR boleh buat kerja dulu, BARU KOMPLEN.

Wakil Rakyat PR tuh tahu ke tidak nak buat kerja seorang Wakil Rakyat tu macamana ? Nah, kalau tahu - BUAT LAH ! Tak payah cakap banyak pok pek pok pek ....

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 11:45 AM

YANG WAKIL2 RAKYAT PR BENGANG DAN MEROYAN TU APEHAL? DAH KORANG JADI WAKIL KEPADA RAKYAT DI KAWASAN KORANG..MAKA KORANG BUAT KERJA SAJA LAH. BISING2 BUAT APA?

MUNGKIN RAMAI YANG TAK PERASAN..SEBENARNYA KAEDAH INI TELAH DIAMALKAN DI TEMPAT2 YANG PEMBANGKANG MENANG..ADA KERAJAAN PEMBANGKANG TERHEGEH2 BANTU DI TEMPAT DEPA KALAH? KALAU BANTU PUN SEKADAR UNTUK CAMOUFLAGE SAJA. DEPA TAHU SIAPA ANAK KANDUNG DAN SIAPA ANAK PUNGUT..MESTILAH ANAK KANDUNG DIDAHULUKAN..

SILAPNYA BN SEBAB NAK TUNJUK MACHO TERHEGEH2 LAGI NAK BUAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LA..PEGAWAI PERUNDING LA..SEDANGKAN WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG DOK BERPOLITIK 24JAM SEHARI..TAK BUAT KERJA PUN MELAINKAN DOK HENTAM KUTUK HINA KERAJAAN SABAN HARI..

SO WHY NOT WE TRY THIS METHOD AS WELL. DAHULUKAN TEMPAT2 YANG BN MENANG..BAKI YANG ADA BARU KE TEMPAT2 YANG PR MENANG. LAGIPUN TEMPAT2 PR MENANG MEMANG DAH KAWASAN MAJU..SO ADA ALASAN KUKUH UNTUK MAJUKAN RAKYAT DI KAWASAN KAMPUNG DAN FELDA YANG MAJORITINYA PENYOKONG TEGAR BN!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2013 at 11:48 AM

@AnonymousLepas ni saya tidak akan siarkan lagi komen pakai tulisan besar semua. Sakit mata baca ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 11:55 AM

Jadi selama ni wakil rakyat pas buat keja ke tidak? Takkan goyang kaki ke. Pergi ceramah rajin pulak. Takkan nak bawak isu rakyat pun malas pulak. Setiap yb sememangnya patut berkhidmat untuk rakyat. Kalau bn nak tolong gak, tolong penyokong bn jer. Pastikan tolong senyap2 jer. Jangan hebahkan pada sesiapapun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 12:34 PM

@dinturtledia tengah marah tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 12:46 PM

saya sokong idea mat said. biar yb pembangkang buat keje diaorg. jgn asyik makan gaji buta je!kalau diaorg nak kata mat said pilih kasih ,lantak pi lah!! kan diaorg pun pilih yb yg diaorg kasih so mengadu le kat yb tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 12:58 PM

Kerajaan Trengganu kena wartakan secara terbuka segala permintaan dan cadangan yang di buat oleh semua wakil rakyat beserta tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Jangan bagi peluang kepada mana-mana pihak untuk buat fitnah konon dah minta tapi kerajaan tak mahu buat.

Apa yang MB hendak buat merupakan suatu perkara yang baik. Kita kena bersuara secara lantang menyokong. Bukan setakat angguk-angguk kepala saja. Pembangkang menggunakan kaedah ini untuk menunjukkan seolah-olah mereka ramai penyokong. Kita seharusnya lebih lantang dalam memberikan sokongan terhadap usaha-usaha kerajaan yang memberikan kebaikan kepada kita.

Kita kena berani tampil kehadapan mempromosikan kebaikan kita. Bukan dengan perasaan riak takbur tetapi atas kehendak menghancurkan fitnah musuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 1:31 PM

Perkara ni sepatutnya dah lama diamalkan, Hadi Awang tak pernah ambil tahu di DUN Rhu Rendang. Saya dari Marang, DUN Rhu Rendang. Hadi Awang tak ada tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Dia tahu duduk kat Masjid Rusila saja. Lain Lain kawasan dia tak tahu, mungkin semua kampong kat Dun Rhu Rendang dia tak tahu nama. Itu lah hakikat Hadi Awang sebagai Wakil Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 1:36 PM

fuuh hebat mung backup mb mung.... banyak boleh projek ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2013 at 1:40 PM

@AnonymousKawasan saya Umno kalah, harap ke YB Pas je lah hahahahaha ....

Projek mende gak, Matsaid dok kenal aku ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 1:59 PM

Orang PAS memang macam tu pemikiran dia, tak boleh terima kenyataan. Orang-orang PAS banyak dapat projek dari PPP dan DUN sebab BN tak pilih bulu. Kita cerita pasal tanggungjawab. Wakil Rakyat kerjanya apa ? tanggungjawab nya apa ? Kalau tak pernah jejak kaki kat semua kampong yg di wakilinya, di mana tanggungjawab ? Saya tak perlukan apa-apa project tapi Wakil Rakyat mestilah bertanggungjawab kepada rakyat diDUN dan Parlimen yang diwakili.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 4:01 PM

Seperti biasa bising2 mcm si bapok tua . Komplen komplen komplen fitnah mengumpat mengeji tidak tahu bersyukur iaitu ialah Pr. Tali barut agama bangsa dan negara iaitu ialah Pr.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 4:18 PM

ini adalah taktik Umno terengganu nak rembat duit rakyat terengganu secara sistematik..Bila buat projek dlm kawasan Umno, walaupun buat masjid dalam air pun, pasti puak2 umno akan diamkan kerana dapat komisyen.Walaupun bangunan tu akan runtuh walau seminggu digunakan rakyat pun pasti akan didiamkan..mcm contoh stadium dan bangunan2 lain yg runtuh..apakah tindakan mat Said?hanya diamkan dan keluarkan lagi duit rakyat unt membayar kos projek pembaikan..janji kawan2 umno senang..berhati rakyat terengganu..negeri kita kaya tapi rakyat kita miskin..pemimpin umno jgk yg kaya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2013 at 4:24 PM

hmm, patut la...
bukan baru nak buat ni,
memang BN duk buat lama dah, patut la rojek pembesaran jalan kat Sura Gate, Dungun yang sepatutnya siap 2009, sampai tarikh mengundi aritu 2013 masih tak siap2 lagi... memang pilih bulu sejak dari dulu....

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2013 at 5:01 PM

@AnonymousYang nampak tak betul, kita bising la.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2013 at 12:15 PM

Prejudis tak habis2... Mudah saja nak faham mentaliti sifat membangkang dan prejudis puak-2 pas ni. Samalah dgn soal hudud.. usul dlm dewan kemana, draf tah kemana, mesyuarat tah kemana, gazzette apatah lagi... balik2 tuduh umno tolak hudud... kaaaapirrrr kerana tolak hudud.
samalah dgn kisah dua orang yang berbalah kes kambing makan sireh... sireh belum tanam, kambing belum bela, tapi dah bertumbuk dek kerana kambing kawan tu makan sireh kawan ni.
apa nak jadi dgn mentaliti dunia ketiga puak2 ni???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2013 at 8:35 PM

NAK JADI WAKIL RAKYAT TAPI JADI PEMINTA SEDEKAH KEPADA KERAJAAN BN.

Post a Comment