........... Isu Dakwat Kekal Yang Tak Kekal - Penipuan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Dakwat Kekal Yang Tak Kekal - Penipuan ?

Wednesday, May 1, 201313comments



Petang tadi berlangsung Sidang Akhbar SPR di Kuala Terengganu bagi menjelaskan beberapa isu semasa PRU13 yang dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad.

1 - Isu Penurunan Bahan Kempen Oleh PBT

Ramai yang mungkin tidak tahu, bahan2 kempen seperti bendera, kain rentang dll hanya boleh diturunkan oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya. PBT TIDAK PUNYA kuasa untuk menurunkannya. Ini sebagai merujuk kepada kes diKlang  dimana pihak MPK didakwa telah menurunkan poster kempen. Tak kira lah pihak PBT ada surat kuasa dari bos mereka atau tidak, PBT tidak punya kuasa dalam hal ini dan PBT berkenaan boleh dikenakan tindakan.

2 - Persoalan pengundi awal mengundi kali kedua

SPR menegaskan bahawa sekiranya nama pengundi ada dalam senarai daftar awal, namanya tidak akan ada dalam senarai daftar pengundi pada 5 Mei nanti. Sebagai langkah tambahan, petugas akan dibekalkan dengan Kanta Pembesar bagi tujuan kepastian. Ini berkaitan dengan isu hangat hari ini iaitu isu dakwat kekal yang akan saya bincangkan dibawah.

3 - Isu Dakwat kekal.

Pihak SPR sendiri terkejut dengan laporan yang mendakwa dakwat kekal itu boleh dicuci dengan mudah kerana ujian2 yang dilakukan sebelum ini menunjukkan ia sukar dibersihkan dan kekal tahan untuk tempoh yang lama.

Bagi kes2 yang didakwa berlaku, diharap pengadu buat laporan polis supaya ianya boleh disiasat.

Namun SPR ingin beritahu rakyat supaya jangan ragu2 atau khuatir kerana walaupun dakwat itu boleh dibersihkan jika dilap serta merta namun kesannya masih ada dan perlu masa yang lama sebelum boleh hilang 100%

                     *********************************

OK, jom layan isu dakwat kekal..... Banyak blog PR yang mengutip cerita dari Mkini yang begitu ghairah menyiarkan berita2 yang kononnya sipolan2 mengaku dakwat dijari mereka mudah ditanggalkan sepenuhnya.


Askar ni kata dakwat kekal mudah tanggal macam dakwat stamp pad jer - Mkini

Pas juga tidak mahu ketinggalan bila mendakwa punya bukti bergambar seorang tentera di Telok Kemang berjaya mencuci dakwat kekal dijarinya hanya selepas 20 minit mengundi. - Greenboc


“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.

“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu
.


Begitu juga kes seorang surirumah di Kluang yang telah buat laporan polis - JalanPulang

Blogger pro BN juga cepat membalas, contohnya CTSseperti bloggers yang lain segera membuktikan melalui video yang dakwat itu SUKAR ditanggalkan. Dan dibukti2 yang kononnya diberikan oleh PR segera dicantas.


SINAR pula melaporkan hanya Tian Chua seorang saja yang buat laporan Polis. Pihak pemberita turut membuat pemeriksaan sendiri keatas beberapa anggota tentera yang sudah mengundi dan mengesahkan bahawa dakwat yang dicalit di jari pengundi awal, masih kekal dan tidak hilang walaupun dibasuh beberapa kali dengan air.

Yang saya hairan, kenapa hanya beberapa kes saja yang dilaporkan oleh media pro PR ? Bukankah RIBUAN yang mengundi tadi ?















Cuba siasat pengadu2 yang disebut oleh media pro PR, DIMANA mereka mengundi dan PASTIkan dulu mereka sememangnya Pengundi yang Sah dan mereka telah mengundi ditempat2 yang dinyatakan.

Secara logiknya, jika benar dakwat dijari mereka mudah tanggal, pastinya terdapat BANYAK lagi kes serupa ditempat mengundi yang sama terutamanya mereka yang mengundi sekitar waktu yang sama. Bukankah ada pemerhati bersama waktu daftar..

Kenapa hanya ahChua dan surirumah itu saja yang buat report  ? Mustahil perepot2 lain berjaya disorokkan berita mereka oleh media perdana.... kan Harakah ada ? Tian Chua dan Nurul Izzah kan ada ?

Hmmmm ..... kenapa hati saya kuat mengatakan yang mereka2 yang empunya badan dalam cerita2 diatas tidak akan tampil buat report, DAN tidak ada lagi kes2 sama yang melibatkan RIBUAN tentera dan pengundi awal lain ..... 

Kerana jika benar, ia bermakna semua ini hanyalah satu PENIPUAN BESAR oleh pihak pembangkang yang melibatkan sama parti yang kononnya memperjuangkan Islam !

Dan sekiranya perkara ini BENAR2 BERLAKU, berapa kes yang ada ? Dari berapa ratus / ribu pengundi ? Pastinya ada penjelasan yang logik. Tidak ada perkara yang mustahil, yang 100% telus.

Apakah hanya kerana 2-3 kes yang tertanggal sepenuhnya dakwat dari Puluhan RIBUAN pengundi yang mengundi tadi, yang juga mungkin merupakan kes2 terpencil yang punya penjelasannya, maka keseluruhan proses hendak dipertikaikan dan diBESARKAN ?

Come on la ....jangan jadi budak-budak la... Sikit-sikit protes, sikit-sikit kecoh. Biarlah pihak berkuasa menyiasat dulu. Dan diharap keputusan siasatan dapat dihebahkan secepat mungkin, sebelum 5 Mei untuk meredakan suasana.

Hmmm.... secara perlahan2 juga GEMPAK waktu lewat petang tadi mengenai isu dakwat kekal yang tidak kekal ini sudah mula hilang stim. 

TEST MARKET ke ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 12:27 AM

Diaorang sedang membuat rehearsel atau raptai sebelum mempraktikkannya pada pru13 nanti. Melalui simulasi tersebut diorang akan cuba menganalisis impaknya sama ada berkesan atau tidak. Jika hasil analisis adalah memberangsangkan, ianya boleh menjadi titik mula kepada pemberontakan atau rusuhan secara besar-besaran yang akhirnya akan mencetuskan "malaysia spring".

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 6:34 AM

Sialnya pr ni sedangkan dia yg gatal2 dulu desak nk guna dakwat tu

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 9:04 AM

Jika ada aduan SPR buat pilihanraya sekali lagi,selepas itu jika ada lagi buat pilihanraya lagi,selepas itu jika ada lagi buat pilihanraya lagi,selepas itu jika ada lagi buat pilihanraya lagi,selepas itu jika ada lagi buat pilihanraya lagi............sampai 2018 kita asyik buat pilihanraya saja hari2! Barulah demokratik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 9:08 AM

aku dah kata dah..kemungkinan besar orang tu tidak pergi mengundi pun. cuma sengaja calit dakwat lepas tu komplen..ini semua memang kerja Pengencing Rakyat!

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 10:06 AM

Tun Mahathir dah kata, PR akan ujudkan huru hara jika kalah dalam PRU13 ni. TS Muhyidin pun kata ada bukti perancangan PR. Sekarang ni mereka dah tanamkan dalam minda para penyokong mereka bahawa jika BN menang, maknanya BN menipu. Dakwat kekal ni satu antara propaganda, pengundi hantu, dan macam-macam lagi.

Jadi nasihatkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang berada di bandar-bandar Besar, jangan keluar rumah selepas 06 HB. Hari mengundi tu beli makanan banyak-banyak sebagai peersediaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 11:22 AM

Jgn bimbang 5513 nanti, lepas undi suruh 3 juta pengundi pakatan buat repot. Nampak la gempak. Tp puak ni terlalu suka dgn isu terpencil, tidak jelas fakta atau mereka tidak sukA kepada fakta. Dakwat kekal adalah tuntutan mereka kpd SPR. Masih x puas hati. Lain kali minta SPR cabut kuku lepas undi. Kompom pakatan menang. Pengundi depa sanggup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 11:40 AM

Sdra Din,
Ini lah yang dikatan kan according to script yg zul nordin telah dedahkan.
Anyhow, dulu depa juga yg beria ia sungguh nakkan dakwat kekal. Padan lah, ia memberi peluang utk membuat banyak helah lagi.
Apa lah kerajaan ikut sangat kerenah ambiga dan kuncu2 nya.
Voting ni benda yg senang -- tunjuk ic, pangkah, blah. Now we are adding one more step.

Lepas PRU ni, saya harap ada kumpulan akan meminta SPR do away with indelible ink.
I always associate indelible ink with countries that have high illiteracy rate.
PS,
Not long ago, i left a comment in your blog asking abt ustaz rujhan. Saya dah dapat tengok dia in action kat ceramah putrajaya bersama tun. Mantap, beb. I think him intelligent, and he has done a lot of research b4 opening his mouth. Tech-savvy too, u ols! Padan lah tok nik meroyan.

....................
Reply To This Comment ...................
Pengundi Johor
May 1, 2013 at 1:02 PM

isu spring ni, msia tak spt negara spring kat tmpt lain yg rakyatnya ramai susah, kbnykn penyokong taksub pakatan hidup dah senang sstghnya mewah pun. rasanya dieurg ni kalau spring pun tahan 2 -3 hari je. yg gile khinzir boleh tahan lame rasanya tak seberape. bungkus bungkus ade la kut tak sampai 10 black maria. pules sedie aje le.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 2:32 PM

kena hati2 jugak bro..

puak2 pr jahanam tu memang sengaja nak cari isu. mana tahu ada yang pakai bahan yang boleh melapisi kulit kat jari, pastu bila dah calit, lapisan itu dibuang. maka takdela kesan calit.. dulu mcm pernah dengar bahan tersebut..mcm lilin gitu..

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2013 at 3:49 PM

@AnonymousKalau niat nak buat kecoh, memang akan jumpa kesalahan.Kalau tak jumpa kesalahan, akan diciptanya kesalahan itu.

Perasan tak CARA dan REAKSI pembangkang waktu mula2 timbul cerita dakwat ni semalam...... RIUH ! Mereka memang MENANTI berita seumpama itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 7:48 PM

baru je jumpa kawan2 polis tadi..semua tunjuk ink masih intact kat jari telunjuk masing2. dah try nak hilangkan tak boleh jugak.

memang celaka punya PR!

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2013 at 4:11 PM

jd semalam, kenapa ramai org yg aku kenal pegi mengundi tp basuh tangan trus jer hilang dkwat tu ..yg tu plak apa kes? Cuba bg pnjelasan ..sya bkn pnyokong pr tp saya ingin kn kepastian, knapa prkara ni brlaku? Saya bersumpah 6pak sndiri parents saya balik dari tmpat mengundi ..stiba d smh, kmi cuba uji kberkesanan dkwat itu ..bla d cuci dgn air, ianya bleh hlang 100% bkn seorang tp rmai yg hairan apa sbnarnya yg brlaku? Sya cuma ingin tahu ..sbarang kelalaian mohö maaf

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2013 at 7:58 PM

@Mimie OkeyYa, saya akui memang ada kes2 yang dakwatnya mudah dihilangkan 100%.

Apapun kita tunggu hasil siasatan ekoran laporan Haron din dan Karpal

Post a Comment